hari ini kelas ustaz ishak din.
kita sebagai manusia, kalau buat apa pun mestilah ikut al-quran. atas dasar tauhid, manusia untuk bersatu. ini kalau tak ikut dasar al-quran... itu yang jadi macam-macam hal.
siapakah orang-orang fasik? orang fasik orang yang rosakkan diri sendiri / bohong. orang tak solat adalah orang yang fasik.
islam itu adalah aqidah tetapi islam itu bukan solat (yang ni kena faham maksud betul-betul)
orang fasik orang yang tidak beriman. orang beriman tidak bersekongkol dengan kejahatan.
munafik = sifat mazmumah. macam telur di hujung tanduk, bayangkan keadaan kalau telur jatuh bedebuk, then pecah...
mereka ni 50-50. 50 kafir, 50 islam.
sifat-sifat = nifaq
1) bila bercakap mesti nak kelentong, nak berbohong je kerja
dia, asal keluar je perkataan ha... menipu le tu
bagi nabi kita, nabi muhammad sulullahu'alaihiwassalam ;
ORANG JAHAT BERMULA DARIPADA SIFAT SUKA
BERBOHONG.
2) bila diberi amanah, dia khianat, buat apapun, dia curang
- macam isteri curang dengan suami
- orang ambil rasuah
- kerja pula asyik curi tulang, bos tak nampak dia buat hal
lain atau pergi ke tempat lain (memang le orang tak
nampak tapi Allah nampak - err dalam braket ni saya yang
tulis ikut apa saya faham ye )
3) apabila berjanji dia mungkir / tidak menepati janji
kalau berjanji kena la tepati atau tunaikan - tambahan pula
kalau orang berjanji / nazar dengan Allah. wajib ditunaikan.
bernazar bukan kerja main-main.
4) bila berbantah (ini loghat utara, maksudnya bertengkar) dia melampau
Allah akan beri azab kepada orang-orang yang bertengkar bersangatan.
BURUK = TAK BAIK
1) perangai jahat, tak elok - akhlak, budi pekerti buruk
2) sikap bermuka-muka bagai :-
pepat di luar rencong di dalam
gunting dalam lipatan, itulah antara keburukan
pengasas kepada MUNAFIK adalah Abdullah b. Ubay b. Salul
- macam cakap tak serupa bikin le...
3) amalan penuh riak
bila solat je malas, buat amal pula semata-mata nak tunjuk kepada orang
- rajin ke masjid atau suraupun sebab nak orang nampak dia
alim - riak dah
yang penting buat amal ikhlas kerana Allah.
Fikir-fikirkan.
Thursday, December 30, 2010
Tuesday, December 28, 2010
tanda buta matahati
kuliah ustaz dahim jalal hari ini, tanda buta matahati. rujukan terjemahan al hikam.
kerajinanmu untuk mencapai apa-apa yang telah dijamin pasti akan sampai kepadamu, disamping kelalaian terhada kewajiban yang diamanatkan (ditugaskan) kepadamu, membuktikan butanya matahatimu.
surah al-ankabut :60
beberapa banyak binatang yang melata yang tidak sanggup membawa rezekinya (makanan keperluannya), Allah yang menjamin rezekinya terhadap kamu.
surah thaha : 132
perintahkan kepada keluargamu supaya sembahyang dan sabarlah dalam melaksanakannya, kami (Allah) yang menjamin rezekimu dan akibat (kemenangan yang terakhir) bagi orang yang bertaqwa.
setiap makhluk Allah, Allah dah jamin rezeki masing-masing. tak kiralah samada sedikit atau banyak, rezeki tetap ada.
ada orang rajin beribadah, solat dan melakukan amal, tiba-tiba datang bisikan syaitan yang menggugat iman... "aku ni rajin solat, puasa, tahajjud, sedekah tetapi kenapa rezeki aku macam tu saja? yang si polan tu dah la tak sembahyang, kedekut, tapi, hidup kaya raya, ada rumah banglo, duit banyak..."
suara bisikan syaitan yang macam ni lah yang akhirnya mengurangkan pahala amal kita kepada Allah, silap haribulan sia-sia.
jagalah hubungan kita dengan Allah. jangan tinggal solat 5 waktu. jangan bersangka buruk dengan Allah.
ada satu kisah... suami si kakak ni digoda wanita lain (wanita ni dah kahwin 3 kali tapi bercerai) satu hari wanita ni jumpa dengan kakak ni dan meminta si kakak ni berpisah dengan suaminya sebab dia nak kahwin dengan suami kakak ni... amboi, berani betul.
kakak ni pun mintalah ustaz menolongnya... ada la kisah yang menyebabkan si suami tidak senang duduk.
kakak ni pun mengamalkan petua yang ustaz bagi supaya si suami balik ke pangkuan keluarga... namun ada beberapa hal... pendek kata, hubungan wanita ini dengan Allah tidak konsisten..., jadi, bagi mendapat hajat yang makbul... wanita ini perlu menjaga hubungan dengan Allah.
kadang kala hidup kita tidak aman, tidak tenteram kerana hubungan kita dengan Allah tidak dijaga baik. jadi, masalah pun timbul.
sesungguhnya beruntunglah mereka yang masuk ke syurga firdaus... ada 2 golongan...
1- orang-orang yang beriman
2- solat orang-orang yang khusyuk
sekarang ni ramai wanita bertudung. masalahnya, adakah mereka bertudung ikhlas kerana Allah ataupun hanya fesyen ataupun mengikut idola mereka?
pakai tudung tapi lengan pendek hingga nampak ketiak. ada pula yang seluar sendat hingga menampakkan bentuk yang sepatutnya disembunyikan...
segala amal ibadah kita hanya Allah yang tentukan... ibadah yang ikhlas hanya Allah yang tahu.
infaq, sedekah dan zakat - Allah akan pelihara amalan kita tu
dosa ada 2 jenis
1- dosa batin
2- dosa fizikal
malaikat yang mencatit tidak tahu kalau seseorang itu ikhlas, hanya Allah yang mengetahui.
Jika seseorang solat, hanya Allah yang tahu berapa rakaat yang orang tu khusyuk melakukan solat. kalau buat 4 rakaat, tak semestinya pahala orang tu dapat hingga 4 rakaat.
ada pula sampai rukun tertentu, ingatan dah melayang kat tempat lain. jadi, hilanglah pahalanya.
amal ibadah seseorang akan musnah apabila :-\
1 - murtad
2 - syirik
3 - mengumpat
menceritakan hal keburukan orang lain tanpa kehadiran orang yang diumpat (kalau orang tu ada, mungkin menimbulkan rasa marah)
kalau benda tak ada tapi diada-adakan akan timbul fitnah pula.
4 - ungkit - jangan diungkit hal sedekah, jika diungkit juga, hilanglah pahala sedekahnya.. batal. jangan disebut langsung hal sedekah yang dilakukan.
bagi memelihara diri kita daripada bisikan syaitan... bacalah surah an-nas.
(al - qannas - mengundur ke belakang) jadi bila kita baca sebelum solat... syaitan ni akan undur...
yang paling penting, ibadah, amal kebaikan kita, lakukanlah dengan ikhlas.

Monday, December 27, 2010
tazkirah - tanggungjawab keluarga - agaknya
hari ni ustaz sahruddin samsuddin mengajar. terlambat masuk sebab tak sedar ada kelas. emel pulak tak bukak. nasib baik kak zana gitau...
tajuknya tak tahu, tapi dari emel, hanya tertulis kelas tasawwuf.
masuk je kat surau dengar suara ustaz, matlamat kahwin untuk akhirat. tanggungjawab suami isteri kepada setiap pasangan masing-masing. berat tanggungjawabnya, tapi, kalau betul caranya, insyaallah boleh tu.
bila seseorang meninggal, 3 perkara membantu si mati.
1) sedekah jariah
2) ilmu bermanfaat
3) anak yang soleh - mendoakan ibu bapa selepas solat samada kepada ibu bapa yang masih hidup atau dah meninggal.
menurut ibnu hajar
apa sahaja perbuatan baik anak-anak pahala kebajikan atau kebaikan akan dikongsi bersama ibu bapa. contohnya kalau anak ke majlis ilmu, pahala si anak tu ibu bapanya pun dapat juga..
kewajiban isteri adalah untuk suami. berhias tu untuk suami. ini tidak asal gi kenduri atau keluar rumah, hiasnya cantik, tapi kalau kat rumah... hampeh.
isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia
menurut Ali bin Abi Talib. anak-anak dari umur 1-7 tahun perlu dididik. 8-14 tahun perlu dikawal pergerakannya. 15-21 perlu bersama-sama dengan aktiviti anak-anaknya... supaya mudah dilentur.
kalau gagal pelihara anak ia akan menjadi fitnah kepada kita.
memelihara anggota badan daripada zina. kalau bujang berzina kena 100 x sebatan. bila sebat tu, orang yang menyebat tidak boleh mengangkat tangan yang memegang rotan tu sampai nampak ketiak.
kalau yang dah kahwin berzina- kena rejam sampai mati.
anak sayyidina omar pernah melakukan zina dan sayyidina omar menjalankan tanggungjawab menyebat anaknya. sampai 99 x, anaknya meninggal. namun, dia tetap menyempurnakan 100 sebatan walaupun tinggal 1 sebatan anaknya dah meninggal kerana dia tak sanggup mengadap Allah jika tidak menjalankan hukuman tersebut. tak pasti pulak jika yang sebatan terakhir dia jalankan juga ataupun orang lain - sebabnya masa ni ada pulak gangguan yang menyimpan konsentrasi saya.
hum... lain betul dengan zaman sekarang (fikirlah).
kalau kahwin lari tu, jangan la kahwin sindiket. ada kes kahwin bawah pokok, mencangkung lagi tok kadinya. biarlah cara betul. pergi je kat pejabat agama yang diiktiraf di sesebuah negara, selesai je bawa je sijil nikah tu ke konsulat atau ke pejabat agama negara untuk diiktiraf semula atau umumkan pernikahan tersebut.
memelihara kemaluan daripada syubhah. peliharalah diri. 'explaination' sesetengahnya tak dapat dicatit di sini sebab panjang dan rasa malu pun ada... jadi harap faham-faham le ye...

Friday, December 24, 2010
siapalah yang bodoh...
ini kisah benar ye...pengalaman orang penyiaran sendiri.
satu hari tu ada operasi memindahkan orang asli ke tempat baru. biasalah waktu tengahari memang terasa bahang panasnya. pihak tudm bertanggungjawab memindahkan mereka dengan helikopter ke lokasi baru.
lelaki orang asli terakhirpun mengambil tempat duduknya dalam helikopter tu. sebagai lelaki budiman, juruterbang pun cubalah bermesra dengan lelaki orang asli tu sebelum menerbangkan helikopternya. lagipun dia tak nak lelaki tu rasa gayat.
juruterbang : maaf ye... dalam helikopter ni panas sikit.
lelaki orang asli : memang le panas. orang letak kipas kat dalam
barulah sejuk. siapa yang bodoh sangat
letak kipas kat luar?
terkesimalah juruterbang tu.

Thursday, December 23, 2010
opps tak buat 'appointment'
beberapa minggu lalu, saya bersama beberapa orang kawan sempat beriadah di kuala kurau. ketika bersembang, terkenanglah kawan saya ni pada satu tugasan majalah 3. lokasinya tak ingat, kemungkinan di perak atau kelantan.
kalau tak silap saya tempatnya di perkampungan orang asli. ketika itu mereka ingin menjejaki kumpulan gajah bersama perhilitan. jadi, pada siangnya merekapun merakamkan beberapa sudut menarik visual yang dikehendaki bersama tok batin dan anak-anak buahnya.
bila malam tiba, si wartawan pun suruhlah si jurugambar ini merakamkan perbualan antara dia dan tok batin.
wartawan : selalu ke tok batin nampak gajah dalam hutan tu?
tok batin : kalau saya masuk hutan nak mencari akar-akar
kayu, kumpulan gajah ni memang sentiasa
ada di situ.
wartawan : jadi dah lama la tok batin tahu tempat gajah ni
selalu pergi?
tok batin : lama tu tak lama, tapi sejak kecil la, yang saya ingat
saya selalu ikut bapa saya...selalulah nampak gajah-
gajah tu makan, mandi di situ.
bila wartawan ni dengar je maklumat yang disampaikan tok batin, terujalah dia untuk ke tempat tu esok.
wartawan : kalau macam tu tok, agak-agak dapat tak kita
jumpa dengan gajah-gajah tu esok?
tok batin : manalah saya tau, saya tak buatpun 'appointment'
dengan gajah-gajah tu. tengoklah, kalau ada,
adalah, kalau takde nak buat macamana.
mendengar je jawapan yang tok batin bagi tu, terbahak-bahakla semua yang ada di situ, ini termasuklah si jurukamera. visualnya apa lagi bergoyanglah...namun, ia tetap digunakan untuk siaran. semua yang mana menonton siaran tu, tak dapat menahan ketawa peristiwa daripada jawapan yang tok batin beri.

Tuesday, December 21, 2010
barakah ilmu - adab
hari ini, tazkirah mengenai barakah. ustaz pula lepas bagi salam kat kami, takla diberikan namanya. selalunya saya ni lantang, tah kenapa hari ni terkedu la pulak. ingat nak tanya tapi terlupa... emel pula 'bounced' sebab penuh, jadi tak dapatlah nak 'trace' namanya...
apabila kita ke majlis ilmu, ada adab yang perlu kita tahu dan patuhi. bukan main pi ke majlis tu, tapi buat sesuka hati kita je.
1) adab seorang penuntut
2) adab seorang guru
kita yang nak pergi menuntut ilmu perlu bersih hati. jauh daripada sifat mazmumah = ujub (perasan ilmu yang kita ada dah cukup = kira rasa lebih pandai daripada orang yang mengajar). sifat yang kita rasa diri kita lebih baik daripada orang lain. kita juga perlu membebaskan diri daripada segala hal dunia. perlu elakkan diri daripada bercakap tentang perkara-perkara 'khilafiah' (berselisih pendapat) - fuh nasib baik ustaz ni dia terangkan makna bahasa arab ni, kalau tak terkesima la juga saya... sebab masa tu ada pula hal tak terjangka...biasa la majlis ilmu. harap tak tersalah tulis.
adab pelajar dengan guru.
- jangan cakap banyak depan guru
guru dok bagi tazkirah kat depan dia pula dok pot pet pot pet banyak cakap daripada guru, samada bagi pendapat sendiri dengan kekawan atau guru atau lain-lain hal.
- jangan buat benda-benda orang tak suka
makna kat sini, dok bersembang, guru dok 'explain' kat depan, dia pun dok sibuk 'explain' kat rakan dia atau dok sibuk nak cerita hal-hal tak berkenaan, atau dok jawab telefon dan yang sewaktu dengan perkara orang tak suka la kalau dalam majlis ilmu. orang dok berkisah hal serius, tetiba dia gelak tanpa disangka-sangka... kalau jadi macam ni... kena panggil ambulan gamaknya.
- jangan bertanya dengan niat nak menjatuhkan guru
nak tulis kat sini malu, tapi, ustaz bagi contoh, nak termuntah pun ada.... tengoklah...malu la nak lakarkan kat sini.
ok, 5 minit tadi dah tanya beberapa teman depa kata takpe, ini ilmu. ustaz ni bagi contoh pada satu ketika, terlupa pulak samada kisah ni berlaku pada dirinya atau ustaz lain. kita teruskan ye...
seorang penuntut bertanya ustaz, " ustaz, dalam agama kita air mani tu bukan najis kan? kalau kita kumpul sampai 2 kolah, boleh tak digunakan untuk ambil wudhuk?"
ustazpun dengan 'cool' jawab balik. ( err saya yang letak perkataan 'cool' ya. ustaz tak kata dia camtu hehehe.)
"macam ni lah. apa kata awak kumpul dulu air mani awak sampai 2 kolah, lepas tu bolehlah jumpa saya. boleh la saya bagi terangkan masalah ni."
- jangan sangkal dan banding dengan guru lain
kalau topik sama tetapi mungkin berbeza pendapat dengan guru lain yang pernah memberi tazkirah, jangan pulak dok bertekak kata yang ustaz ni salah la, tak betullah...eloklah kita tengok waktu dan keadaan sesuai, kita jumpa bersemuka, bolehlah bertanya, jangan dok buang masa 'argue' pulak. contohnya orang dok sibuk gaduh pasal doa qunut dalam solat.
- jangan berbisik-bisik depan guru
oh yang ni, ustaz bagi contoh perempuan la punya kerja. kekadang tu mungkin perempuan terpikat kat ustaz, jadi dok berbisik-bisik kat kawan dia depan ustaz... ataupun dok sibuk hal lain, walau tak kena mengena dengan ustaz, yang boleh menimbulkan 'syak', yang memungkinkan ustaz ingat orang dok kata pasai dia pulak.
- jangan bersangka buruk dengan guru
adab guru memberi kuliah
- guru jangan cepat marah
yang ni pulak, asal orang tanya nak marah je...
- jangan banyak bergurau
dari mula majlis asyk bergurau... ilmu tak berapa diajar tapi hal lain pula dok lebih-lebih...satgi guru bertukar gelaran gurau
- guru mesti buat praktikal
bila ada kemusykilan contohnya macam nak ambil wudhuk dengan setengah botol atau tayammum, tunjuklah contoh... macamana nak buat
- guru memimpin ke arah kerohanian ( sebelum mulakan kuliah, berzikir asma ul husna, boleh juga solat sunat - tak sempat catit sebab ada gangguan...)
- guru mengajar dengan tujuan mendidik
- guru kena ada sempadan dengan anak murid
oh ni bukan sempadan antara benua atau negara.
ada sesetengah saya terangkan maksud dan sesetengahnya saya tak terangkan...sebab hal-hal tak terjangka berlaku... maaf ye... saya ada 2 telinga untuk mendengar dan masalahnya lebih guru la pulak masa tu...jadi, hilang fokus...
saya minta maaf kalau tersalah tolong tunjuk ajar... yang baik datang daripada Allah.
esok...kita pi kelas lain la pulak...

Tuesday, December 14, 2010
rezeki datang bergolek...
bila sebut rezeki, kebanyakan kita terbayangkan harta dan wang ringgit.
hakikatnya, rezeki datang dalam pelbagai bentuk. ada dalam keadaan diberikan kesihatan baik...maklumlah kalau duit banyak berjuta pun, kalau dah terlantar sakit kronik, tak ada gunanya. masa tu lah,teringat, alangkah baiknya kalau aku sihat...bayangkan apa yang seseorang insan dapat buat.
ada yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara atau di universiti berprestij. ada pula kenaikan pangkat, mendapat anak setelah sekian lama menanti, tak kurang juga yang dapat berkongsi hidup dengan seseorang yang dikasihi...err...tak lupa juga yang dapat suri lebih daripada seorang...hmmm no komen lor.
berbalik kepada murahnya rezeki seseorang. hari ni di surau, ustaz daim jalil memberikan cara memohon kepada Allah untuk mendapatkan rezeki melimpah ruah dan tak disangka-sangka.
buatlah solat dhuha, jangan tinggal. lepas salam berzikirlah ya basith 10 kali. berdoalah. tapi, janganlah asyik berdoa, tak pula nak berusaha...itu sudah salah tu.
kebetulan pagi tadi...lepas tengah malam, saya juga tersinggah di tv9 mengenai murah rezeki. antaranya istighfarlah setiap kali selepas solat, 70 atau 100 kali setiap waktu. insyaallah Allah akan permudahkan.
tapi, yang penting, jangan tinggal solat wajib la pulak. itu penting.
oh ya...antara lain mengikut ustaz yang memberi kuliah tadi...berkahwinlah...'confirm' rezeki tu sentiasa ada je...lagi melimpah ruah, nak lagi, kalau dapat anak...Allah pasti mengurniakan rezeki membuak-buak...teringat air zamzam la pulak.
lagi satu, kalau ada saudara mara, sahabat handai baru balik dari ibadah haji, pergilah sambut mereka di lapangan terbang, sebelum mereka balik masuk ke rumah...minta mereka doakan...insyaallah...doa mereka makbul...mereka kan masih dalam musafir...
akan bersambung lagi...

Subscribe to:
Posts (Atom)