Thursday, March 31, 2016

KECOH KISAH HANTARAN


Image result for fb login

Assalammualaikum,

Bukak fb je, ramai komen pasal kekecohan hantaran RM15k.  Media cetak pun tak lekang kisah yang sama.  

Saya tak nak ulas mengenai kisah hantaran mahal atau murah.  Cuma sedih la sikit. Sebabnya, komen-komen negatif pun keluar.  

Macam-macam dikomen kepada pengantin perempuan.  Kesian pun ada.  Kepada pengantin lelaki pun sama rasa kesian.   Kita tidak berada di tempat kejadian, tapi komen-komen yang keluar  tu,tentunya mengguris perasaan.

Pelbagai spekulasi timbul.  Bukan spekulasi saham je...(senyum)


Ada yang siap perli, sindir, walhal tak kena mengenapun. Siap tulis komen yang kalau dibaca orang yang  mengalaminya...tentu sedih... dan apakah makna apabila ditambah HAHAHA?

Bagi saya, kita kena pandang dengan mata hati. Bersangka baik.  Siapa kita nak komen begitu begini?

Bersangka baik, kita doakan.  Rasanya itu lebih baik daripada dijadikan bahan jenaka.

Ada saya terbaca komen seorang wanita ini.  Saya rajin juga baca di 'wall'nya... menarik, adakala boleh memberi motivasi.

Tiba-tiba di wallnya lahirlah bait-bait yang membuatkan hati saya tersentak, dan mula terfikir.  Perlu ke ulasan sebegitu?  Sindiran agak tajam...siap ada makna sinis.  Dapat pula like banyak dan komen 'indah-indah'.

Hati saya mula terdetik.  Perlu ke nak sindir begitu?  Patutnya berdoa supaya anak sendiri tak terkena begitu.  

Gelakkan hidup orang.  Hidup kita tak tentu lagi.  Kita memandang sinis kepada orang, tapi, yakinkah kita akan ada perjalanan tanpa ujian yang mungkin seakan sama?

Tup tup, hari ini, di wallnya ada rasa sedih.  Kononnya dia di'tikam' belakang oleh mungkin pekerja atau pembantunya. Semalam dia teramat ceria sekali.  Hari ini dengan 'perasaan' teramat marah, dengan cerita dirinya yang menjadi mangsa kepada pembantunya.  Saya tak tahu apa yang membuatkan dia marah, geram...sebab saya dah malas nak baca...luahan hatinnya...

Oh.. pengajaran dan peringatan kepada saya... Allah beri ujian dalam pelbagai bentuk.  

Indahnya Islam.  Allah beri peluang untuk kita bermuhasabah.  Dan Allah juga beri ilham, di mana silapnya kita.

Tetiba teringat antara isi khutbah terakhir Rasulullah sullullahu'alaihi wassalam... yang dikasihi.  

Janganlah engkau menyakiti hati orang, jika engkau tidak ingin hati engkau disakiti.

PERFECT REMINDER.


Sunday, February 21, 2016

TIBA-TIBA KAWAN AJAK NONTON WAYANG


15 Februari lepas, tiba-tiba kawan ajak pi tengok wayang, tajuk DEADPOOL.  Katanya dalam carta ia No 1 waktu tu dan komedi.

Tanpa banyak fikir, sayapun setuju.  Dah dalam carta no 1 kan.  Mesti best..



Bagi saya, hmm oklah.  Tapi, entah mengapa, di pertengahan cerita, rasa boring.

Aksi menggerikan memang ada.  Bahagian aksi tu menarik.  Tapi, bolehlah.  


Kisahnya mengenai seorang lelaki yang disahkan menghidap kanser tahap 4.  Tiba-tiba ada seorang lelaki menghampiri dia dan menyatakan mereka dapat menyembuh penyakitnya itu.

Dengan berat hati, dia meninggalkan kekasihnya dan menuju ke pusat rawatan tersebut.  Masuk aje, suasana agak menyeramkankan la sebab ada yang menjerit bagai.  Tengok kawasan tu pun macam gudang yang diubahsuai je.  Tak seperti hospital.

Rupa-rupanya ada seorang saintis hensem ni, menjalankan rawatan dan pada masa yang sama mutasi akan berlaku kepada tubuh pesakit bergantung kepada kekuatan yang ada pada tubuh seseorang.

Alamak, lelaki yang hidap kanser ni pula, mulut celupar.  Kurang ajar juga la, sampai menyebabkan saintis muda ni buat rawatan tapi macam nak kenakan je.  

Sampailah ke tahap tubuh lelaki ni jadi macam lecur teruk.  Kena pula masa gaduh pula ketika rawatan tu menyebabkan lelaki yang hidap kanser ni marah dan dari situ mereka berlawan.  Sampaikan kawasan tu musnah.

Dari situ lelaki ni apa lagi mencari dan mencari...saintis tu untuk mengembalikan wajahnya ke rupa asal.   

Hehhhhh... boring hahah.  Gaduh, komedi, loklaq... akhirnya bertemu kedua musuh ini dan apa lagi saintis tu bagi tahu yang fizikalnya tidak dapat diubah lagi. 

Marahlah dia.  Lagipun dia malu nak bertemu tunangnya.  Hmm... dah la... boring hahaha.

Tengok sendiri lah.




Wednesday, February 17, 2016

Hantar Orang Pi Umrah





15/2/2016, lepas subuh, siap-siap terus pergi ke KLIA untuk bertemu kawan yang akan mengerjakan umrah.  Ramainya jemaah umrah dengan agensi tu.

Mulalah teringat kembali saat-saat pertama kali dan seterusnya bagi semasa mengerjakan umrah.  Saat yang paling berharga dan takkan akan dilupakan dalam hidup saya adalah ketika menjejakkan kaki ke dua tanah haram yang indah.

Madinah dan Makkah.  

Sempat juga berbisik kepada kawan saya untuk mendoakan saya.  Ambil peluang.   

Melihat dia berpelukan dengan keluarga dan menitiskan air mata.  Teringat la pula kenangan pertama kali ke sana, pergi bersama syarikat dan hanya abang keempat saya yang hadir.  

Kalau sesiapa yang berpeluang, pergilah.  Jangan ditangguh.  Auranya amat berlainan.

2004 balik umrah saya diumpat sebab masih 'free hair'.  Alhamdulillah.

Sejak balik dari sana, hati saya mula tertarik kepada ilmu agama.  Dan saya pun mula berubah.  Insyaallah.

Saya doakan kepada yang akan menjejakkan kaki ke sana, agar mendapat umrah mabrur.  Rebutlah peluang beribadah di sana.  


Monday, February 15, 2016

PETAI DARI PERAK



Semalam dapat mesej daripada jiran, Kak Ani, bertanyakan nak petai ke tak?  Saya jawab, tak sebab jarang masak.  Mesej masuk lagi.  Tertera gambar petai  seikat yang besar, yang macam orang jual petai secara borong tu.  Beli banyak ni.  Jawab Kak Ani, ingat nak bagi dalam 5@6 orang.  Memandangkan dah memang banyak.  Saya hantar mesej, memberi jawapan nak. hihihi.

Muka tak malu noo,  Dah tolak, lepaih tu nak pulak.  Haqu.  



Mesej masuk lagi.  Kak Ani sampai dalam kul 10.  La ni ada kat Sungkai.

15 minit sebelum pukul 10 malam pintu rumah diketuk dan dapatlah petai.  Dalam kepala nak masak sambal tumis udang, kegemaran tu.  Ulam pun sedap.  huh... banyak betul angan-angan.



Tapi, hari ni petai masih lagi cantik.  Tak terusik.  Sebab hari ini keluar ke KLIA, Sepang.

Hmmm sekarang, dah menaip pasai petai ni, lapaq la pula.  Kalau ada udang segaq, dah masak dah ni.  Tapi, tu lah.  Malas nak keluar beli bahan-bahan.  Tak pa la tunggu dulu.

Semalam masa ambik gambaq ni, dan jugak duk belek-belek tengok.  Ada papan ulas dia jarang.

Tengok macam bukan petai padi.  Hat yang ni rasanya macam kelat sikit kot.  Lupa pulak spesis petai ni.

Eh awat saya pi tulih bahasa utaqa? Tak pa la, kot no... dah terlajak banyak perkataan, harap paham la no.

Agak-agak la. Esok jadi masak ka dak?  Terliuq.  Mengancam betui.


Sunday, February 14, 2016

Minta tolong buat kali terakhir...


Assalammualaikum.  

Huish... lama benor tak kemas kini blog.  Dah bersawang dah.  Banyak perkara berlaku.  Meh nak kongsi kisah yang dilalui...




Genap tiga bulan saya dapat mesej terakhir daripada seseorang yang amat memerlukan duit.  (Tak tahu samada saya ni tak prihatin ataupun dah cukup terkena)

Setelah sekian tahun DIA meminjam wang dan janji tinggal janji... tiba-tiba sms ini masuk...

Askm kchik sihat ke ...kak ? nak minta bantuan buat kali terakhir kat kchik...kak? nak pinjam rm500 @ brp sja yg kcik mampu, kak? merayu sangat2 kak? nak buat modal untuk menyara hidup tlng simpati pada kak? bagi jawapan segera...

hmmm

Saya memberi jawapan, tidak dapat membantunya, kebetulan banyak komitmen tertangguh.

tanpa balasan dia terus senyap.

DIA punya suami, tapi kerja... tak mahu, mungkin malas, mungkin tak suka bekerja dengan orang.   Sejak mereka berhenti  kerja dalam perkhidmatan awam,  masalah kewangan melanda.  Dari cerita yang dikongsi, suaminya berniaga... tapi konon ditipu... entahlah.  Tapi, takkan tak cuba usaha yang lain kan?

Oh ya, mungkin anda yang membaca ini akan mengatakan saya berkira?  Kalau anda di tempat saya bagaimana?

5@6 tahun lalu saya pernah meminjamkan wang kepada DIA, alasan perlu sangat-sangat untuk kelangsungan hidup.  DIA berjanji akan membayar segera bila duit dah ada.  Kenapa saya percaya DIA? Sebabnya dia adalah orang yang bijak dalam hukum hakam agama.  Lagipun semasa berkhidmat dalam sebagai penjawat awam, jawatannya berrstatus Ustazah dalam jabatannya.  

Bulan pertama DIA minta pinjam, saya beri rm3500. Dah dapat, DIA sms saya jangan sesekali telefon atau sms DIA kerana takut suaminya tahu dan membelasahnya.  

Saya akur.  Bulan kedua DIA minta pinjam rm3500, saya beri RM2700.  Sama juga, jangan hubunginya walau apa carapun.  Hati saya mula tak sedap.  Dua bulan berturut-turut dia minta pinjam dalam jumlah yang banyak.  Setakat itu, dia lah yang sms saya dan mengingatkan saya jangan sesekali mesej atau telefon DIA sebab takut suaminya tahu.  

Bulan ketiga berturut-turut, DIA mesej saya dan minta lagi bantuan RM3000 dengan alasan amat terdesak dan nak hidup.  Saya beri juga sebab kesian, tapi jumlahnya saya kurangkan RM2500 @ RM2300.  

Janjinya, DIA akan bayar apabila hasil padi bahagian DIA dapat nanti, akan disisihkan untuk membayar hutangnya.  

Selepas itu senyap sepi.  Saya beri kerana selalu teringat apabila kita membantu orang yang kesempitan, Allah akan membantu dan melapangkan kita kelak.  Saya yakin janji Allah itu BENAR. 

Pernah beberapa kali saya ke rumah mertuanya yang ketika itu sakit.  Dia datang kepada saya dan mengucapkan terima kasih kerana saya tidak mengganggu DIA dan juga saya tidak pernah meminta dan mengungkit hal tersebut.  Kemudian DIA berjanji akan membayar segera apabila mendapat hasil gaharu yang diusahakan keluarganya.

Saya tak pernah minta dia berjanji apa-apa, cuma DIA yang berjanji macam-macam dengan saya.  Saya cuma diam sahaja.   Dalam hati saya terlintas, hari ini mungkin hari dia...

Dia adalah isteri kepada dua pupu saya.  Saya tak kenal rapat pun.  

Cuma, terlintas juga.  Dia punya abang kakak adik.  Takkan mereka tak membantu?  Mungkin juga mereka sering membantu hinggakan DIA pun terasa malu.

Suaminya?  Sukar nak ditafsirkan.

Walaupun saya dan keluarga suaminya ada pertalian darah...saya masih ingat akan hinaan keluarga suaminya kepada keluarga kami.  Mereka tidak dapat menerima hakikat pelanggaran hukum agama yang terbuat keluarga mereka... di dunia kita boleh sembunyi.  Tetapi hukum Allah tetap dikira... dan benar... keluarga mereka agak kucar-kacir.  Dan alhamdullillah keluarga kami telah menunaikan tanggungjawab agama dan insyaallah mudah-mudahan terlepas daripada tanggungan yang amat berat itu...Biarpun pelbagai cemuhan kepada kami, kononnya nak saman... si suaminya kata kalau dia menyaman keluarga kami akan merengkok dalam penjara.  

Nak bohong tu agak-agaklah.  Perkara benar, orang-orang lama di kampungnya tahu kisah keluarga mereka. Cuma mereka mendiamkan sahaja.  Suaminya masih EGO lagi nak mempertahankan benang yang basah. Tak mungkin mereka akan menang...Cakap besar tak sudah-sudah.  Kalau ye... boleh je pergi mahkamah... tapi, kena lah kes dibicarakan di Mahkamah Syariah.  Ini bab hukum agama yang paling BESAR.  

Cuma salah seorang ahli keluarga mereka mengucapkan terima kasih kerana tidak menyembunyikan kisah keluarga mereka.  Kalau tidak sampai bila-bila mereka terpaksa menanggung dosa.  Kata seseorang itu, benarlah tindakan keluarga kami memberitahu kedudukan sebenar, kerana keluarga mereka kucar-kacir jadinya.  

Bayangkan mereka tidak dapat menerima hakikat dan takut menanggung malu.  Sampaikan keluarga kami dicerca dipulau keluarga mereka.  Demi silaturrahim kami tetap buang perasaan dihina dan alhamdulillah silaturrahim disambung semula.  Biarpun beberapa kali "direject".  

Cuma di sini saya agak terkilan.  Saya pula disyaratkan dengan itu ini.  Dan saya kasihankan DIA...kerana sayangkan suami... terpaksa meminjam dan menyembunyikan hal pinjaman daripada suami. Si suami pula takkan tak pelik, isteri dapat duit dari mana kerana isteri pun tak bekerja...

Anak-anak pula bersekolah di sekolah agama berbayar.  

Secebis kisah manusia yang agak rumit.. 

Saturday, January 24, 2015

KEDEKUT KE ATAU TAK TAHU ADAB?


sejak kecil lagi, saya telah diajar supaya murah hati.  berilah semampu yang kita boleh.

jika ada orang bertandang, paling tak ada apa pun, sekurang-kurangnya air teh atau kopi kosong dijamu kepada tetamu yang datang.

pengalaman saya ke rumah bekas rakan sepejabat membuka mata saya... la orang macam ni pun ada.

saya selalu dijemput ke rumahnya untuk bersembang.  selalunya dalam 2,3 jam akan menemaninya.  tapi, yang pelik... sekalipun dia tak pernah menjamu saya waima secawan air kosong.

pernah beberapa kali dia makan dan minum tanpa menjemput saya. dalam hati...(la sanggup dia buat dek je... makan depan tamu buat tak tahu je)

oh ya cuma sekali je dia jemput saya makan sebungkus nasi lemak, itupun dia share beli dengan kawan lain yang tinggal di blok yang sama dengannya.  kami berdua selalu dijemput untuk bertandang ke rumahnya.  yang nasi lemak tu pun sebab dia dan kawan saya lagi seorang tu kesian kat pakcik tu... nasi lemak rm1.50 yang ada ikan bilis 2,3 ekor je...sambal dan bawang besar banyaklah.

ada sekali saya dijemput lagi untuk ke rumahnya, jadi, saya pun belilah 2 jenis aiskrim untuk kami bertiga, kawan saya yang sorang lagi lambat datang.  saya pesan, nanti bagilah kat A, ni aku beli untuk kita bertiga.  

bila kawan saya dah sampai... dah dekat setengah jam, dia buat dek je.  saya pun cakaplah kat dia.. eh W, bagilah aiskrim tadi kat A.  tu aku beli sorang 2,  tapi, dia keluarkan 1 je. hmmm

then ada sekali dia ajak saya ke rumahnya... dia kata baru balik kenduri rumah mak sedara dia... dia ajak datang pukul 3, tapi saya dekat pukul 4 baru sampai...

sampai je di rumahnya, saya nampak ada 2 bungkus makanan dan setiap satu bungkus ada 3 bekas polistren...

dia ajak saya menonton sampai malam.. ada AF ke atau Maharaja Lawak... tak ingat pulak.  congak-congak kira pukul 11 lebih baru habis.

bayangkan dari pukul 4 petang sampai pukul 7 malam tak ada pun dijamu air.  (sebenarnya saya dijemput pun sebab lebih kepada mendengar kisah peribadinya - pendengar )

tiba-tiba dia ke dapur tapi saya tak pandanglah apa dia buat tapi saya dengarlah dia bukak plastik bekas makanan.

kemudian dia masuk bilik dan saya mendengar dia mengunyah keropok kentang yang saya lihat dia ada atas meja makan.

masa saya mendengar dia mengunyak keropok di biliknya... saya boleh tersenyum sebab saya pun nak menduga samada dia menghargai tetamu.

setelah 15 minit, tiba-tiba dia mengajak saya turun sebab dia nak beli air... (dalam makna dia bagi petunjuk suruh saya balik)  padahal dia yang ajak saya temankan dia... ye la dah puas dia mencurah rasa sedih dia.. saya mendengar dan beri pendapat mana yang patut...

sebab apa saya kata dia suruh saya balik dengan terhormat.  1. dia yang ajak saya supaya menonton tv sampai tengah malam. 2. dia bertanya saya pada pukul 7 lebih... eh kau nak balik pukul berapa? kalau kau nak balik jomlah, aku nak turun.  

wah dihalau cara hormat.  bila dalam susah sedih dia minta kita datang juga juga katanya ada hal penting.

kesian saya dengannya sebab mungkin dia tidak diajar melayan tetamu...

tak apa lain kali saya pergi saya akan bawa air bungkus dan makanan bungkus untuk kami.












Wednesday, January 7, 2015

CIMB - TAK MESRA PELANGGAN



HARI NI DAPAT PANGGILAN DARIPADA CIMB ISLAMIC, BERKENAAN ANSURAN RUMAH.  SELALU SAYA BAYAR SEBELUM 1 HB SETIAP BULAN ATAUPUN 1 HARIBULAN.

ALAMAK... YANG MENGGETARKAN (PERASAAN GERAM LA).  SAYA TANYA BERAPA KENA BAYAR? (DALAM KEPALA DOK CONGAK 2,3 RIBU LA... TAPI MUSYKIL JUGAK SEBAB SAYA SELALU BAYAR SEBOLEH-BOLEHNYA ON TIME, CUMA KALI NI SAYA TERLEPAS PANDANG SEBAB BANYAK URUSAN) TAPI SAYA TAK LAH CULAS BAYAR.  PEGAWAI TU MEMAKLUMKAN SEBANYAK RM500... HUH...TERUS SAYA CAKAP... LAA INGAT KE BERIBU-RIBU...

TERUS DIA TANYA, BILA NAK BAYAR .. SAYA CAKAP OK.. NANTI SAYA BAYAR...
EH DIA SIAP CAKAP KALAU BOLEH HARI INI ATAU MINGGU INI.
SAYA JAWAB, MINGGU NI LAH KOT...
LA.. DIA CAKAP LAGI, KALAU MINGGU NI BILA? HARI APA?
AMBOI, INI SUDAH LEBIH... SAYA CAKAP .. SAYA BALIK OUT STASTION NANTI SAYA BOLEH LA MASUKKAN...

EH.. LAGI DIA CURAH MINYAK... DIA TANYA LAGI... SAYA OUT STATION DI MANA?
SAYA CAKAP NAK TAHU KE SPESIFIKNYA?
DIA CAKAP YE... NAK TAHU SPESIFIK DI MANA EXACTLY...

WAH.. CIMB... KITA BERURUSAN DENGAN PUBLIC BANK LAGI BAIK LA... PERNAH TERLEWAT BAYAR 2 BULAN.. OK JE PEGAWAI DIA CALL INGATKAN... TU PUN SEBAB URUSAN KERJA YANG MASA TU TEAM SAYA 3 ORANG.. DAN KENA SIAPKAN PROGRAM WEEKLY.  TAK MENANG TANGAN.

INI CIMB.. SIAPA URUS? OHH PATUTLAH... (HATI  BENGKAK ) SEBAB KITA SELALU BAYAR ELOK JE. CUMA BULAN NI KELAM KABUT SEBAB BANYAK URUSAN

MASA  BAYOR LEBIH TAK PULAK CIMB KOMPLEN
MASA  BAYAR AWAL PUN TAK SUDI CIMB KOMPLEN KAT SAYA
NI MASA TERLEWAT BAYAR DAN JUMLAHNYA PUN TAK BANYAK SANGAT SIAP CAKAP AGAK KURANG SUMBER MANUSIA? HAHAHAH.. HAMPEH CIMB

TERUK BEBENOR CIMB... MULAI HARI INI SAYA  ISTIHAR SAYA TAK AKAN LAGI BERURUSAN APA-APA LAGI DENGAN CIMB... KECUALI ANSURAN RUMAH INI JE SAYA AKAN SETTLEKAN SECEPAT MUNGKIN... MAKSUDNYA ADA JE RM... HABIS KAN CEPAT2...

EH TAK NDAK LA SAYA  NAK BERURUSAN UNTUK URUSAN LAIN LAGI... NI YANG BUKAK PUN SEBAB SYARIKAT SAYA BEKERJA DULU TU SURUH BUKAK KAT CIMB KONON SEBAB NAK TOLONG BANGSA SENDIRI YE LE.. DENGAN BANGSA SENDIR BUAT CAMNI... HMMM HAMPEH LA...

OK... NAK LANGSAIKAN CEPAT2 DAN NAK TUTUP AKAUN CEPAT-CEPAT.
BYE BYE CIMB... THIS IS MY LAST RESPECT FOR YOU...

TAK SABAR NAK TUTUP AKAUN