Tuesday, September 4, 2012
hak orang rezeki sendiri?
Assalammualaikum,
Pelik juga raya ni mak tak sibuk dah nak pergi ke rumah Makcik Bun. Selalu kalau raya, atau balik bercuti, mesti beria-ia dia nak pergi ke sana sampai kekadang marah kat aku balik.
Selidik punya selidik...hmm...kecik hati rupanya.
Pertama. Mak kecil hati sebab masa pergi kenduri Makcik Bun, mak demam tak sihat, jadi, dia tak makan nasi kenduri. Tapi, mak nampak anak-anak Makcik Bun sibuk bekalkan kepad Maksu Ani. Mak tak cemburu tapi, mak hairan kerana layanan Maksu Ani kepada keluarga Makcik Bun semua saudara mara tahu...kira tak dipandang sangat... tah la.
Bila balik dari kenduri, Kak T tanya, eh, kenapa Makcik Bun tak bagi nasi kenduri untuk mak? Padahal semasa di rumah kenduri, orang-orang lain diberi nasi kenduri untuk dibawa balik...kecuali mak. Mak tak dapat rezeki kot hari tu.
Yang kedua pula. Rupa-rupanya anak Makcik Bun, Syuki dia mai ambil nyor di rumah kami, Katanya nyor itu untuk dibuat ketupat, inti pulut udang, inti pulut kukus dan kuih lain-lain lagi.
Rasanya salah mak juga. Masa Syuki nak bagi duit RM15, mak tolak dengan baik. Bukan mak sombong, tapi, mak ikhlas sedekahkan bahagian nyor yang diambil tu untuk pahala sedekah kepada pak.
Tapi, mak ada kiaskan pada Syuki. Tak apalah Syuki, kali ni Mak Ngah tak ambil. Mak Ngah nak sedekah untuk Pak Ngah. Tapi, kalau Syuki kait nyor nanti, yang tu Mak Ngah nak la... sebab Syuki buat jual. Itulah serba sedikit yang mak bagi tahu aku, apa yang dikatakannya pada Syuki.
Mak kata dia bukan kedekut. Tapi, disebabkan nyor di rumah dah beratus-ratus biji Syuki ambil untuk buat berniaga mak naklah bahagian tu. Lagipun, semua nyor di keliling rumah tu Pak yang tanam.
Kalau buat makan, mak kata dia halalkan dunia akhirat. Sebab taknak berkira kalau orang guna nyor tu untuk makan.
Tapi, mak terkilan sangat, sebab sampai sekarang seduit pun Syuki tak hulur. Dahla dia ambil nyor dah beratus biji sejak dari sebelum bulan puasa buat jual kuih.
Lagi mak terkilan, nyor di atas pokok pun Syuki ambil, termasuk yang tak betul-betul masak lagi. Amboi. Mak kata agak-agakla...
Kadang-kadang tu sampai bawa balik cop (alat untuk kupas kulit kelapa) ke rumah dia. Ish, sampai macam tu.
Mak kata dia tak nak la 'sound' nanti gaduh dan jadi ungkit sampai semua orang tau buat apa. Betul juga. Sebab dia orang ni kalau gaduh, bukannya nak muhasabah. tapi, mesti dok tengok orang lain salah punya...walaupun mak ada hak. Rasanya kalau pembaca di tempat mak, sure mengamuk jugakan?
Mak juga terkilan sebab dia fikirkan silaturrahim dan ikhlas. Tapi, keluarga Makcik Bun tak ikhlas. Betullah macam saudara lain cakap, Makcik Bun baik dengan kamipun sebab ada makna.
Mak tak percaya sebab dia memang kesian kat Makcik Bun kerana dia susah dari dulu. Tapi, baru-baru ni mak dapat tau Makcik Bun taklah sesusah yang diceritakannya.
Makcik Bun dapat duit belanja daripada Yati RM450, duit bantuan RM350, lepas tu beras, minyak, susu, gula, kopi ada bantuan tiap-tiap bulan. Kira tak la susah sangat.. Pakcik pun dapat RM350, kira tak susah la.
Yang abang M dok sedekah tu kira lain. Mak hairan juga kenapa Makcik tak cerita pasal abang M sedekah kat dia, pakcik dan Syuki. Bukan tu saja, Makcik Bun banyak rahsia tak kongsi dengan mak. Mak bukan apa, dia anggap Makcik Bun ikhlas dengannya, sekarang baru dia tahu. Orang baik ada makna.
Abang M pun pernah cakap kat Syuki, disebabkan Syuki selalu ambil nyor, eloklah pokok-pokok nyor tu dibaja supaya nyor besar.
Nak tau apa Syuki jawab? Boleh. Abang M keluar belanja beli baja dia tolong tabur. Amboi. Cerdik.
Hasilnya...dia sapu.
Kali ni nyor tu aku dah tak bubuh garam dah. Selalu kalau balik aku mesti tabur garam keliling pangkal pokok nyor supaya santan rasa lemak.
Betul. Sebab tu aku suka minum air nyor kat rumah aku. Terutama yang isinya keras tak lembut sangat... yang sesuai buat tempek tu. Pergh.. kalau dapat air yang tu, sedap....
Mak kata pernah Syuki hantar kuih tak habis waktu malam kat mak. Mak kata cuma kuih ketayap je yang boleh tahan sedap. Kuih muih lain tak berapa sangat. Sedap lagi hak yang orang jual kat hujung jalan di simpang nak masuk ke Padang Cempedak.
Itulah mak. Tak sangka pula Syuki tu macam tu. Ambil nyor macam pokok sendiri. Mak kata sekurang-kurangnya dia bayar separuh pun jadilah. Kalau sekali mai ambil 20 biji nyor, Syuki bayar cuma untuk 10 biji, dia pun tak kisah. Tapi, sampai la ni sesen pun mak tak rasa.
Mak terkilan sangat sebab depa guna nyor tu untuk buat berniaga. Kalau makan, ambillah. Mak tak kisah.
Bukan sikit Syuki ambil nyor tu, dah beratus-ratus biji. Tapi, kait nyor, guna galah kami. Kupas nyor guna chop kami.
Kesian mak. Dulu ada saudara mai ambil nyor untuk jual, tapi, dia cuma bagi kat mak hasil jualan tu sekali je. Tapi, kisahnya ambil nyor berkali-kali sampai beratus-ratus biji. Sekarang ni dia dah tak mai ambil agaknya dia dah tau pasal mak dok cerita hal dia kat saudara mara lain.
Mak tak sengaja bercerita. Jiran-jiran yang juga saudara mara kami dok tanya mak jual sebiji nyor tu berapa. Mak cakaplah dia cuma dapat berapa je itupun sekali daripada berkali-kali orant tu datang ambil nyor.
Agaknya orang Melayu kita ni macam tu kot? Ambil hasil tanaman orang, lepas tu bila dapat untung untuk diri sendiri saja.
Nak makan ambillah berapa banyakpun, tapi, kalau untuk berniaga, agak-agaklah.
Monday, September 3, 2012
operasi cari orang urut
tahun ni sakit bahu dan urat belikat saya memang teramat perit. tidur pun susah. sakit bahu akibat jatuh berbelas tahun lalu. nak elak terpijak anak kucing...trum...jatuh...tangan kanan saya tak boleh angkat...bahu terkeluar sikit...
mujur ada kawan mak saya di kampung paya, kepala batas pernah mengurut kaki anak dia tergeliat / terseliuh..dengan izin Allah sekali urut dah baik.
jadi, saya batalkan niat nak balik kl dulu. operasi pergi mengurut.
alhamdulillah setelah pi ke rumah pakcik shaari di kampung sireh, kepala batas, sakit saya berkurang.
rumah pakcik shaari ni terletak bertentangan dengan caltex...kira berada di tengah-tengah dua rumah besar / batu.
setelah berbasa basi.. pakcik shaari tanya, "ha sakit kat mana, habaq mai.." sayapun terus memberi maklumat diperlukan. terangguk-angguk pakcik shaari, yang berusia lebih 60 tahun tapi nampak muda, rambut hitam, badan tegap.
mula-mula dia urut kaki kiri saya... bila pijak lantai sakit kat tengah-tengah kaki. kadang-kadang bengkak kat buku lali...urat kat situ bila picit sakit...kadang-kadang kat tepi kaki bila tekanpun sakit...
urat masuk angin... dan tulang kaki saya terserpih kot... nak tanya tapi soalan tu sampai kat kerongkong...sakit bangat deh. sampai terlupa...nak tanya apa kena dengan tulang kaki tu...alhamdulillah izin Allah..dah tak sakit..
dia pun suruh saya pusing membelakanginya, terus dia tekan kat bahu - sakit... nak menjerit sampai tak daya, rupa-rupanya bahu saya renggang... dia masukkan balik bahu saya... dia tekan lebih kurang 3 kali kot selepas dia urut sikit...proses sekejap ... alhamdulillah...
lepas tu dia suruh saya cuba angkat...alhamdulillah sampai hari ni saya tak rasa ngilu bila angkat tangan letak belakang bahu...
kemudian, barulah dikerjakan kat urat belikat...yang ni taklah rasa sakit sangat...
akhirnya kat leger saya...dia tanya ada darah tinggi dak? saya jawab tak ada sebab bila sakit kepala saya gi klinik doktor kata normal...walaupun masa nak sujud, sakitnya masyaallah...nak tertanggal kepala..
dia urut leher kanan dah ok sikit...akhir sekali urut leher kiri...mak ai... dia kata, "Ya Allah anakku ni urat leher ni dah keras..." saya tak jawab..sebab sakit...
proses semua tu tak sampai 10 minit. paling pantas...dan alhamdulilah sakit bertambah kurang. nak kata baik terus tak berani la juga sebab mana tau kalau mai lagi ka...
lepas tu dia urut mak kaki mak saya la pulak -pernah patah dan lutut terkeluar... mak aii...lutut mak saya lendir dah beku...
sebenarnya bukan tak cari orang urut...dah beratus-ratus...tapi, semua tak makin baik...makin sakit adalah...pergi kat mak bidan dah berlambak-lambak... walaupun skeptikal, saya urut juga... saya tanya sebelum urut tu... boleh ke urut orang terseliuh...eh..semua ngaku boleh dan pernah...tapi tidak baik.
alhamdulillah...akhirnya ada yang dapat mengurangkan kesakitan saya selama ini. saya memang skeptikal kalau urut kat perempuan...kalau untuk wanita bersalin mungkin tip top...urut seliuh, jangan.
hanya pergi kepada mereka yang ramai orang tahu akan baik...dengan izin Allah ye.
masa mengurut mak saya tu... Pakcik Shaari pesan... pantang makan 3 jenis.
1. air tebu - no no no
2. kubis - no no no
3. kacang panjang - no no no..
yang lain ok, termasuk air nyok - pergh...lega...sebab air nyor ni favourite...dia kata air nyor ni memang la akan buat urat kembang tapi urat tu timbul..yang tiga pantang di atas tu urat lagi tenggelam.
dia pesan, 3, 4 hari kemudian kalau dapat datang untuk mengurut lagi...barulah pergi bukan sehari selepas mengurut seperti yang pernah saya alami dulu...dia kata biar 3, 4 hari, barulah kita tau kat mana sakit lagi...
insyaallah nanti kalau ada rezeki balik kampung..saya nak pi lagi...sebab saya nak menulis sakit lagi kat bawah tapak tangan...
urat belikat.atau urat dayung..mengikut kata mak saya bila dia tekan kat belakang saya yang sakit tu...masih ada ttak selesa.
leher...kena pi urut lagi...nak paling ke kiri tegang...
oh ya...pakcik Shaari urut tak payah salin kain, dia urut terus sekali dengan baju..dah kurang...
alhamdulillah...sekarang kalau pijak lantai tak terjengket-jenket lagi...
semua kerja Allah
hmm. malas saya nak bincang hal ini memandangkan saya salah seorang daripada 'mangsa'. hehehe.
teringat peristiwa eid beberapa tahun lepas. tini. anak makcik bun dua pupu kepada bapaku asyik bertanya soalan paling boring dan tak ada empati langsung kat aku.
"eh, hang bila nak kahwin? nak juga rasa nasi minyak.. tengok macam aku, anak dah besar-besar dah nak kahwin pun, hang apa ada? ...more bla bla bla."
(dalam hati saya sempat juga terlintas...hmm confirm ke hidup hang bahagia? senang? - terkilan...sangat)
tertusuk bukan sembilu lagi dah... agaknya getah ipoh kot. saya tak fahamla, manusia ni terutama orang melayu jarang ada empati jarang nak selami perasaan orang lain. tanya soalan menuyakitkan hati...
cuba pi tanya orang yang sakit kanser yang tengah buat kimo atau radioterapi... sakit tak?
berbalik kepada pertanyaan tadi, macam biasa saya jawab. pi la makan kat kedai banyak pa.. semua serah pada Allah..
eh dia jawab lagi, "ya la serah pada Allah..tapi takkan tak jumpa lagi?."
hissshhh geramnya, tapi, tahun ni mak lang pulak yang menyibuk... saya tak jawab walau sepatah...malas. mak sayalah dok sibuk jawabkan... tapi yang pelik, pandai je dia orang buat andaian saya tak nak kahwin... itu dah unsur fitnah tu.. tapi, saya diamkan aje..sebab gunung berapi tak meletup lagi...tunggu time nak kenakan...
berbalik pada tini, masa dia sibuk kata lepas belajar dia dah kahwin. memanglah.. dia je bernasib baik lepas spm mak dia terus kahwinkan terus. kakak-kakak dia semua kahwin lepas srp. kesian. ada sorang kakak dia hanim, memang cantik putih, kulit licin, paling cantik... terus dikahwinkan dengan anak jiran kerja askar. tapi, jodoh tak panjang...sebab...tak perlulah saya cerita...kesian kat hanim
tini sekarang ni saya dapat tahu dia dahpun kahwin kali ke 2, hebat. bercerai tahun lepas. hebat.
tahun ni juga tini dan kakak-kakaknya tidak menjengah ke rumah mak saya... rutin yang biasa dilakukan masa eid.
tahun ni juga... saya tengok hidup manusia...
raya tahun ni...aku garang...
![]() |
| masjid pokok tampang...ambil gambar dar srikandi umno situ |
hmm... raya tahun ni saya dah standby dengan perisai kalis kata. biasala dalam ramai-ramai saudara mara ada yang mulut asid. selalu bersabar... kali ni...standby...letak gris sikit je
saya ada sorang mak sedara ni...kekadang tidak menjaga hati kita...kira tahap mengaibkan diri kita depan orang ramai.
alhamdulillah...saya memiliki seorang ibu yang sentiasa menganjurkan kita bersedekah...kepada orang yang lebih tua daripada kita...terutamanya saudara mara.
saya bukan nak riak...takut nanti pahala habis...cuma ingin berkongsi pengalaman kepada yang tidak bersyukur dengan apa yang Allah beri.
raya tahun ini mak lang mai rumah lagi dengan pak lang dan anak menantu serta cucunya. biasalah bila nak balik dia mai cari saya.
"kak chik...mak lang nak balik dah...mai duit raya..."
saya menyambut salamnya tanpa berkata apa-apa.
mak langpun berlalu...ke dalam ruang rumah semula. saya pula terus masuk ke bilik ambil sampul duit raya yang saya memang dah khaskan....
keluar bilik.... "ha.. mak lang...ambiklah..." ujar saya kepada mak lang sambil beralih ke arah pak lang.
eh..selamba je dari mulut dia..."ha.. ni berapa banyak ni?.." tah hantu apa yang datang kat saya... tersentak..(agaknya sebab rasa terhina sebab selalu mempertikaikan pemberian saya "
lagipun kali ni saya memang nak beri kurang daripada tahun lepas... saya cuma menambah kepada orang yang benar-benar saya rasa layak...biarlah pahala dan dosa Allah punya kerja.
dengan slow rock je saya bacakan..." dengar sini... fabi ai ii alaa irobbikuma tukazziibaan.. cuba maklang cari makna dia...tengok." mak lang tersenyum kambing gurun terus peluk saya...
tak apalah kali ni pemberian saya tidak berpahala... dulu masa pi rumah dia ketika raya lebih kurang 5 tahun dulu kot...ramailah juga orang masa tu... sebelum balik..saya ada la bagi dalam RM10.. terus dikeluarkan duit tu daripada sampul raya seraya berkata...
"eleh... RM10 je?" terkejut...malu pun ada masa tu..bayangkan ramai orang masa tu..semua pandang saya...
terus saya jawab..."eh tak nak ke? kalau tak nak mai balik ..bagi pada orang yang nak..
tapi dalam hati terkilan la.. sebab anak dia tak adapun yang menghulur kat mak saya...biarpun seringgit...tapi, dalam kepada dok fikir pasal Allah...agaknya Allah nak uji aku... tu je yang mampu saya adukan pada Allah.
hai...manusia macam tu pun ada...
terimalah kalau orang memberi, yang mana baik adalah daripada Allah.
demam ketupat palas utara
assalammualaikum,
amboi dah lama tak update. cuti raya. hmm orang melayu macam ni la (tak semua) asal raya, cuti panjang je... hisshhh
raya tahun ni agak tidak berapa ranggi untuk saya. manakan tidak buat ketupat palas 3 kilo, mesin nyok sampai sakit bahu dengan urat belikat.
masa kali ke 3 nak buat...juga 3 kilo... baru dok anyam kelonsong...dah rasa seram sejuk...lepas tu mengantuk..
![]() |
| gambo pinjam..kat google... malu nak amek gambo masa nak buat...mak dok sibuk tanya pasai apa...nak habaq,,, jenuh la juga |
bangkit ja...tu pun dah dekat pukui 7 malam... haa...memang sah demam.
malam tu tak toqah - maksudnya tak tentu arah. kalih kiri sakit kat urat belikat macam nak sebak...bahu sakit...mak aii..dengan demam...masa buka posa tak makan apa..tak lalu...lagipun sejuk...
aduh...dah pukul 1 pagi...rasa nak nangis ada...pi dapur dok cari apa yang patut..tiba-tiba teringat mak kata majun untuk hilang sakit urat. malam tu juga makan 2 biji. esoknya, bangkit ...alhamdulillah dah tak rasa sejuk...lebih baik daripada amek paracetamol. kalau amek paracetamol kena makan lagi 4 jam kemudian.
alhamdulillah... dengan izin Allah...ok juga majun dua istimewa... betui la...sakit urat lenguh pun dah kurang...saya tak makan 2 kali sehari seperti yang disarankan. saya makan sekali...dalam 4 hari... oklah...
berbalik buat ketupat ni... ha...saya dah tau dah camana nak buat sendiri...selalu tak ambik pot... sekarang kalau sesiapa nak minta saya buatkan alhamdulillah...boleh...kalau kat supermarket...sebiji 70 kupang ada juga yang sebiji seringgit....
saya ambik sebiji 5 kupang dah la... bukan senang nak buat...sakit bahu...nyok pulak tak boleh guna santan siap...sebab ada nyok tak elok...saya kena pilih sendiri...dan lambat basi...tahla..ketupat resepi mak saya tak pernah basi...mana kan tidak...paling lama 3 hari...itupun kalau buat banyak giler...
seronok buat tapi bila habih..tak berapa seronok...sebab sakit bahu dah tentu
Sunday, August 12, 2012
mencari mata air di ulu yam
Assalammualaikum,
Jumaat lalu, saya bertolak dari rumah ke Ulu Yam dalam misi mengambil air mata air yang terkenal dengan khasiatnya.
Kira-kira pukul 10 pagi lebih, saya bertolak ke sana dengan santai, tidak terkejar-kejar untuk sampai ke sana. Namun, dalam kepala menerawang dalam fikiran, mungkin kali ni saya terpaksa menunggu berjam-jam untuk sampai ke giliran saya menakung air jernih ini.
| Ini rupanya dari kawasan tadahan air |
Setakat ini dah 3 kali saya datang ke lokasi ini untuk mengambil air yang dikatakan dapat mengubati penyakit yang mungkin pada ubat biasa sukar sembuh.
Rasa air ini agak manis. Tapi, saya sukakan air mineral Seamaster...
| Mungkin antara tumbuhan di sini adalah tumbuhan herba yang menghasilkan air mata air melalui akar-akar tumbuhan di atas |
| Walaupun air mengalir dalam titisan, demi mendapatkan air berkhasiat ini, ada yang sanggup menunggu lama... |
Paip ke 2 yang airnya cuma titisan laju dikatakan paling berkhasiat. Kononnya, sesiapa yang mengalami masalah mata boleh sembuh dengan cepat. Bagaimanapun, bagi pembaca, saya sarankan berjumpa dengan doktor bertauliah terlebih dahulu...
Ada yang mendakwa pernah mengalami sakit mata, selepas dititis air ini, alhamdulillah sembuh. Wallahu'alam...
| rupa paip yang baru ditukar dan dipasang baru serta papan di bawah yang ditukar juga walaupun yang lama masih elok, baik sungguh hati orang yang menukarnya.... |
Kisah bermula air mata air ini mula terkenal apabila ada seorang mualaf cina dikatakan bermimpi dan disuruh mengambil air di Ulu Yam ini untuk diminum bapanya yang dikatakan mengalami stroke. Setelah beberapa minum air ini, alhamdulillah, ayah mualaf tersebut sembuh.
Lalu, penyebaran berita mengenai air ini tersebat luas di seluruh Malaysia melalui media massa.
Maka ramailah orang datang untuk mengambil air ini.
Disebabkan ramai yang datang menadah air di situ, akhrinya saudara kita yang baik hati itu, (mualaf) membersihkan kawasan tersebut lalu dibina paip dan dielokkan dengan ditambah papan bagi kemudahan orang ramai. Bayangkan pahala yang saudara kita ini dapat. Sikitpun dia tidak mengambil kesempatan...malah menjadikan kawasan lebih bersih lagi untuk orang ramai yang datang.
| air yang mengalir ke corong |
| Biarpun hujan , air ini tetap mengalir banyak ni je... |
| Bekas minuman yang mampu saya bawa untuk menadah air jernih ini |
Bagaimanapun, kalau nak datang ke sini, kena pandai bajet masa. Kalau datang pada hujung minggu... alamat berderet-deretlah kena tunggu giliran. Tambahan pula ramai yang datang dengan tong-tong yang besar dan banyak, tak kurang juga yang bawa botol-botol minuman macam saya, hehehe.
| Kena banyak sabar bila ada yang caras giliran kita dengan menukar tempat tadahan air mereka ke paip ini... |
N
Jangan lupa bawa corong supaya air ni tak dibazir. Kadang kala angin meyebabkan air ini tidak turun lurus ke dalam mulut botol.
Saya suka sangat melihat air ini mengalir masuk ke corong botol.
| walaupun panas terik, tapi air ini tetap sejuk... |
Sayang sekali, walaupun kawasan ini dibersihkan, tetapi ada juga manusia yang mementingkan diri sendiri dengan membuang sampah sesuka hati. Mudah-mudahan Allah ubah diri mereka kepada sukakan kebersihan.
| Antara botol tadahan... |
Setakat ini saya belum rasa kesan khasiat air ini ke atas diri saya. Tapi, yang saya tahu, air ini pantang terdedah sikit. Si semut suka sangat masuk dalam bekas berisi air Ulu Yam ni. Agaknya khasiat air ini memang berkesan kot.
| nyaman |
| Add caption |
Air ini sedap sangat (pada sayalah) kalau dibubuh ke dalam bekas berkaca dan disejukkan bagi dijadikan air minuman biasa.
Kalau nak datang ke sini, pastikan anda bawa banyak bekas untuk isi air sebab dah tunggu berjam-jam takkan nak bawa balik 1 liter je kan?
Kalau pergi hari biasa, mungkin peluang menunggu lama agak kurang.
Bagaimanapun, saya memilih hari bekerja untuk ke sini memandangkan masa menunggu lama tidaklah seperti di hari minggu.
Wednesday, August 8, 2012
agaknya apa masalahnya?
Beberapa hari lepas, saya menonton sebuah program yang pernah menjadi krew produksinya.
Agak lama saya tidak menonton program itu kerana ia buat asal siap bila orang lain ambil alih. Suntingan tak licin dan kadang kala skrip kelakar.
Berbalik kepada program minggu lepas, baru beberapa minit saja, saya dapati ia juga dibuat seadanya. . Kronologi hanya dari A ke Z, tidak ada sesuatu yang menarik dapat dicungkil daripada pemergian subjek-subjek yang pernah keluar kisah mereka di tv, ke tanah suci.
Saya teringat pula, ketika saya mengendalikan beberapa program ini ada saja yang tak kena di mata 'immediate superior', terutama tugasan saya. Walaupun beberapa pihak ada yang memuji hasilnya... tapi, sebaliknya yang saya dapat. Kritikan dan ada saja yang saya buat tak kena.
Pada mulanya, saya tak kisah. Tapi, hampir setahun saya di program itu, saya pun rasa pelik juga bila budak baru yang tak ada pengalaman dan hasilnya caca merba, taklah kena teruk. Hmm di mana yang tak kena ya?
Contohnya, pada permulaan kisah saya telahpun menceritakan beberapa butir peribadi subjek. Umur, pekerjaan, berapa beradik. Tetapi, immediate superior saya baru menonton pada bahagian kedua kisah keluarga itu tiba-tiba merungut, " pasal apa tak letak umur dia berapa, dari mana, dia kerja apa?"
"eh, saya dah letak dah masa bahagian pertama tadi" jelas saya.
"tapi, kalau orang baru nak tengok, tak tahulah maklumat itu semua."
eh pelik pula saya, takkan nak ulang lagi maklumat itu semu yang telahpun diceritakan pada bahagian pertama.
saya dapat akal.
"jadi, kena letak lagi sekalilah maklumat tu?"
dia tidak menjawab pertanyaan saya, cuma mengulan semula ketidakpuasan hatinya.
"kalau orang baru tonton, tak tahu siapa perempuan tu.."
ah, ni sudah lebih. alasan tak logik. cubalah tanya sesiapapun yang pernah buat skrip atau program tidak akan mengulangi maklumat seperti itu lagi sekali di bahagian kedua.
sudah terang lagi bersuluh. oh... selama ini ada saja yang tak kena dalam kerja saya adalah sengaja untuk mencari salah.
contoh kedua. subjek yang saya lawati meninggal dunia. dapat pula rakam hingga nafas terakhirnya.
sebelum itu saya telah menelefon 'immediate superior saya untuk menawarkan diri menyiapkan tugasan itu walau hanya ada masa 3 hari sahaja untuk ditayangkan. tapi, kerana tugas, saya sanggup berkorban masa semata-mata...dia tanya sempat ke? dengan yakin saya jawa, "insyaallah" saya cuba...(lagipun sebelum ini saya tidak pernah melangkahi 'deadline'.
setelah siap, kebetulan 'immediate superior' pula menghadiri mesyuarat, sayapun memanggil penerbit eksekutif untuk menilainya. pas. tapi saya bertanya kepada penerbit tersebut, adakah akan menjadi kesalahan kalau nafas terakhir subjek itu dikeluarkan juga dalam kisah itu.
lalu dia mencadangkan saya memanggil Pengurus Besar Jabatan untuk menilainya.
Pas, tanpa sikitpun ada sebarang kritik. Pujian adalah. Tapi, itu bukan yang saya dambakan. Saya pentingkan kepuasan semua pihak.
Tiba-tiba saya dapat panggilan telefon daripada 'immediate superior' untuk menilainya. Saya teruskan permintaannya.
Ha.. nak tergelak. Banyak juga kritikan untuk ubah itu ini. Sayapun memberitahu kepadanya yang Pengurus Besar telahpun menilainya dan dia tidak meminta untuk mengubah apa-apapun. Tapi, penerangan saya menimbulkan rasa tidak puas hati di wajahnya.
Ok, that's it. Saya dah malas nak layan. Terus saya memberitahu Penerbit Eksekutif masalah itu.
Akhirnya alhamdulillah ia dapat disiarkan juga tanpa diubah sedikitpun.
Moralnya. Ada rasa tidak puas hatinya terhadap saya walau apa pun yang saya buat.
Saya bukan bagus tapi, saya memenuhi kehendak. Banyak juga peristiwa selama bekerja dengannya dan saya boleh buat kesimpulan.
Dia memang tidak sukakan saya. Jadi, menyusahkan saya melalui kerja yang saya buat.
Tak apalah... sekarang, saya faham. Fikir positif.
Subscribe to:
Posts (Atom)




