Tuesday, July 10, 2012

teringin makan steam boat



Assalammualaikum,


Jumaat baru-baru ni, saya teringin nak makan 'steam boat'.  Setakat ni yang rasa sesuai untuk saya di Johnny's One Utama.


Kali ni, set A pulak takde, set B, C dan lain-lain ada pulak.


Saya tak suka ambil set lain sebab ada telur.  Telur ni penghilang rasa la...




set B, sayur kubis dengan sawi, lain-lain dah kat bawah tu

Tapi saya agakla, ni mesti msg banyak.  Bila sudah makan, balik je mesti nak minum air banyak.  Rasa dahaga memanjang.  


Saya ni tak makan seperti orang lain.  Siap makan cicah sos je, bukannya sos tu masuk dalam sup.


Saya 'salute' la, sebab kombinasi makanan 'steam boat' ni boleh tahan juga.





sos ni la daya penarik utama, sedap, mesti tambah setiap kali makan



Kena pula ada anak saudara, apa lagi, ada la teman.  Kalau pergi dengan kawan-kawan lain susah la, sebab bila nak makan 'steam boat' mereka suka makanan lain.  Lagipun ini adalah makanan sihat. Rebus. 

disebabkan dia tak lunch dia ambil nasi... boleh la rasanya


Lagi satu, kalau makan ramai-ramai baru seronok...  sebab kita akan ambil masa untuk bersembang sambil menikmati hidangan di depan mata.

ok.. hidangan bermula 
Kalau dah buntu nak makan kat mana, ada banyak pilihan... ikut je cita rasa nak makan apa... 



Monday, July 9, 2012

Hati gelisah? Amallah surah Alam Nashrah...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, saya tidak lagi gundah gulana.  Berserah diri kepada Allah akan segala urusan hidup saya, membuatkan diri rasa tenang, walaupun ada beberapa masalah timbul.

Mungkin, pengalaman hidup mengajar kita erti hidup dan bagaimana hendak menangani masalah yang datang.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya bagaimana kita dapat halakan diri kita supaya tidak bersedih sangat...

Amalkanlah surah di bawah ini.  Bacalah apabila runsing.

Caranya;

1. pada ayat 1, baca dan tiup di tapak tangan dan sapulah di dada (bacalah doa - YA ALLAH, KAU LAPANGKAN DADAKU INI )- untuk melapangkan dada kita)

2. Ayat ke 2 Baca dan tiuplah di tapak tangan dan sapu di bahu
  (bacalah doa - YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH BEBANAN DI BAHUKU INI...)untuk rasa berat tanggungan kita berkurangan...(masalah la )

3. Ayat ke 3, Baca dan tiuplah tapak tangan, lepas tu tapak tangan sapulah  di belakang pinggang hingga sempadan punggung - sapulah 3 x...
(doalah - YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH PEKERJAAN YANG AKU NAK BUAT INI...)bila buat kerja tu rasa ringan je)

4. Ayat ke 4, baca dan tiup pada tapak tangan dan semasa sapu dari muka hingga belakang kepala...sedut tapak tangan apabila sampai ke muka... buat 3 x
(doalah - YA ALLAH, KAU JADIKANLAH SESIAPA SAHAJA YANG MEMANDANG AKU, MEREKA AKAN HORMAT DAN SAYANG PADAKU...)yang ni dikatakan untuk penyeri wajah...dan supaya orang hormat dan sayang...kalau yang ada suami tu elok sangat la amalkan...)
pastikan, bacalah ayat seterusnya sampai habis...

seeloknya, bacalah basmallah bila melakukan sesuatu pekerjaan, amalkanlah dengan seikhlas hati dan berharap sepenuhnya kepada Allah.




    Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
    lagi Maha Penyayang
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu 
    dadamu (wahai Muhammad)?
2. Dan Kami telah menghilangkan daripadamu 
    bebanmu.
3. Yang memberati tanggunganmu (dalam
    menyampaikan dakwah)
4. Dan Kami telah meninggalkan bagimu sebutan
    namamu (dengan mengurniakan pangkat nabi  dan
    pelbagai kemuliaan)
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu)
    bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
    kemudahan
6. sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai 
    kemudahan
7. Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu 
    amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau 
    berusaha (mengerjakan amal salih yang lain);
8. Dan hanya kepada Tuhanmu sahajalah, hendaknya 
    engkau berharap

Saya bukanlah memandai-mandai bagi petua ni, saya belajar daripada ustaz Hanafiah...seorang pendakwah bebas yang banyak pengalaman....

Cubalah, insyaallah Allah pasti tolong...dan jangan lupa pula untuk dekatkan diri kita kepada Allah dan serahkan diri kita seikhlas hati semasa bersolat...seluruh jiwa raga hanya untuk Allah...

Wassalam

gelagat si awang hitam

Assalammualaikum,


Sabtu baru-baru ni saya pi makan tengahari dengan anak menakan (nak cakap utaqa la no)...di restoran dekat dengan apartmen yang saya tinggal tapi blok lain.


Masa dok tunggu makanan sampai, adalah sepasang kekasih masuk.  Yang pasti, si lelaki adalah Si Awang Hitam.  Perempuan tak pasti pulak, cakap macam orang Kelantan, tapi boleh jadi orang Patani...


Beberapa minit kemudian, masuk pula 3 orang, 2 awang hitam dan seorang wanita.  Boleh tahan juga yang wanitanya...tapi, tak tau warga tempatan atau Filipina.


2 lelaki yang baru masuk bersalaman dengan si awang hitam pertama.  Tentulah depa cakap Afrika.  Jadi, tak dapatlah saya nak terjemah walaupun sepatah perkataan.



gambar terbalik, malas nak betulkan...amek gambo curi...hehehe


Yang si awang hitam kat atas ni dok sembang sambil memandang 2 gadis di belakang saya.  Masa tu la saya baru perasan.  Ganas betul pandangan dia kepada gadis di belakang saya...warga tempatan.  Berkulit putih dan biasa je...Itu yang membuat mata si awang hitam tadi terbeliak.


Amat menjengkelkan saya cara pandangannya seakan-akan menelanjangi gadis yang menjadi sasaran sepasang mata ganasnya.


Gadis kat belakang saya tak perasan kot... tapi, si awang hitam ni selamba jazz je mengisyaratkan kepada 2 awang hitam tadi pasal gadis yang dia minat tu kot... dengan selamba gurindam juga dia ubah tempat duduk bertentangan untuk melihat lebih jelas gadis tadi.


Sikit pun dia tak peduli kepada aweknya tadi.  Berani dan amat kurang sopan betul.  


Yang 2 mamat tadi pandang la juga tapi tak macam awang hitam depan saya tu.

Dalam fikiran saya terlayang-layang...apakah yang menyebabkan gadis tempatan kita tergoda kepada jejaka ini?


Berbalik kepada si awang hitam yang datang dengan pasangannya...tiba-tiba dia marah kat awek dia...


Nampak betul muka dia marah dan tak suka.  Oh..rupa-rupanya awek dia tadi tu dok bercakap telefon.  Dia tak suka.  Cemburu kot.  


Mesti awek dia rasa tak seronok..eh dua ronok kot dengan gelagat si awang hitam tu...


Agaknya si awang hitam tu tak selera nak makan... sebab tadi beria-ia dia minta nasi nak makan...tapi, lepas dia marah kat awek dia, terus dia tak jadi makan ...dia makan la juga tapi tak la banyak...


Saya kesian kepada gadis tempatan... wahai gadis tempatan, lebih baik cari lelaki tempatan... terjamin sekurang-kurangnya apa-apa hal kat tanah air sendiri.  


Kalau orang luar ... yang tak serius dengan kita...mungkin kita ditinggalkan... 


Entahlah takut saya memikirkan natijah gadis-gadis tempatan dengan lelaki luar... banyak berita tidak menarik...tapi masih lagi ada yang terpikat dengan mereka...jejaka luar...


Sebelum terikat, fikirkan dalam-dalam ....


Tolonglah kesiankan diri sendiri dan juga keluarga...lainlah kalau lelaki itu ikhlas menerima kita seadanya dan berlandaskan kerana Allah...

Sunday, July 8, 2012

cerekarama saleha

Semalam saya menonton cerekarama bertajuk Saleha.  Promonya menarik, itu yang membuatkan saya terpanggil untuk berada di hadapan kaca televisyen.


Saya ni peminat setia cerekarama tv3.  Bukan sebab semangat 'assabiyah', tapi, boleh dikatakan banyak juga drama yang ditayangkan di slot cerekarama tv3 bermutu.


Bukannya saya tak menonton drama di tv lain, ada juga.  TV1, Astro, TV Al-Hijrah dan rangkaian Media Prima kalau menarik tetap saya tonton.  


Stesen tv yang saya sebut di atas pun tidak kurang menariknya dengan drama yang berkesan dan jalan cerita, tentulah berkualiti.


Berbalik cerekarama semalam.  Entah bagaimana pada masa yang sama, saya tiba-tiba rasa pelakon yang memegang watak Saleha tu tak sesuai penampilannya.


Iyalah, watak Saleha tu adalah seorang yang lembam.  Tetapi di mata saya ada kekurangannya.  Manakan tidak, sah-sah nampak kening Saleha berpantis (dicukur).  Orang lembam takkan buat itu semua.  


Masa dia pakai baju pengantin, mekapnya cantik,  bukan gadis lembam yang mekap, tetapi orang normal.  


Bercakap berkenaan mekap, nak tergelak pun ada, sebab kalau tak silap saya masa dia tidur di sofa, lepas dipukul Mak Longnya, bila shot 'close up' la... ada maskara  


Pandai pulak dia pakai maskara.  Hmm... kenapa la pelakon kita masih lagi nak jaga kecantikan?  Tidak seperti pelakon Hollywood? 


Kalau comot, comot gila...memang kitapun rasa macam betul-betul berlaku.


Cubaan baik bagi pelakon tersebut menghayati watak gadis lembam.  Tapi, masih ada kekurangan lagi.  ''She's trying too hard for that part...'' ataupun lakonannya ala kadar. 


Saya tak dapat menghayati lakonan watak Saleha.  Saya 'salute' pelakon veteran aka senior, Abu Bakar Juah.  Memang mantap.  Dia memang menghayati wataknya dengan baik.  Bila sedih, air matanya tergenang.  Saya kira dalam semua tu watak Pak Long lebih menyerlah daripda watak utama.  


Masa menonton tu, saya boleh terbayangkan beberapa muka artis yang mungkin sesuai untuk watak Saleha.   Tak asing lagi Khiriyah, Umi Aida, Fazura, dan beberapa lagi nama yang tersenarai dalam lakonan berkesan.


Jangan marah, cuma semalam saya agak kecewa.  Jalan ceritanya memang menarik.  Tapi, ditawar pula dengan lakonan yang tak seberapa... cuba guna logik.  Cuba guna ... ada ke orang macam tu?  Jadi... jawapan untuk ilham akan muncul...


Tolonglah wahai penjaga konti, pengarah, dan paling utama juru solek, tolonglah jangan terlalu sangat dalam solekan jika watak wanita kampung...


Harap-harap saya berkesempatan menonton lagi cerekarama minggu depan.  



Thursday, July 5, 2012

kurang adab

Memang biadap betul budak-budak sekarang.  Tak boleh tegur langsung.  Padahal kita tegur perkara betul.  Mana taknya, masuk kerja pukul 4 petang, tak buat apa.


Orang lain kerja bagai nak rak.  Kerja dia pula kita kena buat.  Tapi, nak 'glamour' tau pulak dia.  


Adik-adik, kalau dah dijadualkan masuk pukul 10 pagi, kira bertuahlah tu.  Orang lain kena masuk awal.  Awak tu datang pukul 4, kadang-kadang pukul 5.  


Bild telefon, tak berjawab.  Sms tak berbalas.  Eh, kita pula yang kena rayu dia suruh datang kerja.  


Ha, baru terkena sikit dah meroyan.  Tak sangka lelaki pun ada yang meroyan.  


Semalan kita tanya elok-elok, sikit pun dia tak pandang muka.  Amboi, dah la kerja tak semenggah, dah jadi ujub pula.


Tunggulah, nanti akak akan panggil adik ye, tanya apa masalah yang sebenar.


Mudah-mudahan awak tu dapat kerja dengan upah yang berkat.  Ingatlah, duit tu tak berkat kalau kerja memonteng.

Monday, July 2, 2012

Amanah Dalam Kerja



Assalammualaikum,

Selamat pagi.  Hari ini saya datang awal juga ke pejabat.  Anak saudara perempuan bertandang ke rumah semalam.  Saya menjemputnya dari Terminal Bas Dan Teksi di Shah Alam, Seksyen 17.  Dia balik dari Pulau Pinang.

Pejabat macam biasa, agak lengang.  Saya tak faham betul dengan budak-budak sekarang.  Kerja sambil lewa.  Asal buat.  Bila kita tegas dikatakan kita ni garang.  Bila ditegur tarik muka masa.

Gunalah cara apapun, mereka tetap pandai auta. 

Amanah dan tanggungjawab diberikan tidak dipikul dengan baik. 

Dengan manusia bolehla tipu, dengan Allah tanggung sendiri.  



Pejabat idaman


Sekarang ni ada 3 orang yang bermasalah.  Ponteng, mengular, hilang dan segala bagailah perkataan bagi yang curi masa bekerja.

Datang dahla lewat,  lewat yang teramat sangat.  Paling awalpun tengahari.  Selalu saja masuk petang.  Pukul 4 petang.  Amat melampau.  Sering juga tak masuk.

Ada je alasan yang tak sudah.  Gaji nak pula penuh.  Bila datang tu, mak ai, macam dia sorang je yang sibuk.  

Sekarang ni, kami pula yang terpaksa membuat kerja-kerja mereka.

Kemas dan teratur memenangkan kita semasa bekerja
Kesilapan besar yang membuatkan mereka begini, disebabkan ada orang yang tak pandai mengurus.  Melayan pekerja macam kawan, eh, macam adik.  Jadi, apa lagi, naik tocang le.

3 orang ni memang bermasalah.  Kerja taklah hebat mana, selalu 'over the deadline'.  Bahasa hancus, suntingan visual hancus apa lagi 'time management'.

Geram betul, bila telefon suruh datang kerja, siap bagi alasan, tak boleh datang awal, kalau tengahari bolehlah.  Ada yang siap cakap ok, on the way.  Amboi, setakat dari Kajang ke Petaling Jaya takkanlah dari pukul 11 pagi telefon, sampai pejabat pukul 4 petang?  Agaknya budak ni jalan kaki kot.  

Semalam apa lagi, terus saya cakap, hah.. diva dah sampai.  Eh pandai pula tarik muka masam.  Semalam datang pukul 4.30 kot.  Bukan pagi ye.. itu waktu petang.  Nak kata syarikat ni milik keluarganya, tak juga.

Itulah bila saya tegas, ada yang kata, biarlah... sekarang?  Nak pula kita ambil tindakan?  Bijakkah dia?  

Dulu saya ni agak 'out spoken', tapi bila pihak pengurusan menyebelahai mereka.  Saya didiamkan.  Baguslah, sekarang baru pihak pengurusan sedar kot.  Ramai pula yang datang ikut suka hati, tak datangpun ikut suka hati dan paling sakit hati ada yang bekerja dari rumah... mak ai... senangnya....

Dengan kita mereka berkira sangat... tapi, dengan orang lain?  Apapun, saya anggap Allah berkehendakkan saya ditegur supaya saya tidak menjadi alpa dengan perkara-perkara laqo...

Alhamdulillah, rezeki Allah beri pada saya bila saya perlukan amat sangat.

Terima kasih Allah kerana Engkau sentiasa bersamaku.


Sunday, July 1, 2012

Berpatah arang

Maka, janji Allah itu benar.


Saya tak tahu nak jelaskan kejadian yang berlaku kepada rakan ini.  


Itulah, kalau kita bergantung kepada kuasa, ego tak tentu pasal terhadap orang tertentu, menganiaya?  


Doa orang teraniaya tak dihijab.


Kini, saya terharu dengan apa yang berlaku kepada rakan ini.  Dia disiasat.  


Dulu, semasa menjadi pilihan bos, dia jarang sekali hendak menjaga perasaan orang sekelilingnya.  Cakap main sedap mulut saja.


Ramai yang menjadi korban bahana mulut celuparnya.  Menyakitkan hati... tambah pula ada pengikutnya.  Peliknya, pengikut-pengikut itu walaupun pernah terkena bahana mulut rakan ini, pada batang hidung mereka.  Mereka tetap setia bagai lembu dicucuk hidung layaknya.


Itulah, bangkai gajah sukar nak ditutup, tetap bau.  Kini, dia dalam perhatian disebabkan melakukan kerja-kerja luar.  


Tentu dia dah tak seronok nak bekerja.  Tambahan pula bos yang menjadi sahabat baiknya, kini bagaikan musuh... gunting dalam lipatan. 


Dulu mereka bagaikan aur dengan tebing, tak dapat dipisahkan.  Ke mana sahaja mesti berdua tetap bersama.  Tugasan luar negara tetap bersama.  Bercuti pun bersama.  


Entah di mana silapnya.  Mesti ada sesuatu yang menyebabkan terjadinya perselisihan keretapi laju... eh...melalut la pulak... 


Alhamdulillah, jasa mereka besar kepada saya. Saya berterima kasih dengan mereka yang mengajar saya erti pedih hati, terkilan, malu segala-galanya.  


Mereka juga mengajar rasa tidak puas hati saya kepada sikap kroni mereka.


Kini, pengalaman berharga itu menjadi milik saya.  Saya bawa keindahan perbuatan mereka itu keluar dari daerah pekerjaan di tempat lama.  Saya jadikan ia pedoman agar tidak tergelincir seperti mereka.


Mereka kini, berpatah arang.  Sukar untuk dipercayai.  Bagi kedua-dua mereka.  Hidup bagaikan roda.  Antara kamu berdua, salah seorangnya kini berada di atas... dan pandai-pandailah mengharungi atas bawah berpusingnya roda...


Biarpun terukir senyum di bibir.  Mata kita tetap menyatakan rasa hati sebenarnya.


Ya Allah, Engkau Maha Agung.  Aku pernah dianiaya mereka.  


Aku doakan mereka sedar... setiap perbuatan pasti ada balasannya.