Sunday, October 16, 2011

kawan

Setelah berpindah tempat kerja, baruku tahu siapa yang benar-benar kawanku.  Setakat ini, cuma dua tiga orang bertanya khabar.  Yang lain?  Entah hilang ke mana. 

Ironinya, kebanyakan bekas rakan sekerja menghantar 'sms' hanya untuk meminta no telefon orang tertentu.  Senang je kerja ya.  Mulanya, dalam hati malas nak beri, tapi, bila ingat kalau saya beri kerana Allah...untuk mendapat redhanya...saya beri juga.  Walaupun ada yang pernah tidak bekerjasama semasa di tempat kerja lama. 

Pelik betul, apabila saya berpindah ke tempat lebih baik ada juga yang tidak berpuashati.  Tidak suka dengan kejayaan yang saya perolehi.  Kenapa mesti rasa sebegitu? 

Ingat, dunia media massa ini kecil.  Satu hari kita akan bekerja bersama juga...walaupunn tak bekerjasama.  Anda telah berjaya dengan penampilan terus di dalam program yang membabitkan diri anda, tak perlulah berburuk sangka...kerana ramai yang mengenali diri anda...

Apapun itulah manusia... jika kita tak mahu orang berbuat tidak baik kepada kita, eloklah kita jangan berbuat begitu kepada orang lain...

Mudah-mudahan Allah membuka hati anda untuk berpijak di bumi nyata...Bersangka baiklah ye...

Friday, September 30, 2011

tempat baru

sedar tak sedar lebih 2 bulan bekerja di tempat baru.  terima kasih kepada tv3 kerana memberi ilmu amat berharga buat diri saya.

ramai yang terkejut dengan keputusan saya untuk beralih arah. bukan mudah keputusan yang diambil.  selama 16 tahun saya mencurah ilmu dan memberi yang terbaik untuk tontonan orang ramai di stesen hebat itu.  pahit manis semasa bekerja di sana adalah pengalaman yang tidak ternilai harganya.  ia bagai universiti tempat mahasiswa meraih ilmu komunikasi massa.

ramai teman sekerja menganggap saya terlalu berani berpindah ke tempat kerja baru yang belum mempunyai asas yang kukuh.  bagi saya inilah cabaran hebat. bayangkan sebuah stesen tv baru, bagaikan putik baru pepohon yang rendang dengan daun yang lebat.

setiap kali saya datang ke pejabat, setiap kali itulah saya teruja.  kenapa tidak.  setiap detik adalah sejarah dan pengalaman berharga buat saya.  baru saya tahu perjalanan sebuah stesen tv baru.

di luar sana ramai yang tidak yakin.  ada juga yang mengambil kesempatan.  ada juga yang tidak gembira.  pelbagai reaksi teman-teman lama sering menerjah telinga saya.  biasalah.  tidak semua orang gembira dengan kejayaan kita.

bagaimanapun saya amat teruja.  tenaga kerja yang ada di sini semuanya berpengalaman luas dalam bidang penyiaran dan juga komunikasi massa.  setiap orang memberi komitmen tinggi bagi menjayakan projek terbaru kami.

insyaallah niat baik kami akan mendapat rahmat daripada Allah.

moga setiap berita yang kami sampaikan mendapat manfaat semua warga di bumi ini.

yang baik datang daripada Allah.

Friday, September 9, 2011

MAAF

Lama betul tak update blog ni.  bukan apa, sibuk menyiapkan tugasan di tempat lama, lepas tu sibuk nak pergi ke tempat baru.  alhamdulillah, la ni ada kat tempat baru.

ramai yang terkejut bila saya meletak jawatan.  pelbagai reaksi saya dapat daripada kawan-kawan dan saudara mara. 

buat pertama kali dalam hidup saya, saya berhijrah...hanya pada Allah saya serah masa depan saya.  saya dah lama bersabar dengan pelbagai karenah.  bagaimanapun ujian tetap datang apabila saya ditawarkan 2 tempat.  pemilihan telah dibuat.  alhamdulillah.

apabila kita melangkah ke tempat baru dan keluar dari tempat lama, tahulah kita, siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak.

saya dah maafkan semua orang.

mulakan hari baru, hidup baru.  kita tahu ke mana arah kita dan keupayaan kita. 

maafkan saya.

Tuesday, April 5, 2011

cikgu oh cikgu, tolonglah anak bangsaku

petang tadi sempat makan tengahari...kategori lewat dengan 'cousin'. 

sembang punya sembang, terkeluar la cerita pengalaman dia praktikal kat sebuah sekolah di kuala selangor.

dia mengajar bahasa inggeris, dapat pula kelas terakhir dan terbaik.  dia kata, ada sesuatu tak kena dengan pengetua dan pengajar di situ.

guru-guru di situ tak bersungguh-sungguh mengajar anak-anak murid.  manakan tidak, kalau dah kelas tercorot, tenaga pengajar di situ agak tidak bersungguh-sungguh mengajar anak-anak murid yang dalam kelas lembab ni.  padahal dia kata, budak-budak tu kalau diberi motivasi, memang nak belajar.

macam drama pulak bila dia bercerita perihal sekolah tu.  dia ada la menyuruh seorang budak perempuan ni membaca teks dalam bahasa inggeris, tapi budak ni buat dek je, dah tu berpaling mukanya daripada cikgu ni. dia sikitpun tak takut dengan cikgu sambil buat muka selamba.

akhirnya budak kelas dia pun kata, "cikgu, sebenarnya dia ni tak pandai baca."

dia pun jawab, "oh, maaflah cikgu tak tahu, kenapa tak cakap awal-awal?  takpalah kita buat pelan-pelan.

esoknya, dalam kelas inggeris tu, diapun suruhla budak ni membaca, sambil berkata, " baca tengok cikgu nak dengar, takpa, kalau tak reti langsung, ikut cikgu cakap... tapi cuba dulu la, bunyi macam bahasa melayupun tak pa.. cikgu nak tau saja..."

budak ni, nak tak nak, terpaksala baca...tapi bukanlah tahap tak boleh membaca langsung... kira adala bunyi bahasa inggeris juga walaupun dimelayukan.

"la.. bolehpun, cikgu ingat ke tak reti baca langsung, kalau macam ni, bukannya ada masalah, kita belajar pelan-pelan...ha lama-lama bolehlah..."  tegasnya lagi.

jadi, dia dah berjaya 'tackle' bebudak kelas tercorot tu.  minggu berikutnya, bebudak kelas ni bersemangat nak belajar, sampai minta dia adakan kelas tambahan.  mulanya dia takut nak buat, kerana dia cuma praktikal dan kena minta kebenaran kalau nak buat kelas tambahan...akhirnya usahanya menjadi.

tambahnya, "ish kesian betul la budak-budak tu, kalaulah cikgu sekolah kat situ ambil berat, tentu budak-budak tu boleh ditolong, ni, saya dah habis praktikal macamana nasib budak-budak tu, padahal kalau dibimbing, ada masa depan tu.."

di sekolah tu bebudak kelas A pula, cikgu-cikgu di situ tanamkan perasaan ego.  mereka sedikitpun tidak boleh ditegur kesalahan.  padahal, dia kata, budak-budak kelas tu pun english berterabur...kesian.

ingatke kelas terbaik di sekolah tu, pelajaran pun baik, rupanya boleh dibilang dengan jari je.

dia geram lagi, ada ke soalan peperiksaan penggal pun dia kena buatkan, dah la tak bagi 'guide'.  jadi, dia tak kisah, dia buat juga.

bila nak periksa jawapanpun dia kena buat juga, tapi, dia tak kisah, kerana biasalah budak praktikal dilenjan habis-habisan.

bila dipulangkan semula kertas jawapan.  pandai pulak budak-budak kelas A ni membantah markahnya.  dia tetap tegas dengan pendiriannya.  katanya lagi, " cikgu ni bukannya nak cari kesalahan awak semua.  ini memang markah yang layak awak semua dapat... macam ni lah, kalau tak puas hati, kita buat pilihan rambang...kertas jawapan siapa yang bertuah kali ini... cuba dengar... (dia pun membaca karangan dibuat oleh pelajar kelas tu... lepas tu dia tanya, adakah karangan sebegitu dengan 'grammar' salah, struktur ayat salah...)

barulah pelajar-pelajar di kelas tu mengalah dan meminta maaf atas keegoan mereka.

tambah 'cousin' saya lagi, " kalau salah sikit-sikit tak apa, ni macam budak sekolah rendah tahap english depa..."

beberapa insiden dikongsi lagi...

nak 'ajar' budak-budak kelas tu, dia mengambil keputusan cakap inggeris sahaja tanpa menyelitkan sepatahpun perkataan melayu...

adala budak kelas A nak pergi tandas... " cikgu toilet.."

hello, i don't understand... i am not a toilet.  fine, if you want the toilet take it, but i won't let you go out from the class...

"ok, ok, i want toilet"...tambah budak tu lagi,

"what? you want toilet? what for?"  ujinya lagi...

akhirnya dengan selamba budak tu pun bertanya kawannya, woi.. macamana nak cakap ni, aku nak pi toilet?

akhirnya, dia melepaskan budak tu ke tandas apabila budak tu bercakap inggeris dengan betul.

katanya, dia kesian juga, ada ramai cikgu malas di situ... ada sorang tu dia dapat tahu dan melihat dengan mata kepala sendiri...cikgu tu ambil je buku teks, salin balik teks daripada buku ke papan hitam, jadi, budak-budak tu memang tak ada belajar langsung le.. setakat suruh salin aje..tanpa menerangkan dengan betul... dia kata patut la dia nak masuk ke kelas cikgu tu, cikgu tu tak membenarkan...

'part' paling best ada cikgu tak pernah buat nota/catitan/ringkasan mengenai pengajarannya selama 4 bulan...

kemasukan murid-murid dalam kelaspun berat sebelah, bukannya ikut kecerdikan... itulah, kelas cerdikpun pelajaran tunggang langgang..

tanyanya lagi, macam tu ke sikap pengetua dan cikgu apabila memanggil, anak-anak murid, binatang?

dia kesal sangat dengan sikap cikgu-cikgu yang makan gaji buta tapi tak mengajar.

mendengar ceritanya, saya pun berasa kecewa juga, bagaimana nak majukan anak bangsa, apabila bangsa sendiri mengkhianti dan tidak ikhlas memberi ilmu?

patutlah ramai ketinggalan.

'cousin' saya dalam dilema samada nak mengajar di sekolah swasta ataupun sekolah...am.  saya mendorong dia untuk ke sekolah am... kata saya...

'wani, kakchik rasa elok wani ke sekolah yang am tu, sekurang-kurangnya wani dah buktikan budak-budak kelas tercorot ada minat nak belajar.  cuma pengetua dan beberapa cikgu di situ tak jujur dan amanah dalam tugas diberi...mengakibatkan anak bangsa kita mungkin akan jauh ketinggalan..."

dia pun mengangguk..sambil menambah, "itulah, nak mengajar budak-budak sekarang kena guna psycholgy, bukan buat tak peduli, mesti ada cara nak tarik minat budak-budak tu belajar..."

kesian dia, sampai sekarang cuba apply nak mengajar tapi tak dapat...

saya bukan nak memuji cousin saya, saya tahu dia memang seorang yang bersungguh-sungguh... dia memang ikut contoh allahyarham ibunya... yang juga bekas pendidik..

ada lagi kes mengenai pengalaman cikgu dengan murid...

insyaallah..nanti saya tulis lagi...

Wednesday, March 16, 2011

buat baik, hidup menjadi lebih baik...

kenapa sesetengah kita, hidup rasa tidak tenang?  ada sahaja masalah yang datang, kecil besar, pasti akan menjengah dalam kehidupan.

cuba fikirkan semula, apa yang pernah kita buat kepada orang lain atau makhluk lain hingga menyebabkan ada saja perkara tak diingini berlaku. 

tak kiralah samada keadaan kesihatan tidak seperti orang lain.  malah jika berubat pun tak berubah dengan banyak.  begitu juga kewangan, ada je masa yang tak cukup.

apabila saya mendengar pakar motivasi menyentuh hubungan manusia dengan Allah, memang ada benarnya.

jika manusia jauh mengingati Allah, Allah pun akan jauh daripada kita. 

jika kita berbuat baik kepada manusia, Allah tetap akan membalasnya walaupun ia sebesar zarah.

cuba buat kebajikan dengan bersedekah.  berilah beras kepada keluarga yang miskin, lihatlah wajah mereka... anda pasti rasa bahagia.

kadang kala Allah membalas dengan segera, Allah membalasnya dengan memberi kesihatan lebih baik, lapang dada, rezeki melimpah ruah, kalau kita ditimpa musibah, ada je orang nak bantu kita.  atau mungkin bila kita perlukan bantuan, ada je jalan yang Allah mudahkan.

kalau tak mampu bersedekah dengan wang ringgit, tenagapun jadilah.  contohnya, jika ada ranting atau apa saja yang menghalang jalan, buangkanlah rintangan tersebut untuk memudahkan orang ramai menggunakan jalan itu.

jika tak pun berilah makan kepada kucing ke, anjing ke... itupun dikira ibadah.

begitu juga dengan sedekah senyuman, lagi mudah.  bila kita marah atau bersedih, buangkan rasa gundah itu supaya orang lain tak tahu, bila saja kita senyum pasti akan menyukakan sesiapa saja untuk melihat kita. 

begitu juga dengan percakapan.  tak salah untuk kita bercakap perkataan baik-baik dengan nada yang menyenangkan sesiapa saja yang mendengarnya.

jika ada orang menabur fitnah atau menganiaya kita, usah bersedih.  mengadulah kepada Allah.  Dia pasti mendengar kerana dialah yang paling dekat dengan kita.

Kalau ada saja orang yang suka cari pasal dengan kita.  jangan bimbang, bangun je daripada kelompok yang mengata, mengumpat, menganiaya anda, pergi buat solat hajat, mohon kepada Allah supaya mereka tersedar kesalahan yang dibuat. 

Lagi satu, kalau orang yang menabur fitnah tahu kita solat hajat...sure dia pun takut nak buatkan?

Hidup kita walaupun tak ganggu orang, pasti ada je syaitan yang menghasut orang untuk mengganggu-gugat keamanan kita.

Begitu juga kalau dikurniakan kepandaian, tak perlulah menghebahkan kelebihan anda.  Kadang kala belajar teori dan praktikal tidak sama. 

Ada yang terlalu yakin, boleh buat itu ini.  tapi hasilnya hampeh.  bila ditegur, mudah aje mengatakan orang tidak menghargai kerjanya. padahal kerjanya tidak bagus.

kalau tak tahu, bertanya, ini tidak, berlagak pandai tapi, hasil amat mengecewakan.

buang sikap terlalu riak... ia tidak akan membawa anda ke manapun.

Saturday, March 12, 2011

manusia...

susah betul nak cari orang yang boleh dipercayai.  patutlah wujud pepatah melayu, talam dua muka, gunting dalam lipatan.  memang sah ramai orang macam ni.

di persekitaran kita.  demi nak jaga periuk nasi mereka, depan cakap lain, belakang cakap lain. takut punya pasal.  setuju aje.  walaupun hakikatnya nampak yang tak betul.  tapi dek nak jaga kedudukan... diikutnya juga.  puji memuji demi nak ambil hati... hati siapa?  lihatlah sendiri.

sifat kecantikan manusia Allah yang beri.  jangan lupa tu.  satu hari akan kamu alami juga.  tunggu je masa.  akan terkena kat batang hidung sendiri. 

mulai saat ini, perancangan dah diatur.  tunggu masa untuk sembur balik, tapi cara halus. 

engkau siapa kenal ye?  tak apa.

tunggu je...

Thursday, March 3, 2011

Waktu-Waktu Mustajab untuk Berdoa

by Ustaz Zahazan Mohamed on Wednesday, February 16, 2011 at 10:53am
1.      Ketika hujan.
2.      Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3.      Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)
 4.      Antara azan dan iqamat.
 Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)
 5.      Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6.      Ketika sujud dalam solat.
7.      Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8.      Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9.      Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10.  Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.