Sunday, February 21, 2016

TIBA-TIBA KAWAN AJAK NONTON WAYANG


15 Februari lepas, tiba-tiba kawan ajak pi tengok wayang, tajuk DEADPOOL.  Katanya dalam carta ia No 1 waktu tu dan komedi.

Tanpa banyak fikir, sayapun setuju.  Dah dalam carta no 1 kan.  Mesti best..



Bagi saya, hmm oklah.  Tapi, entah mengapa, di pertengahan cerita, rasa boring.

Aksi menggerikan memang ada.  Bahagian aksi tu menarik.  Tapi, bolehlah.  


Kisahnya mengenai seorang lelaki yang disahkan menghidap kanser tahap 4.  Tiba-tiba ada seorang lelaki menghampiri dia dan menyatakan mereka dapat menyembuh penyakitnya itu.

Dengan berat hati, dia meninggalkan kekasihnya dan menuju ke pusat rawatan tersebut.  Masuk aje, suasana agak menyeramkankan la sebab ada yang menjerit bagai.  Tengok kawasan tu pun macam gudang yang diubahsuai je.  Tak seperti hospital.

Rupa-rupanya ada seorang saintis hensem ni, menjalankan rawatan dan pada masa yang sama mutasi akan berlaku kepada tubuh pesakit bergantung kepada kekuatan yang ada pada tubuh seseorang.

Alamak, lelaki yang hidap kanser ni pula, mulut celupar.  Kurang ajar juga la, sampai menyebabkan saintis muda ni buat rawatan tapi macam nak kenakan je.  

Sampailah ke tahap tubuh lelaki ni jadi macam lecur teruk.  Kena pula masa gaduh pula ketika rawatan tu menyebabkan lelaki yang hidap kanser ni marah dan dari situ mereka berlawan.  Sampaikan kawasan tu musnah.

Dari situ lelaki ni apa lagi mencari dan mencari...saintis tu untuk mengembalikan wajahnya ke rupa asal.   

Hehhhhh... boring hahah.  Gaduh, komedi, loklaq... akhirnya bertemu kedua musuh ini dan apa lagi saintis tu bagi tahu yang fizikalnya tidak dapat diubah lagi. 

Marahlah dia.  Lagipun dia malu nak bertemu tunangnya.  Hmm... dah la... boring hahaha.

Tengok sendiri lah.




Wednesday, February 17, 2016

Hantar Orang Pi Umrah





15/2/2016, lepas subuh, siap-siap terus pergi ke KLIA untuk bertemu kawan yang akan mengerjakan umrah.  Ramainya jemaah umrah dengan agensi tu.

Mulalah teringat kembali saat-saat pertama kali dan seterusnya bagi semasa mengerjakan umrah.  Saat yang paling berharga dan takkan akan dilupakan dalam hidup saya adalah ketika menjejakkan kaki ke dua tanah haram yang indah.

Madinah dan Makkah.  

Sempat juga berbisik kepada kawan saya untuk mendoakan saya.  Ambil peluang.   

Melihat dia berpelukan dengan keluarga dan menitiskan air mata.  Teringat la pula kenangan pertama kali ke sana, pergi bersama syarikat dan hanya abang keempat saya yang hadir.  

Kalau sesiapa yang berpeluang, pergilah.  Jangan ditangguh.  Auranya amat berlainan.

2004 balik umrah saya diumpat sebab masih 'free hair'.  Alhamdulillah.

Sejak balik dari sana, hati saya mula tertarik kepada ilmu agama.  Dan saya pun mula berubah.  Insyaallah.

Saya doakan kepada yang akan menjejakkan kaki ke sana, agar mendapat umrah mabrur.  Rebutlah peluang beribadah di sana.  


Monday, February 15, 2016

PETAI DARI PERAK



Semalam dapat mesej daripada jiran, Kak Ani, bertanyakan nak petai ke tak?  Saya jawab, tak sebab jarang masak.  Mesej masuk lagi.  Tertera gambar petai  seikat yang besar, yang macam orang jual petai secara borong tu.  Beli banyak ni.  Jawab Kak Ani, ingat nak bagi dalam 5@6 orang.  Memandangkan dah memang banyak.  Saya hantar mesej, memberi jawapan nak. hihihi.

Muka tak malu noo,  Dah tolak, lepaih tu nak pulak.  Haqu.  



Mesej masuk lagi.  Kak Ani sampai dalam kul 10.  La ni ada kat Sungkai.

15 minit sebelum pukul 10 malam pintu rumah diketuk dan dapatlah petai.  Dalam kepala nak masak sambal tumis udang, kegemaran tu.  Ulam pun sedap.  huh... banyak betul angan-angan.



Tapi, hari ni petai masih lagi cantik.  Tak terusik.  Sebab hari ini keluar ke KLIA, Sepang.

Hmmm sekarang, dah menaip pasai petai ni, lapaq la pula.  Kalau ada udang segaq, dah masak dah ni.  Tapi, tu lah.  Malas nak keluar beli bahan-bahan.  Tak pa la tunggu dulu.

Semalam masa ambik gambaq ni, dan jugak duk belek-belek tengok.  Ada papan ulas dia jarang.

Tengok macam bukan petai padi.  Hat yang ni rasanya macam kelat sikit kot.  Lupa pulak spesis petai ni.

Eh awat saya pi tulih bahasa utaqa? Tak pa la, kot no... dah terlajak banyak perkataan, harap paham la no.

Agak-agak la. Esok jadi masak ka dak?  Terliuq.  Mengancam betui.


Sunday, February 14, 2016

Minta tolong buat kali terakhir...


Assalammualaikum.  

Huish... lama benor tak kemas kini blog.  Dah bersawang dah.  Banyak perkara berlaku.  Meh nak kongsi kisah yang dilalui...




Genap tiga bulan saya dapat mesej terakhir daripada seseorang yang amat memerlukan duit.  (Tak tahu samada saya ni tak prihatin ataupun dah cukup terkena)

Setelah sekian tahun DIA meminjam wang dan janji tinggal janji... tiba-tiba sms ini masuk...

Askm kchik sihat ke ...kak ? nak minta bantuan buat kali terakhir kat kchik...kak? nak pinjam rm500 @ brp sja yg kcik mampu, kak? merayu sangat2 kak? nak buat modal untuk menyara hidup tlng simpati pada kak? bagi jawapan segera...

hmmm

Saya memberi jawapan, tidak dapat membantunya, kebetulan banyak komitmen tertangguh.

tanpa balasan dia terus senyap.

DIA punya suami, tapi kerja... tak mahu, mungkin malas, mungkin tak suka bekerja dengan orang.   Sejak mereka berhenti  kerja dalam perkhidmatan awam,  masalah kewangan melanda.  Dari cerita yang dikongsi, suaminya berniaga... tapi konon ditipu... entahlah.  Tapi, takkan tak cuba usaha yang lain kan?

Oh ya, mungkin anda yang membaca ini akan mengatakan saya berkira?  Kalau anda di tempat saya bagaimana?

5@6 tahun lalu saya pernah meminjamkan wang kepada DIA, alasan perlu sangat-sangat untuk kelangsungan hidup.  DIA berjanji akan membayar segera bila duit dah ada.  Kenapa saya percaya DIA? Sebabnya dia adalah orang yang bijak dalam hukum hakam agama.  Lagipun semasa berkhidmat dalam sebagai penjawat awam, jawatannya berrstatus Ustazah dalam jabatannya.  

Bulan pertama DIA minta pinjam, saya beri rm3500. Dah dapat, DIA sms saya jangan sesekali telefon atau sms DIA kerana takut suaminya tahu dan membelasahnya.  

Saya akur.  Bulan kedua DIA minta pinjam rm3500, saya beri RM2700.  Sama juga, jangan hubunginya walau apa carapun.  Hati saya mula tak sedap.  Dua bulan berturut-turut dia minta pinjam dalam jumlah yang banyak.  Setakat itu, dia lah yang sms saya dan mengingatkan saya jangan sesekali mesej atau telefon DIA sebab takut suaminya tahu.  

Bulan ketiga berturut-turut, DIA mesej saya dan minta lagi bantuan RM3000 dengan alasan amat terdesak dan nak hidup.  Saya beri juga sebab kesian, tapi jumlahnya saya kurangkan RM2500 @ RM2300.  

Janjinya, DIA akan bayar apabila hasil padi bahagian DIA dapat nanti, akan disisihkan untuk membayar hutangnya.  

Selepas itu senyap sepi.  Saya beri kerana selalu teringat apabila kita membantu orang yang kesempitan, Allah akan membantu dan melapangkan kita kelak.  Saya yakin janji Allah itu BENAR. 

Pernah beberapa kali saya ke rumah mertuanya yang ketika itu sakit.  Dia datang kepada saya dan mengucapkan terima kasih kerana saya tidak mengganggu DIA dan juga saya tidak pernah meminta dan mengungkit hal tersebut.  Kemudian DIA berjanji akan membayar segera apabila mendapat hasil gaharu yang diusahakan keluarganya.

Saya tak pernah minta dia berjanji apa-apa, cuma DIA yang berjanji macam-macam dengan saya.  Saya cuma diam sahaja.   Dalam hati saya terlintas, hari ini mungkin hari dia...

Dia adalah isteri kepada dua pupu saya.  Saya tak kenal rapat pun.  

Cuma, terlintas juga.  Dia punya abang kakak adik.  Takkan mereka tak membantu?  Mungkin juga mereka sering membantu hinggakan DIA pun terasa malu.

Suaminya?  Sukar nak ditafsirkan.

Walaupun saya dan keluarga suaminya ada pertalian darah...saya masih ingat akan hinaan keluarga suaminya kepada keluarga kami.  Mereka tidak dapat menerima hakikat pelanggaran hukum agama yang terbuat keluarga mereka... di dunia kita boleh sembunyi.  Tetapi hukum Allah tetap dikira... dan benar... keluarga mereka agak kucar-kacir.  Dan alhamdullillah keluarga kami telah menunaikan tanggungjawab agama dan insyaallah mudah-mudahan terlepas daripada tanggungan yang amat berat itu...Biarpun pelbagai cemuhan kepada kami, kononnya nak saman... si suaminya kata kalau dia menyaman keluarga kami akan merengkok dalam penjara.  

Nak bohong tu agak-agaklah.  Perkara benar, orang-orang lama di kampungnya tahu kisah keluarga mereka. Cuma mereka mendiamkan sahaja.  Suaminya masih EGO lagi nak mempertahankan benang yang basah. Tak mungkin mereka akan menang...Cakap besar tak sudah-sudah.  Kalau ye... boleh je pergi mahkamah... tapi, kena lah kes dibicarakan di Mahkamah Syariah.  Ini bab hukum agama yang paling BESAR.  

Cuma salah seorang ahli keluarga mereka mengucapkan terima kasih kerana tidak menyembunyikan kisah keluarga mereka.  Kalau tidak sampai bila-bila mereka terpaksa menanggung dosa.  Kata seseorang itu, benarlah tindakan keluarga kami memberitahu kedudukan sebenar, kerana keluarga mereka kucar-kacir jadinya.  

Bayangkan mereka tidak dapat menerima hakikat dan takut menanggung malu.  Sampaikan keluarga kami dicerca dipulau keluarga mereka.  Demi silaturrahim kami tetap buang perasaan dihina dan alhamdulillah silaturrahim disambung semula.  Biarpun beberapa kali "direject".  

Cuma di sini saya agak terkilan.  Saya pula disyaratkan dengan itu ini.  Dan saya kasihankan DIA...kerana sayangkan suami... terpaksa meminjam dan menyembunyikan hal pinjaman daripada suami. Si suami pula takkan tak pelik, isteri dapat duit dari mana kerana isteri pun tak bekerja...

Anak-anak pula bersekolah di sekolah agama berbayar.  

Secebis kisah manusia yang agak rumit..