Wednesday, March 26, 2014

DOA MERAWAT SAKIT PINGGANG


Dah beberapa lama saya mengalami sakit pinggang.  Tak tahu sebabnya.  Bagaikan ada beban di pinggang rasanya.  

Alhamdulillah, terjumpa doa merawat sakit pinggang ini di fb.  Mungkin elok saya mencubanya.  Lagipun ayat al quran. Kalam Allah.  Saya yakin.

Mudah-mudahan sakit akan hilang.

Sunday, March 23, 2014

PANDUAN SOLAT UNTUK PESAKIT



Biar apapun keadaan, di mana, bila, siapapun kita, solat telah pun diwajibkan ke atas kita untuk mengerjakannya.

Biarpun anggota tubuh kita tidak dapat bergerak, ia bukan alasan untuk kita tidak bersolat.  Perkara pertama yang akan disoal di akhirat kelak, adalah solat kita.

Jom kita pelajari solat yang perlu dikerjakan dalam keadaan tertentu.

Eloklah kita beli buku dan bertanyakan ustaz atau mereka yang arif bagaimana untuk mengerjakan solat ketika sakit.

Jom kita tambah ilmu… adakanlah masa untuk kita belajar lebih mendalam lagi bagi menambah iman kita.

Kalau kita sibuk dengan tugas, keluarga,… maka kita tidak akan ada masa untuk mendalami ilmu agama… 

DOA SEGALA PENAWAR


Bagi saya, kalau kita disengat lebah ke tebuan, mesti kita nak cari penawar yang boleh kurangkan rasa sakit tu kan?  

Tak kiralah kena air panas ke, bisa apa ke, kita cubalah amal doa di atas ni, insyaallah Allah akan makbulkan.

Saturday, March 22, 2014

DOA UNTUK HAJAT



Semua kita pasti inginkan hajat ditunaikan.  Apa lagi? Mintalah kepada Pencipta kita.  

Berdoalah kepada Allah, insyaallah Allah tidak pernah menghampakan permintaan kita.  

Cuma kita perlu buat dengan tertib, bersungguh-sungguh, penuh mengharap, sabar dan istiqamah.

Lagipun kita boleh berdoa kepada Allah bila-bila masa dan apa saja yang kita inginkan.  Tetapi, yang bermanfaat kepada kita.

Insyaallah.

Friday, March 21, 2014

DETOKS : CUKA EPAL, KAYU MANIS, MADU & LEMON


tubuh kita dah dicemari dengan makanan yang tak berkhasiat…yang memungkinkan datangnya penyakit lain.

apa kata kita buang toksin atau detoks dengan petua di atas.

segelas sehari, kalau elok semasa perut kosong. kalau tak sempat sebelum sarapan, masa tidur pun ok.

1 gelas air
2 sudu makan cuka epal
2 sudu besar perahan jus lemon
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu makan madu

kacau semua, oh ya barang diingat, bila ada kena mengena dengan madu, pastikan jangan guna sebarang besi.  kacau dengan plasti supaya khasiatnya tidak hilang

selamat mencuba, sayapun nak cuba...

Wednesday, March 19, 2014

PETUA BAGI MENUMBUHKAN RAMBUT DANG MENGILATKAN RAMBUT - BAWANG BESAR

Saya ada terbaca kelebihan bawang besar.  Tak salah kalau kita mencuba.

Di atas diberikan petua cara untuk membantu pertumbuhan rambut

1. bawang besar dipotong kecil-kecil dan dimasukkan ke dalam botol shampu yang kita guna.
2.   biarkan selama 15 hari baru diguna shampu itu.
3.  ia bukan sahaja membantu menumbuhkan rambut malah mengilatkan rambut…

hmmm… saya nak cubalah...

Tuesday, March 18, 2014

FIBROID - BERDOA KEPADA ALLAH


Sekarang ini, ramai wanita menghidapi fibroid.  Ia antara mimpi ngeri bagi mereka yang mengalaminya. Namun, selain perubatan moden, apa salahnya kita kembali ke fitrah.

Kita mohon kepada Allah supaya sembuh.  Insyaallah kita yang berdoa ini tidak akan dihampakan Allah.  

Mudah-mudahan kita sembuh dengan doa di atas.

Monday, March 17, 2014

masakan kampungku : sayur sotong @ tumis sotong - ringkas dan yummy


Semasa di kampung, saya dah tak pandang masakan moden.  Asyik teringat menu semasa kecil dulu.  Mak saya masak ringkas tetapi sedap.

bahan:
1. sotong 6 ekor
2. 1 labu bawang besar
3. 1 ulas bawang merah - hiris
4. 1 ulas bawang putih - hiris
5. 2 biji kentang
6. tang hoon - rupa macam mee hoon tapi jernih - direndam dan dipotong 2 bahagian
7. minyak
8. garam
9. udang kering segenggam - ditumbuk kasar @ serbuk bilis - saya tak letak
10. 1 biji cili merah
11. air satu setengah cawan atau suka hati nak kuah banyak mana

cara masak
1. sotong dipotong 3 bahagian atau 2 bahagian
2. panaskan minyak dalam periuk
3. tumis bawang merah dan putih sampai naik bau
4. masukkan air dan kentang, cili, bawang besar, tang hoon, udang kering, garam - biar sampai ubi empuk
5. bila dah didih dan empuk, masukkan sotong… jangan masak lama, perhatikan bila sotong dah masak, angkat atau tutup api cepat.  
kalau sotong dimasak lama tak sedap sebab liat...




Sunday, March 16, 2014

DOA HILANG SAKIT KEPALA

Saya percaya semua orang pernah merasa sakit kepala.  Antaranya kalau saya, bila makanan tertentu ada msg, berada di tempat sejuk lama dan kemudian keluar ke tempat panas, dan beberapa lagi sebab lain.

Alhamdulillah, saya terjumpa doa di atas ini daripada fb.  Mudah-mudahan sakit kepala dikurangkan Allah dengan ayat al - waqiah - 19.

Terima kasih kepada yang berkongsi. 

KELEBIHAN AL FALAQ & AN NAS


selain dapat pahala ayat-ayat Allah bermanfaat juga untuk kita.. alhamdulillah

Saturday, March 15, 2014

SAKIT TEKAK? KURANGKAN DENGAN LEMON, HALIA & MADU...




Jerebu melanda negara dah beberapa minggu… ada yang mula mengalami tidak sihat badan…

Kepanasan yang melanda dengan udara yang tidak bersih dan panas…mungkin ada yang mengalami batuk…

Apa kata cuba resepi di atas, mana tahu ia menjadi… jom amalkan

Friday, March 14, 2014

TERTEKAN? AMALKAN DOA INI INSYAALLAH


Assalammualaikum,

semua orang pernah rasa tertekan atau stress.  Tertekan dengan karenah di tempat kerja, di rumah, di tempat awam dan juga persekitaran.

kadang kala kita terlalu penat nak melayan keadaan itu menyebabkan ia bertambah tertekan.

jadi, bagi mengurangkan tekanan dan stress kita berdoa ye.

SEDIH DAN DUKACITA? AMALKAN DOA INI




Assalammualaikum,

Tak semua orang tenang pada hari ini.  Ingatlah setiap masalah ada penyelesaiannya.  Kita kembali kepada Allah, mintalah kepada Allah semahu-mahunya.

Bila-bila masa, di mana sahaja, Allah Maha Mendengar.  Kalau setakat kita mengadu pada kawanpun, ada hadnya.

Jadi, cubalah amalkan doa di atas…insyaallah.

Terima kasih kepada mereka yang berikan doa ini.  Saya dapat daripada fb.

Hari ini dah masuk Jumaat.  Jom kita selawat banyak-banyak.

Saturday, March 8, 2014

RESEPI KAKAK IPARKU : SAMBAL TUMIS UDANG CILI MERAH - MUDAH DAN SEDAP MENYELERAKAN

Selalunya saya akan buat sambal tumis udang dengan cili kering… tapi, kali ini saya gunakan cili merah.  Resepi asal saya ambil daripada kakak ipar saya.

BAHAN-BAHAN
1. 10-15 BIJI CILI MERAH - DIKISAR - MASUKKAN 1/2 CAWAN 
    AIR
2.  3 ULAS BAWANG BESAR - DIKISAR
3.  1 ULAS BAWANG BESAR DIHIRIS BULAT
4.  1 SUDU MAKAN GULA
5.   3 SUDU BESAR AIR ASAM JAWA
6.   GARAM SECUKUP RASA 
7.   3 SUDU BESAR MINYAK MASAK
8.   2 ULAS BAWANG KECIL DIHIRIS 
9.  10 EKOR UDANG SEDERHANA BESAR @ BESAR, NAK LEBIH 
      SILAKAN (UDANG DIPOTONG SEDIKIT BAHAGIAN HUJUNG 
      KEPALA DAN EKOR, KALAU BOLEH BELAH BELAKANG DAN 
      BUANG BAHAGIAN HITAM SEPERTI TALI)


CARA MEMBUATNYA

1. PANASKAN MINYAK
2. TUMIS BAWANG KECIL DIHIRIS HINGGA NAIK BAU
3. MASUKKAN PES CILI MERAH DAN BAWANG BESAR YANG 
    DIKISAR TADI - MASAK 
4. MASUKKAN AIR ASAM JAWA, GARAM, GULA, BIAR DIDIH
5. DIDIH JE MASUKKAN UDANG DAN BAWANG DIHIRIS BULAT TADI…MASAKLAH HINGGA SEMUA BAHAGIAN UDANG DAH MASAK DAN JANGAN TERLALU LAMA NANTI UDANG LIAT
6. SIAP MASAK… HIDANGKAN


Friday, March 7, 2014

DOA SUPAYA BARANG HILANG & DICURI DAPAT SEMULA


Assalammualaikum,

Pernah tak barang anda dicuri?  Saya pernah mengalaminya… dan saya tertarik apabila ternampak doa-doa ni dalam ni fb.

Saya nak cuba juga doa ni, supaya wang yang diambil secara menipu oleh kawan saya ni dapat kembali.

Seeloknya kita buat solat hajat dulu… saya pernah buat solat hajat… sebab barang kemas saya hilang… saya ingat tersalah letak… tapi yang peliknya bekas ada barang kemas tak ada… 

dan lagipun pembantu rumah abang saya yang telah berjasa dengan abang saya dan memang baik… asyik-asyik naik ke tingkat atas…ketika saya balik…kampung... dan selepas itu… saya baru perasan… bekas takde, tapi saya masih bersangka baik.

Saya buat solat hajat tak henti-henti… dan saya dapat tahu dia sakit perut sangat-sangat… bila abang saya bawa ke doktor, doktor kata dia takde apa-apa…sakit… 

Sekarang ni baru la saya ingat balik…dia je yang selalu naik ke atas… bilik saya… dan beg saya memang tak berzip… bagaimanapun saya masih bersangka baik… 

Jom kita amalkan...


Thursday, March 6, 2014

DOA ELAK MALAS


ada kalanya kita rasa malas.  doa di atas saya ambik dari facebook.  

Jom kita amalkan mudah-mudahan kita rajin membuat amal ibadah

Tuesday, March 4, 2014

RESEPI KAMPUNG UDANG MUDAH & SEDAP : UDANG MASAK ASAM

Menu ni memang ringkas.  Bahan pun tak banyak.  Sesuai untuk yang nak cepat masak dan juga sedap dimakan dengan nasi panas.




Bahan-bahan
1. 10 ekor udang sederhana besar - dibuang sedikit di hujung kepala
2. 1 labu bawang besar - dihiris bulat dan tebal
3. 1 cili merah - hiris serong
4. separuh genggam asam jawa dicampur dengan suku cawan air dan dapatkan jusnya yang pekat
5. gula secukup rasa / 1 sudu teh
6. sedikit kunyit
7. secubit garam
8. 3 sudu makan minyak masak
9. seinci halia dihiris seperti batang mancis (apa ke namanya lupa la)

cara menyediakan
1. udang digaul dengan garam dan kunyit
2. panaskan minyak dalam kuali, masukkan udang dan masak hingga separuh masak dan angkat serta asingkan
3. masukkan hirisan bawang besar, cili merah, halia - bila dah layu masukkan perahan air asam jawa tadi
4. masukkan gula dan bila didih dan akhir sekali masukkan udang tadi kacau sampai masak.. dan boleh dihidangkan..
5. sebelum angkat, rasa dulu sesuai tak dengan selera… macam saya tak suka masam sangat 

Monday, March 3, 2014

RESEPI KAMPUNG : KERANG REBUS SERAI - PALING SENANG & SEDAP


Kadang-kadang kita tak tau nak makan apa sangat… ada kalanya pula, menu ringkas lebih sedap dan berselera.





bahan-bahan
1. kerang sekilo (cuci dengan daun serai dengan diramas-ramas kerang tu ataupun ambil berus sabut yang bersih cucilah… ataupun kalau tinggal di kampung lagi senang… cuci sambil ramas dengan sabut untuk buang lumpur atau kotoran pada kerang)
2. serai 2 batang diketuk sikit
3. 2 biji cili merah
4. sebiji bawang besar ataupun 3 ulas bawang merah hiris
5. garam secukup rasa
6. air secawan




cara masak
1. kerang, serai, cili merah, bawang dan sedikit garam dimasukkan ke dalam periuk atau kuali besar
2. masaklah dan pada masa yang sama bolehlah masukkan sedikit air… ikutlah nak kuah tu banyak mana…
3. sambil tu kacaulah kerang supaya masak sekata.. sebab bila kita biarkan nanti kerang yang paling atas tak berapa masak pula..
4. nak tahu kerang tu dah masak .. bila kulit dah terbuka…