Saturday, February 26, 2011

resepi kampung - ayam percik tok timah

ayam percik siap dipanggang

inilah rupanya ayam percik tok timah yang siap dipanggang.

bahan-bahan:

1. seekor ayam kampung - saiz besar
2. 2 sudu teh jintan manis - ditumbuk halus
3. 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
4. garam 2 sudu besar
5. 2 biji kelapa - ambil santan pekat -
6. 5 ulas bawang merah - ditumbuk
7. 1 kuntum bawang putih - ditumbuk
8. halia - sebesar seruas ibu jari - ditumbuk
9. satu sudu makan serbuk kunyit



cara membuatnya :
1) ayam dibersihkan dan organ dalaman dikeluarkan dan dicuci bersih dan toskan
2) semua bahan-bahan di atas dicampurkan dan digaul serta dikacau dengan 3 sudu makan santan pekat
3) ambil organ dalaman tadi masukkan ke dalam ayam semula
4. masukkan bahan-bahan rempah ke dalam ayam dan lumurkan di luar juga
5) masukkan ayam dalam kuali / periuk besar, masukkan santan
6) rebuskan dengan api sederhana
7) bila santan hampir kering, panggang ayam tersebut
seeloknya gunakan bara api supaya ayam tidak hangus
8) apabila masak angkat dan hidang...
9) lebihan bahan-bahan rebusan tadi, bolehlah dipercikkan menggunakan daun pandan besar...jadi, taklah membazir.

Friday, February 25, 2011

siapa rasulullah? sifat - sifat muhammad

setiap rasul adalah nabi dan setiap nabi bukan rasul.  rasul adalah nama jawatan paling tinggi darjatnya di dunia.

selepas nabi muhammad sullullahu 'alaihi wassallam, tiada lagi rasul selepasnya.

assalammualaika ya rasulullah
assalammualaika ya habibullah

antara sifat-sifat rasulullah;

1) tubuh baginda agak sederhana
2) wajah baginda sentiasa bercahaya
3) rambut tidak keriting dan tidak pula lurus - ikal gitu
4) bayang baginda tidak kelihatan di bumi
5) apabila baginda bercakap, keluar cahaya daripada mulutnya
6) peluh baginda sentiasa wangi
'riwayat anas bin malik :  kami tahu kedatangan rasulullah melalui baunya...'
7) badan baginda tidak pernah dihinggapi lalat, kutu & nyamuk
8) baginda tidak pernah menguap sepanjang hayat

- menguap tu daripada syaitan
- kalau boleh jangan buka mulut dan jangan bagi bunyi
- tutup dengan belakang tangan kiri apabila menguap
-  menguap, jangan cakap apa-apa, terlalu buruk rupanya...


ada lagi...tunggu kuliah seterusnya daripada ustaz ishak din


banyakkan selawat kepada rasulullah...insyaallah, lagi banyak berselawat lagi banyak peluang bertemu rasulullah...

Thursday, February 24, 2011

BUAH SYURGA

buah syurga yang telah dibuka

pertama kali mendengar adanya buah syurga, terkejut juga.  terbayang-bayang, bagaimana rupa bentuknya.

sejak ahad lalu, saya makan buah cinta, boleh tahan la.  lalu christine pun bercerita mengenai buah syurga.  katanya bila kita makan isinya, manis sangat.  setelah itu, kita makan atau minum air, pasti rasanya manis.

tadi ada juga mencuba, memang benar, saya tak lah makan sangat, cuma rasa saja.  manisnya seperti makan gula.  lepas tu saya minum air tawar, wow air tu manis macam ada gula.
akhirnya, christine bawakan buah ini kepada saya hari ini. 
isi jernih, rasa manis gula, biji macam mata kucing tapi leper

ketika menggigit buah ini, bijinya terkena gigi,  macam gigi terkena batu la pulak. kasar macam batu.

saiz buah syurga ini sebesar buah laici, tapi berbentuk tiga segilah.  kulit luarnya macam buah jambu tapi ada la macam buah tampoi di dalamnya. 

payah nak 'describe'.

bentuk 3 segi
saya rasapun tak beria-ia sangat, sebab manis.  boleh la ganti gula...

oh ya, buah syurga ini diambil dari sabah... ketika penggambaran program 3 hari 2 malam.

Wednesday, February 23, 2011

jom kemaskini kad pengenalan

terima kasih jabatan pendaftaran negara.



petang tadi sempat juga kemaskini kad pengenalan pintar.  kad pengenalan saya ada masalah, maklumat tak boleh baca.  cip rosak.  apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang. 

mujur jabatan pendaftaran negara bergerak datang ke sri pentas.  mudahlah bagi kami yang ada pelbagai masalah kad pengenalan dapat diselesaikan.

saya ambil semula gambar dan tentunya akan dapat kad pengenalan yang memudahkan maklumat dibaca. 



hazlin pun tidak ketinggalan membaharui maklumat alamat di kad pengenalannya. 



amboi, sempat lagi dia posing. 

cepat betul urusan mengemaskini kad pengenalan. 





suasana dalam bas,  luasnya macam bas ekspres biasa, tetapi, interior dah diubah ye, untuk kemudahan membuat kad pengenalan.

setakat tadi, maklumat tempoh lesen kereta tamat dan paspot pun ada.  yang lain, lupa lak nak tanya, sebab terlalu gembira.  mana tidaknya, sebelum ni, memang la hasrat nak ke pejabat pendaftaran negara untuk menukar yang baru sebab ada masalah dengan cip. 

petugasnya, ramah sekali.  sempat juga saya bertanya ramai ke yang datang.  kakak yang saya lupa nak tanya namanya di atas ni menjawab, "boleh tahan, sampai sekarang tak berhenti lagi."


senangnya.  di atas ni pula tempat menunggu giliran.  alhamdulillah, orang tak ramai.  pagi tadi, agak ramai.  sekejap je tunggu, giliran saya pun tiba.

perkhidmatan mereka memang cemerlang.  tambahan pula, kadang-kadang tu, ada keluarga bersamamu yang tiada sijil kelahiran atau kad pengenalan, bila kami minta bantuan mereka, senang sekali.  kerjasama yang diberikan kepada kami setakat ini, A.

saya bangga jadi rakyat malaysia.

Tuesday, February 22, 2011

sikap manusia tiada akal

sampah di apartment


nak buat macamana bila dah duduk kat apartmen di damansara perdana, flora damansara. 

paling gagal, tiada tempat pembuangan sampah yang betul, tempat letak kereta apatah lagi.

paling memualkan orang suka buang sampah merata-rata.  tak faham betul.  kadang kala terdengar orang buang sampah dari tingkat atas, bukan 'terjatuh' tapi sengaja dibuang dengan kuantiti yang banyak. 

salah siapa?  adakah pendidikan sekolah atau keluarga yang sememangnya tidak tahu cara menjaga kebersihan?


sebelum pergi kerja, keluar je dari pintu rumah, bau air sampah dah menusuk hidung.

itu tak termasuk lagi bila ulat-ulat tergedik-gedik keluar daripada plastik sampah dengan bau yang teramat busuk.  nak termuntah tu.  

air busuk

apa la punya manusia, buat rumah tapi tak fikir kepentingan kebersihan.  bau memualkan menusuk-nusuk hidung.  tak faham, bila dah buat rumah apartmen, fikirlah sikit pasal pembuangan sampah wahai 'developer'.

entah kenapa penghuni apartmen di flora damansara ini tidak berfikir sebelum buang sampah.  untuk menyejukkan hati, selalu juga saya berkata,

"kesian, mak bapa mereka ajar buang sampah sesuka hati."



dah la geli, geleman pulak

sebelum pertengahan tahun lepas, masalah sampah sebegini tidaklah ketara sangat.  sejak sebuah keluarga pindah ke sini, aduh, sakit hati, sakit mata dan sakit minda.

sesuka hati sampah penuh lampin pakai buang diletak di tepi pintu rumah.  ada akal ke tidak? 

pernah ketika dia mengajar anaknya menyapu sampah, sayapun tertoleh ke arah mereka, kemudian sayapun lihat pada tong sampah.  tanpa fikir negatif masuklah saya ke rumah.

esok pagi, la... selonggok 'sampah' yang disapu semalam kat depan rumah.   terima kasih wahai jiran.  pandai juga mengajar anak gadis berusia bawah 12 tahun membersih kawasan depan pintu rumah awak, tapi sampah disapu ke rumah orang...
bila tong sampah tak de, beginilah sikap penghuni pendek akal

inilah keadaan apabila tidak ada tong sampah.  sebelum ni dah beberapa bulan juga la tak ada.  bila pergi buat aduan masa bayar 'maintainance' semua kakitangan buat muka terkejut, konon tak sangka pula tak ada tong sampah.  katanya, tak pernah ada orang buat aduanpun.

malunya kalau orang luar masuk kawasan perumahan ini
peliknya, jiran pelbagai bangsa, melayu, india, afrika, nepal, cina semua ada kat tingkat saya duduki itu.  entah ada akal ke tidak.  buang sampah kat sebelah dinding rumah orang, tak reti-reti nak letak sampah elok-elok ke?

itu tak termasuk segalah kejadian jenayah, di sinilah tempatnya.  sebut je apa kejadian jenayah yang tak ada kat sini?  semuanya ada.

namanya, buah cinta


 buah cinta
ahad lepas, saya singgah sekejap ke pejabat.  terserempaklah dengan krew nasi lemak kopi o. 

mata terus tertumpu kat buah di atas.  yang ada masa tu, christine dan zain.

terus mereka suruh saya rasa.  mulanya zain bagitau buah syurga.  amboi, sedap namanya.  tak pernah dengar buah syurga.  rupa-rupanya buah cinta, christine bawa balik dari sabah. 

rasa buah ni manis buah gitu tak manis sangat dan ada la tawar sikit.  ada juga rasa macam buah 'thai' - kat utara memang kalau sebut buah 'thai' tahulah macamana bentuknya.

isinya lembut kalau yang dah masak, tapi kalau tak masak tu keras sikit. tapi hati-hati.  kalau tak getah tu terasa kat lidah...kesat sikit lidah kita.

saiz sebesar buah jambu batu atau terung bulat.

sekali sekala boleh la nak merasa.  kalau nak kata makan selalu macam buah laici ke, rambutan ke.... tak kot.

teringin nak rasa pun sebab tak pernah tahu rupa bentuknya macam ni.

kat cameron highlands dulu, ada juga buah cinta, tapi isinya macam buah markisa.

saya ni suka mencuba makanan yang tak pernah saya rasa, tak kiralah buah ke atau masakan.

tapi, hati-hati, kalau orang suruh pegang 'daun cerita'.  tersentuh je daun ni pahitnya, mak aiii... kalau sentuh jadi emas takpe gak, tapi, sentuh makanan jadi pahit buat beberapa lama...adoiii...

Monday, February 21, 2011

dugaan

Mengendali program Bersamamu yang membabitkan ramai pihak, bukan mudah.

Pening nak memikirkan bagaimana nak selesaikan masalah keluarga yang dipilih.  Ada pula pihak lain yang menyibuk, dalam erti kata, kalau layan, buang masa.

Tup tup banyak songeh la pulak.  Bahasa bukan main indah untuk kami. 

Kami mengalu-alukan pihak institusi, ngo, agensi kerajaan atau individu untuk turut serta membantu keluarga memerlukan ketika penggambaran, tapi, harap jangan berkecil hati, kami perlu menjaga editorial.

Kepada yang ingin mengikuti bersamamu dan tak kisah apabila kami memberikan syarat-syaratnya...

terima kasih...kerana ikhlas

Semoga bantuan anda dirahmati.

Saturday, February 19, 2011

doa segera makbul dalam beberapa keadaan

setiap daripada kita, pasti pernah berdoa.  setiap doa kita pinta daripada Allah, dimakbulkan Allah.

namun, ingatlah Allah lebih tahu apa yang baik dan tidak baik untuk hamba-hambaNya yang memohon. 

sebaik-baik hamba adalah yang berserah kepada Allah.

doa makbul apabila :-

1) seseorang berada dalam keadaan terpaksa.
2) seseorang terdesak, berada dalam keadaan genting, cemas maka berdoalah pastinya makbul
3)orang dizalimi, doanya makbul walaupun orang itu kafir

setiap doa yang dimakbul adalah kurniaan Allah

kalau berdoa jangan tetapkan, biar Allah yang tentukan.  Allah uji setiap manusia tidak sama.  Ada yang ringan, ada yang sederhana ada juga amat berat.

kenapa begitu?

sebabnya Allah tahu tahap kemampuan seseorang menerima ujian daripada Allah.

jangan sesekali bersangka buruk kepada Allah.  Allah suka sangat mendengar kita berdoa kepadaNya.  bayangkan kita dipilih Allah untuk mendengar segala permintaan... bahagianya.

sabar dan tawakkal.

semakin hari kita semakin hampir dengan akhirat.  sempatkah kita bernafas lagi untuk ke sekian harinya? sempatkah kita memohon keampunan daripada Allah?  sempatkah? sempatkah? sempatkah?

istighfarlah sentiasa.

wallahu'alam

Friday, February 18, 2011

amalan doa keselamatan diri dan perlindungan serta zikir harian


doa di atas adalah elok diamalkan setiap hari.  kita mohon perlindungan daripada Allah daripada musibah.



amalkan sebagai zikir harian

basahkan lidah kita dengan zikir, tahlil serta selawat kepada Rasulullah



Friday, February 11, 2011

ketenangan abadi

"sesungguhnya orang yang beriman dan oran gyang berhijrah serta berjuang pada jalan Alllah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang yang mengharapakan rahamat Allah.  (Ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."

Al-Baqarah 2:218

ketenangan abadi meliputi 3 perkara:
1) iman
2) hijrah
3) jihad

Definisi IMAN
amina = aman (benar, percaya)

makna dalam syarak pula,
mengakui dengan HATI
ikrar dengan LIDAH
amal dengan PERBUATAN

iman = yakin - hati
            mengakuit -lidah
            buat - anggota

contohnya, kalau seseorang tu banyak masalah tetapi mendapat redha Allah, hatinya akan tenang.

caranya :
1) sabar
2) solat

input pembentukan TAQWA
1) yakin kepada Allah
2) yakin kepada Malaikat
3) yakin kepada kitab
4) yakin kepada Rasul
5) yakin kepada hari akhirat
6) yakin kepada qada' & qadar

kat mana kita kurang, kat situlah kita kena usaha

misalnya, kita memang yakin dengan Allah, tetapi, kita terlupa dengan malaikat...atau kurang yakin...di situ kita kena usahakan. 

kita solat...memang yakin dengan Allah, tapi mungkin perbuatan kita, kita terlupa malaikat mencatit.

ada yang tercakap hal orang lain - keburukan seseorang, ada yang tidak adil, ada yang suka melukai seseorang dengan kata-kata pedas, perli, ada yang riak serta macam-macam lagi.