Friday, April 8, 2016

RESEPI : MASAK LEMAK SIAM - RESEPI DARIPADA ORANG SIAM SENDIRI



ok, ni resepi masak lemak siam, memang sedap.  pertama kali mencuba mak dah puji.  kakak ipar pun suka tapi tetiba dia kata kalau buh ubi kentang lagi sedap.  hmm dia ni tekak lain sikit.  bila dah tambah yang bukan resepi asal.  memang lari lar rasanya.  ada la beberapa menu dia sesuka hati tambah ubi kentang, tambah asam limau.. hilang rasa original.



Bahan-bahan ;

setengah kilo daging lembu atau kerbau pastikan daging ada lemak sikit (sukatan suka hati) hiris nipis
secawan terung belanda / terung pipit
secawan santan pekat
2 cawan santan cair
20 biji cili padi - ditumbuk halus
2 batang serai diracik - tumbuk halus
2 jari belacan
2 ulas bawang putih tumbuk kasar
4 ulas bawang merah ditumbuk kasar
setengah inci kunyit hidup / 1 sudu teh kunyit serbuk
secubit gula




cara membuatnya
1. daging direbus bersama santan cair, api perlahan ye, kalau api kuat daging terkejut dan jadi liat, kalau nak cepat buh sudu besi
2. bila dah dekat nak empuk masukkan semua bahan-bahan masak lain  beberapa minit - santan pekat jangan masuk lagi
3. bila daging dah lembut, masukkan santan pekat, api biar perlahan supaya santan tak pecah, bila masak cantik je
4. dah masak sebati, angkat hidang.



RESEPI IKAN BAKAR RINGKAS DAN CEPAT TAPI SEDAP WEH...





resepi ni khas kepada yang nak masak ringkas dengan cepat tetapi sedap ye...bagi saya memang sedap la, kegemaran mak saya dan bila saya masak ikan bakar ni, mesti habis




Hari ni saja je nak muat turun gambar sekebun kecil kat kampung, tapi terjumpa pula gambar saya bakar ikan ni.  haa, ni antara kegemaran saya.  sangat mudah menyediakannya dan menyelerakan sudah tentu.  





Bahan - bahan :

setengah kilo ikan temenung lemak - saiz kecil ~ (siang dan kepala jangan buang)- kelar tengah badan menyerong
5 ulas bawang merah- ditumbuk
3 ulas bawang putih- ditumbuk
secubit garam...
pati santan - untuk percik masa proses membakar tu

cara membuatnya :

ikan yang dah ditos, lumurlah bahan-bahan tadi ke seluruh badan ikan termasuk di dalam badan
perap setengah jam

dah siap, apa lagi, masukkan dalam periuk ajaib dengan api perlahan dan balik-balikkan.. ingat, api jangan kuat nanti hangit.

sambil-sambil tu, sebar la sikit pati santan, maksudnya di sini percik santan tu atas ikan yang dibakar 

kalau rajin, pelekat api, macam nak bbq tu.. bakarlah 


dah masak seperti yang dikehendaki... cicah le dengan budu ke air asam ka...sambal belacan ke, sambal tempoyak ke, cencaluk ke... semua menyelerakan.

amaran :  kalau makan dengan nasi panas gerenti bertambah...




Tuesday, April 5, 2016

Anak derhaka kah dia? kisah 1

gambar kepingpuzzle.blogspot


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Macamana ya saya nak terjemahkan kisah ini.  

Ada seorang ibu.  Anak lelaki dua orang, anak perempuan pun dua orang.  Tapi, kenapa anak-anaknya menyisih dia?

Dia bukannya sihat sangat.  Umur dah lebih 70 tahun.  Telinga dah semakin tak dengar.  Kudrat pun hanya untuk dia bergerak tapi dengan gerak perlahan saja.  Bermacam-macam penyakit singgah di badannya.  Paling teruk gastrik yang menyebabkan dia lemah terus.  Terlantar.  Muntah.

Dia dulu amat penjimat orangnya.  Disebabkan kesukaran hidup, makan bercatu.  Kalau lauk ikan, dia hanya makan kepala saja.  

Agaknya dah terbiasa begitu, walaupun tetamu datang bertandang, dia menjamu pun dalam 7-8 ekor ikan kembung goreng saja, sayur dan gulai..yang kalau dilihat hanya cukup untuk 5-6 orang saja... walaupun yang datang lebih 15 orang.  Tetamu pun serba salah nak makan... 

Kalau dia ke rumah orangpun.  Itulah tabiatnya.  Tak makan lauk banyak.  

Tubuhnya dari dulu hingga sekarang kurus.

Kesian dia.  Ceritanya, ada sekali tu dia memang tak larat sangat sebab demam.  Rumah anaknya, iaitu anak perempuan, jarak 5 meter saja dari rumahnya.

Jadi disebabkan terlalu lapar sedari pagi tak makan, dia pun pergi le ke dapur rumah anaknya tu.  Ketika itu, anaknya tak ada di rumah, cucu lelakinya ada...

Nampaklah nasi goreng di dapur.  Jadi, diapun ambiklah nasi tu anggaran segenggam untuk mengisi perutnya yang terasa pedih disebabkan gastrik.  Tak lalu makan tapi takut sakitnya parah, dia telah juga...

Ketika dia berbaring di rumahnya, tiba-tiba anak perempuannya menerjah  sambil membawa periuk yang berisi nasi goreng tadi.  

Terus dia dimarah.  

"Siapa suruh ambik nasi ni?  Tengok ni sampai tinggal sedikit..."  jerkah anaknya sambil menyuakan periuk tersebut di depan mukanya.

"Eh, mak ambik sikit ja tadi.  Mak lapar, lagipun mak tak masak sebab tak larat."  ujar dia.

"Jangan bohong.  Tadi sebelum saya keluar, nasi banyak lagi, ni Bentayan (anak lelaki sulung) beritahu, mak menyelongkar periuk dan ambik nasi banyak."  tambah anaknya lagi.

"Mak ambik sikit... lagipun mak tak lalu.  Mak makan pun sebab takut gastrik mak menyerang lagi..."  terangnya dalam nada sebak.

"Lain kali jangan memandai nak ambik nasi ke, lauk ke sesuka hati mak.  Menyusahkan orang.  Habis makanan di rumah mak makan." getus anaknya sambil berlalu pergi.

Sebak di dadanya.  Hatinya beristighfar beberapa kali.  Air matanya menitis laju di pipi.  

Sedih sangat rasa di hati kerana anaknya ini semakin kurang ajar terhadapnya.

bersambung ye...







Friday, April 1, 2016

BEING SINGLE...




Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Adanya aplikasi seperti di atas memanglah menghubungkan kita dengan orang lain, termasuk yang sewaktu dengannya la kan.  Tapi, itula...ada yang menggunakan aplikasi di atas nak cari pasangan.  Mau percaya kah?

Ok, being single and having 4 in front of your age is not easy.  I am fine with myself right now.  Even though there are lots of 'mulut longkang' ... who are so busy body asking so many stupid questions that you had enough... enough la...

Saya kesiankan rakan saya yang kecewa banyak kali di dalam percintaan.  Lalu mencarilah dia melalui wechat, facebook, tah apa lagi aplikasi yang boleh didapati sekarang...

Dua hari lepas, dia ajak saya ke rumahnya...saja nak sembang... then...seperti biasa timbul la soal lelaki...

 alasannya perlukan suami untuk sakit pening... ada orang tengokkan. Ya benar.  Tapi... itu semua agar sukar nak dijangka...

Tapi, saya kagum dengan dia yang tak pernah putus asa dalam pencarian pasangan melalui aplikasi di atas.  Banyak kali kecewa.  

Bila kecewa...kita diajak berbual dan menjadi pendengar.  Nampak sangat rasa kecewa.  Masalahnya, dia menyembunyikan identiti dirinya tanpa meletakkan gambar yang betul.  Jadi...'bercinta' la tanpa identiti... walapun didesak lelaki tu untuk lihat gambar... sampai berterus terang untuk hubungan yang bukan saja-saja suka.  

Jadi, bila berjumpa... sekali dua kali lepas tu dah tak ada lagi.  Katanya samada mereka sekat atau tidak lagi mahu menyahut sapaannya.  

Saya katakan... letak je gambo kau yang betul.  Tak payah la kau nak mengharap sangat... dah tu sekurang-kurangnya dapatlah tapisan...siapa yang terima kau, dia akan tetap dengan kau. 

Alasan,  dia nak lelaki yang dapat menerima dirinya seadanya.  Hmm...nak uji... tengok...tak letak gambar .. bila dah jumpa camana penerimaan.. Tapi... itulah rupa paras juga dipandang...

Dulu alasan nak cari pasangan sebab ibu bapa bising.  Dah tu sunyi.   Sekarang, sakit demam.  Betul juga.
Tapi, saya tengok, caranya tak kena.  Bila dah dapat... bagi saya dia agak keterlaluan... sampai nak tengok akaun bank..., periksa telefon orang tu padahal baru kenal dan lelaki tu boleh terima dia... semua ni diceritakan sendiri.

Yang kawan rapat dia pula cerita banyak juga duit dia habis untuk lelaki...tapi akhirnya,  ditinggalkan.  

Dia kata tak kisah rupa...tak kisah gaji berapa, tak kisah itu ini...tapi..akhir kata... selit juga...benda-benda tu penting la juga.

Kadang-kadang saya keliru juga bila dia cerita...aku kenal sorang ni la kan.. dia macam ni..gitu gini...

seram juga bila dia stalk habis orang tu...tapi...itulah...

Next bila tanya lagi... eh aku kawan je dengan dia tak lebih...next pula... ishh. aku geram betul dengan dia sebab aku je kena mulakan bila whatsapp atau call dia...

Saya pernah cakap, mungkin ada hikmah Allah nak uji kita atau beri lebih baik.  Tak payahla kau cari orang-orang kat fb.. wechat...

Semua tu kerja Allah... kita minta je kat Allah... doa... solat hajat...jangan putus...insyaallah...

ye aku tau tu...

eh takde la... aku saja je nak  kawan

next... eh ko datangla umah aku, aku nak cerita something kat kau... bile bekejar ke sana... la... skrip ulang ..ulang dan ulang lagi... 

rasa marah, geram, menyampah semua ada sebab rasa dipermainkan...lelaki... saya dah tak nasihat dah... sebab kesian dengan dia... memang dia bersungguh-sungguh mencari... 

dan... hantaran nak rm10k... haish.. (isu ni bila kes rm15k tu)  dia tanya saya... ko rasa camana? saya kata umur kita macam ni... kita fikirla apa yang patut padan...

dia :  eh... aku rasa aku nak paling-palingpun rm10k la.. ye la kan... takkan takde langsung... 

Kini?  Dia masih sama... mencari.





JENIS ORANG: TAK SABAR, SESUKA HATI DIA NAK RESPOND KITA (WHATSAPP)






Displaying IMG_0653.jpg

Displaying IMG_0653.jpg

 Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salam Jumaat.  15 minit lagi ke pukul 2 pagi.  Mata tak boleh lelap, tah la pasai apa.

Hmm, ok, pernah tak anda bila dalam whatsapp, kita beria-ia bagi information, tanya bagai, tapi kawan kita tak layan?  Tak pernah?  Wah, bagusnya.  Ni ha, saya pernah.

Di atas antara contohnya la.  Dia beria-ia suruh cari flight tiket termurah ke Bandung.  Jumaat hingga Sabtu.  3 hari sahaja.  Untuk membeli-belah.

Semalam tengahari, sayapun meredah Malindo Air...perghh takdenya bawah RM300.  Jadi, saya cadangkan beralih ke Air Asia.  Mungkin boleh dapat, lagipun timbangan untuk 'baggage' kurang 10 kilogram.  Saya agaklah.

Cari-cari... dari September hingga Disember 2015, hampeh juga.

Sayapun whatsapp dia le.  Cuba tengok. yang kedua.  Tak berjawab sampai sudah.  

Rasa bengang tu memang ada.  Dia suruh kita cari tapi lepas kita bagitahu situasi, dia senyap pulak.

Huh... saya memang tak gemar spesis lambat respon berjam-jam kita nunggu atau jenis tak respon terus.  Panas.

Sebelum ni ada juga sorang kawan.  Tah apala fobia agaknya nak bagi no akaun dia kat saya.  Masa tu main kutu.  Saya malas la nak ke blok dia tinggal sebab kena menapak mendaki tu yang malas.  So, bank in kan senang.  Tapi, bila saya minta no akaun nak transfer duit.  Senyap.  Bukan sehari dua, berminggu-minggu.

Yang ni buat saya renggang dengan dia.  Tanya la apapun dalam whatsapp, jenis tak suka membalas...tah la apa masalahnya.

Tahun lepas 2 bulan saya tunggu nak dapatkan duit kutu.  Tak dihubungi saya untuk membayar.  Aih.. apahal la minah ni.  Jadi, saya pun whatsapp bagi no akaun, 2 bank minta masukkan mana-mana satu.  Sebab 2 bulan tu senyap.  Bukan tak percaaya.  Tah apa la masalah dia.  Lagipun ada tak orang main kutu. Bila tiba giliran dia, dia sanggup tunggu berbulan-bulan?

Akhirnya saya dapatlah hak saya.  Dia tak masukkan pun duit tu ke akaun.  Dia suruh saya ambik je kat kedai makan di blok dia tinggal.  Punyala bagus.  Dia bagi dalam sampul, melalui makcik tukangg masaak.  Ha.. ambik kau. 

Dapat sampul tu, saya whatsapp, ucap terima kasih.  Nak tahu? Tak dibalasnnya pun.  Tah la spesis apa tah.  Sampai sekarang.  

Agaknya dia takut teknologi kot.  Bank - mesin.  Telefon - aplikasi.

Sistem untuk cepatkan.  Tapi masih lagi nak tinggal dalam kotak mancis.

Huh penat layan jenis yang macam ni, sesuka hati hantar whatsapp, bila dilayan, sesuka hati tak jawab.  siap bagi alasan, tak dapat.  ye la kan.  walaupun ada 2 ticks, tapi blue tick takde la. gitu kan.

sebab tu la saya malas nak layan spesis gini.  Tapi, hati ni tak tergamak.  Respon juga.  Mungkin sebab saya terbiasa semasa bertugas sebagai wartawan.  Kena jawab juga apabila mendapat panggilan atau mesej.

tolonglah, janganlah biar orang menunggu bila bermesej.  sekurang-kurangnya jawab la.  dengan satu abjad pun jadila... kan kita ada 26 abjad.  payah ke



















Displaying IMG_0653.jpg
Displaying IMG_0653.jpg

Thursday, March 31, 2016

KECOH KISAH HANTARAN


Image result for fb login

Assalammualaikum,

Bukak fb je, ramai komen pasal kekecohan hantaran RM15k.  Media cetak pun tak lekang kisah yang sama.  

Saya tak nak ulas mengenai kisah hantaran mahal atau murah.  Cuma sedih la sikit. Sebabnya, komen-komen negatif pun keluar.  

Macam-macam dikomen kepada pengantin perempuan.  Kesian pun ada.  Kepada pengantin lelaki pun sama rasa kesian.   Kita tidak berada di tempat kejadian, tapi komen-komen yang keluar  tu,tentunya mengguris perasaan.

Pelbagai spekulasi timbul.  Bukan spekulasi saham je...(senyum)


Ada yang siap perli, sindir, walhal tak kena mengenapun. Siap tulis komen yang kalau dibaca orang yang  mengalaminya...tentu sedih... dan apakah makna apabila ditambah HAHAHA?

Bagi saya, kita kena pandang dengan mata hati. Bersangka baik.  Siapa kita nak komen begitu begini?

Bersangka baik, kita doakan.  Rasanya itu lebih baik daripada dijadikan bahan jenaka.

Ada saya terbaca komen seorang wanita ini.  Saya rajin juga baca di 'wall'nya... menarik, adakala boleh memberi motivasi.

Tiba-tiba di wallnya lahirlah bait-bait yang membuatkan hati saya tersentak, dan mula terfikir.  Perlu ke ulasan sebegitu?  Sindiran agak tajam...siap ada makna sinis.  Dapat pula like banyak dan komen 'indah-indah'.

Hati saya mula terdetik.  Perlu ke nak sindir begitu?  Patutnya berdoa supaya anak sendiri tak terkena begitu.  

Gelakkan hidup orang.  Hidup kita tak tentu lagi.  Kita memandang sinis kepada orang, tapi, yakinkah kita akan ada perjalanan tanpa ujian yang mungkin seakan sama?

Tup tup, hari ini, di wallnya ada rasa sedih.  Kononnya dia di'tikam' belakang oleh mungkin pekerja atau pembantunya. Semalam dia teramat ceria sekali.  Hari ini dengan 'perasaan' teramat marah, dengan cerita dirinya yang menjadi mangsa kepada pembantunya.  Saya tak tahu apa yang membuatkan dia marah, geram...sebab saya dah malas nak baca...luahan hatinnya...

Oh.. pengajaran dan peringatan kepada saya... Allah beri ujian dalam pelbagai bentuk.  

Indahnya Islam.  Allah beri peluang untuk kita bermuhasabah.  Dan Allah juga beri ilham, di mana silapnya kita.

Tetiba teringat antara isi khutbah terakhir Rasulullah sullullahu'alaihi wassalam... yang dikasihi.  

Janganlah engkau menyakiti hati orang, jika engkau tidak ingin hati engkau disakiti.

PERFECT REMINDER.


Sunday, February 21, 2016

TIBA-TIBA KAWAN AJAK NONTON WAYANG


15 Februari lepas, tiba-tiba kawan ajak pi tengok wayang, tajuk DEADPOOL.  Katanya dalam carta ia No 1 waktu tu dan komedi.

Tanpa banyak fikir, sayapun setuju.  Dah dalam carta no 1 kan.  Mesti best..



Bagi saya, hmm oklah.  Tapi, entah mengapa, di pertengahan cerita, rasa boring.

Aksi menggerikan memang ada.  Bahagian aksi tu menarik.  Tapi, bolehlah.  


Kisahnya mengenai seorang lelaki yang disahkan menghidap kanser tahap 4.  Tiba-tiba ada seorang lelaki menghampiri dia dan menyatakan mereka dapat menyembuh penyakitnya itu.

Dengan berat hati, dia meninggalkan kekasihnya dan menuju ke pusat rawatan tersebut.  Masuk aje, suasana agak menyeramkankan la sebab ada yang menjerit bagai.  Tengok kawasan tu pun macam gudang yang diubahsuai je.  Tak seperti hospital.

Rupa-rupanya ada seorang saintis hensem ni, menjalankan rawatan dan pada masa yang sama mutasi akan berlaku kepada tubuh pesakit bergantung kepada kekuatan yang ada pada tubuh seseorang.

Alamak, lelaki yang hidap kanser ni pula, mulut celupar.  Kurang ajar juga la, sampai menyebabkan saintis muda ni buat rawatan tapi macam nak kenakan je.  

Sampailah ke tahap tubuh lelaki ni jadi macam lecur teruk.  Kena pula masa gaduh pula ketika rawatan tu menyebabkan lelaki yang hidap kanser ni marah dan dari situ mereka berlawan.  Sampaikan kawasan tu musnah.

Dari situ lelaki ni apa lagi mencari dan mencari...saintis tu untuk mengembalikan wajahnya ke rupa asal.   

Hehhhhh... boring hahah.  Gaduh, komedi, loklaq... akhirnya bertemu kedua musuh ini dan apa lagi saintis tu bagi tahu yang fizikalnya tidak dapat diubah lagi. 

Marahlah dia.  Lagipun dia malu nak bertemu tunangnya.  Hmm... dah la... boring hahaha.

Tengok sendiri lah.