Saturday, December 21, 2013

BALIK KE SEKOLAH...



Assalammualaikum,

Amboi lama juga saya berehat.  Sibuk.

Minggu lepas, saya rindukan mak saya, jadi sempatlah pulang ke kampung halaman hari Sabtu dan balik ke KL semula hari Ahad.


 Kebetulan sangat, apabila sekolah rendah, tempat saya pernah belajar dulu ingin membuat perjumpaan bekas pelajar.  Wow... terharu juga.




Alhamdulillah, sempat juga bertemu kawan-kawan yang belajar pada tahun sama.  Kami 5 orang semuanya.

Oh ya, Sekolah Rendah Kebangsaan Hashim Awang, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. 

Sekolah ini terletak betul-betul di tengah pekan Kepala Batas.

Walaupun ada yang menggelar pekan koboi, hey... saya suka apa.. 




Kira kenangan paling manis bila balik ke sekolah semula.  Walaupun suasananya agak berubah... dengan penambahan bangunan sekolah.




Saya sempat mengimbau kenangan bersama kawan-kawan lagi... bagaimana kami didenda, bermain, belajar, galakan daripada guru-guru sekolah supaya kami suka belajar... 

Indah betul kenangan tu.


Rasa macam nak balik semula ke zaman tu, nak ingat puas-puas...heheheh




Tetiba pada hari perjumpaan tu saya kena bagi sepatah dua kata... alamak... saya kalau nak interview orang taklah kecut perut, tapi, nak bercakap depan orang ramai?  Buat la juga... bukan apa, seganlah.



Insyaallah, saya akan membantu apa yang boleh untuk sekolah saya ni.  Mungkin menambahbaik aktiviti di situ.


 Habis je, sesi beramah mesra, kamipun meninjau persekitaran sekolah... saya dulu aktif netball, apa lagi.. teringat macam-macam.



Seronok betul, walaupun singkat je pertemuan kami...insyaallah balik nanti nak buat reunion kecil-kecilan, tapi, kami 3 orang jer...

Friday, December 13, 2013

LELAKI BERBAJU PUTIH ITU...


Assalammualaikum,

Ha, hari ni baru nak menulis kembali.  Nak kata sibuk pun ye dan masa tak sibuk pun ye.. tapi, idea pulak... jadi malas jer..

Percaya atau tidak, lelaki kalau berbaju putih memang nampak kemas dan kacak.

Itu bagi pendapat sayalah.

ihsan google
Saya sukakan lelaki berpakaian putih, tak kirahlah baju t tanpa kolar, berkolar ataupun kemeja putih.

Cuba perhatikan, nampak bersih dan kemaskan.  Biarpun wajah tak berapa kacak, tetapi, kalau dah berbaju putih nampak sangat lain.


foto google
Pertama kali dulu, saya melihat model Levi's berbaju t putih tanpa kolar memperagakan pakaian dengan jeans Levi's, saya rasa ... wow... 

Mereka nampak ringkas, lasak dan berpenampilan lelaki sejati.   


Err... tapi, kalau lelaki lembut yang pakai, tak dapat nak komen, sebab tak berkesempatan untuk melihat mereka berbaju putih.

Agaknya disebabkan baju tu putih bersih, jadi semuanya nampak kemas.

Saya boleh jadi tak jemu memandang lelaki berbaju t putih dengan leher bulat dan berseluar jeans...

WOW.



Wednesday, December 4, 2013

DOA DAN CARA PENYEMBUH RABUN MATA

sumber dari fb - tak ingat siapa
Assalammualaikum,

Kalau tak silap saya, cara nak menyembuhkan rabun mata di atas adalah daripada Ustaz Sharhan.

Hmm.. tak salah kalau kita mencubakan?  Tawakkal kepada Allah. Insyaallah, dimakbulkan doa kita.  

Tapi, kena istiqamahlah...

Jom, kita cuba...