Monday, October 21, 2013

KEINDAHAN BULAN



Dua malam lalu, saya pulang agak lewat dari ofis.  Biasalah bila keluar je... saya suka melihat alam nan indah ciptaan Allah.

Kebetulan malam tu, bulan penuh ditambah pula dengan lingkaran cahaya di sekelilingnya.. agak besar... 

Dulu masa kecil, mak saya selalu beritahu, jika lingkaran sebegitu ada maknanya.

Sayangnya saya dah lupa apa yang orang dulu andaikan... termasuk juga bila lingkaran cahaya di sekeliling itu kecil.  Ada juga maksudnya.

Tinggal di kawasan bandar ni, jarang sekali dapat melihat keindahan waktu malam yang dipagari bintang atau bulan penuh besar nan indah.

Maklumlah cahaya lampu telah 'merampas' cahaya bulan dan bintang.

Tapi, kalau berada di kawasan gelap - maksud saya macam hutan atau kampung yang rumahnya jarang-jarang... ha.. bolehlah lihat.

Saya suka melihat keindahan alam, lautpun saya nampak cantik, tumbuhan hutanpun saya lihat molek, begitu juga dengan awan di kawasan pergunungan ... indahnya...

Mungkin bagi orang lain tak ada apa... tapi, cubala lihat di sebaliknya... tafsirkan sendiri... insyaallah anda dapat menghargai apa saja yang berada di sekeliling kita...

Bila lagi kita nak menikmati keindahan... selagi kita diizin bernafas... 

Friday, October 18, 2013

Fadhilat Selawat - untuk hafal dan kisah masuk syurga


Semalam masa 'on the way' ke tempat kerja, sempatlah juga saya mendengar radio IKIM.

Oh ya, program MOTIVASI PAGI. Mengenai kelebihan selawat.

Ustaz yang memberi tazkirah menceritakan kisah mengenai seorang jiran yang bermimpi mengenai jirannya yang baru meninggal...masuk neraka...

Esoknya dia bermimpi lagi jiran yang sama juga tapi,  masuk syurga.

Dia  merasa hairan kerana jirannya itu adalah seorang yang sering melakukan maksiat.

Apa yang tidak pernah dilakukannya?  Semua dia buat.  Tidak ada satu kebaikan pun yang dia lihat jirannya itu buat.

Tapi, kenapa dia masuk syurga?

Lalu dia bertanya kepada jirannya itu apabila dia bermimpi lagi.

" Wahai jiranku... apakah yang engkau lakukan sehingga engkau dimasukkan ke syurga?  Setahu aku, engkau sering melakukan maksiat...semuanya engkau lakukan...dan aku tidak pernah pun melihat engkau beramal"

"Ya benar, aku memang melakukan maksiat,  apa yang tidak pernah aku lakukan?  Semuanya aku lakukan..." jawab jirannya itu.

"Tapi, ada satu amalanku yang aku tidak pernah tinggal...sehingga aku meninggal..."  tambahnya lagi.

Dengan rasa kehairanan dia bertanya lagi.."Apakah rahsianya hingga membolehkan engkau dimasukkan ke syurga wahai jiranku padahal sebelumnya aku melihat engkau dimasukkan ke neraka"

"Sebenarnya, sebelum aku tidur, aku membiasakan diriku membaca selawat sebanyak 10 x secara istiqamah dan aku tidak pernahpun meninggalkan amalan itu"  jawabnya lagi...

Itulah sedikit tazkirah yang saya dengar dari ustaz dalam program IKIM itu..

Bayangkan betapa banyak fadhilat yang kita boleh dapat dengan berselawat kepada Rasulullah.

Tapi, barang diingat...jangan  pula kita ingat kalau kita berselawat tapi kita masih melakukan larangan Allah dan tidak melakukan suruhan Allah, janganlah begitu...

Lebih baiklah kita lakukan suruhan Allah dan tinggalkan larangannya... jika tak dapat buat segera, buatlah secara perlahan-lahan tetapi istiqamah...insyaallah.



Sunday, October 13, 2013

niat puasa arafah dan kelebihannya



Assalammualaikum, 

Kita masih lagi kekurangan bekalan untuk akhirat kelak.  Bila berkesempatan, jomlah kita adakan masa untuk membuatnya.

Bagi yang mampu, elok kita berpuasa hari Arafah esok...mudah-mudahan Allah terima ibadah kita dan fadhilatnya...kita dapat.


Friday, October 11, 2013

rezeki tak disangka-sangka...

ni bukan hak saya... tapi hak Allah

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, minggu lepas dan minggu ini, Allah dah mengirim rezeki yang tak disangka-sangka daripada arah yang tak disangka-sangka... bukan saya nak riak di sini, tapi nak kongsi... 

Jumlahnya Alhamdulillah... agak banyak juga...

Saya amalkan tip ini daripada ustaz-ustaz di radio IKIM dan juga tazkirah...

Berdoalah dengan ikhlas...mintalah sungguh-sungguh dan tanpa jemu...

Saya selalu minta pada Allah begini.. ya Allah Kau kurniakanlah padaku rezeki yang tak disangka-sangka daripada arah yang tak disangka-sangka bagaikan air hujan mencurah-curah...dalam semua solat dan setiap kali berdoa...

Bila Allah timpakan ujian...kehilangan harta benda atau musibah apa saja... redha je...dan berdoa mintalah pada Allah...

Ya Allah dengan musibah ini, Kau berilah ganjaran dan gantilah dengan yang lebih baik... doa ini saya dengar daripada ustaz yang menceritakan pengalamannya bila ditimpa musibah... 

Saya pernah tak mendapat sebarang pendapatan...selama lebih 10 bulan...wang simpanan? dah habis guna beli rumah... dan alhamdulillah saya tak pernah kering wang...ada saja...padahal ikutkan duit dah tak ada dalam tangan...mana nak bayar kereta, rumah, maintainance, bil semua... tapi saya dapat bayar... Alhamdulillah.. masa itu juga hutang rumah saya langsai awal dan hutang keretapun langsai... caranya?  hanya Allah yang tahu, tak tahu mana datangnya wang tu...

Jangan sekali-kali cakap duit tak ada... kalau orang tanya..kita asyik jawab..duit takdak...maka duit tu akan tak adalah...

Bila balik ke rumah, sebelum masuk bacalah Al Ikhlas 3x, bukak pintu rumah bagi salam samada ada orang ataupun tidak, baca lagi Al Ikhlas 3x dan selawat banyak-banyak, tip ni saya dapat daripada ustaz di radio IKIM.. tak ingatlah pula siapa namanya...tahun lepas saya dengar tip dia ni...

Bila orang minta sedekah atau derma...bagi saja...jangan soal...jangan ragu kata sindiketlah apalah...itu antara dia dengan Allah... kita nak dapat pahala senang...ikhlaskan...bagi setakat yang mampulah...

Kan Allah dah janji, bila kita infaq dan sedekah.... Allah akan ganti balik sehingga 700 kali ganda... biar Allah je yang beri...

Tahajjudlah selalu...solat dhuha...puasa ...doa orang berpuasa tidak ditolak...makbul.. infact...doa kita Allah tak pernah tolak... malah kalau tak dapat di dunia...kat akhirat nanti kita akan terkejut dengan balasan Allah akan doa kita yang dikumpul di akhirat... sampai kita akan berkata... Ya Allah kalau aku tahu balasan doaku yang Engkau berikan sebesar ini, sungguh aku akan berdoa setiap detik... ( ha yang ni saya dengar daripada ustaz juga...akan ganjaran doa kita...)

Mula-mula nak buat tu memanglah teramat susah... tapi, jadikan kebiasaan...insyaallah... saya ni pun bukan jenis yang rajin... saya ni tak istiqamah...ni kelemahan saya... 

Bila duit kita sedikit dan rasa amat kedekut...masa itu, eloklah sedekah... memang masa kita kesempitan, kita takut sekali nak bagi duit bila orang minta derma..sebab kalau dalam tangan kita ada RM50 nak guna untuk seminggu...mesti nak keluar seringgit tu..rasa boleh guna untuk kecemasan lain...

Kenapa nak takut?  Rezeki Allah dah tentukan pun... dan bukan semua rezeki kita tu semuanya kita punya... ada sebahagian tu orang lain punya...cuma kita ni macam ejen...kena beri...

Kalau kita makan dengan kawan-kawan ... jangan lupa kongsikan makanan bersama mereka... ataupun belanja air atau bayarkan makanan mereka...

Kalau yang lagi rajin...bacalah surah Al Waqiah...setiap malam...

Pahala besar tu kalau tak di dunia...di akhirat Allah akan bagi...

Allah akan kira biarpun sebesar zarah... ha.. bayangkan kalau setakat sebutir nasi... ha...camana Allah beri pahala tu?

Sungguh..janji Allah itu benar, hatipun tenang... tak risau... 

Apa saja cara yang kita boleh sedekah..sedekahlah...biarlah sehari 20 sen ..tapi buat setiap hari... daripada bagi RM20 tapi jarang-jarang... (ha..yang ni nasihat ustaz...)

Oh ya..ada ustaz masa saya belajar ngaji Quran...dia  beri tip ni, setiap kali selesai solat fardhu... bacalah Al Fatihah sekurang-kurangnya 7x... tapi seeloknya 20 kali... hak yang ni untuk dimudahkan segala-galanya.. termasuk rezeki... kerja... kesihatan...tenang... yang ni memang saya amalkan... Alhamdulillah... amallah...dan rasakan...nikmatnya...

Apa hal sekalipun...mengadulah kepada Allah...kalau dok luahkan pada kawan-kawan...atau saudara mara, mereka mungkin setakat mendengar dan mungkin ada beri bantuan dan mungkin juga tak ada...

Mengadu atau minta kepada Allah... Allah ada caranya... Dia akan beri pada waktu terbaik... Insyaallah...









Tuesday, October 8, 2013

Masalah? inginkan pertolongan Allah? serahkan segalanya kepada Allah


Assalammualaikum,

Ayat di atas saya ambil dari fb Pondok Habib... 

Dah beberapa kali ayat ini singgah di fb saya... melalui fb rakan-rakan mungkin...

Jadi, bila saya lihat ayat ini di fb pondok habib, saya tertarik dan benar, serahkan segala-galanya kepada Allah..

Kita berusaha sebaik mungkin... dan untuk melihat hasilnya, serahkan segalanya kepada Allah.

Allah lebih tahu...dan jika musibah yang datang, berdoalah kepada Allah mudah-mudahan dengan musibah ini, Allah akan beri ganjaran dan ganti dengan yang lebih baik...

Semua yang berlaku dalam hidup kita, jika kita mohon pertolongan Allah... Allah lebih mendengar daripada manusia sendiri... 

Manusia pula jika kita meluahkan rasa, mungkin terlintas di hatinya yang dia tidak suka mendengar...

Tapi, jika kita mengadu kepada Allah... Allah pasti mendengar dan  jika kita memohon apa sahaja daripada Allah, Allah pasti memberi...dengan caraNya tersendiri, pada masa yang sesuai...

Tolehlah ke belakang sejenak, pasti ada beberapa peristiwa lalu yang amat mengecewakan kita pada waktu itu... dan apabila kita lihat ke hadapan ... Allah memberi nikmatNya kepada kita...

Benar, Allah tidak berpaling daripada kita walau sedetikpun...

Serahkan segalanya kepada Allah...

Saturday, October 5, 2013

pahala terus mengalir walaupun kita dah meninggal dunia


Sejak dua menjak ni, kerja agak padatlah juga... ni baru berehat seketika.

ok, di atas tu saya ada ambil grafik dari mukabuku...pahala yang terus menerus mengalir, walaupun kita dah tiada di dunia...

kita diberi pilihan...boleh pilih dalam 8 tu...takkan satu tak sangkutkan?  

hati kena kuat...ini untuk akhirat kita...untuk kita dapat pahala...terus...ikut kemampuan kita juga...

insyaallah...kalau kita minta pada Allah...tentu Allah makbulkan...dan kita juga perlu guna akal yang mana kita boleh...dengan usaha

jom kita amalkan...