Sunday, July 14, 2013

Yahya yang ku rindui di Kem Burj Al Barajneh, Beirut, Palestin.

Saya mengusik Yahya minta coklat yang dimakannya, pada mulanya dia tak nak bagi, tapi, akhirnya dia nak berkongsi dengan saya juga.  Inilah pertama kali dia makan coklat.  Ni selepas habis shooting... barulah nampak mukanya yang polos.

Terlalu istimewa anak kecil di atas tu.  Yahya namanya.  Tinggal di Kem Pelarian Palestin Burj Al Barajneh, Beirut, Lubnan.  Umur dia 2010 baru 4 tahun.

Rumah dia betul-betul sebelah longgokan sampah yang tinggi 3 tingkat bangunan.  

Ayahnya pula tak sihat.  Bukan gila.  Semasa bekerja di Jerman, mereka telah memberi kejutan elektrik di kepalanya kerana dituduh mengganggu ketenteraman awam.

Hingga kini ayahnya perlu makan ubat untuk mengurangkan tubuhnya yang menggigil sentiasa akibat kejutan itu.

Ibunya pula, kalau kita bersembang tidak seperti wanita normal.  Banyak bercakap dan tak pedulikan sangat kepada anak-anaknya.

Cuba banyangkan semasa saya bertemu Yahya dan keluarganya, Yahya dah lama tak mandi.  Penuh daki dan kotoran di seluruh badannya.

Ketika penggambaran, saya minta Yahya dimandikan sebab nak cantikkan aktiviti yang ada.  Yahya menangis teresak-esak sebab dia jarang mandi.

Yahya adalah anak bongsu dan paling comel daripada 3 abangya yang lain. 

Air mata saya menitis ketika pertama kali berjumpa Yahya dan pada masa yang sama kisah hidupnya diceritakan kepada saya.  Sebak.

Saya rindukan dia.  Mereka hidup seadanya.  Tak bebas keluar masuk dari kem mereka ke bandar Beirut, kecuali dengan adanya surat kebenaran daripada kerajaan atau penjaga mereka, WAFRAH yang bertugas menjaga kebajikan pelarian Palestin di Lubnan.

Anak-anak di sini pula asal bulan Ramadhan sahaja, masuk hospital sebab cedera bermain mercun atau meriam buatan sendiri.

Satu perkara yang saya kagum.  Anak-anak Palestin dan juga warga Palestin memang pandai bercakap dan penuh isi.

Jom ubahlah cara berfikir anak-anak supaya mereka berdikari dan menghargai apa yang ada.  Didiklah secara sederhana.

Nanti bersambung lagi pengalaman saya di sana.



Saturday, July 13, 2013

SERVIS TERBURUK MYEG BANDAR UTAMA, SELANGOR.


Miss Lim di kiosk MYEG Tesco Mutiara Damansara .  Terbaiklah. Hanya tutup 2 hari, pada Hari Raya aidil fitri dan 2 hari Tahun Baru Cina.  OPERASI DARI 9.30 PAGI HINGGA 10 MALAM.


15 Julai 2013, cukai jalan tamat.  

Hari Isnin telefon abang saya tanya pasal cukai jalan, dia kata nak buat.   Hari Khamis saya telefon, tak angkat, sms tak jawab.

Petang semalam baru nak sibuk itu ini.  Akhirnya saya juga yang terpaksa cari jalan.  Geram... selalu macam tu.  

Jadi, saya google cari myeg.  Adalah myeg kat OU.  Telefon, ada sorang mamat ni angkat.  Dah diterangkan saya ni pertama kali dan nak pergi ambil sendiri, dia pun kata dia nak hantar 'quotation'.    

Nak tanya banyak soalan, tapi, dia kata tunggu sebutharga dulu.  Kereta tu dia nak buat insuran RM18000.  Saya telefon abang saya, dia kata boleh buat insuran harga RM15000 sebab ikutkan harga kereta saya cuma RM10000 sekian, sekian, sebab pinjaman bank dah habis dan NCB dah 55%.



KIOS MYEG DI TESCO MUTIARA DAMANSARA 



Sayapun telefon nak minta MYEG BANDAR UTAMA sediakan sebutharga baru dan saya nak terangkan balik dan nak tanya, tapi, mesin la pulak jawab... sabar.  Tunggu... tekan 2... bla bla...lepas tu terputus.

Telefon lagi, mesin jawab, setelah beberapa minit buang masa, barulah dapat bercakap, adalah sorang mamat ni bercakap, nak buakan, saya kata tadi saya dah 'deal' dengan si w ni, minta dia sambungkan... tunggu lagi, tambah buang masa, dering... putus...

Oh ya mesin tu jawab hantarlah email melalui help@myeg.com.my supaya dapat tindakbalas segera... saya pun hantar dan terangkan situasi supaya mamat w ni telefon balik.  Tunggu... periksa email, harammmmm takde tindak balas. 2 atau 3 kali hantar email.  Buang masa betul, sampai sudah tak dapat.

Telefon Kali ke 4, mamat a, ni jawab, saya minta sambung pada mamat w, dia sambung... putus... buang masa betul...

Dah sejam buang masa berurusan dengan MYEG Bandar Utama, sayapun buat keputusan nak cepat, setujulah sebutharga yang dia bagi.  

Tapi, sampai sudah, tak de apa-apa.  Moral of the story, servis terburuk MYEG Bandar Utama... 

Bayangkan dah 2 email saya hantar, 5 kali telefon, haram si w tu nak telefon balik.  

Nak berurusan dengan orang lain, orang yang jawab tu kata elok urusan dengan si w, sebab dia yang buatkan.  Payahnya... 

Memang tak profesional langsung.  Hampir dua jam, saya buang masa  nak hubungi mamat w ni,  sikit pun dia tak balas.  Yang si mamat a jawab saya 2 kali tu, saya minta dia buatkan yang baru, dia tetap nak sambung ke w, entah betul mamat a ni wujud ke tidak, sebab saya rasa suara yang jawab telefon saya tu, macam si mamat w.

Memang saya menyampah berurusan dengan myeg bandar utama.  Saya ingat bila dah dekat pejabat senanglah nak pergi ambil.  Rupanya sikap pekerja tu,  kelas terbawah sekali. 

Akhirnya saya pergi ke kiosk myeg Tesco hari ni.  Tak sampai 15 minit ke 20  minit siap semua.  Terima kasih kepada Miss Lim.  Dah dapat baharui insuran dan cukai jalan.  SENANG SANGAT.

MYEG di Tesco Mutiara Damansara  tu dibuka pukul 9.30 pagi hingga 10 malam.  Tutup 2 hari pada Tahun Baru Cina dan Raya Aidilfitri sahaja.  Cuti Umum tetap wujud. Bagus. 

Tak perlu ke sana ke mari terkejar-kejar.  Alhamdulillah Allah mudahkan semalam.

Saya kesal dengan sikap tak profesional MYEG di One Utama, susah sangat ke orang nak jawab pertanyaan pelanggan?  

Tuesday, July 2, 2013

TILAWAH AL QURAN ANTARABANGSA 2013 - MALAYSIA




Assalammualaikum,

Maaflah dah lama tak menaip di sini.  Sejak kamera saya rosak dan nak kena beli baru... buat saya sukar nak membuat 'entri' baru. Eleh.. alasan tu kot.  Sebenarnya ada banyak kisah kalau saya nak kongsi.  Gambar-gambar yang saya ambil tu banyak juga... hmmm.

Semalam, saya mendengar bacaan qariah dari Indonesia.  Not bad. Hari ini, saya terpegun dengan bacaan qari dari Palestin.  Sedap bacaannya.  Ye la saya ni jahil... tak pandai sangat pasal makhraj, taranum, tajwid dan sebagainya.  

Agaknya dia al hafiz kot, dia perdengarkan bacaan tanpa melihat sangat pada naskhah al quran.  

Bila habis baca, baru tau dia dari Palestin.  Bergetar hati, bila  lagu yang dia bawa... sampai ada beberapa penonton yang membalas...(maksud saya di sini, bila orang arab suka sesuatu dia akan bertindak balas dengan suara.. ha macam tu lah...)

Saya pun bila dia tarik kat ayat yang ada Allah... sayapun tersebut dalam hati... subhanallah... sedapnya... 

Senang cerita hati saya tertambatlah dengan bacaan mereka kali ini.  Ramai juga peserta kali ini yang baik bacaan mereka.  (Bagi sayalah... maaf sekali lagi, saya ni jahil)

Tetiba saya teringat sorang pakcik kat kem pelarian Palestin di Lubnan... kem Sabra Syatilla... rindu sangat kat saudara-saudara ku di sana... kalaulah saya banyak duit, nak je pi sana... rindu sesangat...

Kita tunggulah siapa yang akan dinobatkan sebagai johan nanti.  

Oh ya... hadiah kali ini saya suka sangat.  Berbaloi-baloi.  Barulah rasa ilmu akhirat dah menjadi satu acara yang dititikberatkan...