Tuesday, February 26, 2013

REBUTLAH PELUANG JALAN KE SYURGA



semalam sempat la hadirkan diri di majlis tazkirah yang diadakan di surau.  tazkirah disampaikan ustaz sahrudin.

topiknya pula mengenai sikap kikir.  memandangkan saya ni orang 'baru' jadi saya dah terlepas bab terdahulu.

menurut ustaz,  Sayidina Uthman b. Affan adalah seorang yang amat pemurah.

berkata ustaz, dengan bersedekah...
Allah mudahkan segala urusan kita, mudah disayangi dan juga dekat dengan syurga.

orang bakhil pula akan jauh dengan Allah dan manusia.

menurut ustaz lagi, ada kisah sahabatnya yang memulakan misi dengan memberi gula-gula kepada kanak-kanak.  waktu itu sahabatnya itu hanyalah hidup sederhana sahaja... tak kaya dan tak juga miskin, cuma cukup makan sekeluarga.

sekarang ni pula, sahabat tersebut telah menambah pemberiannya dengan memberi beras kepada keluarga susah.  di belakang bonetnya sahaja penuh dengan kampit beras.  di mana sahaja dia singgah, bila nampak orang susah, dia bagi beras.

menurut ustaz lagi, sahabatnya tu hidup tenang, ada saja rezeki datang dan masalah pun kira tak ada sangat.

ada kisah piut Rasulullah pun memang gemar memberi makanan dan membawanya kepada orang miskin.

kalau kita beri kepada orang kaya ke orang susah ke, tak ada masalah, berilah saja, jangan berkira, kerana ganjarannya hanya Allah yang tahu.

orang yang suka memberi ni hampir kepada Allah,  hampir kepada rahmat Allah dan juga hampir kepada pahala.... ha mudah bukan?

orang yang pemurah ni tidak ada hijab ke syurga

dan ini pula sesuatu yang baru...saya tahu... menurut ustaz lagi, orang yang pemurah, kalau ada hutang...Allah akan tunaikan (bayar).  

dia juga jauh daripada kebencian manusia.

ada satu peristiwa, menurut ustaz lagi.  ada seorang tu dia masukkan seringgit ke tabung masjid.  lepas tu tiba-tiba ada seorang ulama 'menegur' dengan mengatakan bahawa duit seringgit yang dia masukkan ke dalam tabung tulah, atau yang disedekahkan itulah adalah hasil pendapatan 'HALAL'/

bila dia balik, jenuh dia fikir berbulan-bulan mengenai teguran ulama tersebut, akhirnya dia faham... selama ini pendapatan dia adalah yang tidak mengikut syariat.... 

cerita ustaz lagi...ada satu ketika, sahabat rasulullah dituduh mencuri unta oleh seorang yahudi.

nabi bertanya sahabat tersebut, adakah benar dia berbuat demikian?  terus sahabat nabi berkata, lebih baik bertanya kepada unta tersebut jika ingin mengetahui jawapannya.

akhirnya dengan rahmat Allah, unta tersebut dapat berkata-kata.  Rasulullah terkejut bagaiamana dia mendapat rahmat tersebut.

jadi Rasulullahpun bertanya apakah amalan yang dilakukan oleh sahabat tersebut sehingga untanya dapat berkata-kata.

jawab sahabat tersebut.  amalannya adalah... berselawat tanpa setiap hari...

1. subuh 10 x
2. maghrib 10 kali... 

jadi dalam satu hari 20 kali dia berselawat.

selawat yang paling baik adalah selawat ketika tahiyat akhir, iaitu selawat ibrahim.

menurut ustaz  lagi, bukan mudah nak buat baik, ada saja ujiannya...semakin nak jadi baik semakin banyak ujian.

moral of the story, ustaz kata, buatlah apa saja amalan bank untuk dapatkan ganjaran ke syurga.

mulailah setiap pekerjaan dengan bismillah dan disudahi tugas tersebut dengan alhamdulillah.

sekian dulu tazkirah semalam... nanti ada lagi saya update

Thursday, February 21, 2013

kala hati resah gelisah, bacalah...


‎ 
Kita sebagai manusia, pasti ada ketikanya diselubungi masalah berat.  

Di sini, ingin saya kongsikan perkara indah yang boleh kita lakukan jika kita ditimpa ujian.  Biar seberat manapun bala menimpa, ada jalan untuk meringankan bebanan biarpun ia seberat gunung Himalaya.

Pernah diberi Allah ujian, teramat berat rasanya.  Ingin diluahkan kepada sesiapapun tidak dapat kerana  saya tidak ada sahabat, tapi kawan adalah... hmmm ada beza antara kawan dan sahabat... 

Kalau sahabat susah senang bersama...

Alhamdulillah... bila kita mengadu kepada Allah, bercakap dengan Allah... Allah pasti bersama kita... setiap detik...tidak pernah Allah terlepas pandangan terhadap kita..

Di bawah saya kongsikan kebenaran yang pernah saya lalui...Alhamdulillah... memang ia ubat mujarab...

Jangan putus harap ya... lakukanlah...  yakinlah.

Saya ambil ilmu disampaikan ini kat facebook jer.  Bacalah dan kongsikanlah.

Siri Tanyalah Ustaz 27 Januari Masjid Ar-Rahman

Soalan 4:
Saya ni selalu resah, tak tenteram. Bagaimana nak menjadikan hati saya ni tenang ustaz?

Jawapan:

Suka saya memetik pesanan sahabat, Ibnu Masud:

“Seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau, runsing, hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Masud menyarankan agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya.

Pertama: Tempat orang membaca Al-Qur’an dengan mendengarkan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil.

Kedua: Mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu, mendengarkan syarahan.

Ketiga: Datang ke tempat-tempat yang sunyi untuk menyendiri dengan beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Serta-merta ia berwuduk lalu mengambil Al-Qur’an dan dibacanya dengan khusyuk dan tawaduk. Tiada berapa lama kemudian, hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram.

Seorang hukamak pernah berkata:

“Ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu”.

Wallah hu a'lam

Prof Madya Ustaz Dr Ajmain Safar
TYDP IKRAM Johor











Wednesday, February 6, 2013

TUGASAN PERTAMA




Uh, tak sabor rasanya nak memulakan tugas semula.  Ye lah, dah lama tak keluar.  

Ada sebulan lagi untuk siaran nanti, menggantikan Apa Khabar Orang Kampung.  Hari ni kena perah otak nak fikirkan tajuk program.  

Tadi baru je ambil buku nota seperti gambar di atas.  Dah lama tak guna buku nota tu sebab jabatan saya bertugas dulu dijadikan anak syarikat.  Jadi, kena la tukar buku.

Insyallah, semua rakan setugas memberi kerjasama dengan baik.  Senang rasanya bertugas dalam suasana nyaman.  Mudah-mudahan suasana begini berkekalan hendaknya.

Ok, singgah jap je kat sini.  Akan menempuh, balik bila matahari dah lama terbenam.... 

Sunday, February 3, 2013

RESEPI - UDANG GORENG TELUR ASIN



Hari ni tak terasa nak makan nasi.  Tapi, rasa nak ratah sesuatu.  Fikir punya fikir, ha, teringat nak buat udang goreng telur asin.  Kira ini cubaan ke 4, semuanya menjadi.  Tapi, kalau guna udang besar lagi sedap, kat kampung dah buat, sampai mak saya suka sesangat.  Lupa nak amek gambo, sebab masa tu pun sibuk nak balik KL, jadi semuanya buat cepat-cepat.



Ni semua saya google dan tengok kat youtube.  Pergh...sedap.

Bahan-bahan

1.  Udang dalam 10 ekor saiz sedang atau besar - udang laut lagi sedap daripada udang bela... so suka hati nak yang mana ye
2.  Telur asin 3 biji - direbus dan diambil telur merah sahaja
3.  Tepung celup - Kentucky @ adabi - tapi, kalau nak buat sendiri pun ok, guna je tepung jagung, lada putih dan garam sikit, gaul tepung tu, tapi jangan bubuh air na...
4.. Minyak untuk menggoreng
5. Sebiji telur putih yang telah dipukul
6. 2-3 pelepah daun kari, ambil daun sahaja
7. 5 biji cili padi, dihiris
8. Stok ayam ataupun boleh guna pati ayam tapi guna separuh je atau sedikit, elok rasa dulu sebab pati tu dah ada garam
9.  Buttercup / lepa susu
1. 1 sudu besar gula atau lebih pun tak apa ikut rasa

Cara membuatnya

1.  Udang tadi dibuang sedikit kepala dan dibuang urat belakang (untuk udang besar ).  cuci dan toskan
2.  Celupkan udang tadi dalam telur putih dipukul 
3.  Golekkan pada tepung tadi
4.  Panaskan minyak
5.  Goreng  udang hingga masak - angkat
6.  Masukkan satu sudu minyak masak yang guna untuk goreng udang tadi - masukkan 2 sudu butter
7. masukkan daun kari dan cili padi dihiris tadi - jangan sampai garing, bagi masak je
8. masukkan telur merah yang dihancurkan terlebih dahulu, terus kacau tanpa henti
9. masukkan 2 sudu besar stok ayam ataupun sedikit kiub ayam - kacau (separuh kiub ok)
10. Masukkan udang tadi, gaul hingga sebati...masukkan gula akhir sekali,  bila dah kering, angkat dan hidang...





Saturday, February 2, 2013

SIRIH PULANG KE GAGANG...


1 Februari 2013, Jumaat,  hari pertama aku menjejakkan kaki ke Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3.  Hari pertama aku bertugas semula di sini tapi, untuk kali ke 2. 

1 September 1995 juga hari Jumaat dulu, ia sepatutnya hari pertama aku ke Sri Pentas untuk memulakan tugasku sebagai Penolong Penerbit di Jabatan Majalah TV3.  Tapi, aku menunda ke 3 September tahun sama.

Memang benarlah, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan diberi anugerahNya tepat pada masanya.

Setahun lebih dulu aku melangkah pergi dari Sri Pentas untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencabar.  Alhamdulillah, aku berjaya menempuh liku-liku bekerja di stesen televisyen baru.  

Tapi, rezekiku hanya setakat tahun lepas sahaja memandangkan, orang kuat stesen televisyen itu, tidak berupaya dan amat kurang pengalaman dalam bidang penyiaran.  

Bagaimanapun, aku tidak kesal, kerana ia adalah secebis pengalaman yang amat bermakna padaku.  Kini, aku lebih berpengalaman daripada kawan-kawanku di Sri Pentas yang tidak pernah keluar daripada zon selesa mereka.

Semasa aku keluar dari Sri Pentas, mereka yang juga rakan setugasku,  berkata aku terlalu berani dengan janji yang tidak pasti.  Tapi, waktu itu aku hanya nampak semangat ku untuk menjadikan stesen televisyen baru itu berdiri gagah di mata dunia.  

Paling aku terkejut, kini, aku ditawarkan bekerja di Sri Pentas semula tanpa aku memohon sebarang jawatan  di situ.  Allah Maha Kuasa. Alhamdulillah, tenaga dan akalku diperlukan di sana.

Sebelum kutahu rezekiku di sini, aku mendapat berita kurang menyenangkan daripada beberapa kawan-kawanku di jabatan lama.  Mereka berkata jangan sekali-kali kami melangkah kaki di Sri Pentas semula, kerana bekas ketuaku tidak mahu lagi kami di situ.  Kalaulah anda berada di tempat saya, mungkin anda terduduk.  Rekod saya bersih, tidak pernah menimbulkan masalah disiplin atau kerja di sana... 

1.  Masa dapat berita tu, memang tak terfikir nak balik semula ke situ.
2.  Kenapa tiba-tiba bos lama 'benci' kami padahal sebelum keluar dia amat diplomasi dan memberi nasihat amat berguna kepada kami 
3.  Semasa bekerja di tempat sebelum ini, bos selalu lalu di pejabat kami dan berhubungan dengan salah seorang rakan ku untuk  bertanya khabar...hmmm pelik dan aneh.

Tapi, aku  berserah pada Allah.  Semua yang ada di langit dan bumi adalah hak Allah.  Aku serahkan segala-galanya kepada Allah supaya ia bukan berita benar. 

Akhirnya semalam aku kuatkan semangat selepas melapor diri dan bertemu dengan ketua tertinggiku itu,  dia menerima baik kedatangan kami malah kami bersembang lebih 2 jam... seronok rasa dapat kembali bekerja di situ.  Malah aku dengan bekas ketua ku itu kini bekerjasama kembali dan tempatku di sebelah bilik dia lagi...ha...lagi dekat...ish ish ish... 

Jadi, berita yang kudengar itu tidak betul, rupa-rupanya hamba Allah itu yang takut dengan bayang-bayang sendiri.  Rezeki di tangan Allahlah kawan, bukan di tangan manusia.

Moralnya, jangan kita melatah apabila mendengar berita tak baik daripada seseorang yang kita tidak pasti benar atau tidak.  Walaupun dia baik dengan bos itu.

Seronok betul semalam.  Semua warga Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa menerima baik kedatanganku.  Malah terpancar kegembiraan di wajah-wajah mereka.  Ada yang menawarkan untuk menghulur bantuan jika aku memerlukan.

Rupanya ia kuasa Allah kerana Allah yang menggerakkan hati-hati mereka yang terlibat ini untuk ku ke sana semula.  Alhamdulillah.

Kenapa aku gembira berada di tempat baru?  80 peratus yang bekerja di jabatan ini adalah teman-teman yang kenal diriku... ya la aku ni terlebih peramah dulu, walaupun jabatan lamaku dan jabatan baru ini cuma berurusan masa tertentu... kita bertegur sapa bagaikan bekerja di satu jabatan, malah kadang kala selamba je aku duduk minum dengan rakan sekerja jabatan ini.

Memandangkan aku dah lama tidak memerah otak dan tenaga untuk mengejar 'deadline' - huh perkataan ini adalah mimpi buruk kami di sini, hehehe.  Aku amat teruja...

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana mengembalikan ku tepat pada waktunya.  Doa ku dimakbulkan... pada masa yang sesuai.  

Aku tak menafikan aku berdoa 'spesifik...antaranya, Ya Allah Kau kembalikanlah aku bekerja di TV3.  Akhirnya Allah makbulkan.  Kenapa aku ingin kembali bekerja di TV3 semula?  Cuba bayangkan tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain .. ye tak.

Satunya, ia lebih baik bekerja dengan pihak pengurusan yang faham penyiaran, malah telus dengan kita mengenai hal ini.  Kalau kita biasa tanam sayur, tak sama kalau kita nak tanam buah-buahan tau.  Bajanya mesti lain.  Peralatan menuai mesti lain.  Jadi, yang biasa bertanam sayur perlu memahami dan mahu belajar menerima nasihat dan pendapat orang yang menanam buah, bukan sebaliknya.  Ha, itu je kiasan yang boleh aku luahkan di sini.  

Nak tergelak pun ada, bertungkus lumus aku tak balik nak siapkan kerja, dan mengetuk papan kekunci komputer buat skrip berita juga, alih-alih rakan-rakan sekerja yang tak tahu macamana kita bekerja...dan juga ketua tertentu yang tak pernah terbabit dengan penyiaran menganggap kami goyang kaki.  Aduh...ha masa itulah aku selamba je bercakap... itulah orang yang tak faham penyiaran mesti tak faham cara bekerja. 

Kita bukannya bekerja berlari ke sana sini kalau memang kita tak keluar membuat tugasan, berita pula kita ambil dari sumber yang mana-mana stesen televisyen dunia gunakan tanpa kita perlu keluar... ini khas untuk berita, contohnya kita ambil sumber daripada Bernama, IPTV dan sebagainya yang disalurkan dengan alat tersendiri.

Bila mereka yang tak faham asyik-asyik kata kita tak buat kerja bengang juga.... sukarnya bekerja dengan orang yang kabur mata dan akal...

Bila tak faham, susahlah kita nak meneruskan tugasan kita.  Betul kata orang lama yang pernah bekerja dalam penyiaran, kalau orang baru nak buka stesen baru, kena faham betul-betul..PENYIARAN itu apa...

Kami kena kerja shift bukannya bekerja macam biasa dari 9 hingga 5.30.   Tapi, ada pihak tertentu nak kami bekerja ikut masa ditetapkan.  Kalau diberi insentif kerja lebih masa tak apa juga... tapi itu mereka tak kira.  Pekerja di bahagian pentadbiran dan lain-lain asal pukul 5.30 petang je...zass hilang... kita pulak kerja tak ingat nak balik...Kalau betul la kami ikut 9 hingga 5.30, jadi, kalau berita datang pukul 6 petang, semua orang bali camana?  Lagipun berita kami perlu disiarkan pukul 8 malam, kalau balik juga camana?  Eh ada yang terlalu cerdik jawab, itu kena la tunggu, tapi mereka sendiri tak sanggup tungu walaupun untuk lebih daripada 15 minit...

Tapi, aku tak kesal bekerja di tempat sebelum ini, kerana ia memberiku pengalaman amat berharga. Walaupun ada kawan-kawan stesen kabel baru memujukku ke sana pula, aku berhati-hati.  Aku bertanyakan latarbelakang ketua tertinggi di jabatan itu dari mana.  Bila je aku tahu dari media cetak.  Aku angkat tangan.
Sungguh, kini, aku dapat cerita macam-macam pula mengenai stesen itu.  

Aku tak menafikan di TV3 ada juga dari media cetak, tapi mereka menerima dan belajar mengenai penyiaran, ha, akhirnya ia menjadi hasil lebih baik.

Semalam dari orang bawahan hingga atasan, menerima baik kedatanganku.  Insyaallah aku akan memberi hasil yang terbaik untuk mereka.

Terima kasih TV3...