Sunday, January 27, 2013

MENU RINGKAS - DI KAMPUNGKU


Ha, ni lah menu untuk makan tengahari tadi @ petang.. pukul 4 lebih baru terasa nak makan nasi.

Dok fikir apa nak masak.  Mak kata ada sardin, lepas tu dia suruh buat sambal tempoyak.  Hm.. ulam?  Ha... ulam temu, kesukaanku.

Jadi, hari ni masak sardin goreng, lobak jeruk goreng telur, sambal tempoyak dan ulam temu.  Maveles lah.


Alamak, sardin cap king cup, bukan kegemaranku.  Tapi, itu je yang ada.  Agaknya abang saya yang beli tu.  Kalau saya beli untuk mak, saya beli cap ayam, sedap.

Saya bukak 2 tin kecil, sebab ada seorang jiran mak datang.  Jadi, nak bagi sedap, saya asingkan sos sardin tadi, lepas tu saya goreng isi ikan.  Tak sangka hasilnya maveles la...sedap pula. Ish sendiri angkat bakul.

Ni dia resepi sardin tu.

bahan-bahan
1. sardin dalam tin, asingkan sos atau kuah dan goreng isi ikan tu ye
2. bawang sederhana besar 1 labu, hiris bulat atau separuh bulat, kasi tebal ya
3. cili padi dalam 5 biji, kalau tak nak cili padi sebiji cili merah dipotong serong pun ok jer.
4. sos cili dalam 3 sudu besar
5. sedikit garam
6. minyak 2 sudu besar

cara buat

1. panaskan minyak, masukkan bawang besar dan cili padi, bila dah layu, masukkan sardin dan sosnya... 
2.  bila dah menggelegak, masukkan sos cili tadi dan akhir sekali garam.
3.  kacau perlahan dan bila dah masak angkat.  (barang diingat saya tak minat makan sardin masak asam... jadi, kat sini kalau yang minat nak tambah air asam silakan, ikut suka tekak ler



Ha, tu dia sambal tempoyak.  Memang sedap.

bahan
1.  cili padi 7 biji @2 biji cili merah - ditumbuk kasar, jangan halus sangat tau
2. masukkan cili tumbuk tadi dalam piring, kemudian masukkan pula tempoyak... kacau rata.  dah siap





Ulam temu kat atas... bukan kunyit tau, rupa je macam kunyit, yang muda tu putih kuning dan bila tua dia kuning macam kunyit...sikit je kuning tu
Sapa yang pernah makan tau la rasa dia, rangup dan manis, nak habaq rasa macam mana tak pandai la pula, kira macam ubi kayu sikit...sikit jer tau rasa dia.

saya suka ulam temu ni sebab wangi dan sedap.  maaf tulis ye.  kalau kita buang air kecil, bau harum.  pak menakan saya temu ni baik untuk rahim wanita... 

tapi, kalau kita sendawa pun wangi... itu yang saya minat sangat... lagi satu, cina suka sangat ulam ni.



ha, atas ni jeruk lobak putih - kategori lobak separuh masin..ia tak masin sangat dan rasa manis sikit...

bahan-bahan

1. lobak jeruk masin dalam 5 hirisan panjang tu, dihiris kecil-kecil
2. 2 ulas bawang merah dihiris
3. minyak untuk menumis
4. telur 2 biji

cara
1. panaskan minyak
2. masukkan lobak dan bawang sekaligus, dikacau hingga garing sikit
3. masukkan telur, jangan kacau terus, biar dalam 30 saat baru kacau perlahan-lahan, biar ayam tu ketul-ketul sikit.  bila dah masak baru angkat ...hidang terus

jiran mak yang datang tu dia ada sakit sawan, tadi dia jatuh terlentang.  dia ni kena makan ubat sebab sawan dia serang tak tentu masa. kesian dia.

jadi, kalau kita tengok dia macam ala-ala bendul sikit. dia suka mai ke rumah mak sebab dia kata tenang.  kat rumah dia, dia kata runsing, dia takut kat menantu perempuan dia.

sebenarnya dia selalu kena marah dengan anak-anak dia tak bagi datang rumah mak.  nak tergelak juga, barang kemas jiran mak ni hilang, depa tuduh mak.  ada ke?  yang anak dia dok perabih duit bantuan jkm dan juga zakat..serta baitul mal, anak dia tak bising pula... eh, takkan nak bisingkan? dah masuk poket sendiri.

yang heran, rumah sesiapapun depa tak bagi mak depa pi.  tapi, kalau dok kat rumah asyik kena marah dengan anak menantu.  si menantu pula dia dok mengadu tak bagi cakap dengan sesiapapun, termasuk bila bisan dia datang, menantu dia marah suruh dok diam-diam... ish..kesian dia... bila dia dok kat rumah depa tak mau sembang dengan dia, yang depa tau marah dan minta duit dia saja...

tadi ada dia bisikkan pada saya, duit yang orang bagi.. (tetamu datang ke rumah mak masa dia ada...sedekahkan duit kat dia)  dia simpan diam-diam dalam poket.  dia kata tak boleh simpan di rumah, nanti anak dia ambil macam tu saja... dia kata kena simpan kat baju dia senyap-senyap...nanti habis dikerjakan anak-anak.  kesian dia...

ha, tadi adalah pertama kali si kakak ni makan sambal tempoyak.  bila dia gaul sambal tempoyak tiba-tiba muka dia panik.  dia tanya, "ni apa dia kakchik? pelik pun.."

"sambal tempoyak. tak pernah makan ke?."  tanya saya...dia geleng kepala.

"tak pernah, nak buat macamana dah ambik kena makan juga..."

suapan pertama terus dia tersenyum.  "sedap no..."  

alhamdulillah tetamu mak tambah nasi 2 kali.  dia kata seronok makan di rumah mak, sedap.

tadi masa dia mai sebelah petang, dia minta kat saya tempoyak.  saya bagi la tempoyak kosong tu dan saya pesan kat dia suruh dia tumbuk sambal.

sambil berlalu pergi, dia beritahu nak balik makan nasi lagi nak makan dengan tempoyak.

tempoyak tu memang sedap.  orang jelebu bagi.  tak masam sangat dan masin dia ok sangat.  memang sedap.  lagipun saya letak kat freezer... tahan lama dan taklah jadi masam sangat...

apapun kalau balik kampung makan apa saja pun sedap.

jadi, masak je apa yang ada...maveles jadinya... hehehe

bila rumah ditinggal lama...

kawaq masuk dari sini


Sebenarnya, kalau diikutkan kami adik beradik, kami nak mak tinggal kat rumah kami lagi.  Tapi, mak dah syak sesuatu dah berlaku kat rumah dia.  Gerak hati dia kuat betul.

Hampir sebulan lepas, rumh mak dipecah masuk.  Pantang tengok rumah tak ada orang, depa buat kerja terkutuk tu.  Dulu rumah mak dah kena masuk, masa tu dia dok dengan kami adik beradik di KL.

Segala periuk kawah, periuk kukus, barangan tembaga, cawan air zam-zam satu set saya beli di Mekahpun depa sapu.

Lagi dahsyat, mesin basuh pun depa kebas.  Kira, masa depa buat kerja malam tu, depa kena bawa lori, bukan van.  Banyak barangan perkakas memasak depa sapu.

Pelikkan?  Rumah jiran di kiri kanan tak jauh.  Tak sampai 30 saat je kalau berjalan kaki. Bayangkan kalau nak angkat mesin basuh, bukan kerja sorang, bukan boleh diletak atas motor atau kereta.

Jiran-jiran kata tak tau pun.  


ni bahagian dalam
Agaknya kawaq guna pukau kat depa kot.  Mustahil sangat-sangat kalau jiran di sebelah kiri tak dengar.  Nak angkut mesin basuh dan periuk kawah, mesti guna kenderaan besar.  Takkanlah tak dengar bunyi enjin kereta ke, van ke atau lori?  

Siang-siang pun kalau setakat motor mesti dengar punya.  Saya rasa depa ni jenis tak mau ambik tau.  Nanti banyak hal pula.  Tak kena kat depa, depa tak rasa la... kalau dah kena?

Bukan nak tuduh, tapi, musykil la... hal jiran-jiran.  Ingat ka kat bandar besar jiran tak ambik tau, rupanya kat kampung pun ADO...

Alhamdulillah, selalu saya berdoa Allah pelihara keselamatan diri mak dan harta benda mak di kampung dipelihara Allah.  

Betullah, kita minta pada Allah terus.  Allah yang akan uruskan semua tu.  

Mujur kawaq tu masuk, depa tak dapat ambik apa-apa.  Kecuali syiling lama kot.  Pintu dapur dua dua dah terbuka, agaknya depa cari kunci pedal ayam tu tak jumpa, jadi depa tak dapat la nak ambik barang-barang besar.

Yang mak dok sibuk sayang periuk dia,  gerampun ada, kita dok risau pasal  keselamatan dia, dia dok risau takut kawaq ambik periuk belanga dia... hissh...

Itulah, mak ni bila orang pasang lampu di keliling rumah malam-malam dia dok sibuk nak jimat.   Memang bila malam, rumah mak tu gelap gelita kalau tak dipasang lampu.  

Alhamdulillah, masa kejadian tu, mak tak dak di rumah.  Tapi, kami semua dah risau... sebab mak tinggal sorang-sorang.

Sebenarnya, kami tak bagitau kejadian pecah masuk kat mak, takut risau.  Sehari sebelum balik, abang saya dah proses rumah dengan lipat kain baju balik, simpan elok-elok. 

Tapi, hari kedua mak dah perasan siling rumah lain..je.  Saya buat tak tau... Bila abang mai...ha... saya suruh dia uruskan soal jawab dengan mak.

Abang kata dia buat repot polis, bayangkan dari pukul 5 petang sampai 8.30 tak mai-mai.  Dah la dia ada kerja lain.  

Tapi, depa ada telefon selepas tu nak mai rumah.  Abang kata tak payah la, dia nak buat repot je.  Tak payah tengok la apa yang hilang, sebab lambat sangat.

Itulah mungkin polis tu semua kes banyak kot, jadi, depa kena uruskan kes penting dulu... 

Moral cerita, kita minta perlindungan daripada Allah banyak-banyak.  Hanya Allah saja yang dapat pelihara keselamatan diri dan harta benda kita.  

Ya, Allah kau peliharalah keselamatan diri ibu ku dan juga harta benda di kampung... Amin. 

Saturday, January 26, 2013

akhirnya tumbang juga dahan cempaka tak berbunga

sebelah sana rumah jiran...hmmm jiran ke?


Aha, sampai sudah di kampung kat Tasek Gelugor.  Hantar mak balik. Dia gaduh (sibuk) nak balik sangat, tengok rumah dia.  Dah lebih sebulan dok di rumah abang di Hulu Langat.  

Semalam, dalam pukul 6.30 petang, saya membuat operasi menebang dahan pohon cempaka putih.

Inilah akibatnya dah lebih setahun, tapi tak berbunga.  Tengok pada pokok subur. Bunga sekuntum pun tak dah.  Beli kat Sungai Buloh, Selangor.  

Tapi, yang pelik, masa tebang bau bunga...tapi, bunganya mana? haduh..main-main lak.
subur betul pokok ni, sesiapa yang mai, mesti tanya pokok buah apa...hehehe
 Masa ambil gambar ni, satu dahan dah pun ditebang.  Nasib baik dahan cempaka ni taklah liat.  

huh, kalau berbunga mesti wangi lah...sayang sejuta kali sayang

tiga puntung dah hilang
 Ni pulak, gambar sesudah ditebang pohon cempaka ni.  Kalau sampai hujung tahun ni tak berbunga juga, nampak gaya terpaksa la saya tukar kepada pokok yang baru.  Kali ni nak beli pokok yang ada bunga, tak kira la...

Saya ni suka pada bunga wangi.  Nanti ada masa nak pergi beli gardenia, kemboja merah.  Akar dani pulak dok tunggu besar sikit. Renyah la jugakan...

Esok nak tengok apa pula projek seterusnya.. ehem...


busut anai-anai

Saturday, January 19, 2013

kisah balasan sedekah



Kisah ini saya ambil dari buku FADHILAT SEDEKAH JILID 1&2 oleh Syaikhul Hadith Hadrat Maulana Muhammad Zakariya Rah. 

Antara isi kandungan kisah sedekah ini, Hadrat Habib Aajmi r.a. adalah seorang wali Allah yang termasyhur.  Satu ketika isteri beliau telah siapkan tepung gandum untuk membuat roti kemudian telah pergi ke rumah jiran untuk meminta api.  

Ketika itu juga telah datang seorang peminta sedekah.  Habib pun telah memberi tepung tadi kepada peminta sedekah itu.  Isterinya telah pulang dengan membawa api.  Didapatinya tepung itu tidak ada.  Dia bertanya kepada suaminya, "Di mana tepung?".  Suaminya pun menjawab, "Tepung itu sudah pergi untuk menjadi roti". 

Dia tidak percaya dan bertanya berkali-kali.  Beliaupun terpaksa menjelaskan.  "Aku sudah memberinya kepada peminta sedekah".  

Isterinya berkata, "Subhanallah!  Inipun engkau tidak kira bahawa tepung itu sahajalah yang ada di rumah kita untuk dimakan pada hari ini.  Kini apakah makanan untuk kita sekalian?  Kita juga memerlukan makanan."  Sebelum dia dapat menghabiskan perkataannya, tiba-tiba datan seorang dengan membawa satu mangkuk besar dipenuhi dengan gulai daging dan juga bersama roti yang banyak.  Beliau berkata,  "Begitu cepat tepung sudah menjadi roti!  Gulai juga dibawa sebagai tambahan.

Jom bersedekah, Allah menjanjikan jika kita bersedekah harta tidak akan berkurangan, malah bertambah.  Insyallah, itulah harta terbaik kita yang menjadi milik kita yang hak apabila kita diadili di akhirat kelak.  

Jika tak mampu dengan wang ringgit, senyum pun boleh.  Berbuat baik apatah lagi.  

Friday, January 11, 2013

ALLAH JAMIN REZEKI



Ayat ini saya ambil daripada facebook Ustazah Norbahiyah Mahmood. 

Allah menjamin rezeki kita dan segala rezeki kita datang daripada Allah dan ia adalah rahsianya untuk memberi cara bagaimana, di mana dan banyak mana.  

Usahlah kita dengan ayat ini, kita tak berusaha pulak. Ha, mana boleh.  

Berdoa, tawakkal kepada Allah adalah jalan sebaik-baiknya.  Dan yang utama mesti yakin kepada Allah.  Ya yakinlah dengan bersungguh-sungguh dan mintalah bersungguh-sungguh secara istiqamah dan ikhlas.

Insyaallah, bukan sahaja rezeki harta benda, kesihatan, keharmonian rumahtangga, anak-anak dan suami yang membahagiakan, semuaya adalah rezeki. 

Thursday, January 10, 2013

ROH TERGANTUNG - AKIBAT BERHUTANG

Amboi dah lama saya tak menjengah di blog ni ya.  Sibuk banyak. Kena pula... dok panggil 'mood' tak mai mai.

Ha... nanti apa yang berlaku pada saya sebelum ni, akan saya ceritakan ya.

 Malam ni, alhamdulillah berkesempatan menonton Forum Perdana di TV1 - tajuk, ROH TERGANTUNG - hutang.  Menarik tajuk ni.  

Hutang, ramai orang berhutang tapi, tak niat nak pulang balik.  Patut ka?  Saya antara pemiutang.  Tak payahlah saya bercerita mengenai ini.  Nanti hilang pahala. 

Hutang pula ada banyak cara, ada yang kata nak pinjam, nanti ada duit akan pulangkan.  Tapi senyap terus.  

Ada pula yang ajak kongsi bisnes, alih-alih, diam seribu bahasa.  Kalau sikit tak apa,  ni ribuan... terpaksa redhalah dengan musibah ini.  Mungkin ada hikmah di sebaliknya.  

Tapi bagi orang yang menipu, amankah kehidupan mereka?



Ha, macamana yang orang dok kata roh tergantung?  Ha.. mai nak kongsi perbincangan malam ni.  

Ustaz Kazim Elias dan Dr. Ahmad Bashir adalah panel jemputan malam ini yang bertempat di Padang Awam Kuala Ketil, Kedah.

Antara intipati yang sempat saya ambil. 

Orang yang memberi hutang mendapat pahala yang besar. Orang yang bersedekah dapat 10 pahala, tetapi orang yang memberi hutang dapat 18 pahala.  Sebabnya orang yang mendapat sedekah kita tahu, dia tak akan pulangkan duit balik.  

Orang yang berhutang banyak, kebahagiaan hilang, sebab takut dengan orang nak kutip hutang. Malam-malam tidur tak lena, dok fikir pasal hutang, nak bayar hutang, perbelanjaan tak cukup. 

Nabi berkata, sebaik-baik manusia, orang yang membayar hutangnya dengan jalan terbaik. 

Bila nak berhutang, kita niatkan untuk bayar balik hutang itu.  Allah akan bersama-sama orang yang nak bayar hutang.  Tetapi, jika dia berniat tak nak bayar hutang, Allah akan melingkupkan segala perniagaannya akibat niat yang tak baik itu.

Malah, orang yang nak menunaikan haji pun disuruh membayar hutang.  Kita wajib membayar hutang samada kita pernah meminjam kepada orang Islam ataupun bukan Islam.  Ha ini termasukalah kepada bank... ingat tu..

Orang-orang yang berhutang, carilah jalan untuk bayar hutang balik, nanti roh tergantung.  Tak ke terseksa nanti? Sekarang ni memang la kita tak terasa dengan perbuatan kita, tapi bila mati nanti? 

Jika kita berniat untuk bayar balik, insyaallah Allah akan permudahkan sampai kita berjaya melunaskan hutang kita.  

Kalau kita berhutang tapi, tak mampu nak bayar...ialah memang tak mampu pun bagi yang terlalu miskin. 

 Yang pertama kita panggil kafalah - orang yang menjamin untuk bayar hutang dia.  Contohnya pada zaman Rasulullah, apabila nabi enggan menyembahyangkan jenazah orang yang berhutang, Saidina Ali menawarkan diri untuk menyelesaikan hutang itu.

Yang kedua kita minta kepada waris - mak bapa, isteri, anak-anak untuk bayar balik hutang.  Bab ini, seeloknya orang yang berhutang, catitlah dan beritahu kepada isteri dan anak-anak untuk bayar hutang jika ajalnya tiba-tiba datang.  Kesian kat roh dia nanti. 

Jika kita yang mampu, tolong bayarkan hutang orang,  Allah yang akan menjamin orang yang membayar hutang itu di hari kiamat.  Ha, barang diingat, ini bagi orang yang memang tak mampu langsung.  Bagi yang mampu, tapi saja-saja tak nak bayar, ha... sendiri mau ingatlah. 

Bayarlah hutang, biarpun kita berhutang dengan along.  Tetapi, carilah jalan untuk membayar hutang, supaya hidup berkat.  Kalau dah tak mampu, hiduplah cara seadanya, tak perlulah untuk memenuhi nafsu kita dengan mengikut orang lain.

Hutang ini bukan saja menyusahkan orang yang memberi hutang, dah la ditipu bagi yang tak nak bayar,  orang yang berhutangpun hidup tak tenang... ada saja bala yang menimpa.  

Saya setuju, jika kita berniat nak bayar hutang cepat, insyaallah Allah permudahkan dan Allah akan tunjukkan caranya dan beri jalan penyelesaian.  Betul.

Bagi yang masih buntu cara nak bayar hutang,  apa kata cuba tip ni.
1. Bayar dulu hutang yang jumlah paling kecil.  Langsaikan dulu.

2. Kad kredit ini antara yang menambah hutang.  Kalau boleh, lebihkan bayar hutang kad kredit daripada jumlah minimum.

3.  Kalau hutang kereta, rumah, jika bulanan dalam RM800, lebihkanlah jadikan RM900.  Insyaallah akan kurangkan jumlah bulan (jangka masa pinjaman kita)  
Usahlah menyusahkan diri dengan hutang.  Tapi, di sini kenalah bertekad, untuk kurangkan perbelanjaan tak perlu.  Mungkin kasut baru, mekap, baju baru dan makan di restoran mewah.  Insyaallah boleh.

Solat tahajjud dan dhuha amalkan secara istiqamah.  Minta pada Allah, insyaallah Allah akan tolong.  Jalinkan silaturrahim, kita akan rasa tenang dan rezeki akan bertambah.

Saya pernah terdengar, kalau orang datang ke rumah kita, layanlah dia dengan baik kerana ia membawa rezeki ke atau rahmat untuk kita tuan rumah dan akan membawa keluar dosa-dosa kita, kalau tak silaplah...

Pahala kita melayan tetamu dahsyat.  Kalaulah kita tahu, rasanya hari-hari kita nak tetamu bertandang ke rumah kita kan...

Wallahu'alam.  




Thursday, January 3, 2013

petua supaya tidak diganggu mimpi kurang baik



Selalu  tak mimpi yang bukan-bukan ( kurang enak, seperti dikejar hantu lah, tah apa-apa  lagi makhluk yang tak ingin kita mimpikan..).

Senang jer, sebelum tidur, pastikan gosok gigi.  Sisa makanan yang tersangkut di celah gigi elok dibuang.  Menurut orang tua-tua, iblis dan syaitan suka sangat tinggal di mulut yang tidak bersih ketika kita nak tidur.

Jadi, ketika tidur, mulalah dia memainkan peranan mengganggu makhluk Allah.

Bagaimanapun, eloklah kita baca surah Al-Kursyi, Qulhu (al Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas, kemudian hembus di tapak tangan dan sapu bermula dari kepala hingga ke hujung kaki, tetapi elakkan terkena tapak kaki ye...kira sampai di kaki tu, buat syarat jer...

Cubalah.