Friday, September 21, 2012

Cara nak langsai loan rumah dengan KWSP

Assalammualaikum,

Semalam,  saya sempat berurusan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Petaling Jaya.  Tak sangka, perkhidmatan mereka bertambah baik dan mesra pelanggan.

Abang saya yang sentiasa ingatkan saya supaya melunaskan pinjaman rumah tu. Saya tahu dia tengah pujuk saya beli kereta baru.  Taknaklah saya, lagipun kereta yang ada sekarang selesa buat saya biarpun kereta lama, tapi, jasanya pada saya amat banyak.   Alhamdulillah.  

Berbalik ke KWSP PJ. 
Masuk je ke parkir, alhamdulillah dapat juga walaupun jam lebih sebelas pagi.  Kiosk cetak penyatapun banyak dan tak perlu beratur panjang untuk berurusan.  Tentulah saya cetak penyata KWSP saya untuk tahu jumlah simpanan terkini. 

Bila masuk di pintu hadapan, pergi je ke kaunter pertanyaan dan beritahu urusan apa yang diinginkan dan borang apa yang dikehendaki. 

Di sini saya minta borang untuk selesaikan pinjaman perumahanan.   Mereka akan menerangkan dan memberi nombor.

Anda boleh ambil borang ini untuk diisi dahulu sebelum ambil nombor, jika tidak anda tak sempat nak isi semua, mereka dah memanggil nombor giliran anda. 

Barang diingat, kalau kita ni jenis menulis lambat... baik ambil borang, isi dengan lengkap baru ambil nombor.    Rasanya perkhidmatan di bank pun kalah kalau kita nak berurusan di kaunter kan...

Tapi, saya nasihatkan, sebelum ke KWSP, elok anda ke bank yang anda buat pinjaman dulu untuk membuat surat langsaikan pinjaman perumahan.  

Langkah ke2 barulah ke KWSP ye. 




Urusan di Public Bank 
Saya membuat pinjaman  Public Bank, jadi, saya perlu berurusan di bahagian 'loan department' atau jabatan peminjaman, di tingkat atas. 

Saya membuat pinjaman di SS2 PJ.  Ok, di sini, anda hanya perlu ke jabatan pinjaman terus.  Tak perlu ambil nombor ye. 

Berjumpa dengan pegawai yang bertugas.  Nyatakan kita nak  langsaikan baki pinjaman perumahan kita dengan KWSP.  Jangan lupa bawa kad pengenalan.  Pegawai itu aka mengambil butiran peribadi kita ye. 

Selepas butiran kita diambil, pegawai bank akan meminta kita tandatangan borang.  Lepas tu dia kata dalam 2 minggu dia akan menelefon kita untuk mengambil borang.

Seingat saya, hari Khamis saya ke Public Bank dan pada minggu berikutnya hari Selasa dah siap, itupun sebab Isnin cuti hari Malaysia. Pantas betul perkhidmatan di Public Bank SS2.  

Surat penyata baki pinjaman dibuat 2 salinan. 1 untuk KWSP dan satu salinan lagi untuk simpanan kita. Mudah je.  Tapi saya kena bayar RM20.

Bila dah siap surat baki pinjaman dari bank.  Anda boleh terus ke urusan  semakan KWSP.

Di bahagian semakan tu, pegawai KWSP akan minta borang yang siap diisi, salinan kad pengenalan, penyata baki bank dan penyata KWSP.

Lepas disemak dan dicop, pergi ke kaunter ambil nombor untuk serahan borang.

Di kaunter pegawai tersebut akan semak dan ambil cap jari kita.  Qalas.

Siap.  Cepat sangat.

Saya berterima kasih di atas kecekapan pegawai-pegawai di sana yang tidak banyak kerenah, terus buat kerja mereka dan saya mengaku, saya skeptikal sebelum ini mengenai perkhidmatan mereka.

Syabas KWSP.

Monday, September 17, 2012

bertudung sekadar fesyen?


Alhamdulillah, ramai wanita Islam dah bertudung menutup aurat.  

Tapi, ada juga yang tak berapa faham menutup aurat dan bertudung.  Saya tidak berniat untuk menyentuh hal peribadi sesiapapun.  Itulah hakikatnya.  Bila berada di mana-mana, memang bertudung, tapi cuma menutup rambut...

Ada pula yang terlalu nak berfesyen, alih-alih...jadi lain la pulak... fesyen macam benggali atau somalia menjadi pilihan... 

Yang menyakitkan hati, apabila ada wanita Islam sendiri menyatakan... ah..aku rimas nak pakai tudung tutup-tutup dada ni... panas... aku pakai ni pun dah cukup baik...

Amboi, siapalah kita nak berkata begitu?  Itu kan perintah Allah?  Panas dunia kita dah tak tahan... apakah kita tahan dengan panas api neraka yang hitam itu?

Saya pernah bertemu dengan beberapa insan yang pendek akal.  Terlalu rendahnya mereka memandang kepada wanita bertudung.  

Ada pula teman sekerja pernah berkata.  "eh, orang pompuan bertudung ni kalau nak masuk Amerika susah...nanti dikata pengganas.. ekstrim Islam sangat.."  geram saya dengan kenyataan yang takde fakta tu...

"Eh, siapa cakap?  Aku pernah pergi sana la... walaupun tak bertudung depa check habis-habisan... habis tu yang lelaki kena bukak tali pinggang, bukak kasut... semua bangsa la... kena bukak... pompuan orang putih pun kena bukak baju jaket..."  saya imbas kembali pengalaman saya semasa di LA.

Lagipun itulah prosedur di sana.






Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 59: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang" 

Bagi saya, kalau tidak banyak ilmu, janganlah memandai nak bagi pendapat... 

Pengalaman seharian melihat ramai wanita yang pelbagai karenah sedikit sebanyak menginsafkan saya.  Juga ia menjadi peringatan bagi saya supaya saya tidak bersangka buruk kepada mereka.  Lebih baik kita berdoa, mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada mereka untuk menjadi lebih baik.

Wahai wanita yang pernah saya kenali, janganlah sekali-kali berkata, "pakai tudung ni nampak tua...(padahal itu hanya perasaan mereka sahaja)

Macamana nak pakai tudung?  Orang jual tudung mahal sangat...itu yang membantutkan kita nak pakai tudung...(padahal banyak tudung yang dijual dengan harga murah dan kualiti juga baik)  -  Saya terkilan, sebab rakan saya ni sanggup membeli kasut harga beratus-ratus ringgit sepasang...

Saya harap Allah ampunkan saya, sebab saya menjawab... "itukan perintah Allah..."  yang menyebabkan mereka tersinggung... 

Saya dulupun jahil juga.  Pakai tudung pun ketika usia menganjak lebih daripada suku abad...hingga kini, saya kesal, kenapa lambat sangat saya menutup aurat?  

Ya Allah Kau ampunilah aku dan wanita-wanita lain dan Kau berilah hidayah kepada kami selalu....

Tutuplah aurat dan bukan menutup rambut sahaja... Malah aurat kita sesama wanita juga ada batasannya.


Sunday, September 16, 2012

resepi masak lemak labu dan udang

Assalammualaikum,

Layan tv semua saluran siaran percuma tidak menarik hati. 

Mengintai ruang di peti sejuk, tetiba teringin la pulak nak makan labu kuning masak lemak dengan udang.  Labu masih ada, bawang ada, cili tak ada, udang lagi la takde dan yang penting, santan pun dah habis.

Inilah masakan paling senang dan sedap dimakan bersama nasi panas... dan ikan goreng kunyit.  

Kalau kita nak rasa sedap masakan tu, jangan lebih daripada 2 mata utama lauk pauk.




Masak lemak labu ni senang sesangat.  Campak je, jadi.

Jom cubalah. 

1.  Udang sederhana besar dalam 10 ekor
2. Labu kuning - ikutlah nak banyak mana - kalau nak makan dalam 4 orang, separuh labu je dah cukup ( potong dalam 1 inci saiz labu tu)
3. 2 cawan santan cair
4. 1 cawan santan pekat (kalau boleh guna santan segar )
5.  1 labu bawang besar ( kalau besar belah 4, kalau sederhana belah 2 je)
6.  4-5 biji cili padi, kalau taknak hiris sebiji cili merah (hiris serong?
7. 1 sk garam (saya campak je tak ikut sukatan)
8.  Kalau nak lagi sedap masukkan segenggam udang kering tumbuk.

Cara masak.

1.  Masukkan labu kuning, bawang, cili dan santan cair - masak hingga mendidih
2.  Bila sahaja dah mendidih, kecilkan api, masukkan udang dan santan pekat
3.  Supaya santan tak pecah minyak, kacau sekali sekala  hingga mendidih perlahan-lahan.
4. Tutup api.  Hidangkan

Saya ratah masakan ni macam tu saja.  Saja tak nak makan nasi.  Cuba kurangkan makan nasi.

Friday, September 14, 2012

8 ganjaran buat isteri solehah




Mudahnya wanita bergelar isteri masuk syurga...TAHNIAH.

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.




5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)


10 surah mencegah 10 perkara

jom amalkan
Saya tertarik dengan poster dari Facebook  Ustaz Don.

Amat mudah untuk kita dapat pahala, tapi, mungkin sukar untuk diamalkan apabila kita lebih mencintai dunia daripada akhirat.  Tak perlu kita buat sekaligus semuanya.

Peringkat demi peringkat dan insyaallah akan jadi istiqamah...

Saya mengingatkan diri saya untuk amalkan biarpun perlahan...saya amat kagun dengan Rasulullah SAW apabila baginda membaca surah Al-Baqarah dan sambung dengan surah Al- Imran dalam solat sunat...

Tersentuh hati...

Sukarnya nak lelap mata




Semalam sebenarnya saya sukar sekali nak tidur.  Hanya pukul 5 pagi baru terlelap sekejap.  Lagipin pagi tadi ada urusan yang perlu diselesaikan.

Entah kenapa, baru je nak terlelap. kaki tersentak amat kuat.  Kaki kiri saya bagai disentap.  Terkejut dan tiba-tiba rasa berdebar.  Padahal wudhuk masih ada dan berzikir pulak tu.

Tak puas hati saya bangun baca ayat kursi dan 3 Qul.  Lalu saya hembus...bermula dari kepala hingga ke hujung kaki dan berdoa tidak ada apa yang mengganggu lagi.

Kali kedua baru nak terlelap...tiba-tiba tersentak di dada pula...macam aliran elektrik.  Tapi, taklah sekuat di kaki tadi.  Aihhh... ni tak boleh jadi ni.  Saya ulang pula baca 3 Qul.  Hembus lagi ke seluruh badan.  Mudah-mudahan kali ni tak ada gangguan.

Saya tidur pula di ruang tamu.  Baru je nak terlelap.  Kaki kanan pula bagai disentap.  Aih.. ni main kasar dah ni.

Perkara ni dah bertahun-tahun saya alami.  Semalam adalah yang paling saya tak sangka 3 kali berlaku.  Boleh dikatakan hampir setiap malam, pasti ada bahagian tertentu tubuh saya seperti tangan, dada dan kaki bagai ada elektrik.

Bila google semalam, kononnya ada tanda gangguan jin / sihir.  Tapi, taklah saya percaya.  Tapi, sejak 2, 3 bulan ini, sentakan di kaki agak kuat.  Ada  juga rasa dada tiba-tiba berdebar-debar, tapi, dah bertahun-tahun dah.

Yang paling ketara, semalam memang saya tak boleh tidur langsung.





Nampak gaya saya kena berjumpa ustaz Rashid untuk rawatan.  Tapi, bila ya...


Ya Allah Dengan Musibah Ini Kau Berilah Ganjaran Dan Gantilah Dengan Yang Lebih Baik Padaku...


Hanya kita yang tahu betapa beratnya masalah yang dialami...


Pada lewat petang beberapa bulan lepas, ketika pulang dari kerja, saya mendengar Radio IKIM yang membincangkan topik Musibah.

Kata ustaz (tak ingat namanya)...setiap musibah ada hikmahnya.  Dia menganjurkan supaya apabila menerima musibah... berdoalah bersungguh-sungguh dengan doa ini...

Ya Allah...
Dengan Musibah Ini
 Kau Berilah Ganjaran 
Dan Gantilah
Dengan Yang Lebih Baik Padaku...




Terpulang kepada diri sendiri memilih jalan... Insyaallah Ada Jalan...



Ustaz tak bernama ini juga memberi beberapa contoh daripada pengalamannya.

Kisah 1.  Satu hari, isteri ustaz ni kehilangan telefon bimbit.  Sejak itu, isteri ustaz ini sentiasa berdoa seperti di atas... tapi..lupalah saya pulak... isteri ustaz ni dapat telefon baru daripada seseorang...

Allah beri ganti...

Berserah diri sepenuhnya dan memohon kepada Allah adalah jalan terbaik...

Ustaz tak bernama ini juga menyarankan supaya kita sentiasa berdoa,
Ya Allah...Dengan Musibah Ini, 
Kau Berilah Ganjaran
 Dan Gantilah
Dengan  Yang Lebih Baik Padaku...

beria-ia saya menghafal bait-bait doa ini ketika ustaz bertazkirah... lagipun tak banyak diulangnya doa di atas...

Insyaallah Allah pasti akan gantikan dengan yang sama atau lebih baik lagi daripada benda yang kita hilang atau perkara yang menimpa kita.

Dia juga menganjurkan supaya kita apabila masuk ke rumah,

1. membaca bismillah ketika nak buka kunci rumah
2. beri salam ketika kaki melangkah ke dalam rumah kepada penghuni yang ada, kalau tak ada pun bagi salam juga, sebab malaikat ada...
3. masuk je rumah, baca Surah Al Ikhlas 3 kali (Qulhu...)
4. habis je baca terus berselawat... sebanyak yang boleh..

Insyaallah Allah pasti akan memberi rezeki...

Daripada pengalamannya, dia kata...ada je rezeki yang datang...malah satu ketika dia pernah ada hutang yang banyak...

Berkat daripada amalan di atas... akhirnya rezeki datang dan ...hutang yang ada lunas akhirnya...

Katanya biasalah manusia...bila senang sikit dah lupa nak amal...dan untuk ke sekian kalinya dia mengalami musibah lagi dan hutang yang bertambah...

Mujur ada isterinya yang teringat pesanannya dan tak putus-putus berdoa dan juga mengamalkan membaca Qulhu..dan ya...rezekinya... ada saja ..

Dan sejak itu, dia dan isterinya terus mengamalkan doa di atas tanpa jemu...dan alhamdulillah...

Itulah antara saranan yang ustaz berikan...

bersangka baik pada Allah


Assalammualaikum,

Hari ini saya berjumpa dengan beberapa teman.  Masing-masing ada masalah tersendiri.  

Apabila kami berkongsi cerita...akhirnya, saya merenung tepat ke wajahnya sambil berkata.  

"Aku percaya, segala apa yang berlaku kepada kita ini, pasti ada rahmat dan hikmah di sebaliknya... percayalah... sesuatu yang baik akan berlaku pada penghujungnya..."

Saya sangkakan dia akan mengiakan kata-kata saya.  Rupa-rupanya dia memberi pandangan sinis.  Seperti..umm seolah-olah pandangannya itu berkata, "ish...kau ni tak habis-habis dengan ada hikmah di sebaliknya... bangkitlah Ti pada realiti..." (itu yang saya dapat terjemahkan daripada riak mukanya, matanya dan gelengan kepalanya...)

Tanpa berputus asa, saya teruskan lagi, " betul...percayalah Allah beri ujian ini semua untuk kita...dan Allah pasti berikan yang terbaik untuk kita..."

Kali ini riak mukanya macam bosan. 

Bila saya faham maksud riak mukanya.  Saya terkedu sebentar... sebenarnya teramat kesal dengan rasa tidak yakinnya dengan Allah.  Allah akan memakbulkan doanya... tapi, kalau dah tak yakin... ?

Macamana lagi?  

za'afaran @ saffron - herba paling mahal 

Saya memang terkilan.  Bukan terkilan dia tak mengiakan kata-kata saya.  Tapi, terkilan, seolah-olah dia tidak dapat menerima apabila saya cuba redakan kegusarannya supaya  bersangka baik kepada Allah.

Saya tidak bermaksud untuk berkata saya ni baik...tapi, bukankah sebaiknya kita bersangka baik dengan Allah maka Allah akan memberi pertolongan sesuai dengan sangkaan kita.

Insyaallah ada jalan... (lagu Maher Zain).  Saya yakin sangat-sangat...

Mungkin doa yang kita minta tidak dapat secara langsung daripada Allah.  Tapi, wajarlah... sebab kita sendiri tidak berusaha untuk memohon kepada Allah.  Macamana Allah nak makbulkan jika kita sendiri tidak betul-betul merendah diri dan mohon bersungguh-sungguh kepada Allah?

Saya yakin, Allah memberi ujian bagi melihat sejauh mana kita beriman kepadanya.  Lagipun doa kita pasti dimakbulkan Allah, cuma cepat atau lambat atau disimpan pahala untuk akhirat.  

Lagi banyak berdoa lagi bagus.  

Saya kesal, setiap kali saya berkata kepadanya... sabarlah, Insyaallah Allah akan memberi yang terbaik kepada kita...Allah akan tolong kita...tapi..saya rasa kesal apabila riak mukanya menandakan dia tidak suka dengan saranan saya...



Rafflesia
Teman... bagaimana hatimu nak tenang, jika kau sendiri tidak mahu mengadu kepada Penciptamu?

Bagaimana tidurmu nak lena...bila kau tidak memohon kepada Allah yang rindukan suaramu sambil berdoa kepadaNya?

Bagaimanapun, saya doakan mudah-mudahan dia bertawakkal kepada Allah.

Ya Allah, Kau bukalah hati kawan ku ini semoga dia tidak rasa gelisah...dan memohon kepadaMu pada tiap saat...ketika susah dan senang...

Jadilah seperti Bunga Zaafaran...kecil tetapi urat stigmanya (kalau tak silaplah) mahal harganya... manakala bunga Rafflesia...besar...cantik...tetapi mengeluarkan bau busuk... dan tetap ada fungsinya kepada kejadian alam...

Benarlah... Segala Puji Bagi Allah... Tuhan Sekalian Alam...

Ya Allah, Dengan Musibah Ini, Kau Berilah Ganjaran Dan Gantilah Dengan Yang Lebih Baik Padaku...

Wednesday, September 12, 2012

kasih ibu...berair mata

Assalammualaikum,

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga...

Kesian kat Mak Ngah.  Sekarang ni dia tak berapa sihat.  Saya dikhabarkan mulutnya bagai menggigil. Tak tahu pula sakit apa.  Itu berita yang saya terima daripada mak.

Yang kesiannya, dia kini tinggal seorang di rumah, walaupun anaknya tinggal bersebelahan dalam lingkungan 5 meter sahaja.

Entah mengapa, anaknya yang ini ada sahaja tak setuju angin dengan mak ngah.  Adalah beberapa peristiwa yang tidak menyenangkan berlaku kepada anak perempuannya itu.

Berbalik pada Mak Ngah.  Dia pernah meluahkan hasrat hati untuk tinggal bersama anak perempuan bongsunya.  Ya lah, memandangkan dia kini tak berapa sihat, sekurang-kurangnya ada orang yang dapat menjaganya waktu sakit.  Lagipun, dia dah tak larat nak masak.  Jadi, dia fikir, apa saja anak bongsunya makan, dia makan.

Dia sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk menambah bilik bagi dirinya di rumah anak bongsu.  Malangnya, hasratnya berkecai.  Menantunya memberi alasan.  Keluarganya tiap-tiap lebaran bertandang ke rumahnya, jadi, mana muat nak tambah si mak mertua ni.

Katanya, mak, ayah, adik beradiknya penuh bila perayaan menjelang, termasuklah anak-anak saudara, jadi, dah sendatlah.

Mendengarkan ini, mak saya terus memujuk menantu Mak Ngah.  Tapi, " Dia kan ada anak lain, ha duduklah dengan depa.  Dengan saya mana boleh rumah kecik."

"Mungkin dengan anak bongsu dia serasi la sikit.  Biasalah anak perempuan ni lain sikit dengan anak lelaki"ujar mak saya.

Namun, cadangan mak saya tetap ditolak mentah-mentah.  Akhirnya mak saya mencadangkan pada Ngah supaya bina je duduk bagi kemudahan dirinya yang tidak lagi kuat.

Mak Ngah mengadu, menantu di sebelah rumahnya tak nak membantu,meski ada upah nak dihulurkan.

Lalu, mak saya mencadangkan supaya dia upah orang lain buat tandas tu.  Tak perlu susahkan anak-anak.  Anak lelaki pula, si isteri mereka tak sanggup.  Kononnya, tak larat nak layan kalau makan tak sedap dimasak.  Dan macam-macam lagilah alasan.

Kesian.  Memang betul pepatah,  anak 10 orang si ibu sanggup menjaga, tapi, ibu seorang, seorang anakpun susah nak menjaga.

Mak Ngah makan hati.  Nak buat macamana, tak sangka menantu kesayangannya tak sudi menerima Mak Ngah.  Pada hal,  Mak Ngah berhasrat bila dah dibina bilik di rumah anak bongsunya tu, sekurang-kurangnya dapatlah dia menumpang kasih sayang mereka, memandangkan dia memang benar-benar uzur untuk memasak apatah lagi nak menyimpan rumah (berkemas).

Hasratnya, dapatlah dia melakukan ibadah sebanyak mungkin memandangkan dirinya makin uzur dan makan seadanya...

Saya tahu, Mak Ngah ni memang tak cerewet makan.  Apa tidaknya dia ni memang jimat orangnya.  Kalau masa makan, dia hanya ambil kepala ikan goreng dan amat-amat jarang menjamah isi ikan.

Emm... mudah-mudahan anak-anak Mak Ngah sanggup menjaganya...


Tuesday, September 11, 2012

kala ayam berkokok - berdoalah




Hari ini agak membosankan.  Rancangan di tv pula tidak menarik perhatian saya.  Sinetron Indonesia yang ditayangkan di saluran swasta keterlaluan jalan ceritanya...lagi menambah tekanan adalah.

Kala bosan begini, majalah dan novel menjadi pilihan.  

Saya terpanggil untuk membaca majalah Al-Islam keluaran Jun di bawah tajuk "Ketika Mendengar Kokokan Ayam".  Kalau di kampung setiap waktu dinihari memang sering terdengar kokokan ayam...macam biasa, orang tua tua pernah berkata, malaikat lalu tu, dia nak tengok apa yang kita tengah buat waktu dia turun..."

Walaupun saya tinggal di apartment, ada masa terdengar juga sayup-sayup kokokan ayam yang sepatutnya mustahil saya dengar memandangkan mana ada orang boleh bela ayam di sini?  Lainlah kalau ayam belaan di kawasan Bukit Penchala ni.  Mungkinkah?

Berbalik kepada benarnya apakah kokokan ayam itu benar-benar melihat malaikat?

Ya Allah, makbulkanlah doaku. 


Daripada Abu Hurairah, katanya, Nabi s.a.w. bersabda ;  "Apabila kamu mendengar kokok ayam, maka mohonlah kurnia kepada Allah kerana ayam itu (berkokok) melihat malaikat.  Dan apabila kamu mendengar teriakan keldai, maka berlindunglah kepada Allah daripada gangguan syaitan kerana keldai melihat syaitan."   (HR Muslim)

Jika kalian mendengar suara kokok ayam, mohonlah kepada Allah kurniaNya kerana saat itu, ayam sedang melihat malaikat dan bila kalian mendengar rengek suara keldai mohonlah perlindungan kepada Allah kerana saat itu keldai itu sedang melihat syaitan. (HR Bukhari)





Mujur juga masyarakat kita tak membela keldai ye.  Agaknya kalau dengar rengekan keldai mesti bulu roma kita tegak. ye tak?

Petikan dalam majalan ini juga terdapat hadis riwayat Muslim, dari Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah turunke langit dunia setiap malam, iaitu ketika telah lewat sepertiga malam pertama. "

Lalu Allah berfirman, "Akulah Tuhan!  Akulah tuhan!  Siapa yang memohon kepada Ku, Ku perkenankan permohonannya.  Siapa yang meminta kepada Ku, Ku beri dia.  Dan, siapa yang memohon ampun kepada Ku, Ku ampuni dia.  Begitulah seterusnya hingga terbit fajar."

Begitu mudahnya kita boleh mohon keampunan daripada Allah.  Tapi, kita masih lagi alpa dengan dunia yang tidak menjanjikan kedudukan kita di akhirat, tetapi hanya di mata manusia yang juga tiada kuasa.



Kenapa kita terlalu tamak dengan harta dunia tetapi memandang remeh untuk harta akhirat?  

Eloklah kita bermula dari sekarang, biarpun sedikit, kita cuba lakukan secara istiqamah.  Lama-lama kita tambah lagi...insyaallah kita boleh lakukan.  

Saya pernah diberitahu, untuk menjadikan sesuatu perkara itu kebiasaan kita, lakukan berturut-turut selama sekurang-kurangnya 21 hari... 


Monday, September 10, 2012

mungkir janji




Aduh, letih betul dengan kawan yang sorang ni.  Asal janji je dia mesti tak tepati.  Mungkir.

Padahal dia yang buat janji.   Dia ni memang suka berjanji beria-ia tapi, jarang sangat dia nak tepati.

Saya fikir, sudahlah.  Mulai sekarang saya dah tak nak percaya pada perancangan dia lagi.

Malangnya, dia ni jenis selamba.  Langsung rasa tak bersalah.

Semalam dia hubungi saya untuk ke satu tempat esok.  Katanya tak ada kenderaan, jadi, dia minta tolong saya untuk ke satu lokasi bersama-sama.

Tup-tup hari ni, bila saya tanya pukul berapa nak ambik dia, aikkk... dia kata dia pergi dengan orang lain.

Apasal la dia tak cakap awal-awal?  Lagi satu, dia ni kategori pentingkan diri.  Nak lepaskan tali yang terjerut kat leher dia je.  Tak apalah.  Manusiakan.  Sedangkan dengan Tuhan pun mungkir janji...apatah lagi yang sama spesis.

Kalau sekali dua tak kisah la.  Ni dah ke berapa ratus kali.  Sayapun tak faham.  Kali ni nampak sangat saya tak sabar.  Walaupun dah kena kelentong berguni-guni.

Tak apa, hari ini, hari engkau la.  Esok-esok bila engkau beria-ia berjanji dengan orang, lepas tu orang tu mungkir pulak pada masa yang betul-betul engkau berharap.  Terimalah.

Sama juga masa buat kerja.  Beria-ia dia kata nak tolong, padahal kita tahu dia akan mungkir.  Tapi, ingatkan dia dah berubah...akhirnya bila tarikh dah nak lepas, tup tup, dia kata tak dapat tolonglah, sakitlah...

Mudah-mudahan dia insaf.  Kalau beginilah perangainya...tak tahulah.

Lain kali? Mungkin tidak....Kalau dia ajak lagi...mungkin saya terpaksa tolak...


ringan di lidah berat di timbangan - zikir yang elok diamalkan



Al Islam Edisi Bumper 2012

Saya amat tertarik dengan terbitan majalah Al Islam di atas.  Pada muka surat 28,  dalam Indahnya Haji,  di bawah tajuk Doa dan Zikir yang Elok diamalkan.

Daripada Abu Dzar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. pernah ditanya  orang, "Apakah ucapan zikir yang paling afdal ya Rasulullah?"

Jawab Baginda, "Iaitu ucapan zikir dipilih Allah bagi para malaikatNya dan hamba-hambaNya,

SUBHANALLAHI WA BIHAMDIHI (MAHA SUCI ALLAH DAN MAHA TERPUJI)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasullullah bersabda, "Membaca Subhanallahi wa bihamdih, subhaanallaahil 'azhiim' - dua kalimat yang ringan di lidah (mengucapkannya) tetapi berat di timbangan (pahalanya) dan kedua-duanya disukai Allah.


Ayuh, kita amalkan bersama.  Mudah-mudahan Allah memberi rahmatNya kepada kita yang sentiasa khilaf, agar Allah sentiasa mengampunkan dosa-dosa kita samada yang kita sedari atau tidak.

Sunday, September 9, 2012

ujian ini milikku


dari blog duniaku di sini
Petang tadi ke Maybank Taman Tun Dr. Ismail.  Macam biasa, di pintu masuk ada peti derma.  Sebelum masuk ke dalam saya sempat menghulur sedikit.

Tersentuh betul apabila adik yang mengutip derma itu, melontarkan kata-kata, "terima kasih kak, moga murah rezeki, panjang umur..." Lalu saya menjawab. "aamiin...aaminn...aamiinn..."

Kalaulah adik itu tahu hati saya meronta-ronta untuk dia doakan saya.  Saya berharap benar agak doanya dimakbul Allah.

Ketika ini, saya memang diuji Allah.  Saya redha kerana terpilih dan menjadi pilihan Allah.  Biarpun berat, tapi... saya tahu, Allah menguji saya, semampu yang saya dapat pikul.

Mudah-mudahan kali ini masalah besar yang menimpa saya akan berakhir segera.

Saya seolah-olah baru sedar, ketika senang, memang ramai kawan yang 'menumpang' dan mahu kita masukkan mereka di antara rantaian teman, tetapi bila 'susah' mereka begitu pentingkan diri.

Saya bersyukur, kerana saya disedarkan dengan kawan-kawan yang tidak pernah saya pilih status latar belakang mereka.  Malah, saya sanggup berkongsi kesenangan bersama.  Tetapi, tak sangka pula mereka tidak ingin berkongsi kesenangan dengan saya...cuma bila mereka ada masalah, saya juga yang dicari.

Buat apa saya fikirkan perbuatan kawan-kawan plastik?  Sayakan ada Allah.  Hanya kepada Allah saya berserah segala perjalanan hidup saya ini.

Saya akan lebih berhati-hati.  Saya tidak ada sahabat, cuma, saya ada kawan.  Banyak bezanya di antara kawan, teman dan sahabat...

Sungguh, Allah paling dekat dengan kita bila dan di manapun.

Ya Allah, hanya padaMu aku berserah.

Saturday, September 8, 2012

ubat fizikal vs ubat hati


ubat fizikal


Sejak dari hari Khamis, saya dah mula sakit kepala.  Rasa berat sangat dari belakang leher hingga ke ubun-ubun.

Rasa nak baring je, tapi, tak boleh ikut hati sangat.  Tak boleh juga.  Sampai hari ni sakit kepala.  Tak boleh nak keluar rumah.  Membaca, apatah lagi, terus ke mata sakitnya.  Eh, takkan migrain kot? Tapi, memang tak enak rasa di kepala.

Kena rehat.

Tah, rancangan tv tak ada yang menarik langsung.  Ulangan banyak.   Google tengok resepi yang menarik.  Rasa hati memang nak buat dan buat dah pun.  Cuma tak upload masukkan dalam blog jer.  Rasa malas mula menyerang.

Hati rasa nak keluar ke rumah abang di Hulu Langat, tapi, tak terdaya la pulak.

Saya perlukan ubat, tapi, saya tak suka makan ubat...

Elok bersantai aje kat rumahlah.

Bila tengok penceramah agama di tv, terimbas beberapa komen dari kenalan terdekat.  Tak sangka pula, sesetengah daripada mereka dah menetapkan harga jika ada yang ingin memanggil mereka untuk mencurah ilum, mereka telah menetapkan harga sekian.  Mak ai, mahal la juga.  Tetapi, tak kurang juga memberi ilmu seikhlas mereka dan menerima pemberian seadanya, oklah tu untuk duit minyak dan melepas dahaga.  Akhirat, pasti dapat.

Ada seorang penceramah wanita al hafiz.  Memanglah caranya menarik, tapi, yang tak menarik, tinggi pula bayaran yang terpaksa dikeluarkan jika ingin memanggil dia untuk berkongsi ilmu.  Malangnya, sikitpun dia tak nak kurang.  Kecewa betul penduduk di Shah Alam tu.

Penceramah ni boleh dikatakan berpendapatan tinggi la juga.  Dia ada buka kelas tahfiz, sewa banglo dia dapat agak murahlah juga, tapi, tuan punya banglo terkilan, dia culas bayar sewa.  Kesian.

Biarpun ceramah aka tazkirah yang diberikan kepada kita menjurus kepada berbuat baik dan menarik pahala untuk balasan akhirat, berlainan pula yang berlaku pada dirinya.  Mungkin, itu ujian yang Allah beri kepadanya.

Itulah kelebihan yang diberikan Allah kepada hamba-hambanya yang akhirnya dapat meraih rezeki dengan mudah... tapi, perlu berasaskan ilmu agama yang tinggi di dada.

Ramai yang ingin mengubat hati...

Andai Rasulullah SAW berada ketika masyarakat Seksyen 26 Shah Alam dahagakan ilmunya dan dia pula tak nak berkongsi jika tidak dibayar jumlah tertentu...camana ye


Thursday, September 6, 2012

rumah terbuka


pinjam foto dari internet
Assalammualaikum,

Saya baru balik dari rumah terbuka Restoran Puteri di Sungai Penchala.  Kira berbuka puasa di sana.  Itupun diajak oleh Kak Ani.

Baru je siang tadi dok fikir, dah lama tak pergi rumah terbuka...tiba-tiba Allah... dah bagi rezeki.  Alhamdulillah.

Jumpa juga kawan-kawan dari media lain.  Termasuk jumpa dengan Lin, anak Kak Chah - Habsah Hassan.

Lin dulu pernah kerja bersama saya dalam program Nona.  Kemudian dia berhenti dan melanjutkan pelajaran di Australia.  Seterusnya kini, dia adalah pensyarah di UiTM.  Sempatlah berbual.

Banyak juga kisah yang kami bualkan.

Berbalik di rumah terbuka tadi,  makanan dah tak banyak mata, maklumlah bermula sejak pukul 5  petang, habis 11 malam, tapi ya.. alhamdulillah boleh tahan ada rezeki juga untuk saya dan teman saya.

Ada satu kisah yang melucukan.  Kak Ani menceritakan ada seorang ustaz tu dia balik dari utara ke Kuala Lumpur.  Disebabkan jalan jem, jadi ada juga dia ubah haluan ikut jalan biasa.

Yang nak tergelaknya, dia berceramah mengenai rumah terbuka.  Dalam dok cerita pasal rumah terbuka sempena raya ni, dia kata dia singgah di rumah terbuka sepanjang laluan dia balik.  Semuanya dalam 12 buah rumah.  Dan tidak ada seorangpun tuan rumah yang dia kenal.

Kata ustaz tu, tak salah nak pergi rumah terbuka orang yang tidak dikenali dengan tujuan untuk menambah kenalan dan silaturrahim.  (Semua orang tergelak, ya lah, pergi ke rumah terbuka orang tidak dikenali - mulanya mereka sangkakan dia hanya bergurau, rupa-rupanya betul)

Memang betul.  Kata ustaz, kalau bertambah kenalan kita, maka bertambah rezeki kita.

Hakikatnya, salah sebuah rumah adalah rumah Ketua Pegawaki Eksekutif sebuah syarikat dan nah... dapatlah salah seorang anaknya bekerja di syarikat itu.

Satu lagi rumah siapa tah, tapi, ustaz tu dapat kontrak untuk beri ceramah sehingga setahun.

Memang benarlah kata Allah.  Bersilaturrahim, kita dapat tambah rezeki.

Moralnya, biarpun hati kita marah pada seseorang, kita maafkanlah mereka, elok kita bersilaturrahim... kerja lain semua biar Allah yang buat.

Lagi satu katalah kita nak ke suatu tempat, tapi kita tahu tempat itu memang sesak (jem).  Jangan kisah semua itu.  Kerja kita pandu kereta.  Nak sampai ke destinasi adalah kerja Allah.  Serahkan semuanya kepada Allah.  Yakin semuanya kepada Allah.

Pengajaran dan peringatan untuk saya juga.  Masa solat Dhuha, saya tiba-tiba teringat, Allah beri rezeki bagi sesiapa yang mengerjakan solat ni,  hari ni aku puasa...jadi rezeki yang bagaimana aku akan dapat...(masa tu dalam hati dok teringat - ni mesti rezeki aku pi beli kat pasar malam).

Nah, Allah bayar tunai.  Allah beri rezeki saya berbuka puasa di Restoran Puteri. Pada hal siang tadi baru teringat satu rumahpun saya tak ada jemputan rumah terbuka.  Rupanya jemputan Allah yang saya dapat tadi melalui Kak Ani.

Syukur Alhamdulillah...

Sebarkan salam.