Tuesday, July 31, 2012

masa itu masa saya...

Pagi ni, saya teringat pula masa saya kurang berada dulu.  Masa tu saya belum mampu memiliki kereta.  


Saya selalu naik teksi ke tempat kerja.  Walaupun jarak kurang dari 3 kilometer, tapi, mahallah juga tambang teksi tu.


Ada sekali masa saya berjalan ke tempat menunggu teksi, adalah seorang teman sepejabat saya mempelawa saya naik.  Satu destinasi, lagipun satu jabatan.  


Saya ni pula lurus bendul.  Jadi, terimalah pelawaannya.  Masa bersembang-sembang tu, dia berkata kepada saya, "jar, esok-esok kau telefon je aku, bolehlah kita pergi kerja sama-sama.".  


saya jawab, "tak apalah..." (dalam hati, segan rasanya)


dia bersungguh-sungguh mempelawa saya naik keretanya.  


keesokan harinya, saya pun telefonlah.  hmmm tak berangkat.  agaknya dia masih tidur, lagipun dia memang selalu lambat ke pejabat.  saya telefon dan terus telefon...langsung tak angkat.


jadi, saya mengambil keputusan untuk ke tempat menunggu teksi yang jaraknya mungkin dalam 500 meter dari rumah.  


lusanya, saya telefon lagi... sama... tak angkat... eh.. tiba-tiba telefon dimatikan.


hmm mungkin bateri habis kot... detik hati saya...


semasa saya di pertengahan jalan, saya nampak keretanya meluncur di simpang depan... 


ohhh... masa tu sedih la juga... kalau setakat nak ajak-ajak ayam,janganla macam beria-ia...


rasa hina gila waktu tu... tapi, saya bersabar ...


moral daripada cerita... saya memang selalu terkena dengannya, tapi, kami tak pernah bergaduh... apa-apa yang berlakupun dia tetap datang kepada saya bagi meluahkan rasa hati...


alhamdulillah... Allah sentiasa mencukupkan saya dan memudahkan saya ke tempat kerja waktu tu...


mesti ada yang tertanya...teman serumah camana pula?  teman serumah... tak perlulah saya bercerita....buat masa ni... 


susah betul kita nak mencari seseorang yang ikhlas dengan kita...


bayar bil-bil rumahpun saya yang buat.  berjalan kaki lagi... dia?  ohhh tidak!


masa itu masa saya...

Wednesday, July 25, 2012

resepi mee hailam udang kering - 10 minit siap


Alhamdulillah, hari ni masuk hari keempat kita berpuasa.  Kena pula hari ni tak kerja.  


Layan tengok tv.  Tak sangka, rancangan tv tak ada yang menarik hati sangat dah.  Semua tahap, biasa.



ringkas cepat tapi sedap

Tengok jam, dah dekat pukul 7 malam.  Aik?  Cepat pulak rasanya.  Memang takdak niat nak pi beli makanan kat bazar ramadhan pun sebab tah...tak menarik hati sangat.


Pi belek kat peti ais, ada la sebungkus kecik mee, tak ingat ada apa lagi kat dalam peti ais tu.  


Ni nak bagi resepi untuk sorang makan na...


Alamak tengok lagi, telur dah tak dak, ingat nak buat bihun tapi, takdak cabai kisar pula. bihun esok kot.


Takpalah dok cari sana cari sini, tup tup, jumpa la udang kering sikit.  Hmm... aha... tiba-tiba try nak buat mee hailam... udang kering je.. udang segar takdak, tak pa, kali ni semua nak try masak campak-campak.


Tak payah rasapun sebab bila makan dah sedap. Lagipun saya main campak bahan, tak sangka menjadi... jadi kat bawah ni saya bagi anggaran sukatan untuk masak.  


Bestnya, tak sampai 10 minit dah siap, jadi, bagi sesiapa yang tak tau nak masak apa, cubalah.  Kalau nak tambah bahan seafood lagi baguih no...  tapi, disebabkan saya malas nak keluar, jadi saya ambik apa yang ada kat peti ais je...


Bahan-bahan


1 bungkus mee - anggaran seorang makan
1 1/2 sudu besar udang kering - tumbuk
1 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih  - tumbuk
1 camca teh lada hitam - tumbuk
1 1/2 camca besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis 
1 cawan air
2 sudu besar minyak
(Eloknya boleh masukkan sayur sawi ke)  kan saya dah kata ni bahan apa yang ada saja...ringkas


(garam kalau nak bubuh pun boleh - tapi, bagi saya tak payahlah sebab dah masuk kicap dengan sos tiram, udang kering kan dah masin) 


(kalau takdak lesung batu - blend saja, tapi jangan halus sangat, kira bagi blend kasar)


Cara buat :-


1. Panaskan minyak, masukkan semua bahan tumbuk (semua sekali)  
2. Tumis, Bila dah naik bau dan bahan dah masak, masukkan air, kacau, lepas tu masukkan
   sos tiram, kicap...
3. Bila dah mendidih, masukkan mee. 
4. Mendidih je, angkat, masukkan dalam pinggan - 
5. kalau nak, boleh pecahkan telur - make sure telur tu jangan pecah telur merahnya - pecahkan perlahan-lahan, letak betul-betul kat kuah sikit, bila separuh masak angkat...biar ia masak sendiri kat kuali...









Tuesday, July 24, 2012

GAJI YANG DAPAT TU BERKATKAH?


Ish, ish, ish, macamana la gaji nak berkat?  


Datang kerja sudahlah lambat, tak cukup 8 jam bekerja pulak tu.


Yang paling parah, ada ke setiap minggu ada saja tak masuk kerja.


Jadi, janganlah dok mengeluh duit habis cepat, guna untuk itulah, inilah... 


Kita kena fikir balik, kenapa duit cepat habis?  

Kalau ya sekalipun, syarikat tempat bekerja beri kelonggaran atau 'terlupa' atau 'tak nampak' apa yang kita buat, janganlah ambil kesempatan.


Gaji nak penuh, tapi kerja macamana?


Saya ingin mengingatkan diri saya dan juga kepada sesiapa yang membaca entri ini, bekerjalah kerana Allah, insyaallah Allah akan cukupkan.


Memanglah rasa geram kepada mereka ni yang asyik terlepas daripada tindakan, tapi, bila fikir-fikir balik, kat dunia ya... terlepas.  


Tapi, di akhirat?


Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik dari semalam dan sebelumnya.



Saturday, July 21, 2012

RAMADHAN TIBA LAGI... niat puasa dah?


Assalammualaikum,

Alhamdulillah, akhirnya Ramadhan tiba  lagi.  Alangkah indahnya malam-malam yang akan terisi dengan bermunajat kepada Allah.

Jom kita rebut pahala sepuas-puasnya.  Amalan kita akan digandakan.  Manisnya solat terawih.

Di bawah ini adalah niat puasa sebulan dan esok hari.

Doa orang berpuasa tak akan tertolak.  Jom kita berdoa sepanjang hari...

Bersedekahlah kita...pahalanya berganda-ganda daripada bulan biasa.  









Tuesday, July 17, 2012

Ganjaran Puasa Ramadhan



ganjaran...

Kurang seminggu lagi, kita akan disapa Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang amat-amat ditunggu oleh semua umat Islam.  Bulan yang hanay Allah sahaja yang memberi pahala kepada kita yang memenuhi perintahnya.

Ayuh, kita beramal dengan perbanyakkan sedekah, ibadah sunat dan juga mintalah untuk apa-apa hajat yang kita inginkan.

Semua kita mempunyai hajat.  Berdoalah.  Tapi, mesti dipenuhi dengan kesabaran.  Bila meminta pula perlu dengan merendah diri dan tidak tergesa-gesa.

baca quran juga bertambah pahala selain kita akan lancar bacaan dan ramai yang cuba khatam quran.

Saya pernah diberitahu oleh seorang ustaz, ganjaran bulan Ramadhan bagi perkara baik yang dilakukan akan dikira, maksudnya ini masa paling sesuai untuk kita buat perkara baik, sebab pahalanya berganda-ganda.  Hanya Allah yang tahu ganjarannya berapa.


Contohnya sedekah.  Katalah sejak dari malam pertama Ramadhan kita simpan duit untuk niat sedekah kepada sesiapa (terutama orang memerlukan atau fakir miskin serta anak yatim, ia akan dikira juga, (maksud di sini, pahala berganda itu dikira juga walaupun kita beri pada bulan lain).


Contohnya, mungkin duit sedekah itu untuk orang Kemboja bagi ibadah korban kelak.  Jadi, bila dah sampai waktu nanti, berilah duit yang kita niatkan dulu tu.  






Bagi yang berhajat pula, apa kata kita solat tahajjud, taubat, hajat, dhuha dan pelbagai lagi solat sunat (qiamulail).  

Percayalah, Allah pasti perkenankan doa kita.  Itu janji Allah.  Yakinlah.  Lakukan dengan ikhlas.  Minta perkara yang baik-baik, hindarkan daripada meminta untuk keburukan orang lain.

Tapi, jangan lupa kita masih ada beberapa hari lagi untuk ganti (qada') puasa yang tertinggal dulu.

Elok juga diqada' lebih sehari dua daripada yang kita tinggalkan.  

Jom kita penuhkan solat terawikh.  Nikmati solat terawikh... dengan penuh khusyuk insyaallah kita akan merasa kemanisannya.

Kalau rajin, pergilah ke masjid atau surau berlainan setiap malam.  Pengalaman menarik pasti menanti.

Selamat menambah ganjaran puasa.  

Thursday, July 12, 2012

CARA TAMBAH 8 PAHALA BERTERUSAN


Assalammualaikum,


Perbuatan baik akan dibalas baik.  Begitulah janji Allah, biarpun sebesar zarah, ia tetap dikira.  


Ada masanya kita terkhilaf.  Samada sedar atau tidak.  


Contohnya, kita beri sedekah, tapi, kita berulang kali menghebahkannya, jadi, adakah pahalanya akan sama? Yakinkan ia akan kekal pahalanya?  


Jika riak, maka berkuranganlah.



Apa kata mulai saat ini, kita lakukan perkara terbaik yang terdaya oleh kita.


Di atas adalah gambarah yang disediakan untuk kita amalkan.


Mudah-mudahan, pahala kita bertambah dan bertambah berterusan...


Ikhlas...

Wednesday, July 11, 2012

Allah dengar doa kita



 "Rabb kita turun ke langit dunia pada setiap malam, iaitu ketika sepertiga malam terakhir.  Dia berfirman : Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan, dan siapa yang memohon ampun kepada-Ku, maka akan Aku ampuni"


(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).



Janganlah kita berputus asa.  Allah sentiasa bersama kita.  Sentiasalah kita berdoa, kalau nak lebih khusyuk lagi, eloklah kita dirikan solat dan berdoalan pada waktu paling mustajab.


Saya sedih apabila ada hamba Allah sanggup tidak menunaikan perintah Allah, dengan berhenti solat semata-mata kerana doa mereka tidak dikabulkan.


Jangan begitu.  Allah sayangkan kita, Allah rindukan suara kita, sebab itu Dia ingin dengar dan dengar dan dengar lagi suara kita yang padaNya adalah merdu.


Tapi, lain pula tafsiran kita apabila kita berhenti berdoa.  Tidakkah kita rasa rindu kepada Pencipta Yang Maha Pemurah?


Tidakkah kita ingin melihat wajah Allah?  Itu yang kita paling dambakan.





Berdoalah dan terus berdoa...Allah tidak pernah memungkiri janji.  Doa kita dikabulkan, ada juga yang disimpan untuk waktu yang sesuai dan juga ia dijadikan 'hadiah' kita di akhirat kelak.


Hanya Dia yang tahu.  


Marilah kita berdoa setiap saat.  Jika kita ingat Allah, Allah akan lebih ingat kepada kita.


Kita buat apa yang Allah suka, insyaallah Allah akan beri apa yang kita suka.


Cuma cepat atau lambat.


Kisah yang tidak dapat saya lupakan mengenai seorang pelacur di zaman Rasulullah sullullahu 'alaihiwassalam...


Hanya disebabkan dia memberi air kepada seekor anjing yang haus...dia dimasukkan ke syurga.  


Niat yang ikhlas, itu yang perlu kita amalkan.


Jangan pula kita berkira akan perbuatan amal kita dengan Allah.  Takut nanti jadi riak la pula.


Niatkan perbuatan kita semua untuk Allah.  (tapi, kenala perbuatan yang baik ya)


Saya mengingatkan diri saya supaya Allah tunjukkan jalan yang lurus...


Marilah kita buat pahala banyak-banyak.  Masa semakin suntuk.



“Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH SWT,
dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.”



8 Amalan Penambahan REZEKI


Rezeki.

Topik paling subjektif.  Bagaimanapun, keperluan material menjadi buruan semua manusia.  Wang.

Kali ini saya muatkan cara untuk menambah rezeki.  Bagaimanapun, lebih elok kita perbaiki hubungan kita dengan Allah.  

Ya, mungkin ada yang berkata, aku tak pernah sembahyangpun aku kaya.  Tapi, adakah hati anda rasa tenang?




Amalan yang diambil dari Ustaz Don

Istidraj.  Itu yang paling kita takuti.  

Janganlah kita kaya di dunia tapi miskin di akhirat.  Dunia hanya untuk sementara. 

Sanggupkah kita hidup di akhirat dengan tidak memiliki seperti yang Allah janjikan?

Syurga di akhirat, tiada siapa dapat bayangkan.  Bidadari menjadi igauan setiap lelaki soleh (mungkin).  Namun, bidadari syurga amat merindui lelaki soleh untuk mereka miliki.

Jom kita beramal....

Diet Rasulullah



Assalammualaikum,


Hari ini apa kata kita mulakan diet cara Rasulullah sullullahu alaihiwassalam - elok ditulis penuh.


Amalan yang elok apa salahnya dibuat.  Sebenarnya inilah ubat yang menghindarkan kita daripada diserang sakit yang semakin popular era ini.


Dulu kalau zaman kanak-kanak, tak pernah dengar mati mengejut, kanser, darah tinggi, diabetes dan segala-gala yang membuatkan kita rasa pening pula.


Moga perut kita berterima kasih dengan kita.  Kesian dia ye.



Doa Untuk Mudah Menghafal



Assalammualaikum,


Ramadhan akan tiba tak lama lagi.  Bulan yang ditunggu-tungu. 


Berkahnya bulan ini dengan amalan yang kita buat akan berganda-ganda pahalanya.  


Apa kata kita cuba hafal surah-surah yang ingin kita amalkan.




Sebelum membaca, amalkan doa ini dulu, bukan sahaja elok untuk anak-anak, adik-adik yang masih belajar.  Kita juga boleh amalkannya.


Sementara tunggu berbuka tu, eloklah kita selak Quran.  Atau sementara menunggu Isyak...


Hari ini kita ubah diri kita.  Belum terlambat.  Allah Maha Pemurah lagi Penyayang.  Dia akan memudahkan perkara yang baik.


Insyaallah.

Tangkap...pancung...

Assalammualaikum,


Dah masuk 4 kali saya menonton siaran mengenai sihir di stesyen tv berbayar.


Sayang sekali, kalaulah jemputan itu dapat menerangkan dengan lebih baik lagi mengenai topik yang dibincangkan kan menarik?


Cara penyampaian ok, tapi penerangannya agak umum.  Sesiapa sahaja boleh bercakap begitu.


Bila ada pemanggil, bertanyakan penyelesaian masalah, ia tidaklah memberangsangkan.  


Asyik suruh jumpa pakar, jangan pergi ke bomoh yang gunakan tilik, foto, gambar dan guna ramalan.  


Kadang-kadang suruh pergi jumpa dia.  Sekurang-kurangnya bagilah cara untuk diamalkan.  


Bagilah ayat apa boleh diamalkan...takkan semuanya sama je macam episod 1 dulu.  Tak ada perubahan.


Hari ini, ada satu pemanggil bertanya macamana untuk tangani mimpi buruk yang dialaminya.


Dia jawab itu adalah perbuatan sihir.  Jadi, kena solat wajib, zikir, amat ringkas, jawapannya.


Itu je?  Saya rasa ia lebih menarik kalau jawab dengan teliti masalah yang diajukan.  


Maaf, ia tak menarik, cuma tajuk programnya amat menarik, tapi saya kecewa...

Tuesday, July 10, 2012

teringin makan steam boat



Assalammualaikum,


Jumaat baru-baru ni, saya teringin nak makan 'steam boat'.  Setakat ni yang rasa sesuai untuk saya di Johnny's One Utama.


Kali ni, set A pulak takde, set B, C dan lain-lain ada pulak.


Saya tak suka ambil set lain sebab ada telur.  Telur ni penghilang rasa la...




set B, sayur kubis dengan sawi, lain-lain dah kat bawah tu

Tapi saya agakla, ni mesti msg banyak.  Bila sudah makan, balik je mesti nak minum air banyak.  Rasa dahaga memanjang.  


Saya ni tak makan seperti orang lain.  Siap makan cicah sos je, bukannya sos tu masuk dalam sup.


Saya 'salute' la, sebab kombinasi makanan 'steam boat' ni boleh tahan juga.





sos ni la daya penarik utama, sedap, mesti tambah setiap kali makan



Kena pula ada anak saudara, apa lagi, ada la teman.  Kalau pergi dengan kawan-kawan lain susah la, sebab bila nak makan 'steam boat' mereka suka makanan lain.  Lagipun ini adalah makanan sihat. Rebus. 

disebabkan dia tak lunch dia ambil nasi... boleh la rasanya


Lagi satu, kalau makan ramai-ramai baru seronok...  sebab kita akan ambil masa untuk bersembang sambil menikmati hidangan di depan mata.

ok.. hidangan bermula 
Kalau dah buntu nak makan kat mana, ada banyak pilihan... ikut je cita rasa nak makan apa... 



Monday, July 9, 2012

Hati gelisah? Amallah surah Alam Nashrah...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, saya tidak lagi gundah gulana.  Berserah diri kepada Allah akan segala urusan hidup saya, membuatkan diri rasa tenang, walaupun ada beberapa masalah timbul.

Mungkin, pengalaman hidup mengajar kita erti hidup dan bagaimana hendak menangani masalah yang datang.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya bagaimana kita dapat halakan diri kita supaya tidak bersedih sangat...

Amalkanlah surah di bawah ini.  Bacalah apabila runsing.

Caranya;

1. pada ayat 1, baca dan tiup di tapak tangan dan sapulah di dada (bacalah doa - YA ALLAH, KAU LAPANGKAN DADAKU INI )- untuk melapangkan dada kita)

2. Ayat ke 2 Baca dan tiuplah di tapak tangan dan sapu di bahu
  (bacalah doa - YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH BEBANAN DI BAHUKU INI...)untuk rasa berat tanggungan kita berkurangan...(masalah la )

3. Ayat ke 3, Baca dan tiuplah tapak tangan, lepas tu tapak tangan sapulah  di belakang pinggang hingga sempadan punggung - sapulah 3 x...
(doalah - YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH PEKERJAAN YANG AKU NAK BUAT INI...)bila buat kerja tu rasa ringan je)

4. Ayat ke 4, baca dan tiup pada tapak tangan dan semasa sapu dari muka hingga belakang kepala...sedut tapak tangan apabila sampai ke muka... buat 3 x
(doalah - YA ALLAH, KAU JADIKANLAH SESIAPA SAHAJA YANG MEMANDANG AKU, MEREKA AKAN HORMAT DAN SAYANG PADAKU...)yang ni dikatakan untuk penyeri wajah...dan supaya orang hormat dan sayang...kalau yang ada suami tu elok sangat la amalkan...)
pastikan, bacalah ayat seterusnya sampai habis...

seeloknya, bacalah basmallah bila melakukan sesuatu pekerjaan, amalkanlah dengan seikhlas hati dan berharap sepenuhnya kepada Allah.




    Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
    lagi Maha Penyayang
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu 
    dadamu (wahai Muhammad)?
2. Dan Kami telah menghilangkan daripadamu 
    bebanmu.
3. Yang memberati tanggunganmu (dalam
    menyampaikan dakwah)
4. Dan Kami telah meninggalkan bagimu sebutan
    namamu (dengan mengurniakan pangkat nabi  dan
    pelbagai kemuliaan)
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu)
    bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
    kemudahan
6. sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai 
    kemudahan
7. Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu 
    amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau 
    berusaha (mengerjakan amal salih yang lain);
8. Dan hanya kepada Tuhanmu sahajalah, hendaknya 
    engkau berharap

Saya bukanlah memandai-mandai bagi petua ni, saya belajar daripada ustaz Hanafiah...seorang pendakwah bebas yang banyak pengalaman....

Cubalah, insyaallah Allah pasti tolong...dan jangan lupa pula untuk dekatkan diri kita kepada Allah dan serahkan diri kita seikhlas hati semasa bersolat...seluruh jiwa raga hanya untuk Allah...

Wassalam

gelagat si awang hitam

Assalammualaikum,


Sabtu baru-baru ni saya pi makan tengahari dengan anak menakan (nak cakap utaqa la no)...di restoran dekat dengan apartmen yang saya tinggal tapi blok lain.


Masa dok tunggu makanan sampai, adalah sepasang kekasih masuk.  Yang pasti, si lelaki adalah Si Awang Hitam.  Perempuan tak pasti pulak, cakap macam orang Kelantan, tapi boleh jadi orang Patani...


Beberapa minit kemudian, masuk pula 3 orang, 2 awang hitam dan seorang wanita.  Boleh tahan juga yang wanitanya...tapi, tak tau warga tempatan atau Filipina.


2 lelaki yang baru masuk bersalaman dengan si awang hitam pertama.  Tentulah depa cakap Afrika.  Jadi, tak dapatlah saya nak terjemah walaupun sepatah perkataan.



gambar terbalik, malas nak betulkan...amek gambo curi...hehehe


Yang si awang hitam kat atas ni dok sembang sambil memandang 2 gadis di belakang saya.  Masa tu la saya baru perasan.  Ganas betul pandangan dia kepada gadis di belakang saya...warga tempatan.  Berkulit putih dan biasa je...Itu yang membuat mata si awang hitam tadi terbeliak.


Amat menjengkelkan saya cara pandangannya seakan-akan menelanjangi gadis yang menjadi sasaran sepasang mata ganasnya.


Gadis kat belakang saya tak perasan kot... tapi, si awang hitam ni selamba jazz je mengisyaratkan kepada 2 awang hitam tadi pasal gadis yang dia minat tu kot... dengan selamba gurindam juga dia ubah tempat duduk bertentangan untuk melihat lebih jelas gadis tadi.


Sikit pun dia tak peduli kepada aweknya tadi.  Berani dan amat kurang sopan betul.  


Yang 2 mamat tadi pandang la juga tapi tak macam awang hitam depan saya tu.

Dalam fikiran saya terlayang-layang...apakah yang menyebabkan gadis tempatan kita tergoda kepada jejaka ini?


Berbalik kepada si awang hitam yang datang dengan pasangannya...tiba-tiba dia marah kat awek dia...


Nampak betul muka dia marah dan tak suka.  Oh..rupa-rupanya awek dia tadi tu dok bercakap telefon.  Dia tak suka.  Cemburu kot.  


Mesti awek dia rasa tak seronok..eh dua ronok kot dengan gelagat si awang hitam tu...


Agaknya si awang hitam tu tak selera nak makan... sebab tadi beria-ia dia minta nasi nak makan...tapi, lepas dia marah kat awek dia, terus dia tak jadi makan ...dia makan la juga tapi tak la banyak...


Saya kesian kepada gadis tempatan... wahai gadis tempatan, lebih baik cari lelaki tempatan... terjamin sekurang-kurangnya apa-apa hal kat tanah air sendiri.  


Kalau orang luar ... yang tak serius dengan kita...mungkin kita ditinggalkan... 


Entahlah takut saya memikirkan natijah gadis-gadis tempatan dengan lelaki luar... banyak berita tidak menarik...tapi masih lagi ada yang terpikat dengan mereka...jejaka luar...


Sebelum terikat, fikirkan dalam-dalam ....


Tolonglah kesiankan diri sendiri dan juga keluarga...lainlah kalau lelaki itu ikhlas menerima kita seadanya dan berlandaskan kerana Allah...

Sunday, July 8, 2012

cerekarama saleha

Semalam saya menonton cerekarama bertajuk Saleha.  Promonya menarik, itu yang membuatkan saya terpanggil untuk berada di hadapan kaca televisyen.


Saya ni peminat setia cerekarama tv3.  Bukan sebab semangat 'assabiyah', tapi, boleh dikatakan banyak juga drama yang ditayangkan di slot cerekarama tv3 bermutu.


Bukannya saya tak menonton drama di tv lain, ada juga.  TV1, Astro, TV Al-Hijrah dan rangkaian Media Prima kalau menarik tetap saya tonton.  


Stesen tv yang saya sebut di atas pun tidak kurang menariknya dengan drama yang berkesan dan jalan cerita, tentulah berkualiti.


Berbalik cerekarama semalam.  Entah bagaimana pada masa yang sama, saya tiba-tiba rasa pelakon yang memegang watak Saleha tu tak sesuai penampilannya.


Iyalah, watak Saleha tu adalah seorang yang lembam.  Tetapi di mata saya ada kekurangannya.  Manakan tidak, sah-sah nampak kening Saleha berpantis (dicukur).  Orang lembam takkan buat itu semua.  


Masa dia pakai baju pengantin, mekapnya cantik,  bukan gadis lembam yang mekap, tetapi orang normal.  


Bercakap berkenaan mekap, nak tergelak pun ada, sebab kalau tak silap saya masa dia tidur di sofa, lepas dipukul Mak Longnya, bila shot 'close up' la... ada maskara  


Pandai pulak dia pakai maskara.  Hmm... kenapa la pelakon kita masih lagi nak jaga kecantikan?  Tidak seperti pelakon Hollywood? 


Kalau comot, comot gila...memang kitapun rasa macam betul-betul berlaku.


Cubaan baik bagi pelakon tersebut menghayati watak gadis lembam.  Tapi, masih ada kekurangan lagi.  ''She's trying too hard for that part...'' ataupun lakonannya ala kadar. 


Saya tak dapat menghayati lakonan watak Saleha.  Saya 'salute' pelakon veteran aka senior, Abu Bakar Juah.  Memang mantap.  Dia memang menghayati wataknya dengan baik.  Bila sedih, air matanya tergenang.  Saya kira dalam semua tu watak Pak Long lebih menyerlah daripda watak utama.  


Masa menonton tu, saya boleh terbayangkan beberapa muka artis yang mungkin sesuai untuk watak Saleha.   Tak asing lagi Khiriyah, Umi Aida, Fazura, dan beberapa lagi nama yang tersenarai dalam lakonan berkesan.


Jangan marah, cuma semalam saya agak kecewa.  Jalan ceritanya memang menarik.  Tapi, ditawar pula dengan lakonan yang tak seberapa... cuba guna logik.  Cuba guna ... ada ke orang macam tu?  Jadi... jawapan untuk ilham akan muncul...


Tolonglah wahai penjaga konti, pengarah, dan paling utama juru solek, tolonglah jangan terlalu sangat dalam solekan jika watak wanita kampung...


Harap-harap saya berkesempatan menonton lagi cerekarama minggu depan.  



Thursday, July 5, 2012

kurang adab

Memang biadap betul budak-budak sekarang.  Tak boleh tegur langsung.  Padahal kita tegur perkara betul.  Mana taknya, masuk kerja pukul 4 petang, tak buat apa.


Orang lain kerja bagai nak rak.  Kerja dia pula kita kena buat.  Tapi, nak 'glamour' tau pulak dia.  


Adik-adik, kalau dah dijadualkan masuk pukul 10 pagi, kira bertuahlah tu.  Orang lain kena masuk awal.  Awak tu datang pukul 4, kadang-kadang pukul 5.  


Bild telefon, tak berjawab.  Sms tak berbalas.  Eh, kita pula yang kena rayu dia suruh datang kerja.  


Ha, baru terkena sikit dah meroyan.  Tak sangka lelaki pun ada yang meroyan.  


Semalan kita tanya elok-elok, sikit pun dia tak pandang muka.  Amboi, dah la kerja tak semenggah, dah jadi ujub pula.


Tunggulah, nanti akak akan panggil adik ye, tanya apa masalah yang sebenar.


Mudah-mudahan awak tu dapat kerja dengan upah yang berkat.  Ingatlah, duit tu tak berkat kalau kerja memonteng.

Monday, July 2, 2012

Amanah Dalam Kerja



Assalammualaikum,

Selamat pagi.  Hari ini saya datang awal juga ke pejabat.  Anak saudara perempuan bertandang ke rumah semalam.  Saya menjemputnya dari Terminal Bas Dan Teksi di Shah Alam, Seksyen 17.  Dia balik dari Pulau Pinang.

Pejabat macam biasa, agak lengang.  Saya tak faham betul dengan budak-budak sekarang.  Kerja sambil lewa.  Asal buat.  Bila kita tegas dikatakan kita ni garang.  Bila ditegur tarik muka masa.

Gunalah cara apapun, mereka tetap pandai auta. 

Amanah dan tanggungjawab diberikan tidak dipikul dengan baik. 

Dengan manusia bolehla tipu, dengan Allah tanggung sendiri.  



Pejabat idaman


Sekarang ni ada 3 orang yang bermasalah.  Ponteng, mengular, hilang dan segala bagailah perkataan bagi yang curi masa bekerja.

Datang dahla lewat,  lewat yang teramat sangat.  Paling awalpun tengahari.  Selalu saja masuk petang.  Pukul 4 petang.  Amat melampau.  Sering juga tak masuk.

Ada je alasan yang tak sudah.  Gaji nak pula penuh.  Bila datang tu, mak ai, macam dia sorang je yang sibuk.  

Sekarang ni, kami pula yang terpaksa membuat kerja-kerja mereka.

Kemas dan teratur memenangkan kita semasa bekerja
Kesilapan besar yang membuatkan mereka begini, disebabkan ada orang yang tak pandai mengurus.  Melayan pekerja macam kawan, eh, macam adik.  Jadi, apa lagi, naik tocang le.

3 orang ni memang bermasalah.  Kerja taklah hebat mana, selalu 'over the deadline'.  Bahasa hancus, suntingan visual hancus apa lagi 'time management'.

Geram betul, bila telefon suruh datang kerja, siap bagi alasan, tak boleh datang awal, kalau tengahari bolehlah.  Ada yang siap cakap ok, on the way.  Amboi, setakat dari Kajang ke Petaling Jaya takkanlah dari pukul 11 pagi telefon, sampai pejabat pukul 4 petang?  Agaknya budak ni jalan kaki kot.  

Semalam apa lagi, terus saya cakap, hah.. diva dah sampai.  Eh pandai pula tarik muka masam.  Semalam datang pukul 4.30 kot.  Bukan pagi ye.. itu waktu petang.  Nak kata syarikat ni milik keluarganya, tak juga.

Itulah bila saya tegas, ada yang kata, biarlah... sekarang?  Nak pula kita ambil tindakan?  Bijakkah dia?  

Dulu saya ni agak 'out spoken', tapi bila pihak pengurusan menyebelahai mereka.  Saya didiamkan.  Baguslah, sekarang baru pihak pengurusan sedar kot.  Ramai pula yang datang ikut suka hati, tak datangpun ikut suka hati dan paling sakit hati ada yang bekerja dari rumah... mak ai... senangnya....

Dengan kita mereka berkira sangat... tapi, dengan orang lain?  Apapun, saya anggap Allah berkehendakkan saya ditegur supaya saya tidak menjadi alpa dengan perkara-perkara laqo...

Alhamdulillah, rezeki Allah beri pada saya bila saya perlukan amat sangat.

Terima kasih Allah kerana Engkau sentiasa bersamaku.