Saturday, June 30, 2012

Air mata air di Hulu Yam

Semalam, 29 Jun 2012, saya ke Hulu Yam.  Tapi, kali ni bukan untuk bermandi-manda, saya ambil air mata air yang terkenal di kalangan orang yang pernah ambil air tu. 


Lupa pulak nak bawa kamera.  Kebetulan, semalam saya seorang je perempuan.  Sebelum pergi tu, saya selawat banyak-banyak dan berzikir dengan beberapa zikir supaya Allah mudahkan keinginan saya tu.


Alhamdulillah, orang tak ramai dan saya tak perlu menunggu lama.  Saya seorang sahaja melayu waktu tu.  Yang lain cina dan india.  


Saya lemparkan senyuman tanda... 'hai'. Takkanlah saya nak buat sombong.  Semua mereka peramah belaka.


Ada 4 je lelaki cina waktu saya sampai dan mereka menadah tong air mereka sambil bersembang-sembang.  Sayapun apa lagi, sambil tu saya tanyalah berapa lama mereka dah minum air tu.


Sambil bersembang, ada pula 2 lelaki cina singgah nak ambil air.  Mereka pun menjawab le soalan saya mengenai khasiat air mata air tu.


Salah seorang daripada mereka memaklumkan saya yang seorang sahabatnya pernah membawa sampel air untuk ujian.  Kandungan e-coli ada juga... saya terkesima la sekejap... alamak. ada e-coli.  


Sambungnya lagi, jangan bimbang, itu cuma sikit saja.. 0.001% only sikit sangat.   Tapi, kandungan oksigen 20% lebih.  


Di sini, saya dipermudahkan untuk ambil air.  Maklumlah dah bermacam-macam cerita saya dengar.  Ada yang dirompak.  Takut juga.  saya serah diri Allah jaga saya.


Alhamdulillah penyerahan diri saya kepada Allah semalam memang dijaga oleh Allah sampai nak balikpun semuanya membantu saya, bila penutup botol jatuh ada yang ambilkan.


Syukur ya Allah.


Sekarang bolehlah saya minum air mineral yang ada bahan-bahan galian dan juga akar-akar pokok dari bukit kecil tu.



ke sungai sendat berekreasi



Minggu lepas, seronok betul bila saya dan teman sepejabat berekreasi di Sungai Sendat, Hulu Yam.  


Sukanya saya ke situ kerana tak ramai orang sangat dan yang menariknya, air nak mandi-manda tu berbaloi dalam la juga.


Sampai saja di Sungai Sendat, terus buka bekalan makanan yang dibawa.  Fuzzainnee pula yang siapkan makanan untuk barbeku.  


ha, ni denai nak ke kawasan 'port best' kami

Yang lain pula sambung barbeku.  Saya pula tinjau kawasan.  Alamak, tempat yang dipilih tu dalamnya setakat dada itik... Air cuma separas betis... ish... bukan pilihan saya.


Ni baru sikit je, ciptaan Allah yang saya kagum


Memang menarik tempat yang kami dapat tu, ada wakaf kosong. Okla untuk duduk bersantai.  Tapi, saya tetap suka nak mandi-manda.

Siapa tak tergoda tengok air cam ni?



Saya tahu 'port' menarik yang pastinya tidak akan mengundang orang untuk ke situ.  Airnya pula, memang sesuai... boleh terjun... dan saya tidak pilih di kawasan air terjun... di situ jadi tumpuan ramai... susah la nak mandi sikit, ramai... lagipun segan la...
Kalaulah saya dapat bina rumah di sebalah jeram ni

 Nasi lemak yang dibawa Zai memang sedap, dalam dok rancang bawa ala kadar sampai jadi berkadar-kadar.  Mana tidaknya, saya bawa mee hoon, zai bawa nasi lemak, sambal tumis bilis, sayur campur goreng,  paru goreng, dan udang, sotong serta ayam untuk barbeku.  Tak ke banyak tu.


Gambo terbalik la pulak, inilah makanan kami ...sedap semuanya


Kami semua dalam 10 orang dan campur 4 orang kawan Diela.  Sepatutnya ramai lagi.  Biasala... ada yang tak mahu menyempatkan diri bersama kami untuk bersantai.


Ramai chef yang nak masak... saya apa lagi... pelan-pelan undur cari port mandi 


Gambar jeram kali ni tak banyak la pulak, sebab saya lebih tumpukan perhatian berendam dan berenang (walaupun setakat 3 meter je dapat berenang...hehehe)  tapi kawasan tu luas juga.  

ni wayang jer

Maklumlah, dekat pukul 1 petang baru dapat mandi, walaupun saya keluar dari rumah awal tetapi biasalah bila dah janji beramai-ramai, kena tunggu lagi ... jadi sampai di situ dalam pukul 12 lebih.  Risau la juga takut takde tempat...

nampak simple tapi sedapnya kalah hotel



Air jeram waktu tu taklah sejuk sangat, kira oklah.  


Tapai ni kegemaran saya.  terima kasih Sally

Saya kalau ke tempat mandi manda, sanggup berada dalam air berjam-jam lamanya.  Manakan tidak, bukan senang nak sampai selalu...

Syurga dunia

Tak kiralah laut ke, kolam ke, sungai ke.  Tapi, ada la syarat pula, kalau orang ramai sangat tak berminat, bukan apa, tak selesa.  


Eh hello, mana ada tempat awam orang tak ramai? Betul tak?  Saya ni ngada-ngada sikit.  Tapi, hakikatnya bila tak ramai orang sangat, 'privacy' la sikit.



Airnya memanggil-manggil saya untuk mandi


'Port' pilihan saya tak ramai yang tahu kot, sebab takde pula orang nak join.  Yang penuh di bahagian air terjun dan kawasan separas dada itik tu. 
Sedap, tapi sempat rasa dua ketul kecik...itupun ihsan Sally bawakan untuk saya yang mabuk mandi

Saya pula kalau ke kawasan macam ni, rajin sikit tinjau kawasan yang menarik.  Bukan apa, kena rajin cari.  Kalau tak, rasa terkilan.  Itu pun jika saya rajin la... tapi, bab ni memang rajin ler...


Duyung darat...wani


Kalau sampai ke kawasan ini jangan harap la saya  nak bersembang.  Saya akan tenggelam di dalam dunia saya sendiri.  Saya bukan melayan perasaan.  Saya menikmati alam ciptaan Allah yang menakjubkan.  

Tak tahu siapa ambil gambar ni... 


Kalau kita terlalu sibuk dengan kerja.  Jangan terlalu ikut hati tanpa mahu mensisihkan masa untuk merehatkan minda.  


Nak tak nak, kena juga cari masa.  Masalah saya, nak cari kawan yang berminat untuk beriadah.  Saya tak berapa suka membeli-belah atau ke pusat beli-belah... lagipun buat apa nak ke kawasan yang mungkin menyendatkan lagi otak kita...hehehe

itu dia...melayan kegembiraan
Kalau saya ada kawan, saya akan selalu datang ke sini.  Insyaallah... 

ada yang tak ingin didengar

Memang betul, hanya Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.


Hari ini, saya terpanggil untuk mencoret sedikit hal manusia yang suka mereka cerita.


Bulan lepas, saya mendapat panggilan daripada seorang rakan bertanyakan ke mana menghilangnya saya.


Tambahnya lagi, ada beberapa rakan yang memberitahunya yang saya tidak menjawab panggilan telefon mereka dan seolah-olah ingin menjauhi mereka.


Hm.. terkedu seketika.  Maklumlah selama ini tak pernah pula saya menerima panggilan telefon mereka waima ...che wah... guna waima lagi tu..heheh... menerima sms mereka.


Yang peliknya mereka inilah yang banyak tak puas hati dengan penghijrahan saya ke stesen tv baru.  Mereka memang tak suka melihat kejayaan orang lain.  Ini bukan tuduhan, tapi ramai penyampai berita dari stesen tv lama memaklumkan kisah mereka.


Tak kisahlah.  Saya ok je.  Alhamdulillah, rezeki di tangan Allah.  Saya tak hipokrit.  Saya tidak mengiakan kerja orang jadi kerja saya.  Bila bos puji hasil kerja, itu adalah kerja saya, bukan yang disunting visualnya oleh orang lain.  Daripada A hingga Z, titik peluh saya.  Saya bukan macam mereka, mahukan pujian sanggup menidakkan hasil kerja orang lain.  Kesian....


Kenapa saya bangkitkan hal hidayah ini?  Sebabnya antara mereka yang membuat cerita rekaan... telah beberapa kali ke Makkah menunaikan haji dan umrah.  Hasilnya?  Perangai masih tahap itu... tahap pekerti tidak menjadi bertambah baik.


Ada ke mereka memberitahu rakan saya yang saya tidak pernah membalas panggilan telefon mereka dan juga sms.  Malah mereka mengaku kononnya mereka sering menghubungi saya.  Aduh... nampak sangat penipunya.  


Saya tidak pernah menerima sebarang mesej mereka tu.  Kalau nak buat cerita rekaan, agak-agakla.  Saya tahu sebenarnya mereka tu nak tahu perkembangan diri saya kerana rakan saya tu agak rapat dengan saya.  Cuma beberapa ketika kami tidak berhubungan kerana dia dan saya sama-sama sibuk... 


Saya pulak kalau orang selalu sibuk saya segan pulak nak hubungi sampailah mereka sendiri menghubungi saya semula.


Tapi, yang pasti, kalau sesiapa telefon sayapun, saya akan telefon semula kalau tak sibuk.  Kalau panggilan itu penting, sesiapa yang telefon lebih 2 kali saya akan balas atau jawab. Setakat sekali je, bila saya tak sibuk, barulah saya hubungi mereka semula.  


Ubahlah perangai tu.  Janganlah membuat kisah yang tidak didengar.  Bila kita dah menerima panggilan Allah ke tanah suci berkali-kali, bermaksud, hati kita semakin bersih.


Itu pandangan saya.  Tak elok bermuka-muka.  Tak elok menaikkan ego sendiri.  Saya tahu.



Wednesday, June 20, 2012

tutuplah aurat sebelum auratmu ditutupkan

Kenapa terlalu skeptikal kepada wanita yang menutup aurat?  Padahal perintah menutup aurat itu datang daripada Allah. 


Saya tak faham, beberapa kenalan terus bagi komen, "dia pakai tudung nampak tua...", "kalau  pakai tudung tu, perangai lebih teruk daripada yang tak pakai tudung, buat apa...", "macamana orang nak pakai tudung, kalau harga tudung tu mahal cam gini?..."


Itulah komen yang agak mendidihkan darah saya.  Tapi, saya ni jenis menjawab juga.  Saya terus katakan, "Itu perintah Allah, jangan pertikaikan..."


terima kasih kepada orang yang rajin membuat ilusi ini
Reaksi muka membuat saya faham, mereka kurang gemar dengan kenyataan saya. 


Teruk sangatkah rupa orang yang pakai tudung aka menutup aurat?


Pagi tadi, saya mendengar radio IKIM< "dulu masa zaman Nabi, ramai orang cerdik, tapi mereka digelar jahiliah kerana akhlak dan agama mereka."


Mahukah kita kembali ke zaman Jahiliah?  Kenapa tak komen apabila memakai baju ketat hingga menampakkan susuk tubuh?  Ada pula yang mendedahkan dada, paha, bahu dan sebagainya hingga kita dapat lihat semua yang patut orang tertentu sahaja memandangnya?


Pernah teman saya memakai baju seksi, ketat hingga sayapun rasa segan, saya terus menegur, "eh kau seksilah hari ini, wow..."  Lalu teman saya dengan reaksi muka tidak suka kenyataan saya terus menutupi tubuhnya...


Itu pandangan seorang wanita, dia tak suka...bagaimana pula jika lelaki?  Adakah ia satu pujian?


Saya tidak berniat untuk menegur secara sinis, tetapi ia apa yang saya nampak...


Saya berdoa mudah-mudahan mereka dapat menutup aurat mereka dengan segera, supaya dosa tidak bertambah...









Monday, June 18, 2012

rindunya pada bapaku


Apa lagi yang patut aku catatkan?  


Bapaku adalah bapa yang terbaik di dunia.  Biarpun dia telah kembali ke Rahmatullah, aku masih rasa dia ada bersamaku.  


Aku masih ingat lagi, semasa kecil aku sering dibawanya ke mana-mana.  Ya lah, aku anak yang paling bongsu, kira manja sikitlah.  Tapi, bukan dimanjakan.  


Buktinya, aku tidak bergantung sangat kepada keluarga.  Kebanyakan perkara aku putuskan sendiri. Biarpun susah, jarang sekali aku minta bantuan keluarga termasuk kalau di rumah jika aku nak baiki sesuatu yang rosak.


Bapaku ini seorang yang tidak pernah merungut kalau hal anak-anak.


Aku masih ingat, dialah yang sering ke pasar basah, atau 'market' (orang Pulau Pinang panggil market - hehehe pengaruh orang putih kot - penangan si Francis Light).


Selalunya bila dipesan beli itu ini, dia angguk, tapi bila dia balik je ada je yang kurang.  Yang tak sanggup kita nak buat, dia akan pergi lagi, kadang-kala sampai tiga kali.


Mungkin anda yang membaca akan kata. Oh itu normal je.  Ehh, tunggu dulu, dia berjalan kaki ok?  Dari rumah ke pasar basah tu dalam 2 kilometer lebih.  Ha..sanggup?


Lagi satu bab makan.  Dia teramat rajin masak.  Dia jenis suka 'explore'.  Dia memang pandai masak.  Sedap.  Aku warisi bakat masak daripada dia agaknya.  Dah banyak resepi aku cipta.  Bila balik kampung, aku masak... ha...semua suka.


Tapi, aku ni, satu masakan je aku tak pandai.  Rendang.  Tak pernah cuba pun hehehe.  Tapi, aku suka rendang nogori yang ada hirisan daun kunyit, siap warna kunyit lagi.  Itu yang paling enak.  


Bapaku ni, dia suka masak sup.  Sup tulangnya adalah yang terbaik, kalah Ani Sup Utara. Silapnya aku, aku tak ambil resepi dia.


Bagaimanapun, aku agak kesal kerana aku tak jaga dia masa dia terlantar sakit.  Aku bukan taknak jaga, tapi disebabkan aku bekerja.  


Walau kanser yang menyerangnya semakin parah.  Dia tidak pernah merungut.  Ahh...kenangan itu masih menerpa...


Aku sayang bapaku..


(to be continued, tak boleh la nak tulis lagi.. rind la pulak, air mata tergenang ni)


Moga roh bapa dirahmati Allah dan ditempatkan di syurga bersama orang-orang yang beriman.



nilai murni dah hilang...

Assalammualaikum,


Hari ini saya agak awal ke ofis kerana menghantar anak saudara ke Kolej Mawar di UiTM Shah Alam.


6.56 pagi dah keluar dari rumah.  Oklah sampai ke kolej tu sebelum 7.30 pagi.  Mujur tak macet  aka jem. Tapi, bila balik, ya ampun...agak jem...


mujur kenderaan bergerak juga


Sampai di ofis, saya terus nak masuk pintu belakang.  Alamak berkunci, tapi, saya tahu orang yang buka pintu ofis, dah pun sampai.  Kebetulan, dia duduk agak dekat dengan pintu belakang tu.


bas yang memotong kereta saya.. amboi mentang mentand dia besar


Saya ketuk dengan kuat, bunyi sampai kat luar.  Tiada jawaban.  Saya ketuk lagi.  agak kuat.  Tapi tiada tindakbalas.  Saya cuba lagi buat kali ke3 dengan kuat lagi hinggakan pencuci pejabat yang ada bilik di belakang, datang jenguk.  


Fahamlah saya, ketukan saya memang tak diendahkan.   Saya tahu dia ni jenis yang macam tu lah.  Nak komen agak mungkin keterlaluan.  


Jadi, saya teringat Allah.  Oh.. Allah nak saya berjalan sikit lagi masuk ke pintu depan. He he he.  No sweat!


Tapi, kalau diikutkan, nilai murni memang dah hilang.  Sikap tidak peduli memang terserlah.  Takkanlah tak dengar langsung.  Susah sangat ke nak tolak engsel tu?  


Entahlah.  Saya lihat sekarang ni ramai yang bersikap mementingkan diri.  Bagi saya orang yang macam tu, ada masalah.  Kalau mengikut Dr. Muhaya, orang yang sebegini bersikap tidak peduli banyak masalahnya.  Kesian.


Apapun, rebutlah peluang untuk mendapat pahala.  Allah nak beri percuma, tapi, kita buat tak tahu.  Mungkin pahala ini penting.  


Katalah, kalau tadi pintu dibuka, ha, nanti bila tiba masa dia pula, Allah akan permudahkan.  


Saya percaya, setiap perbuatan Allah akan balas.  Cuma cepat atau lambat sahaja.


Kita nak kutip pahala mudah aje.  Buat perkara baik akan dapat 10 pahala, jika tak silaplah.  


Apapun, saya akan cuba sedaya upaya menzahirkan sifat murni yang ada pada diri.  Saya percaya ramai yang ada sifat murni.


Jadi, usahlah pentingkan diri sendiri.  



Friday, June 15, 2012

sejenak di KLIA

Minggu lepas, saya ke Kolej Mawar UiTM Shah Alam mengambil anak saudara perempuan saya pulang ke rumah.  


Seminggu orientasi di sana, kira dapatlah keluar dari 'sarang'.  Wah, bertuah betul budak-budak sekarang, dah tak perlu guna kad kebenaran keluar masuk.


Lagipun ibubapa dia baru balik dari umrah, jadi, saya bawalah dia ke KLIA.


Kepulangan dijadualkan pada pukul 5.45 pagi.  Saya congak lebih kurang...ah.. dalah 6.30 pagi selesailah mereka mengambil beg semua dan boleh keluar.




5.30 pagi barulah kami keluar dari rumah.  Dalam saya dok beritahu anak saudara saya, 'Kak Ina, jangan depa sampai awai sudah."  


Sebaik saja saya berkata demikian, dia pun terus memeriksa telefon... terus dia berkata kepada saya,  "makcik, ada 'missed call' mama telefon pagi tadi 5.20 tadi, Kak Ina tak dengar.


"Alamak.  kita dah lambat, takpa lah nak buat macamana, dah depa sampai awai." kata saya lagi kepada kak ina. 


Setelah sampai di ruang menunggu antarabangsa, dalam 15 minit tunggu, mereka masih tak keluar lagi, lalu saya berkata pada Ina untuk tukar tempat ke depan, supaya senang nak lambai bila mereka keluar.


Dalam sepuluh minit menunggu di depan, saya terdengar ada 3 remaja, 2 lelaki dan seorang perempuan, sibuk berkata, "ha...tu...tu...ayah"  "eh bukan". sekali dua saya tak kisah, ni setiap orang yang keluar, itu yang mereka cakap.  pelik juga saya rasa dalam hati, takkanlah tak kenal keluarga sendiri kot.  10 minit menunggu di situ, bising jugalah dengan, "ha..tu..tu..eh..bukan"


agak-agak, logik tak semua orang yang keluar tu, kurus gemuk besar kecil, semuanya dia orang ingat keluarga dia orang.  alahai saya sampai naik muak dengan gelagat mereka.  memang menjengkelkan.


yang nak tergelak tu, orang yang berkerusi roda pun dia orang sibuk dengan, "ha..tu...tu..ayoh...eh bukan"  nampak sangat mengada-ngada.


lalu saya berkata pada kak Ina, "jom kita tunggu kat depan cermin tu, sini bisinglah."  sengaja saya kuatkan suara supaya mereka mendengar.


rezeki kami, baru je sampai di depan cermin, terus saya ternampak abang dan anak-anaknya.  


Alahai, cemburunya saya melihat mereka pulang dari Makkah.


kalaulah hanya seramai ni saja masa tawaf...wah..
Tiba-tiba saya rindu nak ke Makkah...sayu rasa.  Sampai sekarang saya rasa kuat nak ke Makkah.  Insyaallah.


Satu yang saya pasti, kalau kita dah ke Makkah, kita dah tak nampak tempat lain yang menarik-narik hati kita untuk ke sana.


Segala-galanya manis di sana.  Pengalaman terbaik adalah berada di sana, mengucup Hajarul Aswad, Makam Ibrahim, Hijr Ismail, seronok sangat...ada rezeki saya nak ke sana sungguh.  Kalau boleh nak ke sana setiap tahun. 


Doa nabi Ibrahim makbul.  Allah jadikan bumi Makkah bumi barakah.

Friday, June 1, 2012

air kelapa muda di kampungku





Yang ni pokok di sebelah tepi rumah.


Assalammualikum,

Amboi, lama betul saya tidak kemas kini blog saya.  Kebelakangan ini saya agak sibuk dengan kerja.  Amanah perlu saya tunaikan.  





Kali ini saya nak tunjukkan kepada pembaca, betapa bertuahnya saya kerana ada kampung.  Manakan tidak, tanah yang sekangkang kera itu memberi hasil yang lumayan.  Eh, bukan untuk jualan tetapi untuk kami penghuni di tanah itu sendiri.


tunggu masa untuk dikerjakan.

Saya ini jenis sukakan suasana kampung yang amat sangat.  Tak kiralah, ulam ke, ikan darat (sepat, haruan, puyu) memang kesukaan saya.  Tak kisah walau ada orang tak lalu makan kerana hanyir, tetapi, seumur hidup saya makan berlaukkan ikan tu semua, tak pernah pula jumpa yang hanyir. Kalau tak nak hanyir cuci betul-betul

alamak, tua sikit, yang ni sesuai dibuat lempeng, tapi yang inilah airnya manis.


Sewaktu di kampung, yang menjadi kegemaran saya adalah minum air kelapa muda.  Sedap betul, bila dapat kelapa yang asidnya agak banyak, manis.


Kalau balik ke kampung, sayalah yang rajin menghabiskan kelapa di pokok.  Tak pernah habis pun walau 2 minggu berturut-turut saya minum kelapa muda hehehe.



Mujur pokok kelapa yang ada di sekeliling rumah saya agak rendah, walaupun sekarang tak boleh capai dengan tangan begitu saja, tapi dengan galah buluh yang taklah panjang sangat.

Seronok juga bila dah dapat beberapa biji.  Selalunya setandah saya kait.  Tapi, sebelum tu bila ambil sebiji, saya akan 'test' dulu muda ke atau terlalu tua.  Selalunya saya pas.   Sedang elok jer dapat air kelapa muda.