Wednesday, May 23, 2012

jom puasa rejab

page2image20048
Assalammualaikum,


Diam tak diam, dah sampai bulan Rejab. Alhamdulillah dah sampai ke bulan mulia...untuk kita menambah pahala.


Apa kata, dalam bulan ni jom kita rebut pahala selagi nyawa masih ada untuk dibawa bekalan di akhirat.


Di bawah ini, saya sempat ke (Unit Pendidikan Islam & ICT, PPD Jasin) http://www.ppdjasin.edu.my


inilah maklumat yang boleh kita kongsi bersama.  Jom beramal.


Ramadan bulan menuai.
l Amalan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan menyucikan roh.
l Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan syafaat, manakala Ramadan menggandakan kebajikan.
l Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibah, manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
l Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan Ramadan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
l Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
l Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
l Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
l Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada- Nya
l Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab:
l Israk dan Mikraj (27 Rejab)
l Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj) l Perang Tabuk terjadi di dalam tahun kesembilan Hijrah.

Doa pada Rejab:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikan kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
INFO PPDJ: REJAB

(Unit Pendidikan Islam & ICT, PPD Jasin) http://www.ppdjasin.edu.my

page3image13744
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui dosaku.
Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Beristighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.