Saturday, April 21, 2012

Allah Maha Mendengar

seketika dulu, aku agak geram bercampur marah dengan pihak pengurusan.


apa saja yang aku buat, ada je yang tak kena.  biarpun aku buat sebaik mungkin, itu ini masih lagi kurang.


tapi, aku sering tak faham.  walaupun apa yang dibuat orang lain memang sah-sah tak kena, tak ikut apa yang pengurusan mahu, diterima pula.


kata mereka, ia kreatif.  hello? kalau dah satu tugasan ambil masa sebulan nak siap, memangla hebat.  buat pula di rumah, siapa tak nak?


tapi, adakah sebagai pemimpin, anda berlaku adil?


aku bukan nak kata aku bagus, tidak terlintas di hatipun.  tapi, yang membuatkan rasa tidak adil, ramai yang bertanya pada aku, apa maksud sebenar kisah yang hendak disampaikan?


aku sentiasa bersikap positif, tapi, tugas pemimpin itu yang berat sebelah.  alasan diberi, cantik visual.  lain daripada lain. 


tup tup, kali ini berbalik pula kepada cara lama.  konon, penonton lebih suka kepada penceritaan cara lama.  masa aku ambil alih, itu ini tak kena.  


geram tu memang la geram.  profesional? 


aku pernah bekerja dengan orang yang sama lebih 10 tahun lalu.  


apalah salah aku, aku pun tak tahu.  apa saja aku buat tak boleh, tak kena.


bila aku kena bekerja dengan dia semula, akhirnya aku akur, aku kena lebih profesional.


alhamdulillah, doa aku, Allah dengar. cuma, masa tu ambil lama sikit untuk aku bersabar dengan ujian yang Allah cuba padaku.


aku ni cepat melenting juga.  aku sangka dengan aku berkongsi masalah, ada orang yang cuba memberi aku jalan.  rupanya tidak.  


membatu apikan (hehehe) ada la. aku tahu, dia pun tidak mahu aku menjadi lebih baik daripada dia.  


akhirnya, aku mencari jalan keluar.


terima kasih kepada mereka yang tidak mahu melihat kejayaanku.  terima kasih kepada mereka yang pilih kasih.  terima kasih kepada mereka yang memfitnah aku.  terima kasih kepada mereka yang memandang rendah padaku.  terima kasih kepada mereka yang terasa amat hebat dariku hingga menghina tempat aku mencari rezeki sekarang. terima kasih kepada mereka yang bermuka-muka kepadaku.  terima kasih kerana menyakitkan hatiku.  terima kasih kerana sanggup menyisihkan aku dengan cara kotor demi mengambil posisiku dulu.


kini, aku faham, Allah memberi aku pengalaman untuk aku belajar sikap manusia.


Allah Maha Mendengar.  moga kalian tidak tersungkur.  doaku.


Alhamdulillah, hanya kepadaMu ya Allah aku memohon dan Engkau memakbulkan.

Thursday, April 19, 2012

aku teringin nak pergi haji


lebih kurang 2 bulan lepas, aku dapat tahu ada seorang kawan aku nak pergi jumpa seseorang di tabung haji.  dia nak bawa seorang selebriti jumpa orang yang berkenaan.  selebriti tu nak bagi surat rayuan untuk mak ayah dia pergi haji tahun ni.


bila dah dapat tahu, akupun nyatakan hasrat aku nak ikut serta, sebab mak aku teringin sangat nak pergi haji dah beberapa tahun.  aku dah buat surat tahun lepas, tapi tak ada rezeki.


jadi, tahun ini bila aku dapat tahu daripada kawan ni aku pun naklah ikut.  


hemm.  aku sedar siapalah aku.  dia tak hubungi aku langsung. aku agak dia dah pergi dengan selebriti tu jumpa orang tabung haji.


masa aku nyatakan hasrat tu pun dia macam tak berapa gemar aku ikut serta, dia kata pergilah sendiri.  ish. aku ni seganlah juga.


tapi tak apalah kalau orang tak sudi buat apa aku dok terhegeh-hegeh lagi.  sendiri mau fahamlah.


aku faham.  Allah mesti nak aku minta terus padaNya buka minta bantuan orang lain. kan?


dulu kawan aku ni pergi haji pun melalui orang yang dia kenal.  dia dapat pergi.  mungkin ini juga rezeki dia.


tapi, kenapa dia boleh tolong bawakan selebriti tu dan tak nak bawa aku?  oh.. aku sedar aku ni dah tak kerja di tempat yang sama lagi.


itukah nilai murni yang ada padanya?


ya Allah, Kau perkenanlah doaku supaya aku dan mak aku serta abang-abang aku dapat menjalani ibadah haji dan memperoleh haji mabrur. 


amin.



kenapa masih lagi sesak? jem sana jem sini?

pagi tadi masa nak pergi kerja, aku jenguklah kat luar tingkap apartmen aku,"oh, jenuhla kalau jem sampai macam tu..."


trafik lambat sangat bergerak, tak dapat nak zoom sebab guna kamera telefon
ni kalau saya redah juga untuk ke pj, lebih daripada sejam baru sampai walaupun pejabat hanya dalam 12 km sahaja.


tapi, demi mencari rezeki halal, semua tu saya tak kisah.  harap-harap, saya tidak mudah jemu meredah jem yang tak sudah-sudah.


sayapun tak faham kenapa la jalanraya kita tidak lancar.  yang saya tahu, jalan asyik dibaiki, ditambah sana sini tapi, macam tu juga.


pernah bila hujan sikit, ha parahlah jugak.  mana tidaknya, jem, pernah dari pejabat ke rumah saya, ia mengambil masa lebih 2 jam.  huh..nak jerit camana lagi? redah je la.


tapi, redha je la.

Wednesday, April 18, 2012

kualiti budah nak bekerja dah menurun

pagi tadi di radio ikim.fm membincangkan pelatih yang dibuli.  saya agak, perbincangan ini dipilih berdasarkan kes doktor pelatih yang mati akibat terlebih ubat tempoh hari bagi menghilangkan tekanannya.

saya masih ingat ketika saya sebagai pelatih dulu, memang agak teruk juga 'bekerja' atau lebih tepat masa untuk menimba ilmu.

masuk 9 pagi, balik pula lebih daripada tengah malam. sabtu ahad pula jarang bercuti.  tapi, disebabkan kerana minat untuk menambah ilmu, ia bukanlah halangan untuk saya mengadu domba kepada keluarga, betapa teruknya 'bekerja'.  walaupun teruk, tapi saya amat seronok bekerja.

tapi zaman sekarang pula lain.  ada pula pelatih yang datang belajar lebih sudu daripada kuah.

sepanjang pengalaman saya, ada beberapa kerat sahaja yang memang belajar bersungguh-sungguh. tapi, ada ramai pula yang sekadar nak memenuhi buku log sahaja.

saya seringkali dituduh sebagai garang.  tapi, biarlah, walaupun saya dituduh macam-macam kalau mereka sendiri tak nak belajar, tak juga mereka pandai.

saya bersikap tegas.  saya nampak sangat kalau saya bersikap lembut, kerja lambat disiapkan sampai berhari-hari, arahan kita tak diendahkan.  tapi, bila saya tegas, cepat pula dan tepat.

malangnya, pengurus saya bukannya nak menyebelahi tindakan kita, malah lebih percaya pada pelatih.  ha, bila saya dah tak masuk campur, pandai pula mengadu itu ini mengenai kedegilan pelatih.  

mana taknya, bila menemuramah, entah sesiapa dia orang ambil.  bila buat kerja, tak betul-betul, tak sesuai untuk dimasukkan dalam rancangan tv langsung, tapi, disebabkan kita tak nak mereka tertekan, kita pun ajar dengan sebaiknya.  mereka ni ramai yang main-main.  yang mereka tahu nak glamor aje.

tapi, kualiti mereka sekarang tak sama dengan zaman saya dulu.  kalau nak ambil bekerja pun kita fikir 2, 3 kali.

bosan saya dengan kerenah budak-budak.

hari lahir bos

hari ini hari lahir ketua pegawai eksekutif kewangan, encik adnan.  dia pun tak sangka budak-budak di pejabat nak bagi kejutan.


blueberry cheese cake menjadi rebut an
sebenarnya kalau sambutan hari jadi ini, 'the thought that counts'.  itu yang membuatkan kita tersentun terutamanya  kepada mereka yang menyambut hari lahir.  selamat hari lahir ya cik nan. 


saya sempat bertanya kepada anak cik nan, apa hadiah dia bagi kepada ayahnya?  baju yang dia pakai hari ni l ah... oh...baju baru rupanya....jalur hitam tu. 


bagi saya bila teman-teman buat kejutan, memang yang kita langsung tak sangka, membuatkan kita tersentuh, gembira dan macam-macam perasaan berbaur.


seronok tu memang tak boleh nak dikata.  memanglah ia bukan budaya kita.  tapi, tak salahkan ada orang meraikan hari lahir kita. dan yang pasti, bersama azam untuk menjadi terbaik.


tahun ini, saya pula berazam untuk menjadi insan yang dirahmati Allah selalu.  mudah-mudahan Allah melindungi saya daripada sebarang perkara yang tidak disukaiNya.  


Ya Allah, lindungilah aku sebagaimana Engkau lindungi nabi dan rasul yang Engkau kasihi.  Amin.







Wednesday, April 11, 2012

kerenah manusia : gempa di acheh, sumatera indonesia

arkib tsunami google

hari ini sekali lagi kita dikejutkan dengan berita acheh dilanda gempa bumi.


status fb bersilih ganti dengan maklumat terkini mengenai gempa di acheh berukuran 8.7 skala richter.


bila membaca komen orang ramai, saya kecewa dengan komen sinis mereka yang tidak ada empati langsung.  ada yang mengutuk satu status dari media online.  ada pula yang membuat komen sangat bodoh.


memanglah, bila tak terkena batang hidung sendiri, perkara serius sebegitu dipandang enteng.  kalau dah jadi pada ahli keluarga sendiri baru tahu.


saya kasihankan mereka ni yang tidak dapat menggunakan akal dengan baik. sepatutnya kita memberi perangsang dan berdoa mudah-mudahan ramai yang 'alert'.  


saya inginkan negara saya ada generasi yang berakal lagi cerdas.

Tuesday, April 10, 2012

doa bila menghadapi stress

siapa yang tak pernah 'stress' ye tak?  tambahan pulak kalau kerja berlambak dan kena 'meet deadline'.  dah banyak kali aku rasa.


masa aku google terjumpa la doa hilangkan stress.  bab doa ni.  janganlah kita mengharap ia menjadi waktu tu juga.  kena ikut adab.  kena yakin dan minta bersungguh-sungguh kepada Allah.  insyaallah.


ihsan darul syifa.


kepada semua yang membaca ni, selain solat khusyuk.  elok dibaca doa di atas ni.  


memang mujarab.  aku pun pernah rasa stress berat...hehehe guna ayat indonesia.  alhamdulillah.  rasa ringan dan semua yang datang dapat dihadapi dengan tenang.


alhamdulillah.

salah tanya soalan





ahad lepas aku ke maju junction mall.  pertama aku nak beli syampu herba. kedua pulak aku nak urut kaki yang terseliuh sejak tahun  lepas.  dah tak tahan nak tanggung sakit setiap kali pijak lantai.  manakan tidak, bila berjalan sahaja, rasa macam jalan atas batu tajam... mana tahan.




kat gerai syampu herba, agak lama juga aku menunggu nak bayar.  penjual tu pulak sibuk buat air berkhasiat untuk pelanggan yang menggunakan mesin.  beberapa ketika aku berdiri kat situ, pelanggan yang penuh dalam kiosknya tu asyik memandang aku.  tak kisahlah.  tapi, janganla pandang aku semacam je.  biasa la... orang yang agak berusia...ni lain sikitkan.


macam inilah orang melayu berniaga.  dah tahu pelanggan datang, layan aje la.  ni tak, sibuk buat air tu tanpa menghiraukan aku.  lebih 5 minit aku tunggu.  last sekali aku pergi ke belakang kiosk dan tanya nak bayar kat siapa. eh boleh pulak dia datang kat depan untuk amek duit.


selepas bayar je aku terus ke reflexologi orang buta.  aku dilayan suzi.  akupun nyatakan masalah kaki dan bahu yang juga sakit akibat pernah jatuh dulu.




setelah tanya beberapa soalan dan juga memicit kawasan yang sakit. akhirnya suzi memberitahuku yang dia tidak boleh mengurut di tapak kaki yang sakit kerana bimbang akan mencederakan lagi urat yang berkaitan yang mungkin boleh menambah kesakitan.


akhirnya dia mengurut tapak tangan aku.  sakitnya sama je macam sakit kat tapak kaki.


ini ada dialog yang agak lucu berlaku antara kami


suzi :  kak tolong hulurkan krim kat sebelah akak tu.
aku  : (terus mencari di rak berhampiran kepala dan terjumpa satu-satunya krim yang ada)
           suzi, yang warna 'purple' tu ke? (sambil menghulurkan krim kepada suzi)
suzi   :  oh, saya tak tahu kak, kaler ape, manalah saya nampak.


aku terkujat-kujat sambil tersenyum.  iyalah suzi tu kan buta mana nak nampak.  heheh...itulah lain kali kalau nak ramah pun agak-agak la.


bagaimanapun keesokan harinya, rasa lega sikit kerana sakit ketika memijak lantai agak berkurangan.  


pagi inipun sama rasanya.  alhamdulillah, mungkin dalam 2 minggu lagi aku akan ke sana.


teringat ketika suzi mengurutku, dia berkata kaki aku dan leher serta bahu aku tegang.  betul pun.  tapi kat bahu masih sakit lagi.


bagaimanapun, aku lega sangat... oklah.  



Saturday, April 7, 2012

resepi ribena special

ribena special

semalam, 6 april 2012, hari jumaat, teman sepejabat aku buatkan aku ribena special.  


sedap sangat.  ni kalau sesiapa nak hidang kepada tamu yang bertandang di rumah. elok sangat la.


bahan-bahan.
air ais cream soda
2 sudu besar ribena
ais


cara-caranya:-


mula-mula masukkan 2 sudu besar pati ribena ke dalam gelas
kemudian masukkan air ais cream soda perlahan-lahan.
disebabkan air ais cream soda tu manis, masukkan beberapa ketul ais.  


kalau nak rasa 'mint' sikit, masukkan beberapa helai daun pudina.  ikut suka daun pudian apa...sebab kat pasar ada applemint, spearmintkan...


bagi saya inilah air yang paling sedap, tambahan pula kalau panas terik.

sabtu nan indah

hari ini aku bangun agak awal.  walaupun semalam aku tidur agak lewat hanya selepas tamatnya program tanyalah ustaz di tv9 barulah aku beradu.


pagi tadi, alhamdulillah aku lepas solat subuh aku tak tidur lagi.  selalunya aku baring-baring ayam...hummm ada ke? 


aku terus pegang penyapu, sapu lantai.  mak aii, berhabuk betul.  manakan tidak, tingkap rumah aku menghadap lebuh raya ke sungai buloh.  


entah apa yang membuatkan aku rajin.   siap lap lagi habuk-habuk yang dah berumahtangga di almari, tv, dan meja.


bila aku mop lantai, sekali lagi aku terkejut, manakan tidak, macamla aku dah berbulan-bulan aku tak mop lantai.  tapi itulah hakikatnya.  kalau aku mop lantai minggu depan pun air tetap jadi hitam.  


pemandangan bawah blok apartmen


pagi tadi aku berkobar-kobar merancang untuk keluar.  bila dah hujan turun ni, malas la pulak.  aku suka cuaca macam minggu lepas dan minggu ni, selang sehari hujan dan panas.  cantik sekali.


kalau hari nak pergi kerja, aku akan tinjau ke lebuh raya dulu...
bila hujan, aku suka layan tengok luar rumah.  rintik-rintik hujan tu cantik betul.  mendamaikan minda.  tambahan pula kalau tiap-tiap hari hujan.  berkabnus sikit bukit depan tu, apa lagi, fikiran mula la merantau jauh sama. 


aku sekarang dok merancang, nak keluar ke tidak.  mungkin esok kot.  tengoklah macamana.


kalau ada kawan jadi peneman, mungkin jadi.  tapi, malas pula nak ajak sesiapa.


tengok dululah.

Sunday, April 1, 2012

alasan bagi yang belum bertudung

ihsan google - cantik bertudung

"orang yang jual tudung ni buat orang yang niat nak pakai tudung ni terbantut nak pakai tudung, mahallah".  itulah kata-kata daripada teman-teman apabila melihatkan pelbagai jenis tudung dijual dengan harga yang berbeza.




ihsan google - tuntutan agama


bagi saya, itu adalah kenyataan paling tidak adil.  bertudung adalah menutup aurat.  tuntutan agama Islam.  silap saya juga, tidak cuba pertahankan semata-mata nak menjaga hati.  insyaallah bila ayat itu keluar lagi daripada mereka.  kali ini saya tidak akan diam.  

mereka memberi alasan.  penjual tudung menjual dengan harga mahal hingga mencecah ratusan ringgit.  

bagi saya, bukan harga yang menjadi persoalan.  di malaysia pelbagai jenis tudung dijual.  (jangan la buat lawak termasuk dengan tudung saji atau tudung periuk pulak).  ada harga yang murah dan kualiti kainpun agak baik.



ihsan google- menutup aurat wanita islam WAJIB

pelik juga mereka yang berfikiran begini.   alat make up, kasut berjenama, pakaian yang harga ratusan ringgit, tidak pula mereka merungut.  malah setiap kali jika ada wang, itu bukan menjadi soalnya.  

tudung pula menjadi persoalan, seolah-olah mereka tidak mampu.  

saya pula mula memakai tudung ketika usia tiga puluhan.  saya menyesal sangat kerana pakai tudung pada usia itu.  alangkah bahagianya saya jika saya memakai tudung lebih awal.  nikmatnya lain.

wahai wanita, sanggupkah kita menghadapi seksaan api neraka? sehelai rambut yang terlihat bukan muhrim, balasannya seksaan amat pedih.  panas terik di duniapun kita tidak sanggup.  terluka sikitpun kita merungut dan mengaduh sakit.  

wanita tidak akan nampak hodoh jika menutup aurat dengan betul.  ilmu kita boleh belajar dengan bebas.  malah apabila kita menutup aurat dengan pakaian yang betul.  kecantikan pasti terserlah.  lihatlah wanita arab, biarpun berpurdah, kecantikannya membuatkan kita rasa iri.  

wahai wanita, marilah kita menjaga maruah kita, tinggikan darjat kita di sisi Allah.  nikmat syurga lebih baik daripada nikmat dunia.