Sunday, February 12, 2012

air mata air di ulu yam




sedang menadah air mineral ulu yam

petang tadi dalam pukul 1330, saya terus memandu kereta ke ulu yam.  alamak, kira-kira 1 kilometer ke susur ulu yam berhampiran batu caves, jem pulak.  mulanya tak tahu kenapa.  ikutkan minggu lepas thaipusam, ni kenapa pulak.  agaknya thaipusam masih ada lagi kot. 

di kiri kanan jalan, penuh kenderaan.  kelihatan ada juga beberapa orang sedang mencari parking.  patutlah lambat.  dari kejauhan saya melihat kelibat orang ramai menaiki dan menuruni tangga batu caves.

namun, itu semua tidak menjadi penghalang kepada saya.

akhirnya saya sampai juga ke tempat mengambil air yang agak terkenal.  tapi, banyaknya boto-botol untuk diisi.  memangpun.  walaupun ada 4 batang pvc dipasang, hanya 3 yang mengalirkan air bumi ini.  

lebih 2 jam menunggu, akhirnya, seorang lelaki yang baik hati, memberikan saya peluang untuk mengisi. katanya kalau saya tunggu, mungkin lama lagi, memandangkan dia perlu mengisi banyak botol.

alhamdulillah, rezeki.  

ketika saya menunggu giliran, ramai juga yang berhenti, tetapi memandangkan mereka hanya mengisi botol 1.5 liter, jadi mereka dibenarkan memotong barisan.




rasanya sedap...
dikhabarkan air ini sebenarnya ditemui seorang lelaki cina mualaf.  dia tinggal berhampiran ulu yam.  ayah lelaki ini sakit angin ahmar.  setelah beberapa ketika lelaki ini memberi ayahnya minum air mineral ini.  ayahnya didakwa sembuh.  jadi, tersohorlah mengenai air ini seantero malaysia.

akhirnya lelaki ini mewakafkan pvc dan pelantar untuk memudahkan orang ramai mengambil air mineral ini.

mungkin ada benarnya air ini berkhasiat. memandangkan ia mengalir dari perut bumi.  mungkin melalui batuan mineral dan juga akar-akar kayu yang mengandungi khasiat tersendiri.  siapa tahukan?

jadi, mungkin dari hari ini saya akan membiasakan diri mengambil air mineral dari mata air ini untuk kegunaan minum harian.

lokasi air ini terletak selepas air terjun terkenal di ulu yam...jika dari kuala lumpur ia terletak di sebelah kiri.

namun, barang diingatkan, perlu berhati-hati kerana telah berlaku beberapa rompakan disebabkan hari gelap... seeloknya ambil air ini ketika ada orang yang mengambil air ini. kalau boleh elakkan berseorangan.

hari ini saya berjaya memenuhkan bekas 20 liter.

saya dah rasa air ini.  memang rasanya ada mineral..sedap...

Tuesday, February 7, 2012

tak tahu lebih baik diam

entahlah, kadang-kadang apabila kita berbual ia boleh mencetuskan rasa marah apabila perkara yang dicakapkan itu menjadi sindiran pula.

perjalanan mendamaikan
memang benarlah, membaca boleh menambah pengetahuan.  kadang kala media cetak dan elektronik memainkan peranan penting dalam memberikan maklumat berguna kepada penonton dan pembaca.

baru-baru ini ketika pulang dari rumah kenduri, beberapa teman bertanyakan berapa banyakkah petrol yang diperlukan bagi memenuhi tangki kereta saya.  ketika itu kami berhenti di stesen minyak memandangkan kami akan mengikut jalan biasa.  lagipun saya bimbang kalau di pertengahan jalan nanti kami kehabisan petrol.

maklumlah 4 orang naik.  sebelum itupun, ada teman saya seorang lagi nak ikut, tapi, saya agak keberatan, memandangkan perjalanan kami jauh, selain berat, ia akan melambatkan perjalanan kami.

dari sinipun, teman profesional saya tak nampak apa relevennnya ramai orang dalam satu kereta dengan perjalnan lambat.

saya pula takut teman saya seorang lagi tak selesa.  bayangkan kalau dah 3 orang di belakang, bukan ke yang duduk di tengah-tengah tak selesa.

susahnya kalau berurusan dengan orang yang tak biasa berjalan jauh.

dari machap, kami merancang ke umbai untuk menikmati makan malam.

saya memberitahu kira-kira RM80 lebih memandangkan malam sebelumnya tanda amaran tangki minyak telah memberikan isyarat.  jadi, disebabkan keeesokannya perjalanan jauh, saya penuhkan tangki kereta.

jadi, saya memulakan bicara, apabila muatan berat, ia menggunakan minyak lebih banyak termasuk menggunakan pengdingin hawa yang tinggi.  tetapi, jika muatan ringan tidaklah menggunakan minyak yang banyak.

tiba-tiba ada suara ketawa.  "oh kalau macam tu, kalau i sorang tak payahlah tambah minyak"  getusnya.

saya tanya kenapa pula? "iyalah, sayakan kecil jadi tak payahlah guna minyak, dengan teori tadi?"  tambahnya lagi.

"taklah sampai macam tu."  celah saya.  saya beranggapan dia pintar memandangkan dia adalah seorang profesional.

"eh kak, apa yang kak hajar cakap tu betul, memang saya baca kalau lagi berat muatan lagi banyak dia guna minyak"  celah teman saya.

"sebab tu kalau kita nak berjalan jauh, digalakkan kurangkan bawa balik barang-barang, bawa apa yang perlu saja, sebab lagi berat, lagi makan banyak minyak"  sambung teman saya lagi.

jadi, bagi saya selama ini, saya menghormati pandangannya memandangkan dia adalah profesional walaupun kadang kala kenyataannya tidak mencerminkan begitu.

ye lah dalam hati, saya tekankan manusia memang buat silap, dan ada masanya membuat kenyataan salah.

tapi, peristiwa itu membuktikan saya perlu menegakkan apa-apa kenyataan maklumat saya, jika saya yakin ia adalah benar.

tak sangka pula saya dia cetek fikiran dalam hal ini, memandangkan saya jangakan dia banyak ilmu dan maklumat.

ketika dia gelakkan saya, rasa sakit hati juga, sebab masa saya menerangkan fakta itu, saya serius dan kenyataan saya berikan itu pula dimain-mainkan.

namun, saya diamkan saja, sebab tak guna bercakap dengan orang yang tak tahu dan seolah-olah apa yang kita cakapkan itu adalah sampah.

tapi, baguslah apabila teman saya seorang lagi mengiakan kata-kata saya.

Monday, February 6, 2012

HARI PERTAMA BERIADAH

pemandangan menarik tumbuhan hutan.

Akhirnya berjaya juga saya meninggalkan rumah dan terus ke Bukit Kiara Park Taman Tun Dr. Ismail.

Tepat jam 1812 petang, saya memulakan perjalanan rekreasi saya.

kira-kira dalam 100 meter ke jalan masuk taman rekreasi



antara pemandangan menarik, tetapi saya ambil menggunakan telefon jadi taklah jelas sangat



antara pemandangan atas di taman


suasana gelap juga, kira sedang elok untuk yang beriadah.  jadi  gambar biasa je.

dua kali pusingan menaik agak memenatkan sewaktu awal 2 minit...hinggalah ke jambatan...jadi, lepas jambatan gantung, dah tak penat, disebabkan lanskap agak rata.

saya menghabiskan 2 pusingan dan dalam 40 minit saya dapat menamatkan senaman jalan cepat.

niat hati nak sambung ke pusingan ke3, tetapi, memandangkan saya baru nak mula, jadi bagi mengelakkan sebarang kecederaan kaki, saya berhenti setakat ini sahaja.

bila balik, lepas mandi, aduh, terasa amat segar...

esok nak teruskan lagi...tetapi waktu pagi pulak...

daripada duduk lepak, elok saya membakar kalori...harap, malam ni saya dapat tidur lena.






agak-agak akan kekal tak?

hari ni hari ke 3 cuti, isnin 5 februari 2012.

tah kenapa berkobar-kobar nak membakar kalori yang makin bertambah ni.  manakan tidak, dah lama tak keluar melakukan penggambaran.  otak taklah tertekan memikir apa shot terbaik, suntingan visual terbaik ... jadi, tiba-tiba dah jadi bosan dok umah.

nak keluar malas sekali.  walaupun boleh ke mana saja.

jadi, lepas asar karang nak keluar ke taman rekreasi bukit kiara taman tun ismail...ummm tak ingat nama...disebabkan lama tak bersenam, tak boleh 'rushing'.

hari ni nak bersenam jalan cepat je.  dalam beberapa tip, bagi beginner cuma perlu buat dalam 30 minit, beberapa minggu kemudian, lepas dah stabil degupan jantung, bolehlah tambah lagi.

tak sabar la pulak.

nak ambil gambar juga.  cantik sebenarnya pemandangan di kawasan tu.  nanti kalau dah ok, nak 'brisk walking uphill' kat taman rekreasi bukit kiara... dapat agak dah, siksa la juga memandangkan agak mencabar...bukit tu...bila dah lama tak mendaki, kena pulak badan dah bertambah montel.

harap-harap kali ni tak putus semangat dan meneruskan senaman ini sampai larat...tak nak berhenti di tengah jalan...heheheh

ok ...i'll update later

Wednesday, February 1, 2012

bekas kubur penuh dengan sisa kesan terbakar

Assalammualaikum,

Saya masih ingat lagi, ketika berusia awal belasan tahun.

Rumah Mak Long betul-betul di sebelah perkuburan Islam.  Entahlah, masa tu melihat kawasan kubur taklah kecut perut sangat, biasa-biasa je.

Lagipun, kat sempadan kubur tu ada sebatang dua pokok rambutan.  Bila musim buah, apa lagi, tak nampak kubur dah.  Yang nampak cuma buah...tambah pula senang dicapai dengan tangan.  Itu yang menarik tu.

Oh ya, teringat allahyarham pak long.  Pak Long adalah penggali kubur.  Setiap kali ada kematian, dia lah yang bergegas menggali.

Satu hari pan long cerita pada mak ayah mengenai salah satu kubur lama yang digalinya.  katanya, tanah kubur yang digali tu penuh dengan sisa kayu arang.

yang peliknya, siapa yang bakar pulak.  lagipun ia bukan kawasan sampah, tetapi bekas kubur lama.  masa tu pak long kata, sepanjang dia menggali kubur, tidak pernah dia jumpa kawasan macam tu.

disebabkan masa suntuk dan tak sempat nak menggali tempat lain, pak long kumpul sisa-sisa kayu tu dan dibuang.

jadikanlah iktibar, janji Allah tu benar.  Wallahualam