Saturday, December 31, 2011

perangai manusia

pernah tak kadang kala kita merasa tidak selesa dengan teman-teman?  tak kiralah teman sekerja ke, teman serumah atau sesiapa sahaja yang perangainya boleh dikategorikan 'tak boleh masuk' dengan kita.


pernah tak kita rasa kita banyak bersabar dengan kerenah orang?  tapi kenapa ya? adakah kita menjaga hati dia ataupun kita taknak dicop sebagai kurang ajar?  


saya ada teman-teman yang kadangkala agak menjengkelkan.  kadang kala situasi tak kena dengan keadaan kita pada masa-masa tertentu.


mungkin topik yang dibincangkan tidak kena dengan diri kita.  selalulnya, apakah yang sering membuat kita rasa bosan dengan seseorang?  cuba bayangkan?


jika seseorang yang bujang, mungkin juga akan merasa bosan apabila temannya bercerita mengenai anak-anaknya.  anaknya pandai itulah inilah...perkara yang sama berulang-ulang diceritakan.


mungkin juga kita berada dalam situasi mereka, kita menceritakan perihal keluarga atau teman-teman kita yang mereka juga kurang minat untuk mendengarnya.


bagaimanapun, bagi menjaga hati masing-masing, si pendengar tetap mendengar seolah-olah penuh minat.


pernah saya menemani kawan-kawan saya membeli-belah.  huh, penat gila.  saya pula tidak berminat sangat membeli ketika bersama kawan-kawan sebab saya tidak suka mereka menunggu dan saya tidak mahu mereka bosan.


ada masa saya tetap mengikut kerenah mereka.  yelah ambil hati.


saya merasa tidak selesa bila mereka masuk ke satu kedai, membelek-belek pakaian atau apa saja, tawar menawar tetapi akhirnya tidak membeli.  aduh, inilah adegan yang tak ingin saya lihat berlaku di depan mata saya.  dah la lama berada di dalam kedai tu, akhirnya tak dapat beli pula.


ada pula bila dah membeli-belah lagilah haru.  siap memperaga di depan orang ramai. hissh. tak kena langsung, gelagat tu benar-benar tak sesuai langsung.  


entahlah mungkin saya tidak gemar kerenah yang menjengkelkan saya lebih senang bersendirian terutama apabila mereka hendak membeli-belah, saya lebih suka ke tempat lain atau ke kedai lain, lebih mudah.


saya yang lebih banyak menunggu.  saya tak gemar membeli-belah dengan kawan-kawan kerana jika anda berada di tempat saya, tentu anda semua faham situasi tersebut.


biasalah kita berkawan dan kita perlu menjaga hati kawan-awan.



Thursday, December 29, 2011

mahalnya harga makanan

semalam saya ke sebuah pasaraya terkenal di bandar utama menemani rakan sepejabat membeli aksesori komputer ribanya.


memandangkan masa masih ada, kami ke pasaraya di unit makanan.


dalam membelek kualiti makanan, harga dan keinginan, akhirnya saya memilih 8 jenis barang.


saya membeli tomato ceri madu, strawberi, ceri merah, kupang, penyembur untuk menghilangkan bau hapai, kacang peas segar, limau kecil (mandarin). 


di kaunter bayaran, harga semua sekali RM54.  saya tiba-tiba terfikir, ini baru sikit saya membeli barangan makanan.  


bayangkan mereka yang tiada pendapatan tetap atau pendapatan cukup makan.  barangan semakin mahal. 


dalam hati saya terfikir, ini baru makanan untuk saya seorang.   kalau yang berkeluarga tu  macamana?  mereka yang tinggal di kampung boleh tahan lagi, boleh la bercucuk tanam sikit, bolehla makan cili padi, sayuran pucuk apa-apalah untuk dibuat sayur atau ulam.  tapi, taklah hari-hari menikmati makanan yang sama.


mereka yang tinggal di kota seperti kuala lumpur, boleh terduduk jadinya. mana nak bayar sewa rumah, elektrik, air, perbelanjaan anak-anak ke sekolah.


bagi suami isteri yang pandai mengurus kewangan, bolehlah membekalkan anak-anak dengan makanan ke sekolah.  alasan sibuk agak skeptikal.


saya ada beberapa teman sepejabat, suami isteri bekerja, yang seorang lagi pula dia belajar lagi.  jadi, setiap hari dia boleh bangun pagi untuk masak.  yang seorang lagipun sama, dia masak tengahari anak-anaknya sebelum ke tempat kerja, padahal kerjanya bukan mengikut waktu pejabat (media massa).


saya tabik kepada wanita yang bergelar ibu yang sanggup berkorban masa untuk keluarga.  tak pernah saya mendengar mereka mengadu kepenatan.


yang tak rajin memasak malah, ada yang hanya sebagai suri rumah pulak, sudahlah asyik makan luar, mengadu penat.  


saya faham, mungkin alasan anak-anak masih kecil, dan tak semua surirumah jenis begitukan.


yang penting di sini, suami perlu memainkan peranan untuk mendidik isteri mereka mengurus kewangan dan rumahtangga.  begitu juga dengan isteri perlu bijak.


di sini, suami iseri perlu tahu tanggungjawab mereka terhadap diri, pasangan masing-masing serta anak-anak mereka.


semakin banyak kemudahan, semakin sukar nak mengurus hidup.

Wednesday, December 28, 2011

3 ayat terakhir surah Al Hasyr



Al Fadhil Dr Mahmud Maghlani dari Madinah Munawarrah (mempunyai doctorate dalam engineering) adalah salah seorang tamu yang dijemput radio IKIM membincangkan topik mengenai Hijrah.  

Agak menarik juga topik yang dibincangkan Dr Mahmud yang diselit dengan petua untuk kesihatan fizikal dan rohani.

Antaranya dia mengesyorkan agar kita membaca ayat terakhir surah Al Hasyar bagi perlindungan diri kita.

barang siapa yang membaca 3 ayat terakhir surah Al-Hasyar, bermula dari Lau anzalna..... Allah akan menghindarinya dan menjaga dia daripada takdir tidak baik.  

Terlalu bergantung kepada suami/orang atau lemah semangat?

Beberapa hari lepas, saya terbaca di status face book mencatatkan seorang isteri/ibu terpaksa tidur di hotel malam tersebut disebabkan FIUS TERBAKAR.  kononnya dia terpaksa berkorban wang untuk tidur di hotel kerana takut.  suami wanita tersebut ke luar daerah.  katanya ketika kejadian anak-anak menjerit.

saya terdiam sejenak.  pelbagai reaksi bercampur baur.  menggeleng saya membaca status tersebut.  ish...rumah bergelap sanggup ke hotel. kalau orang susah macamana?

entah mengapa saya terbayang, jika orang susah tinggal di kampung yang hanya cukup makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, jika rumah mereka fius terbakar adakah mereka juga akan keluar mencari tempat untuk bermalam?  saya yakin, setakat fius terbakar orang-orang susah ini akan tetap tinggal di rumah mereka.  pastinya mereka akan sibuk mencari pelita atau lilin untuk menerangi rumah tersebut menunggu sehingga esok untuk melihat apa yang boleh dibuat.

wanita moden sekarang adakah hidup mereka terlalu senang hinggakan masalah kecilpun malas nak selesaikan.

ada juga wanita yang bergantung sepenuhnya kepada suami.  hal membeli barangan dapurpun diharap pada suami, padahal dia surirumah sepenuh masa.  pernah ketika masa mesyuarat, telefon teman sekerja berbunyi,  isteri telefon menyuruh membeli beras sekampit sebab beras dah habis.  apa salahnya bila beras tinggal untuk seminggu atau agak-agak untuk waktu tertentu, bersiap sedia keluar dengan suami membeli keperluan dapur.  si isteri sudah tentu boleh keluar kerana ada kereta disediakan suami untuk menghantar anak-anak ke sekolah...

namun, tak semua wanita terlalu bergantung harap kepada suami atau keluarga mereka.  ada yang terbiasa berdikari sejak muda selalu memikirkan tindakan untuk menyenangkan semua pihak.  tapi, entahlah agak sukar.

banyak juga kes yang kadang kala kerenah wanita boleh dianggap mengada-ngada.

ada juga teman saya yang segala-galanya diuruskan si isteri.  dah la isteri bekerja, terpaksa menghantar anak ke sekolah, bila anak sakit, si isterilah yang terpaksa uruskan.  kesian.

tapi, bagi saya, mungkin isteri jenis manga ingin bermanja atau berdampingan selalu dengan suami.  tak salah, tapi tengok keadaanlah.

walau apapun si isteri perlu bijak menangani keadaan tertentu dalam mengurus keluarga.  orang dulu-dulu dengan sekarang dah berubah.

itulah asam garam hidup, kadang kala remeh.

asal kemalangan mesti mat rempit, asal mat rempit mesti kemalangan maut

mat rempit ni tak habis-habis buat hal.

siang tadi, teman sepejabat saya mengkhabarkan saudaranya meninggal akibat diremput mat rempit.

betul, ajal, rezeki, jodoh dan maut hanya Allah yang tahu.

kebetulan saudara teman saya dalam perjalanan pulang ke rumahnya di satu daerah di Johor.  Entah macamana sikit lagi nak sampai ke rumah, kira-kira dua kilometer lagi, van dinaiki mereka terlanggar lubang besar.   akibatnya, tayar pecah.

saudaranya langsung menelefon saudaranya bagi meminta bantuan.  baik betul ketua kampung di lokasi kejadian, siap panggil polis.  polispun datang dan mengawal lalu lintas.  pada masa menunggu bantuan, saudara teman saya tu membuka bonet belakang vannya.

jadi diapun melepak di belakang van, kiri kanan anak-anaknya duduk di samping ayah mereka.

tiba-tiba sebuah motor mat rempit melanggar dan mengenai dada terus ke kepala hingga menjadikan mangsa cedera parah.

mujur, anak-anaknya tidak dilanggar.  malangnya, mangsa cedera teruk hingga membawa maut.  dari perut membawa ke dada hingga ke muka, agak parah dan ada beberapa bahagian yang patah.

itulah penangan mat rempit berusia 20an tak ada lesen pulak tu.

bagi saya, mat-mat rempit yang ditahan dan juga mengakibatkan kemalangan, perlu dibawa ke pusat pemulihan.  mungkin mereka perlu menjalani terapi di pesantren (bahasa indonesia) di madrasah atau tempat pengajian agama biar mereka belajar fardhu ain dan fardhu kifayah.  itu lebih baik daripada berterusan membuang wang ke atas mereka.

kalau takpun biar mereka ke PLKN, usah lagi memberi muka kepada mereka.  banyak kemusnahan yang dilakukan mat rempit.

tak sudah-sudah membuat hal bukan-bukan.  masa depan hancur begitu sahaja.

sesuatu perlu dilakukan.  jangan hanya mengharapkan kerajaan buat itu ini.  jangan pula menyalahkan masyarakat sekeliling.  di sini, bagi saya, ibu bapa memainkan peranan penting.  takkan ibu bapa tidak tahu ke mana anak-anak pergi? takkan ibu bapa dah tahu anak tiada lesen, dibiarkan lagi anak-anak naik motor?

alasan sibuk, bukanlah alasan terbaik ibu bapa terlepas pandang hal anak-anak.

anak-anak adalah amanah Allah.  jadi, amanahkah ibu bapa tersebut?

fikirkan sejenak.

Monday, December 26, 2011

ke mana hilangnya sifat kemanusiaan?

alhamdulillah.

hari ini hari ke 3 saya bercuti.  seperti biasa, saya lebih suka memerap di rumah.   cuaca hari ni pulak, sangat indah, angin sepoi-sepoi bahasa bagai berada di pantai menerjah ke tingkap.

sejak petang tadi saya mendengar ceramah ustaz Kazim, entah berapa siri ceramahnya saya ikuti melalui you tube.  saya merindui tazkirah di pejabat lama yang diadakan setiap waktu makan tengahari dari hari isnin hingga rabu.

sejak berpindah ke tempat kerja baru, terpisah sementara dengan tazkirah.  tapi, saya usaha mencarinya melalui tv juga majalah.

hari ini dalam berita memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terlantar akibat dilanggar mat rempit di terengganu.  mat rempit tu pula dapat melarikan diri daripada tanggungjawabnya untuk mengakui kesalahannya.  ya lah, dah bersalah langgar orang sudah tentu dia tak akan mengaku punya.

tak terfikirkan mat rempit tu, jika salah seorang ahli keluarganya dilanggar seperti itu dan terlantar selama-lamanya.

kesian adik tu, hanya mampu makan melalui tiub, itupun susu.

di china pula, seorang remaja perempuan dilanggar lori treler. yang bersalah sudah tentu pemandu lori treler itu kerana dia didapati melanggar lampu merah.  murahnya nyawa manusia sekarang.

remaja tu kini stabil di hospital.

bila mendengar dan menonton berita seperti ini, agak menggerikan untuk saya mengikutinya sampai habis.  manakan tidak, kalau membawa maut habis cerita penderitaan mangsa.  kalau cedera teruk dan terlantar, bagaimana?

empati manusia kini semakin hilang.  di mana silapnya?  lagi maju manusia, lagi hilang sifat kemanusiaan.  manusia mudah lupa ehsan di dalam diri mereka.

jika kita berpegang kepada al quran dan hadis, pasti kita akan menjalani kehidupan lebih indah.




kadang kala jika kita berhati-hati di jalan rayapun, ia tidak menjanjikan keselamatan, memandangkan pihak lain pula yang memandu secara agak merbahaya.

selalunya jika saya berada di lebuh raya ataupun jalan raya, perasaan cuak datang apabila ada pemandu yang tidak menghiraukan keselamatan semua pihak.  ramai pemandu di malaysia jenis tidak sabar.

bagaimanapun sifat rakus manusia yang pentingkan diri sendirilah menjadi punca utama kemalangan.

biarpun pelbagai kempen dijalankan, kemalangan tetap bertambah.  salah siapa sebenarnya?

Sunday, December 25, 2011

masih tak cukup

umm memang benarlah, manusia ini sukar mengawal nafsu.

jika diberi emas segunungpun, manusia masih berharap dia akan mendapat emas segunung lagi.  di dalam diri kita, adakah kita fikirkan sejenak, orang lain yang mungkin memerlukan lagi?

coretan saya kali ini lebih kepada ketidakpuasan atau ketidakcukupan dalam apa yang diperolehi.  begitulah, walau sebanyak mana diberipun, masih tak cukup.

hari ini saya terbaca coretan kawan yang mengeluh mengenai wang yang perlu dibelanjakan untuk memasukkan anaknya ke tadika yang menceceah lebih RM500.  katanya, selain wang RM100 yang diberi kerajaan ia patut diberikan juga kepada anak-anak yang nak masuk tadika. umm bertuah anaknya dapat masuk tadika.

bagaimana pula mereka yang tinggal di pedalaman dan rezeki yang diperoleh hanyalah cukup untuk keperluan harian? nelayan? penoreh getah? petani? pesawah? kerja rencam? bayangkan tak semua orang  mendapat pendapatan tetap.

bagi penoreh getah,jika hari hujan, tak dapat menoreh.  nanti getah meleleh dari saluran yang dibuat akan merugikan pulak.  mereka yang bekerj adi sektor kerajaan dan swasta, sekurang-kurangnya dapat juga merasa pendapatan tetap setiap bulan.

semalam saya agak terkejut.  untuk lauk tengahari mencecah RM12.  sayur, ikan keli kecil 2 ekor dan nasi.  mak ai, apa yang mahal?  terus pada masa tersebut, saya memikirkan mereka yang tiada pendapatan tetap.

bagi saya, bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi sekarang.  bila dah dapat nak lagi, tak akan pernah cukup.

setiap anak, ada rezeki mereka masing-masing.  jadi, janganlah merasa terbeban apabila dikurniakan anak yang ramai.

ada yang tidak berkahwin dan ada pasangan yang tidak dikurnia anak walaupun telah berkahwin berbelas dan ada yang mencapai berpuluh tahun.  malah mereka sanggup mengeluarkan wang yang banyak bagi mencapai impian memiliki darah daging sendiri.

jadi, di luar sana, bersyukurlah.  rezeki kita telah ditentukan sejak di luh mahfuz lagi...palingpun dalam rahim ibu.  jangan mengeluh, berusahalah untuk mencapai keredaan Allah.

lagi satu apabila diberi sesuatu yang diingini adat manusia akan memuji-muji pemberinya, tetapi apabila tak dapat, macam-macam diterjemahkan.

jadi, fikirkanlah.  "nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

marilah kita bermuhasabah.

Saturday, December 24, 2011

ajaibnya selawat - mencari barang hilang/hilang sakit

minggu lepas, saya mencari sebuah buku nota lama.  saya memang terlupa di mana saya menyimpannya.  biasalah bila kita nak dan mencari tu bukannya kita jumpa.

apa lagi, saya teringat petua seseorang jika terlupa di mana letaknya barang, berselawatlah.  jadi, tanpa membuang masa lagi saya terus berselawat sambil mencari buku nota tersebut.

memang benar, dalam 15 minit sahaja.  saya teringat beberapa tempat yang saya pernah letak buku tu.  jadi, dalam tercari-cari, jumpalah buku tu.  Alhamdulillah.

ini bukan pertama kali saya berselawat mencari barang hilang.  sudah beberapa kali saya berselawat untuk mengingat kembali barangan yang saya tersalah letak.

apa lagi, cubalah.

fadhilat selawat ini bukan sahaja janji Rasulullah untuk memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak. malah jika benar-benar diamalkan dengan ikhlas, insyaallah kita akan menemui kebaikannya.

saya ada satu lagi kisah mengenai selawat ini.

beberapa tahun lalu, teman sekerja saya menceritakan kawannya disah doktor menghidap kanser tahap empat.  ketika dia melawat kawannya di hospital, kawannya itu hampir berputus asa mengenangkan dia berkemungkinan akan meninggal dunia dalam masa yang singkat.  dia juga enggan membenarkan doktor membuang sebahagian buah dadanya yang pada waktu tersebut perlu dibuang segera.

kecewa dengan sikap putus asanya, teman saya menasihati kawannya itu dengan menyedarkan dia bahawa segala yang berlaku ke atas kita adalah tanda kasih Allah kepada kita dan juga sebahagian ujian kepada hamba-hambanya yang bertakwa.

jadi, pada masa itu, apa yang terlintas di kepala teman saya adalah selawat.  terus dia menasihatkan kawannya itu sentiasa berselawat dan memohon kepada Allah agar disembuhkan penyakitnya itu.  teman saya itu berharap kegelisahan kawannya itu akan berkurangan dan sekurang-kurangnya dia akan sibuk dengan berzikir daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Subhanallah dalam masa beberapa bulan sahaja kawan teman saya itu disahkan doktor terlepas daripada serangan kanser.   menangis dia kepada teman saya.  tak putus-putus dia mengucapkan terima kasih kepada teman saya yang memberi nasihat supaya dia berselawat.

itulah kebesaran Allah.  jika kita melakukan ibadah dengan tawaduk, penuh harap, ikhlas serta yakin.  pasti Allah akan mengkabulkan doa kita.

tapi, kita perlulah istiqamah.  janganlah apabila dah dapat apa yang kita nak.  kita kembali lupa kepadaNya.  itu yang sering berlaku.

mungkin ada ramai lagi di luar sana pernah mengalami keajaiban selawat ini.

yakin dan ikhlaslah dalam melakukan ibadah.  sentiasa berdoa penuh harap.  Allah amat merindui suara hamba-hambanya yang meminta kepadaNya.

kadang kala Allah tidak menyegerakan doa kita kerana Dia amat merindui dan suka mendengar kita merintih, memohon kepadaNya.

Fadhilat zikir memang banyak.  marilah kita amalkan secara perlahan-lahan, sedikit demi sedikit.  insyallah lama kelamaan kita akan biasa dan mudah.

tapi, hadirkan diri kita kepada Allah.  Insyaallah kita akan benar-benar terasa betapa dekatnya kita dengan Allah.

di sini saya juga menasihati diri saya agar menjadi lebih baik daripada semalam.

petua haid kembali normal


 Beberapa minggu lalu saya ada mendengar radio Ikim yang telah menjemput Sheikh Dr. Mahmud dari Madinah.  Masyaallah ilmu yang diberinya amat berguna untuk kita.

Saya juga sempat mengambil petikan petua yang diberikannya. cubalah. Ia khas bagi wanita yang mengalami masalah haid tidak menentu,

Saya mendengar petua bagi wanita yang ada masalah haid untuk kembali normal.  Tak kiralah apa saja masalah haid.

Menurut Sheikh Dr. Mahmud, mudah saja rawatannya, dedahkan dirimu kepada cahaya bulan purnama.  Iaitu pada malam 13, 14 & 15 bulan Hijrah yang dikatakan oleh Sayidina Rasulullah sebagai hari-hari putih yang baginda Rasulullah perintahkan kita untuk berpuasa pada hari-hari tersebut.

Kata Sheikh tu lagi, badan kita ada hubungan dengan bulan.  Begitu juga dengan pasang surut air laut ada hubungan dengan bulan juga.  Jadi, darah yang mengalir dalam badan kita ni macam air laut juga.

Bagi wanita yang mengalami masalah haid, bila bulan purnama ni muncul, keluarlah dari rumah bersama suami atau sendirian biar cahaya bulan terkena badan.  15 minit ke setengah jam ke sejam ke…cukuplah.

Katanya petua ini amat terkenal dan mujarab dan sering diamalkan zaman dahulu.

Cubalah.  Tak rugipun jika kita amalkan. 



amalan atau petua untuk elak sihir

beberapa minggu lepas, saya mendengar radio IKIM fm.  Jemputan pada pagi Jumaat itu adalah Sheikh Dr. Mahmud dari Madinah.

saya amat tertarik dengan penyampaikan ilmu sheikh tersebut dan pada masa yang sama pulak penterjemahnya saya tak ingat nama amat baik terjemahannya kepada pendengar.

petua bagi menghindar diri daripada terkena sihir adalah bermula 14 Muharram hingga 21 Muharram, disarankan makan 7 biji kurma ajwa setiap pagi sebelum sarapan.  Jika tidak ada kurma ajwa kurma dari negara mana-manapun boleh, asalkan buah kurma ye, tak kiralah kurma Madinah ke, Jordan ke, Iraq ke Iran ke...pendek kata kurmalah...tapi kurma merah cina tu tak sesuai kot hehehe.

menurut sheikh ni lagi, jika kita amalkan setiap pagi 7 hari berturut-turut, insyaallah kita tidak akan terkena sihir selama-lamanya.

Cubalah.  Jika tak sempat tahun ini, cubalah tahun hadapan bila tahun baru Hijrah hampir...ha... sediakankanlah kurma tu.  Bagi yang ada kencing manis bolehlah cari kurma yang kurang manis... ada ke?

Mudah-mudahan kita dapat beramal yang baik.  selamat mencuba.

Tuesday, December 20, 2011

BERTUDUNG...FAHAMKAH MENUTUP AURAT ITU APA?

saya bertudung agak lewat, ketika usia 35 tahun.

ketika mengenakan tudung buat pertama kali di pejabat, pelbagai reaksi saya dapat. hampir sebulan teman-teman di pejabat memperkatakan perubahan saya. ada yang gembira dan tak kurang juga yang terkejut.  ada yang kata saya dah buang tabiat.  itu saudara seagama saya sendiri berkata demikian.  padahal teman yang beragama lain menyambut baik perubahan saya.

alhamdulillah, walaupun saya tidak sesempurna oranga lain, tapi saya menjaga adab-adab menutup aurat.  saya ni taklah sebaik wanita yang lama memakai tudung aka menutup aurat.

di pejabat saya dulu ramai yang menutup aurat tetapi pada masa yang sama mendedah aurat.  bagaimana tu?

saya fikir jika benar-benar menghayati, di akal anda akan  terpahat bayangan wajah-wajah yang bertudung.

tak perlu lagi saya menjelaskan bagaimana cara bertudung.  pelbagai fesyen terkini dapat kita lihat.

yang benar-benar menutup aurat tak perlulah saya perincikan lagi.  bertudung labuh menutup dada dan memakai pakaiaan longgar- baju kurung atau berjubah dan juga berstokin.  yang nampak cuma wajah dan kedua tangan dari pergelangan tangan ke jari jemari.

tapi trend sekarang, nampak leher, nampak telinga bersubang, seluar ketat, baju jarang, lengan pendek.  iya mereka bertudung tapi mendedah aurat.

di sini bukan saya nak mempertikaikan cara bertudung, tetapi saya tahu mereka tak faham cara menutup aurat.

kalau ditegur, mesti sensitif.  kalau tak dimarah mungkin dimalukan terus oleh orang yang kita tegur.

bagi saya, cara nak menegur cara baik adalah, bila pertama kali yang memakai tudung ini kita nampak, kita ucap tahniah... sedikit demi sedikit kita beri informasi / dakwah mengenai cara menutup aurat, jangan tergesa-gesa mengatakan itu tak boleh ini tak boleh.

suntik perlahan-lahan cara bertudung yang betul.  hadiahkan buku mengenai islam dan maklumat mengenai wanita solehah, insyaallah perkara ini mudah diterima.

saya tahu menutup aurat adalah wajib tetapi akibat persekitaran, pendidikan dan pendedahan k
antara gaya bertudung, ada yang tutup rambut sahaja, macam gaya wanita afrika ada juga yang macam orang benggali pakai serban.

cuba lihat di kaca tv anda,  kadang kala kita pun hairan, ni fesyen apa pulak, macam fesyen serban je, rambut di depan belakang nampak, telinga apatah lagi, leher sudah tentu...

kadang kala pereka tudung pula, teruja dan menghasilkan fesyen yang agak keterlaluan dan menggambarkan sesuatu yang kurang enak untuk dibincangkan.

bagaimanapun, cabaran orang yang menutup aurat ini agak mencabar juga terutama sekali jika bekerja dalam industri tertentu.

pandangan skeptikal orang ramai,  ada yang lebih memikirkan pandangan masyarakat daripada perintah Allah.

jom kita berjihad bagi membetulkan salah faham mengenai tudung dan aurat... mungkin anda berkata cakap senang, nak buat?

percayalah Allah akan mudahkan sesuatu perkara yang membawa kebaikan.

ANTARA PENYEBAB KEMALANGAN...MUNGKIN

wah dah lama bebenor saya tidak berkarya....ummm berkarya ke?

saya terpanggil untuk mencoretkan sedikit pengalaman ketika memandu kereta.  di sini bukan pemandu lain yang menjadi isunya, tetapi penumpang. penumpang pun bukan sebarang penumpang...perempuan.

akhirnya saya terpaksa mengangkat kedua belah tangan tanda mengalah apabila terbukti sudah yang perempuan memang pencetus kemalangan.

minggu lepas hari jumaat ketika 'lunch break' kami berlima ingin keluar makan, setelah itu ini, akhirnya adalah seorang yang mencadangkan ke Empire.  saya tak pernah pergi...oklah walaupun pada asalnya saya tak berminat.

saya memakir kereta di bawah pokok berhampiran pejabat yang terletak di jalan 222.  biasalah bagi mendapatkan kawasan selesa, saya pakir hampir sangat dengan pohon bunga tanjung.

ketika semua dah masuk kereta, sayapun menolak gear mengundur, tiba-tiba ada seorang dua menjerit takut saya cermin sisi sebelah kanan kereta melanggar pokok.   terkejut saya.  mulanya saya fikir mereka berjenaka, tetapi bila menjerit berkali-kali, darah sayapun mula la mendidih.  dengan nada tinggi saya minta mereka diam.  saya kata saya tahula nak buat macamana sebab saya yang memandu.  sebenarnya saya undur macamanapun takkan kenapun pohon tu...dalam hati...berkata, hai pompuan.

itu satu hal.  lagi satu insiden, ketika saya memandu di bulatan, biasalah dah bagi signal untuk masuk ke kanan, 'sure' kereta yang di sebalah kanan akan perlahankan kereta untuk memberi laluan, lagipun kereta saya di hadapan.  tiba-tiba ada dua orang menjerit....takut dilanggar....masyaallah, terkejut saya buat kali kedua.

kawan saya yang seorang lagi di sebelah kiri saya bengang, kerana perkara tu bukanlah isu sangat kerana biasalah ketika memandu masuk ke bulatan kenderaan lain akan rapat tapi mereka akan memperlahankan kereta...yang ini saya dah tak sabar...dengan nada marah sayapun kata, elok-elok bawak kereta, dengan adanya mereka berdua tu akan menyebabkan kemalangan. geram saya menjerit tah apa-apa, agaknya mereka ni tak pernah memandu di kawasan sesak dengan kenderaan kot, kalaulah mereka pernah memandu di lebuhraya utara selatan...ha tahulah...tah tah sepanjang perjalanan menjerit macam orang tak betul kot.

oh ya  ketika bersama mereka, dah la saya tak tahu jalan, ada pula 'co-pilot' dua tiga orang, masa dah sampai subang, sorang nak masuk ke subang piramid sorang lagi nak ke empire, dalam jarak 2 meter suruh saya belok, eh hello, kenderaan masa tu laju, dah la ada kenderaan di belakang ikut.

sekali lagi saya marah yang mana satu mereka nak pergi, masing-masing diam, bila saya dah terlajak suruh belok...haru betul la pompuan..walaupun saya perempuan tapi sikap mereka yang sebegini buat saya tidak selesa.

memang pengalaman tidak menyeronokkan apabila bersama mereka yang terlalu perempuan.  sikit-sikit melatah...

saya nak pesan, jangan panik, buat keputusan cepat hendak ke mana belok kiri atau kanan...jangan kecoh bila orang lain memandu....

sudah berbelas tahun saya memandu...ini pertama kali saya mengalami keadaan kecoh. geram...tetapi sabar..sebab saya tak akan menaiki kereta bersama mereka lagi...

:)