Friday, September 30, 2011

tempat baru

sedar tak sedar lebih 2 bulan bekerja di tempat baru.  terima kasih kepada tv3 kerana memberi ilmu amat berharga buat diri saya.

ramai yang terkejut dengan keputusan saya untuk beralih arah. bukan mudah keputusan yang diambil.  selama 16 tahun saya mencurah ilmu dan memberi yang terbaik untuk tontonan orang ramai di stesen hebat itu.  pahit manis semasa bekerja di sana adalah pengalaman yang tidak ternilai harganya.  ia bagai universiti tempat mahasiswa meraih ilmu komunikasi massa.

ramai teman sekerja menganggap saya terlalu berani berpindah ke tempat kerja baru yang belum mempunyai asas yang kukuh.  bagi saya inilah cabaran hebat. bayangkan sebuah stesen tv baru, bagaikan putik baru pepohon yang rendang dengan daun yang lebat.

setiap kali saya datang ke pejabat, setiap kali itulah saya teruja.  kenapa tidak.  setiap detik adalah sejarah dan pengalaman berharga buat saya.  baru saya tahu perjalanan sebuah stesen tv baru.

di luar sana ramai yang tidak yakin.  ada juga yang mengambil kesempatan.  ada juga yang tidak gembira.  pelbagai reaksi teman-teman lama sering menerjah telinga saya.  biasalah.  tidak semua orang gembira dengan kejayaan kita.

bagaimanapun saya amat teruja.  tenaga kerja yang ada di sini semuanya berpengalaman luas dalam bidang penyiaran dan juga komunikasi massa.  setiap orang memberi komitmen tinggi bagi menjayakan projek terbaru kami.

insyaallah niat baik kami akan mendapat rahmat daripada Allah.

moga setiap berita yang kami sampaikan mendapat manfaat semua warga di bumi ini.

yang baik datang daripada Allah.

Friday, September 9, 2011

MAAF

Lama betul tak update blog ni.  bukan apa, sibuk menyiapkan tugasan di tempat lama, lepas tu sibuk nak pergi ke tempat baru.  alhamdulillah, la ni ada kat tempat baru.

ramai yang terkejut bila saya meletak jawatan.  pelbagai reaksi saya dapat daripada kawan-kawan dan saudara mara. 

buat pertama kali dalam hidup saya, saya berhijrah...hanya pada Allah saya serah masa depan saya.  saya dah lama bersabar dengan pelbagai karenah.  bagaimanapun ujian tetap datang apabila saya ditawarkan 2 tempat.  pemilihan telah dibuat.  alhamdulillah.

apabila kita melangkah ke tempat baru dan keluar dari tempat lama, tahulah kita, siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak.

saya dah maafkan semua orang.

mulakan hari baru, hidup baru.  kita tahu ke mana arah kita dan keupayaan kita. 

maafkan saya.