Wednesday, March 16, 2011

buat baik, hidup menjadi lebih baik...

kenapa sesetengah kita, hidup rasa tidak tenang?  ada sahaja masalah yang datang, kecil besar, pasti akan menjengah dalam kehidupan.

cuba fikirkan semula, apa yang pernah kita buat kepada orang lain atau makhluk lain hingga menyebabkan ada saja perkara tak diingini berlaku. 

tak kiralah samada keadaan kesihatan tidak seperti orang lain.  malah jika berubat pun tak berubah dengan banyak.  begitu juga kewangan, ada je masa yang tak cukup.

apabila saya mendengar pakar motivasi menyentuh hubungan manusia dengan Allah, memang ada benarnya.

jika manusia jauh mengingati Allah, Allah pun akan jauh daripada kita. 

jika kita berbuat baik kepada manusia, Allah tetap akan membalasnya walaupun ia sebesar zarah.

cuba buat kebajikan dengan bersedekah.  berilah beras kepada keluarga yang miskin, lihatlah wajah mereka... anda pasti rasa bahagia.

kadang kala Allah membalas dengan segera, Allah membalasnya dengan memberi kesihatan lebih baik, lapang dada, rezeki melimpah ruah, kalau kita ditimpa musibah, ada je orang nak bantu kita.  atau mungkin bila kita perlukan bantuan, ada je jalan yang Allah mudahkan.

kalau tak mampu bersedekah dengan wang ringgit, tenagapun jadilah.  contohnya, jika ada ranting atau apa saja yang menghalang jalan, buangkanlah rintangan tersebut untuk memudahkan orang ramai menggunakan jalan itu.

jika tak pun berilah makan kepada kucing ke, anjing ke... itupun dikira ibadah.

begitu juga dengan sedekah senyuman, lagi mudah.  bila kita marah atau bersedih, buangkan rasa gundah itu supaya orang lain tak tahu, bila saja kita senyum pasti akan menyukakan sesiapa saja untuk melihat kita. 

begitu juga dengan percakapan.  tak salah untuk kita bercakap perkataan baik-baik dengan nada yang menyenangkan sesiapa saja yang mendengarnya.

jika ada orang menabur fitnah atau menganiaya kita, usah bersedih.  mengadulah kepada Allah.  Dia pasti mendengar kerana dialah yang paling dekat dengan kita.

Kalau ada saja orang yang suka cari pasal dengan kita.  jangan bimbang, bangun je daripada kelompok yang mengata, mengumpat, menganiaya anda, pergi buat solat hajat, mohon kepada Allah supaya mereka tersedar kesalahan yang dibuat. 

Lagi satu, kalau orang yang menabur fitnah tahu kita solat hajat...sure dia pun takut nak buatkan?

Hidup kita walaupun tak ganggu orang, pasti ada je syaitan yang menghasut orang untuk mengganggu-gugat keamanan kita.

Begitu juga kalau dikurniakan kepandaian, tak perlulah menghebahkan kelebihan anda.  Kadang kala belajar teori dan praktikal tidak sama. 

Ada yang terlalu yakin, boleh buat itu ini.  tapi hasilnya hampeh.  bila ditegur, mudah aje mengatakan orang tidak menghargai kerjanya. padahal kerjanya tidak bagus.

kalau tak tahu, bertanya, ini tidak, berlagak pandai tapi, hasil amat mengecewakan.

buang sikap terlalu riak... ia tidak akan membawa anda ke manapun.

Saturday, March 12, 2011

manusia...

susah betul nak cari orang yang boleh dipercayai.  patutlah wujud pepatah melayu, talam dua muka, gunting dalam lipatan.  memang sah ramai orang macam ni.

di persekitaran kita.  demi nak jaga periuk nasi mereka, depan cakap lain, belakang cakap lain. takut punya pasal.  setuju aje.  walaupun hakikatnya nampak yang tak betul.  tapi dek nak jaga kedudukan... diikutnya juga.  puji memuji demi nak ambil hati... hati siapa?  lihatlah sendiri.

sifat kecantikan manusia Allah yang beri.  jangan lupa tu.  satu hari akan kamu alami juga.  tunggu je masa.  akan terkena kat batang hidung sendiri. 

mulai saat ini, perancangan dah diatur.  tunggu masa untuk sembur balik, tapi cara halus. 

engkau siapa kenal ye?  tak apa.

tunggu je...

Thursday, March 3, 2011

Waktu-Waktu Mustajab untuk Berdoa

by Ustaz Zahazan Mohamed on Wednesday, February 16, 2011 at 10:53am
1.      Ketika hujan.
2.      Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3.      Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)
 4.      Antara azan dan iqamat.
 Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)
 5.      Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6.      Ketika sujud dalam solat.
7.      Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8.      Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9.      Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10.  Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.