Thursday, December 30, 2010

siapa munafik?

hari ini kelas ustaz ishak din. 

kita sebagai manusia, kalau buat apa pun mestilah ikut al-quran.  atas dasar tauhid, manusia untuk bersatu. ini kalau tak ikut dasar al-quran... itu yang jadi macam-macam hal.

siapakah orang-orang fasik?  orang fasik orang yang rosakkan diri sendiri / bohong. orang tak solat adalah orang yang fasik.

islam itu adalah aqidah tetapi islam itu bukan solat (yang ni kena faham maksud betul-betul)

orang fasik orang yang tidak beriman.  orang beriman tidak bersekongkol dengan kejahatan.

munafik = sifat mazmumah. macam telur di hujung tanduk, bayangkan keadaan kalau telur jatuh bedebuk, then pecah...

mereka ni 50-50.  50 kafir, 50 islam.

sifat-sifat = nifaq

1) bila bercakap mesti nak kelentong, nak berbohong je kerja  
    dia, asal keluar je perkataan ha... menipu le tu
    bagi nabi kita, nabi muhammad sulullahu'alaihiwassalam ;
    ORANG JAHAT BERMULA DARIPADA SIFAT SUKA
    BERBOHONG.

2) bila diberi amanah, dia khianat, buat apapun, dia curang
    - macam isteri curang dengan suami
    - orang ambil rasuah
    - kerja pula asyik curi tulang, bos tak nampak dia buat hal
      lain atau pergi ke tempat lain (memang le orang tak
      nampak tapi Allah nampak - err dalam braket ni saya yang
      tulis ikut apa saya faham ye )

3) apabila berjanji dia mungkir / tidak menepati janji
    kalau berjanji kena la tepati atau tunaikan - tambahan pula
    kalau orang berjanji / nazar dengan Allah. wajib ditunaikan.
    bernazar bukan kerja main-main.

4) bila berbantah (ini loghat utara, maksudnya bertengkar) dia melampau
Allah akan beri azab kepada orang-orang yang bertengkar bersangatan.

BURUK = TAK BAIK
1) perangai jahat, tak elok - akhlak, budi pekerti buruk
2) sikap bermuka-muka bagai :-
pepat di luar rencong di dalam
gunting dalam lipatan, itulah antara keburukan

pengasas kepada MUNAFIK adalah Abdullah b. Ubay b. Salul
- macam cakap tak serupa bikin le...

3) amalan penuh riak
bila solat je malas, buat amal pula semata-mata nak tunjuk kepada orang
- rajin ke masjid atau suraupun sebab nak orang nampak dia 
 alim - riak dah

yang penting buat amal ikhlas kerana Allah.

Fikir-fikirkan.

Tuesday, December 28, 2010

tanda buta matahati

kuliah ustaz dahim jalal hari ini, tanda buta matahati. rujukan terjemahan al hikam.

kerajinanmu untuk mencapai apa-apa yang telah dijamin pasti akan sampai kepadamu, disamping kelalaian terhada kewajiban yang diamanatkan (ditugaskan) kepadamu, membuktikan butanya matahatimu.

surah al-ankabut :60
beberapa banyak binatang yang melata yang tidak sanggup membawa rezekinya (makanan keperluannya), Allah yang menjamin rezekinya terhadap kamu.

surah thaha : 132
perintahkan kepada keluargamu supaya sembahyang dan sabarlah dalam melaksanakannya, kami (Allah) yang  menjamin rezekimu dan akibat (kemenangan yang terakhir) bagi orang yang bertaqwa.

setiap makhluk Allah, Allah dah jamin rezeki masing-masing.  tak kiralah samada sedikit atau banyak, rezeki tetap ada.

ada orang rajin beribadah, solat dan melakukan amal, tiba-tiba datang bisikan syaitan yang menggugat iman... "aku ni rajin solat, puasa, tahajjud, sedekah tetapi kenapa rezeki aku macam tu saja?  yang si polan tu dah la tak sembahyang, kedekut, tapi, hidup kaya raya, ada rumah banglo, duit banyak..."

suara bisikan syaitan yang macam ni lah yang akhirnya mengurangkan pahala amal kita kepada Allah, silap haribulan sia-sia.

jagalah hubungan kita dengan Allah.  jangan tinggal solat 5 waktu. jangan bersangka buruk dengan Allah.

ada satu kisah... suami si kakak ni digoda wanita lain (wanita ni dah kahwin 3 kali tapi bercerai)  satu hari wanita ni jumpa dengan kakak ni dan meminta si kakak ni berpisah dengan suaminya sebab dia nak kahwin dengan suami kakak ni... amboi, berani betul. 

kakak ni pun mintalah ustaz menolongnya... ada la kisah yang menyebabkan si suami tidak senang duduk. 

kakak ni pun mengamalkan petua yang ustaz bagi supaya si suami balik ke pangkuan keluarga...  namun ada beberapa hal... pendek kata, hubungan wanita ini dengan Allah tidak konsisten..., jadi, bagi mendapat hajat yang makbul... wanita ini perlu menjaga hubungan dengan Allah.

kadang kala hidup kita tidak aman, tidak tenteram kerana hubungan kita dengan Allah tidak dijaga baik.  jadi, masalah pun timbul.

sesungguhnya beruntunglah mereka yang masuk ke syurga firdaus... ada 2 golongan...

1- orang-orang yang beriman
2- solat orang-orang yang khusyuk

sekarang ni ramai wanita bertudung.  masalahnya, adakah mereka bertudung ikhlas kerana Allah ataupun hanya fesyen ataupun mengikut idola mereka?

pakai tudung tapi lengan pendek hingga nampak ketiak.  ada pula yang seluar sendat hingga menampakkan bentuk yang sepatutnya disembunyikan...

segala amal ibadah kita hanya Allah yang tentukan... ibadah yang ikhlas hanya Allah yang tahu.

infaq, sedekah dan zakat - Allah akan pelihara amalan kita tu
dosa ada 2 jenis
1- dosa batin
2- dosa fizikal

malaikat yang mencatit tidak tahu kalau seseorang itu ikhlas, hanya Allah yang mengetahui.

Jika seseorang solat, hanya Allah yang tahu berapa rakaat yang orang tu khusyuk melakukan solat.  kalau buat 4 rakaat, tak semestinya pahala orang tu dapat hingga 4 rakaat. 

ada pula sampai rukun tertentu, ingatan dah melayang kat tempat lain. jadi, hilanglah pahalanya.

amal ibadah seseorang akan musnah apabila :-\
1 - murtad
2 - syirik
3 - mengumpat
menceritakan hal keburukan orang lain tanpa kehadiran orang yang diumpat (kalau orang tu ada, mungkin menimbulkan rasa marah)
kalau benda tak ada tapi diada-adakan akan timbul fitnah pula.
4 - ungkit - jangan diungkit hal sedekah, jika diungkit juga, hilanglah pahala sedekahnya.. batal.  jangan disebut langsung hal sedekah yang dilakukan.

bagi memelihara diri kita daripada bisikan syaitan... bacalah surah an-nas.
(al - qannas - mengundur ke belakang) jadi bila kita baca sebelum solat... syaitan ni akan undur...

yang paling penting, ibadah, amal kebaikan kita, lakukanlah dengan ikhlas.

Monday, December 27, 2010

tazkirah - tanggungjawab keluarga - agaknya

hari ni ustaz sahruddin samsuddin mengajar.  terlambat masuk sebab tak sedar ada kelas.  emel pulak tak bukak.  nasib baik kak zana gitau...

tajuknya tak tahu, tapi dari emel, hanya tertulis kelas tasawwuf. 

masuk je kat surau dengar suara ustaz, matlamat kahwin untuk akhirat.  tanggungjawab suami isteri kepada setiap pasangan masing-masing.  berat tanggungjawabnya, tapi, kalau betul caranya, insyaallah boleh tu.


bila seseorang meninggal, 3 perkara membantu si mati.
1) sedekah jariah
2) ilmu bermanfaat
3) anak yang soleh - mendoakan ibu bapa selepas solat samada kepada ibu bapa yang masih hidup atau dah meninggal.

menurut ibnu hajar
apa sahaja perbuatan baik anak-anak pahala kebajikan atau kebaikan akan dikongsi bersama ibu bapa.  contohnya kalau anak ke majlis ilmu, pahala si anak tu ibu bapanya pun dapat juga..

kewajiban isteri adalah untuk suami.  berhias tu untuk suami.  ini tidak asal gi kenduri atau keluar rumah, hiasnya cantik, tapi kalau kat rumah... hampeh.

isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia

menurut Ali bin Abi Talib. anak-anak dari umur 1-7 tahun perlu dididik.  8-14 tahun perlu dikawal pergerakannya.  15-21 perlu bersama-sama dengan aktiviti anak-anaknya... supaya mudah dilentur.

kalau gagal pelihara anak ia akan menjadi fitnah kepada kita.

memelihara anggota badan daripada zina. kalau bujang berzina kena 100 x sebatan.  bila sebat tu, orang yang menyebat tidak boleh mengangkat tangan yang memegang rotan tu sampai nampak ketiak. 

kalau yang dah kahwin berzina- kena rejam sampai mati.

anak sayyidina omar pernah melakukan zina dan sayyidina omar menjalankan tanggungjawab menyebat anaknya.  sampai 99 x, anaknya meninggal.  namun, dia tetap menyempurnakan 100 sebatan walaupun tinggal 1 sebatan anaknya dah meninggal kerana dia tak sanggup mengadap Allah jika tidak menjalankan hukuman tersebut.  tak pasti pulak jika yang sebatan terakhir dia jalankan juga ataupun orang lain - sebabnya masa ni ada pulak gangguan yang menyimpan konsentrasi saya. 

hum... lain betul dengan zaman sekarang (fikirlah).

kalau kahwin lari tu, jangan la kahwin sindiket.  ada kes kahwin bawah pokok, mencangkung lagi tok kadinya.  biarlah cara betul.  pergi je kat pejabat agama yang diiktiraf di sesebuah negara, selesai je bawa je sijil nikah tu ke konsulat atau ke pejabat agama negara untuk diiktiraf semula atau umumkan pernikahan tersebut.

memelihara kemaluan daripada syubhah.  peliharalah diri.  'explaination' sesetengahnya tak dapat dicatit di sini sebab panjang dan rasa malu pun ada... jadi harap faham-faham le ye...

Friday, December 24, 2010

siapalah yang bodoh...

ini kisah benar ye...pengalaman orang penyiaran sendiri.

satu hari tu ada operasi memindahkan orang asli ke tempat baru.  biasalah waktu tengahari memang terasa bahang panasnya.  pihak tudm bertanggungjawab memindahkan mereka dengan helikopter ke lokasi baru.

lelaki orang asli terakhirpun mengambil tempat duduknya dalam helikopter tu.  sebagai lelaki budiman, juruterbang pun cubalah bermesra dengan lelaki orang asli tu sebelum menerbangkan helikopternya.  lagipun dia tak nak lelaki tu rasa gayat.

juruterbang             :  maaf  ye... dalam helikopter ni panas sikit.
lelaki orang asli      :  memang le panas.  orang letak kipas kat dalam
                                  barulah sejuk. siapa yang bodoh sangat
                                  letak kipas kat luar? 

terkesimalah juruterbang tu.
                                 
                                

Thursday, December 23, 2010

opps tak buat 'appointment'

beberapa minggu lalu, saya bersama beberapa orang kawan sempat beriadah di kuala kurau.  ketika bersembang, terkenanglah kawan saya ni pada satu tugasan majalah 3.   lokasinya tak ingat, kemungkinan di perak atau kelantan. 

kalau tak silap saya tempatnya di perkampungan orang asli.  ketika itu mereka ingin menjejaki kumpulan gajah bersama perhilitan. jadi, pada siangnya merekapun merakamkan beberapa sudut menarik visual yang dikehendaki bersama tok batin dan anak-anak buahnya.

bila malam tiba, si wartawan pun suruhlah si jurugambar ini merakamkan perbualan antara dia dan tok batin.

wartawan     : selalu ke tok batin nampak gajah dalam hutan tu?
tok batin       : kalau saya masuk hutan nak mencari akar-akar
                       kayu, kumpulan gajah ni memang sentiasa
                       ada di situ.
wartawan      : jadi dah lama la tok batin tahu tempat gajah ni
                        selalu pergi?
tok batin       : lama tu tak lama, tapi sejak kecil la, yang saya ingat
                      saya selalu ikut bapa saya...selalulah nampak gajah-
                       gajah tu makan, mandi di situ.

bila wartawan ni dengar je maklumat yang disampaikan tok batin, terujalah dia untuk ke tempat tu esok.

wartawan     : kalau macam tu tok, agak-agak dapat tak kita
                       jumpa dengan gajah-gajah tu esok?
tok batin      : manalah saya tau, saya tak buatpun 'appointment'
                      dengan gajah-gajah tu.  tengoklah, kalau ada,
                      adalah,  kalau takde nak buat macamana.

mendengar je jawapan yang tok batin bagi tu, terbahak-bahakla semua yang ada di situ, ini termasuklah si jurukamera.  visualnya apa lagi bergoyanglah...namun, ia tetap digunakan untuk siaran.  semua yang mana menonton siaran tu, tak dapat menahan ketawa peristiwa daripada jawapan yang tok batin beri.

Tuesday, December 21, 2010

barakah ilmu - adab

hari ini, tazkirah mengenai barakah.  ustaz pula lepas bagi salam kat kami, takla diberikan namanya.  selalunya saya ni lantang, tah kenapa hari ni terkedu la pulak.  ingat nak tanya tapi terlupa... emel pula 'bounced' sebab penuh, jadi tak dapatlah nak 'trace' namanya...

apabila kita ke majlis ilmu, ada adab yang perlu kita tahu dan patuhi.  bukan main pi ke majlis tu, tapi buat sesuka hati kita je.

1) adab seorang penuntut
2) adab seorang guru

kita yang nak pergi menuntut ilmu perlu bersih hati.  jauh daripada sifat mazmumah = ujub (perasan ilmu yang kita ada dah cukup = kira rasa lebih pandai daripada orang yang mengajar).  sifat yang kita rasa diri kita lebih baik daripada orang lain.  kita juga perlu membebaskan diri daripada segala hal dunia.  perlu elakkan diri daripada bercakap tentang perkara-perkara 'khilafiah' (berselisih pendapat) - fuh nasib baik ustaz ni dia terangkan makna bahasa arab ni, kalau tak terkesima la juga saya... sebab masa tu ada pula hal tak terjangka...biasa la majlis ilmu. harap tak tersalah tulis.

adab pelajar dengan guru.
- jangan cakap banyak depan guru
guru dok bagi tazkirah kat depan dia pula dok pot pet pot pet banyak cakap daripada guru, samada bagi pendapat sendiri dengan kekawan atau guru atau lain-lain hal.

- jangan buat benda-benda orang tak suka
makna kat sini, dok bersembang, guru dok 'explain' kat depan, dia pun dok sibuk 'explain' kat rakan dia atau dok sibuk nak cerita hal-hal tak berkenaan, atau dok jawab telefon dan yang sewaktu dengan perkara orang tak suka la kalau dalam majlis ilmu.  orang dok berkisah hal serius, tetiba dia gelak tanpa disangka-sangka... kalau jadi macam ni... kena panggil ambulan gamaknya.

- jangan bertanya dengan niat nak menjatuhkan guru
nak tulis kat sini malu, tapi, ustaz bagi contoh, nak termuntah pun ada.... tengoklah...malu la nak lakarkan kat sini. 

ok, 5 minit tadi dah tanya beberapa teman depa kata takpe, ini ilmu. ustaz ni bagi contoh pada satu ketika, terlupa pulak samada kisah ni berlaku pada dirinya atau ustaz lain.  kita teruskan ye...

seorang penuntut bertanya ustaz, " ustaz, dalam agama kita air mani tu bukan najis kan?  kalau kita kumpul sampai 2 kolah, boleh tak digunakan untuk ambil wudhuk?"

ustazpun dengan 'cool' jawab balik. ( err saya yang letak perkataan 'cool' ya.  ustaz tak kata dia camtu hehehe.)
"macam ni lah.  apa kata awak kumpul dulu air mani awak sampai 2 kolah, lepas tu bolehlah jumpa saya.  boleh la saya bagi terangkan masalah ni."

- jangan sangkal dan banding dengan guru lain
kalau topik sama tetapi mungkin berbeza pendapat dengan guru lain yang pernah memberi tazkirah, jangan pulak dok bertekak kata yang ustaz ni salah la, tak betullah...eloklah kita tengok waktu dan keadaan sesuai, kita jumpa bersemuka, bolehlah bertanya, jangan dok buang masa 'argue' pulak.  contohnya orang dok sibuk gaduh pasal doa qunut dalam solat. 

- jangan berbisik-bisik depan guru
oh yang ni, ustaz bagi contoh perempuan la punya kerja.  kekadang tu mungkin perempuan terpikat kat ustaz, jadi dok berbisik-bisik kat kawan dia depan ustaz... ataupun dok sibuk hal lain, walau tak kena mengena dengan ustaz,  yang boleh menimbulkan 'syak', yang memungkinkan  ustaz ingat orang dok kata pasai dia pulak.

- jangan bersangka buruk dengan guru

adab guru memberi kuliah

- guru jangan cepat marah
yang ni pulak, asal orang tanya nak marah je...

- jangan banyak bergurau
dari mula majlis asyk bergurau... ilmu tak berapa diajar tapi hal lain pula dok lebih-lebih...satgi guru bertukar gelaran gurau

- guru mesti buat praktikal
bila ada kemusykilan contohnya macam nak ambil wudhuk dengan setengah botol atau tayammum, tunjuklah contoh... macamana nak buat

- guru memimpin ke arah kerohanian ( sebelum mulakan kuliah, berzikir asma ul husna, boleh juga solat sunat - tak sempat catit sebab ada gangguan...)

- guru mengajar dengan tujuan mendidik

- guru kena ada sempadan dengan anak murid
oh ni bukan sempadan antara benua atau negara. 

ada sesetengah saya terangkan maksud dan sesetengahnya saya tak terangkan...sebab hal-hal tak terjangka berlaku... maaf ye... saya ada 2 telinga untuk mendengar dan masalahnya lebih  guru la pulak masa tu...jadi, hilang fokus...

saya minta maaf kalau tersalah tolong tunjuk ajar... yang baik datang daripada Allah.

esok...kita pi kelas lain la pulak...

Tuesday, December 14, 2010

rezeki datang bergolek...

bila sebut rezeki, kebanyakan kita terbayangkan harta dan wang ringgit. 

hakikatnya, rezeki datang dalam pelbagai bentuk.  ada dalam keadaan diberikan kesihatan baik...maklumlah kalau duit banyak berjuta pun, kalau dah terlantar sakit kronik, tak ada gunanya. masa tu lah,teringat, alangkah baiknya kalau aku sihat...bayangkan apa yang seseorang insan dapat buat.

ada yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara atau di universiti berprestij.  ada pula kenaikan pangkat, mendapat anak setelah sekian lama menanti, tak kurang juga yang dapat berkongsi hidup dengan seseorang yang dikasihi...err...tak lupa juga yang dapat suri lebih daripada seorang...hmmm no komen lor.

berbalik kepada murahnya rezeki seseorang.  hari ni di surau, ustaz daim jalil memberikan cara memohon kepada Allah untuk mendapatkan rezeki melimpah ruah dan tak  disangka-sangka.

buatlah solat dhuha, jangan tinggal. lepas salam berzikirlah ya basith 10 kali.  berdoalah. tapi, janganlah asyik berdoa, tak pula nak berusaha...itu sudah salah tu.

kebetulan pagi tadi...lepas tengah malam, saya juga tersinggah di tv9 mengenai murah rezeki.  antaranya istighfarlah setiap kali selepas solat, 70 atau 100 kali setiap waktu.  insyaallah Allah akan permudahkan.

tapi, yang penting, jangan tinggal solat wajib la pulak. itu penting. 

oh ya...antara lain mengikut ustaz yang memberi kuliah tadi...berkahwinlah...'confirm' rezeki tu sentiasa ada je...lagi melimpah ruah, nak lagi, kalau dapat anak...Allah pasti mengurniakan rezeki membuak-buak...teringat air zamzam la pulak.

lagi satu, kalau ada saudara mara, sahabat handai baru balik dari ibadah haji, pergilah sambut mereka di lapangan terbang, sebelum mereka balik masuk ke rumah...minta mereka doakan...insyaallah...doa mereka makbul...mereka kan masih dalam musafir...

akan bersambung lagi...

Friday, December 10, 2010

antara rezeki

Rezeki tidak akan datang bergolek.  Boleh ke pepatah ini diguna lagi? Mungkinkah pepatah ini digunakan lagi?  Mungkin ya, mungkin tidak kot.  Tengok keadaan.

Susah juga nak menterjemahkan keadaan kesempitan kewangan atau rezeki seseorang.  Ada yang hanya cukup makan.  Ada pula tak cukup makan.  Yang lain bolehla teruskan hidup mereka tapi, tak adalah mewah.  Serba sederhana.  Ada pula, yang terlalu mewah.

Bagaimanapun, ada yang bertawakkal dan tak ketinggalan berusaha.  Kalau manusia yang jenis macam ni, insyaallah ada juga perubahan hidup.

Antaranya, mereka memohon dengan melakukan solat Dhuha, membaca surah al-Waqiah.  Jadi, hasilnya kena sabar.  Semuanya dengan izin Allah. 

Oklah nanti akan disambung lagi...

Saturday, December 4, 2010

istiqamah

buat baik berpada-pada.  buat jahat jangan sekali.  pepatah melayu yang hebat, tapi, jarang diikuti.  biasanya apabila kita hendak berbuat baik, pasti ada sedikit rintangan yang mungkin menghalang.  bagaimanapun, jika kita nekad, insyaallah apa yang ingin kita kerjakan pasti tercapai.

bila dah tercapai, susah pula kita nak menjadikan ia secara 'istiqamah'.  yang peliknya, kalau nak berjogging, sanggup la pula kita ikut masa. tapi, bila nak buat 'extra' dalam ibadah, payahnya...payah bebenor.

kata orang jika kita melakukan sesuatu pekerjaan dan nak ia berterusan selama-lamanya, sekurang-kurangnya kena buat selama 21 hari.  dulu yang saya diberi petua, dalam 44 hari tanpa 'miss' sehari, insyaallah orang itu akan dapat menjadikannya sebati dalam hidup.

macam pak lang saya...ingin benar dia berjemaah subuh di masjid...tapi, ada je yang halangan.  satu hari dia nekad.  44 hari dia ke masjid walau hujan lebat, banjir...akhirnya kini, kalau tak pergi memang dia rasa kekosongan, kecuali kalau dia tak berdaya sebab sakit yang menyukarkan dia berjalan.

saya teringat satu kisah yang diceritakan oleh ustaz, tak ingat pulak samada melalui tv atau ceramah yang kami ikuti atau ketika bersembang dengan ustaz.

satu hari adalah seorang lelaki ini nak ke masjid untuk berjemaah subuh.  keluar je dari rumahnya dan sampai ke satu kawasan lopak, tiba-tiba dia terjatuh, habis pakaiannya kotor.  dia pun pulang ke rumah,  tukar pula pakaian lain. kemudian, dia pergi semula ke masjid.

esoknya perkara sama berlaku.  bila dia keluar je, sampai kat lopak tu, sekali lagi, dia terjatuh, pakaiannya kotor lagi.  baliklah dia, tapi, dia tetap meneruskan kebiasannya ke masjid. 

lusanya, dia berjalan lagi untuk ke masjid.  sampai je kat lopak itu dengan berhati-hati dia melangkah.  tiba-tiba ada seorang lelaki tua menghulur tangan serta memegang tangannya agar tidak terjatuh. mereka jalan beriringan hingga tiba ke masjid.  sampai sahaja di masjid, lelaki tua ini melepaskan tangannya dan meminta diri untuk pergi.

lalu pemuda ini bertanya, kenapa lelaki tua itu tidak masuk ke masjid untuk jemaah bersama.  jawab lelaki tua itu, " aku sebenarnya adalah iblis".  terkejut dengan pengakuan orang tua, dia bertanya lagi.  "habis kenapa engkau membantu aku ketika di lopak itu dan mengiringi aku hingga ke masjid?". 

jawab iblis, "sebenarnya apabila engkau jatuh pertama kali, akulah yang menolak engkau agar pakaian engkau kotor dan engkau membatalkan niat untuk ke masjid.  malangnya, engkau pulang dan menukar pakaian bersih lalu ke masjid lagi.  maka, Allah telah mengampunkan seluruh dosa-dosa engkau.  dan semalam apabila engkau jatuh, akulah juga yang menyebabkannya, tetapi engkau tetap ke masjid.  maka, Allah telah mengampunkan dosa seluruh keluarga engkau."

"hari ini, aku membantu engkau daripada jatuh kerana aku tidak ingin dan aku takut Allah akan  mengampunkan seluruh dosa penduduk di desa engkau, maka, aku memastikan engkau tidak jatuh dan kotor lagi." selepas je berkata demikian, maka iblis itupun berlalu pergi.

betapa Allah maha pengampun dan penyayang.  banyak rahsia yang kita tidak tahu.  mungkin kita ditimpa musibah sebab Allah ingin memberikan ganjaran lebih besar kepada kita.  setiap perkara kebaikan, terutama ibadah yang diredhai Allah pasti besar ganjarannya hingga tak mampu kita bayangkan.

jadi, biar lambat asal kita dapat menjalankan ibadah secara istiqamah.  kekuatan kita datang daripada hati kita.  insyaallah bersama-samalah kita cuba membuat kebaikan.  masa kita semakin suntuk. 

jangan kita fikirkan apa orang fikir atau akan kata kepada kita. lebih baik kita fikirkan apakah balasan yang kita dapat jika kita buat sesuatu pekerjaan.  adakah ia pahala atau dosa?

saya juga ingin mengingatkan diri saya, bersedialah dan kuatkan semangat.

Wednesday, December 1, 2010

susah benar nak puaskan hati semua orang

hai, susah benar nak puaskan hati semua orang.  ada je yang kita buat tak kena.  itulah hakikatnya.  tak kiralah dalam pekerjaan ataupun hidup seharian.

teringat kisah daripada ceramah yang saya dengar. itupun daripada kaset yang penerbit kanan al-kuliyyah beri.  rezeki tu.

di sini saya ingin kongsi bersama kisah seorang lelaki bersama anak kecilnya dan juga unta.

pada satu hari, si lelaki ni menunggang unta bersama anak lelakinya ini untuk ke daerah lain.

sampai je di satu kampung, tetiba ada orang bersuara, "apa la lelaki ni, tak berperikemanusiaan langsung.  ada ke dia dan anaknya tu menunggang unta, dua orang sekali. kesian unta tu terpaksa menanggung beban berat di belakangnya."

apabila sahaja si lelaki ni terdengar kata-kata orang kampung tersebut, diapun turun daripada unta dan membiarkan anaknya seorang tu saja duduk di belakang unta tu.

sebaik sahaja dia tiba di kampung lain, tiba-tiba terdengar orang-orang kampung itu berkata-kata.  "apa la lelaki tu, bodoh benar dia.  ada ke dia bagi anaknya sorang menunggang unta dan dia pula mengheret unta itu.  anaknya kan muda lagi, dia pula dah tua, sepatutnya dia yang tunggang unta tu, bukan anaknya. bukankah itu kerja sia-sia, ada unta tapi, dia berjalan kaki."

lalu, lelaki ini pun, menurunkan anaknya.  dia pula menyuruh anaknya itu berjalan kaki dan dia menunggang pula unta tu.  namun, tiba aje sampai di sebuah kampung.  sekali lagi orang mencemuh dia.

"eh...apalah lelaki tu, ada ke dia menunggang unta sorang-sorang dan dibiarkan anak lelakinya itu berjalan kaki?  anak lelakinya kan kecil lagi, dia tu dah dewasa, biarla anaknya yang tunggang, kesian anaknya itu."

sekali lagi lelaki itu terasa malu.  lalu akhirnya, dia mengambil keputusan dia dan anaknya berjalan kaki dan membiarkan untanya tanpa ditunggang.

namun, sampai saja ke sebuah kampung, orang-orang kampung itu pula mentertawakan dia.  "apa la orang lelaki tu, ada unta tapi dia dan anaknya berjalan kaki.  bukankah kita gunakan unta untuk menunggang? sia-sia sahaja lelaki itu memiliki unta dan tidak buat apa-apa kepada untanya.  sanggup bersusah payah berjalan kaki."

mendengar sahaja kata-kata orang kampung itu, lelaki inipun berfikir.  segala cara yang dilakukannya tidak satupun yang dapat memuaskan hati orang-orang di sekelilingnya.  fahamlah dia, bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang, walau dengan apa cara sekalipun kita lakukan.  pasti ada saja kekurangannya.

moral ceritanya, walaupun kita fikir kita dah buat perkara atau pekerjaan terbaik, ada saja yang tidak kena.  walaupun kita berhempas-pulas (all out) tenaga, semangat dan sebagainyalah, kita masih tidak memenuhi kriteria.  tambahan pula, kalau kita bukan termasuk 'golongan' disukai atau diiktiraf bakat atau kebolehan.  tak percaya? lihatlah dunia...

tak payah pandang jauh-jauh...di sekelilingpun dah cukup.  kalau orang yang disukai dipandang dapat memenuhi kriteria walaupun tidak adil kepada yang lain, walaupun...walaupun...walaupun...
fikirkan sejenak... letakkan diri kita ke tempat orang yang kita pandang seadanya...